"Saya okey tapi saya rasa Tuan Enrique yang tak okey. Dia nampak macam tertekan. Betul ke dia yang ambil saya dari rumah bonda?" Lian memandang Mikayla.

     "Kalau awak tak selesa, awak cakap dengan saya. Pasal Enrique tu, saya rasa dia nak awak kenal buruk dia dulu," ujar Mikayla.

     "Ataupun, dia cuma tersilap layan Lian." Hezrick mencelah secara bersahaja.

     Lian dan Mikayla menoleh ke arah Hezrick serentak. Lelaki itu seakan dapat membaca sesuatu tentang sikap Enrique.

*****

     Enrique dan Herith memerhati kemasukan perabot dan barang-barang yang diperlukan ke dalam syarikat baru mereka. Keadaan yang sibuk itu benar-benar merimaskannya. Herith yang berdiri di sebelahnya dipandang.

     "Kerja kita ni chill je. Kau tak payahlah nak serius sangat macam kau kerja dengan Ricky. Kau dah jadi bos. Tugas bos dengan kuli macam Fred tak sama langsung. Kau dah boleh relaks dan cipta kehidupan sendiri macam yang Ricky buat," kata Enrique panjang lebar.

     "Tapi macam mana kalau syarikat ada masalah? Takkan kita nak guna duit sendiri untuk selesaikan sesuatu?"

     "Sebab tu kau sebagai bos kena jadi bijak macam aku. Jomlah ikut aku mulakan tugas pertama. Buat semak je tengok manusia-manusia hodoh ni buat kerja." Enrique terus berpaling.

*****

     Perjumpaannya bersama klien tamat selepas satu jam setengah mereka berbincang. Pintu lif terbuka setelah beberapa saat dia menunggu. Jam tangan dilihat sambil melangkah masuk ke perut lif bersama beg bimbit di tangan kanan.

     "Handsomenya dia tu. Muka mat salleh terus. Agak-agak dah berpunya ke belum ek?" soal satu suara garau yang berada di dalam lif itu.

     "Kau buat apa dekat sini?" soal Freddy tanpa memandang dua ekor lalat itu.

     "Aku dengan Enrique nak jadi penyelamat syarikat antarabangsa. Kita orang ada banyak duit dan mampu buat apa saja untuk terus hidup. Kau pulak, buat apa dekat sini?" soal Herith.

     "Meeting," jawab Freddy sepatah.

     "Kau ni, asyik kerja kerja kerja. Cubalah berseronok sikit macam kita orang. Betul ke aku dengar cerita baru-baru ni yang kau nak bernikah? Layak ke perempuan tu untuk kau? Aku nampak dia macam lembab sangat je untuk dijadikan isteri." Enrique membalas renungan Freddy yang mula menoleh ke arahnya.

     "Lebih baik kau jaga je anak angkat kau tu elok-elok." Freddy terus melangkah keluar dari perut lif.

     "Kerek bodoh! Lian tu bukan anak angkat aku! Dia cuma kesilapan yang Miya buat. Patut ke aku hapuskan perempuan tu? Aku tak suka orang panggil dia anak angkat aku. Aku terlalu muda untuk jadi bapak kepada perempuan tu." Enrique menggeleng kecil.

     Dia rasa marah namun masih kasihan dengan Lian. Lian datang dari rumah anak-anak yatim sudah sahlah dia seorang gadis yang baik. Sanggupkah dia mencampak Lian ke dalam sungai? Atau tinggalkan gadis itu di tepi loji kumbahan?

     "Nak cara yang paling kejam atau sebaliknya?"

     "Mungkin yang tak menyakitkan..." Enrique memegang dagunya. Mereka berdua kini berada di hadapan kereta milik Enrique.

     "Okey biar aku angkat dia sebagai isteri. Aku rasa aku dah cukup matang untuk berkahwin. Aku akan jadi suami yang baik dan jaga dia macam nyawa aku sendiri, boleh macam tu?"

     "Kahwin ye?" Enrique memikirkan sesuatu. Ada betulnya juga apa yang budak ini cakap.

     "Kalau kau bernikah dengan dia, title anak angkat Enrique akan hilang. Yang akan naik adalah title bini Herith. Mantaplah. Bijak kau ni!" Enrique tersenyum lebar.

