11 : Nobody but a memory.

Start from the beginning
                                    

"Kalau bukan aku yang terima tawaran Tuan Fattah tu, siapa lagi? Kau boleh terima lelaki lain yang tolong kau? Yang nak kahwin dengan kau? Atau kau nak hidup seorang sampai bila - bila?"

Bertambah - tambah tersentap Yara dibuatnya. Dalam hati dia mencebik. Macamlah Naufal itu lain daripada yang lain. Mereka kenal baru beberapa minggu. Jumpa pun beberapa kali sahaja. Sekadar kawan yang meluangkan masa bersama. Tidak lebih, tidak kurang.

Tetapi entah kenapa, Yara tidak boleh menidakkan hujah Naufal itu. Dia tidak akan boleh terima jika ayahnya memberitahu bahawa ada lelaki asing ingin membantu. Sekurang - kurangnya, dia kenal Naufal.

Hidup seorang sampai mati? Itu yang bermain di kepala Yara. Dia fikir itulah takdirnya.

"Saya tak perlukan pertolongan orang lain," dalih Yara penuh kedustaan. Dia menoleh ke luar tingkap.

"Tipu. Everyone need help."

Panjang keluhan Yara. Dia memeluk kaki sendiri sambil menongkat dagu di situ. "Kalau awak nak gunakan saya untuk lupakan ex awak tu, baik tak payah. Saya ada perasaan juga."

Naufal seakan terkesan dengan bicara itu. Melupakan Yara? Mampukah hatinya?

"Tak pernah... walau sekali aku lupakan dia."

"Jadi, kenapa awak terima permintaan papa tu? Kesian awak, kena kahwin dengan orang yang awak tak suka."

Bibir Naufal menyimpul menahan senyuman daripada terukir. Kalaulah Yara tahu di mana tempatnya dalam hati Naufal sebenarnya. Ikutkan perasaan, mahu sahaja dia menjerit bahawa Yaralah bintang kesayangannya selama ini.

Di fizikalnya, Naufal hanya menyengetkan kepala bersama wajah serius.

"Aku ada sebab aku."

"Apa? Bagitahu saya."

Jeda menambah tanda soal dalam kepala Yara. Sementara itu Naufal lebih selesa menatap raut wajah gadis itu. Dia masih tidak dapat menganggak apakah reaksi Yara nanti.

Kalau gadis itu bencikannya, macam mana?

Dia kembali berjalan mendekati katil Yara. Apapun akibatnya nanti, dia hendaklah yakin. Apa nak jadi pun, jadilah!

"Boleh kau percayakan aku?"

Kerana untuk satu kepercayaan, besar maknanya lebih daripada cinta. Cinta tanpa kepercayaan tidak akan pergi jauh.

Yara pula yang terpinga - pinga tidak mengerti. "Maksud awak?"

"I don't need your love or anything, just give me your trust. Have faith with me."

Yara berfikir sejenak. "Kalau awak yang tinggalkan saya?"

Itu perihal lain. Naufal tahu perkara itu tidak akan terjadi.

Saat ini, di sini, dia perlu memastikan jawapan Yara. Dia mendengar kata hati, dia mahu gadis itu menjadi isterinya.

Sekiranya ini ialah peluang kedua, Naufal harus manfaatkannya sebaik mungkin. Dia sudah cukup lama terseksa tanpa keberadaan Yara di sisi. Hanya kerana dirinya yang dulu pengecut dan lari daripada masalah.

Maybe one day, it's not so hard for me to love you and we'll be right for each others.

Sekiranya hari ini ialah hari yang dikatakan tika dulu, baiklah, Naufal tidak akan merugikannya.

Di matanya sekarang seorang Nazlyara yang dulu. Yang dia sayang hingga kini. Yang dia akan pegang memori manis itu sampai mati. Bintang kesayangan Naufal.

"Tak pernah, aku tinggalkan kau. Dulu, sekarang dan akan datang. Tak akan pernah." Naufal tak peduli kalau dia nampak pelik sekarang. Dia perlu luahkan apa yang terbuku di hati setelah sekian lama.

HOUSE OF CARDSWhere stories live. Discover now