" Aku akan terus jalankan projek yang tertanggung hari tu. Tengok nama ni..."

     "Asal ada nama aku? Kau nak mempergunakan aku lagi ke?" soal Herith kehairanan.

     "Kau pergi tukar otak barulah. Dari dulu lagi aku dah cakap yang kau tak sesuai langsung kerja dalam office. Tengoklah sekarang, akal pun dah rosak. Sampai bila kau nak kerja sebagai kuli? Takkan tak ada rasa nak jadi bos sikit pun?"

     "Tak ada." Herith menggeleng tanpa perasaan.

     "Jomlah jadi bos dengan aku. Okey dah Ricky dengan Fred uruskan penjualan tapak-tapak pembinaan ni. Kau dengan aku bukak makmal dan gudang baru untuk keluaran produk aku. Aku dah siapkan sampel, kau nak tengok tak?"

     "Ada kaitan dengan dadah ke? Aku tak naklah buat kerja kotor. Risau Ricky mengamuk nanti, kau tahu kan boleh retak bangunan kalau Ricky mula membebel..."

     "Bersih dari dadah. Ini bendanya..."

     Enrique mengeluarkan sesuatu dari kocek seluarnya sebelum ditunjukkan kepada Herith. Mata Herith bersinar-sinar melihat pen dengan rekaan mewah. Pen itu terus dirampas.

     "Beria nak bukak makmal dengan gudang semata-mata untuk ni? Berbaloi ke? Berapa kita nak jual sebatang pen ni?" soal Herith sambil membelek pen bewarna hitam emas itu.

     "Mungkin dalam tiga puluh ke empat puluh ribu ringgit sebatang. Aku tak comfirm lagi sebab aku ingat nak keluarkan dalam banyak bentuk. Aku dah ada basic cipta senjata jadinya tak susah bagi aku kalau nak keluarkan dalam bentuk pistol sekalipun."

     "Mahal bodoh! Orang gila je beli! Bom ke laser ni?" Herith meneliti pen itu untuk mencari apa-apa butang.

     "Nama dia Brunella-43 Gun. Tarik benda ni dan halakan muncung pada sasaran dan..."

     Puk!

     Bunyi itu memeranjatkan Herith kerana dia tidak melihat apa-apa peluru yang keluar namun kesan setitik cecair bewarna biru yang terlekat pada dinding dipandang hairan. Adakah cecair itu ditembak melalui Brunella-43 Gun ini?

     "Inilah yang membuatkan ciptaan aku terlebih istimewa dan berbeza daripada senjata lain, aku guna peluru mikro samaran. Kau tak boleh tengok dengan mata kasar." Enrique menggeleng kecil sambil menunjuk muncung pen itu.

     "Lubang dia sebesar jarum suntikan yang paling kecik. Untuk orang macam kita dah boleh guna benda ni. Cecair mikro dalam pen ni akan buat orang tidur 10 jam tapi makin banyak jumlah, makin lama dia tidur," terang Enrique panjang lebar.

     "Betul ke kau dah nak berubah?" soal Herith bersahaja.

     "Berubah kepala otak kau. Aku serius nak mulakan perniagaan ni jadinya, aku kena guna barang aku sendiri untuk yakinkan pembeli. Betul ke tak aku punya strategi ni?" Enrique menjongketkan sebelah keningnya.

     "Ya tak ya jugak. Kau dah guna benda ni ke?"

     "Dah berapa ramai kena tembak dengan aku dekat markas Ejad tu. Semua sekali kut. Dia orang dah okey sekarang. Jom kita try dekat manusia dalam office ni pulak." Enrique terus melangkah ke pintu.

     Herith tersenyum kecil. Pasti lelaki itu ingin melepas gian setelah lama tidak mengenakan orang.

     Matanya membulat besar melihat beberapa orang lelaki di tingkat itu telah pengsan di tempat masing-masing. Wah wah ini dah melampau!

     "Enrique dahlah! Melebih-lebih kau ni. Ricky marah nanti..." Herith menarik bahu Enrique yang sedang menyasarkan seorang pekerja yang panik melihat pekerja-pekerja lain di tingkat itu semuanya tertidur.

     "Hahaha mesti dia tengah cuak teruk ni. Woi! Kau buat apa sampai pekerja-pekerja dalam ni pengsan? Kau nak kena buang kerja ke huh?" Enrique sengaja menyoal lelaki yang sedang menggelabah mendail nombor seseorang di telefon pejabat itu.

     "Kau sabar kejap, aku telefon polis. Kau akan jadi suspek utama dan aku dengan Herith saksinya... Berani kau tunjuk belang dekat kawasan monster ni..." Enrique mendekati pekerja lelaki itu.

     "Tolong percayakan saya bos! Bukan saya yang buat semua ni... Semua dah pengsan waktu saya keluar dari tandas. Sumpah bukan saya bos..." Lelaki itu melutut dan merayu bersama tapak tangan yang disatukan.

     "Aku benci betul dengan orang yang tak mengaku salah sendiri. Dah terang-teranglah kau orang terakhir yang aku nampak. Betul tak Herith?" Enrique memandang Herith. Herith mengangguk laju.

     Lelaki itu menunduk takut. Sudahlah dia tidak pernah berdepan dengan orang atasan syarikat ini. Bos di syarikat ni sungguh menyeramkan. Lebih menakutkan apabila melihat wajah Enrique dan Herith langsung tidak kelihatan seperti orang melayu namun lelaki-lelaki itu berbahasa melayu tanpa pelat walau sepatah pun.

     "Kau kena bertanggungjawab."

     "Tapi memang betul bukan salah saya... Saya berani bersumpah dengan nama Allah..." Pekerja lelaki itu mengangkat tapak tangan kanannya.

     "Habis tu, kau nak cakap aku dengan Herith yang buat semua ni? Kau fikir muka kau tu handsome sangat ke? Mentang-mentanglah kulit putih macam mayat hidup, sesuka hati dia je nak salahkan orang berkulit sawo matang macam aku..." Enrique membebel geram.

     "Tolonglah... Saya perlukan kerja ni, mak saya sakit dekat rumah... Siapa nak jaga mak saya kalau saya masuk penjara?" rayu lelaki itu.

     "Aku tak kira, salah tetap salah. Sakit mak kau tu bukan masalah aku. Kalau dia mati sekalipun, langsung tak jejaskan hidup aku." Enrique tersenyum sinis.

     "Bos..." Pekerja itu memandang ke arah belakang Herith.

     "Apa yang dah jadi ni?" soal Hezrick yang baru tiba di situ.

     Hairan dia melihat hanya Enrique, Herith dan seorang pekerja mereka yang terjaga. Yang selebihnya meletakkan kepala di meja masing-masing dan ada juga yang terbaring di lantai.

     "Dia ni pembunuh bersiri, kau kena buang dia serta merta Ricky. Tak pun laporkan je pada polis." Enrique menunding tepat ke arah pekerja lelaki yang kelihatan pucat itu.

     "Apa ke bangangnya dia nak bunuh secara terang macam ni? Akal dia tak cacat macam kau." Hezrick menjeling Enrique sebelum matanya tertancap pada pekerja lelaki itu.

     "Kau boleh pergi. Biar aku uruskan tempat ni," ujar Hezrick.

     "Terima kasih bos..." Pekerja lelaki itu berpaling sebelum dia juga jatuh pengsan.

     Mata Hezrick membulat besar menoleh ke arah Enrique dan Herith.

     "Apa yang kau buat sial??"

     "Entah. Bukan aku." Enrique menggeleng laju.

     "Aku pun bukan." Herith menggeleng bersama riak biasa.

     "Bodohlah kau orang berdua ni! Kau cuma tambahkan masalah ak..." Hezrick yang tiba-tiba jatuh pengsan itu disambut Enrique.

     "Oh my god! Kau tembak abang aku??" Mulut Herith terlopong.

     "Dia yang memekak sangat. Janganlah risau. Kau pergi heret dia masuk kereta. Aku nak tutup tingkat ni kejap." Enrique menolak tubuh Hezrick ke arah Herith sebelum dia beredar.

     "Berat kau 100 kg ke Ricky?!" Herith memapah Hezrick dan akhirnya kedua-dua mereka terjatuh.

     Bagaimana dia hendak membawa Hezrick yang tidak sedarkan diri ini menaiki lif? Sudahlah sekarang masih waktu bekerja. Masalah betul!

𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚Where stories live. Discover now