     Herith mengangguk bangga. Seronok juga sekiranya mempunyai isteri seperti Lian. Boleh dijadikan tempat mengadu dan bermanja seperti Hezrick bersama Mikayla. Tiba-tiba terasa tidak sabar pula ingin mengahwini gadis itu!

*****

     Pintu rumah ditolak. Dia balik awal pada hari ini untuk membuat persiapan perkahwinannya yang akan berlangsung tidak lama lagi. Dia ingin mempercepatkan majlisnya kerana banyak perkara serta tanda tanya yang harus dia selesaikan secepat mungkin.

     Sekarang bukanlah waktu yang sesuai untuk memikirkan tentang hal kerjanya kerana tumpuan perlu diberikan kepada Miya serta majlis pernikahan mereka.

     Langkah kakinya diatur ke arah tangga. Baru saja kaki ingin menjejak anak tangga pertama, telinganya menangkap suara seseorang meringis kesakitan dari arah bilik tempat penyimpanan barang.

     Niat untuk meniti anak tangga ditangguhkan. Langkahnya diaturkan pula menuju ke bilik yang terletak di sebelah tangga itu. Titisan darah di lantai dilihat tenang. Pintu yang sedikit terbuka itu terus ditolak.

     "Kau okey?" soal Freddy membuatkan Lian yang sedang mencari sesuatu di dalam laci itu tersentak lalu berpaling menghadap Freddy.

     "Dekat mana peti kecemasan? Pisau terjatuh atas kaki saya..." Wajah merah Lian jelas menunjukkan gadis itu berada dalam kesakitan.

     Freddy memandang kaki Lian yang sedang mengeluarkan darah yang banyak sebelum dia mencapai peti kecemasan yang terletak di atas almari bilik itu.

     "Penjenayah mana pulak yang kena tetak dalam rumah ni?" soal Enrique yang berada di luar bilik.

     "Ada o..." Enrique yang menjengul ke dalam bilik stor itu mengerutkan dahi melihat kaki Lian yang berdarah.

     "Seronoknya kau potong kaki sendiri masa aku tak ada... Boleh jalan tak?" soal Enrique sambil mendekati Lian.

     "Tolong tuan... Kaki saya pedih..." Air mata Lian jatuh sebaik sahaja melihat kehadiran Enrique di situ.

     Enrique terus mencempung tubuh Lian lalu membawa gadis itu keluar dari bilik stor. Tubuh Lian diletakkan ke atas kerusi. Dia berdecit perlahan melihat luka yang agak dalam itu.

     "Kena jahit ni..." Enrique bercangkung sambil membelek kaki Lian.

     "Pisau jatuh tercucuk kaki saya..." adu Lian bersama nada suaranya yang bergetar.

     "Habis tu kenapa tak menjerit panggil sesiapa dalam rumah ni? Nak tunggu darah habis sampai nazak dulu baru nak bertindak ke??" Enrique memandang wajah merah Lian yang sedang menangis itu.

     "Jangan banyak bunyi, balutlah lepas tu hantar pergi hospital. Atau kau nak jahit sendiri?" soal Freddy yang berdiri di sebelah mereka.

     "Oh my god! Apa yang jadi ni?" soal Herith yang baru melangkah masuk.

     Enrique terus mengambil peti kecemasan yang dipegang Freddy. Kaki Lian dibalut kemas sebelum dia berdiri lalu mencempung tubuh Lian untuk dibawa ke hospital.

     "Kau dah buat ke apa yang Ricky suruh?" soal Freddy sebaik sahaja Enrique dan Lian pergi.

     "Mestilah dah. Akukan pekerja terbaik. Semua benda aku settle dalam sekelip mata je... Kau tak payah risau, apa-apa nanti aku roger."

     "Woi anjing! Kau nak ikut aku tak?" laung Enrique di muka pintu utama.

     "I'm coming!" Herith terus berlari anak meninggalkan Freddy di situ.

     Freddy menggeleng kecil. Bila berjauhan dengan Enrique, tahu pula nak serius dalam kerja. Bila dekat dengan lelaki itu, asyik nak menggila saja. Apa punya perangailah...

     Baru teringat mengapa dia balik awal hari ini. Di mana bakal isterinya ya?

𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚Where stories live. Discover now