9 Wanita Surga

326 55 2
                                    

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

•┈┈•••○○❁❁❁○○•••┈┈•

9 WANITA SURGA YANG PATUT DI CONTOH

1. Siti Khadijah :

Beliau merupakan isteri Rasulullah ﷺ yang melahirkan anak-anak Rasulullah, setia dan mendukung Rasulullah ﷺ walaupun ditentang hebat oleh orang - orang kafir dan musyrik, mengantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2. Siti Fatimah :

Putri Rasulullah ﷺ yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berbagi 1 bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali. Rasulullah ﷺ pernah berkata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3. Siti Aisyah :

Beliau isteri Rasulullah ﷺ yang paling romantik. Sanggup berbagi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Nabi ﷺ minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.

4. Siti Hajar :

Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah ﷻ. Sanggup ditinggalkan oleh Ibrahim atas suruhan Allah ﷻ demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail.

5. Siti Maryam :

Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri & mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah ﷻ untuk mengandungkan Nabi Isa.

6. Siti Asyiah :

Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.

7. Siti Aminah :

Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah ﷺ. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8. Siti Muti'ah :

Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah ﷻ syurga untuknya karena setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya saja.

9. Siti Zubaidah :

Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rasyid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat karna Allah Subhanahu Wa Ta'alaa

Semoga ALLAH ﷻ senantiasa membimbing kita dalam keadaan iman.

•┈┈•••○○❁❁❁○○•••┈┈•

Share Motivasi Hijrah by MisteriusL yuk ke teman, keluarga, atau saudara
Semoga bermanfaat

Motivasi Hijrah - SELESAIWhere stories live. Discover now