"Kenapa menangis?" soal Freddy tanpa nada. Wajah lelaki tua yang berdiri berhampiran dengannya dikerling. Dia seperti pernah melihat wajah lelaki tua itu. Tetapi di mana?

     "Awalnya awak balik, nak makan? Jom saya temankan awak..." Miya menarik lengan Freddy namun lelaki itu langsung tidak bergerak.

     "Siapa lelaki ni? Kenapa menangis?" Semakin bertambah soalan Freddy terhadapnya. Dia tidak dapat mengecam identity lelaki tua itu oleh kerana tidak memakai lens.

     "Pak cik mintak diri dulu," pamit lelaki tua itu sebelum dia melangkah pergi. Dia tidak mahu Freddy mengecam wajahnya. Semua itu hanya akan menimbulkan masalah baru buatnya.

     "Miya, siapa lelaki tadi?" soal Freddy bernada lembut. Kedua-dua belah bahu Miya dipegang. Anak mata gadis itu direnung.

     "Ayah saya." Laju saja Miya menjawab tetapi dalam nada yang sungguh perlahan.

     "Habis tu kenapa biarkan dia pergi?"

     "Saya tak suka dia datang sini Fred..."

     "Kau tak patut layan ayah kau macam orang luar," kata Freddy dingin sebelum dia melangkah pergi mengejar lelaki tadi.

     Sampai saja di pintu pagar. Pandangan Freddy diliarkan ke sekeliling namun susuk tubuh lelaki tadi sudah tidak lagi kelihatan.

     "Uncle tadi dah balik bos. Ada apa-apa yang saya boleh tolong?" soal pengawal keselamatan mereka yang sedang bekerja.

     Freddy menggeleng kecil. Buat masa ini, dia tidak berminat untuk mengambil tahu.

     Langkah terhenti setelah merasakan getaran pada kocek seluarnya. Lama dia merenung nama yang tertera pada skrin sehingga nama itu hilang. Beberapa saat kemudian, telefonnya kembali berdering. Punat hijau ditekan.

     "Bro! Kenapa kau balik bro?! Kata nak pergi isi perut dulu..." Suara Herith kedengaran terjerit-jerit di dalam talian.

     "Kau orang pergilah, aku dah sampai rumah ni," jawab Freddy malas.

     "Miya tu tak lari ke mananyalah. Jom lepak-lepak dulu! Kau start kereta, datang tempat biasa. Aku tunggu! Adios!" (Bye!) jerit Herith lagi membuatkan Freddy menjauhkan jarak telefonnya dari telinga. Cakap dalam telefon pun menjerit-jerit. Bodoh betul.

     Freddy mengubah haluan menuju ke arah kereta sport miliknya. Dari jauh, Miya melihat kereta Freddy bergerak laju keluar daripada kawasan rumah. Hatinya terasa seperti disiat-siat.

     "Tengok apa yang ayah dah buat?" soal Miya mendatar. Sepasang matanya mula berkaca-kaca. Jika sikap Freddy berubah, dia pasti akan menyalahkan orang tua tak guna itu.

     Enrique menunjuk satu klip rakaman video pada Herith. Video yang memaparkan rakaman seorang lelaki sedang makan di sebuah kafe membuatkan dahi Herith berkerut teruk.

     "Kalau kau tak faham bermakna otak kau memang tak berguna, elok tanggalkan lepas tu bagi anjing makan." Kata Enrique bernada biasa sambil menekan-nekan skrin telefon bimbitnya.

     "What the heck?" Herith memandang wajah kacak Enrique.

     "Kau ni bodohlah! Cuba jadi bijak sikit!" Enrique menunjal kuat dahi Herith.

     "Huh?" Herith masih menayangkan wajah bodohnya.

     "Lebih baik kau jadi bijak sebelum aku cekik kau sampai mampus." Enrique mula bangun daripada kerusinya.

𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚Where stories live. Discover now