1.3-The World is Not Beautiful

Comincia dall'inizio
                                    

Dan suara tangisan kanak-kanak mula bergema di dalam bilik darjah.


------


Mata Luna suram. Dia melangkah perlahan ke arah koridor yang sering dia kunjungi semenjak dia bersekolah. Hari ini juga dia merasa bosan. Tiada apa yang dapat dia lakukan selain belajar. Dan langkah Luna mati sebaik sahaja dia teringat akan wajah kecewa ibunya apabila dia mendapat markah rendah.

Ibunya menuduh bahawa dia malam untuk berusaha. Hanya sering menyusahkan ibu bapanya yang letih bekerja. Luna cuba melawan kerana dia demam sewaktu hari peperiksaan namun sebaik sahaja dia melihat pandangan mata ibunya, dia faham. Ibunya tetap tidak akan menerima mana-mana alasan.

Luna sedar akan satu perkara setelah 11 tahun bersama ibunya. Ibunya seakan tidak mampu menerima kehadiran dirinya, termasuk bapanya. Dan Layla faham mengapa.

Dia bukan anak yang diingini oleh ibunya. Dalam kata lain, ayahnya yang sekarang bukan ayah kandungnya. Masih lagi Luna ingat wajah ibunya sewaktu pertama kali Luna bergaduh dengan rakan sekelasnya. Amarah. Benci. Menyesal.

Lama mereka tidak berbual sebelum ayat pertama yang diungkap oleh ibunya ialah bahawa kewujudan dia merupakan satu kesilapan. Walaupun Luna masih kecil ketika itu, dia faham akan satu perkara. Ibunya membencinya.

Dan perkara ini semakin jelas kelihatan sebaik sahaja ayah tirinya pulang dari luar negara. Ayah Luna baik. Teramat baik namun tipikal seorang ayah tiri. Ayahnya tidak terlalu rapat dengannya malahan boleh dikira berapa kali mereka berbual bersama.

Dan mimpi ngeri Luna bermula sebaik sahaja keluarga mereka menerima ahli keluarga baru. Luna mendapat adik lelaki baru sewaktu dia berumur 8 tahun. Ibu bapanya terlalu gembira. Dan Luna faham mengapa.

Wajah adik lelakinya, Thaqif seiras dengan wajah ibu dan bapanya. Mata Thaqif serupa dengan mata ibunya. Mata hazelnut yang selalu merenung wajahnya tajam. Setiap kali Luna merenung adiknya, dia merasa iri hati. Dia mahukan kasih sayang dan perhatian ibu bapanya juga.

Ibunya tidak pernah merenung Luna dengan wajah yang penuh kasih sayang. Itu buatkan Luna berfikir, macam mana kalau adiknya mati? Adakah kasih sayang itu akan berpindah kepadanya? Namun pemikiran Luna terhenti apabila wajahnya jatuh pada wajah putih Thaqif. Wajah itu sangat comel. Langsung tidak tahu mengenai apa yang difikirkan oleh Luna.

Luna menangis. Thaqif, satu-satunya manusia yang memandang wajahnya dengan iklas. Dan Luna bertekad dia akan menjadi kakak yang baik untuk adiknya. Namun, itu semua terhenti sebaik sahaja adiknya membesar.

Kerana kini pandangan mata Thaqif padanya juga mula berubah. Thaqif memandang wajah Luna dengan perasay benci, sakit hati dan jijik.

Ah.. alangkah bagusnya kalau Luna boleh hilang dari dunia ini.

Bam!

Bahu Luna tersentak. Automatik kakinnya yang sedang melangkah terhenti. Bunyi badan jatuh menghempai lantai buatkan tubuh Luna sedikit menggeletar. Bangunan ini ialah bangunan lama di sekolahnya. Tiada sesiapa yang sering datang ke sini melainkan dirinya.

Perlahan Luna melangkah ke arah makmal yang berada di hujung koridor. Dup. Jantung Luna hampir gugur sebaik sahaja dia melihat situasi yang berlaku di dalam makmal tersebut.

Seorang pelajar lelaki sebaya dengannya dibuli oleh beberapa pelajar lelaki lain. Dan Luna kenal pembuli-pembuli tersebut. Pembuli yang hanya menggunakan mulut untuk menyerang orang lain dan Luna ialah salah seorang target mereka.

Gulp. Luna telan liur, berfikir akan apa yang harus dia lakukan untuk menyelamatkan si lelaki. Dan tanpa Luna sedar, pandangan mata lelaki yang dibuli jatuh pada wajah Luna yang menyorok di sebalik pintu.

Short Story ✓Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora