𝑖𝑖𝑖 - 𝑏𝑢𝑑𝑎𝑘

Comenzar desde el principio
                                    

ok bang. baii🥺✓✓

Cuma last seen Bad je yang tertera pada skrin telefon. Babyana letak telelon di tepi. Bantal diperbetulkan sebelum dia tarik selimut dan melelapkan mata dan terus hanyut di alam mimpi, bermimpikan lelaki yang menyelamatkannya tadi.

🍼🍼🍼

Topi keledar fullmask yang dipakainya dicabut lalu diletakkan di atas motor. Malam ini suasana riuh lebih dari biasa. Suara muda-mudi yang riuh sakan disambut dengan pandangan oleh Badrilsyah.

"Lengchai dah mari woo." suara pelat Aliff kedengaran. Mereka berjabat tangan gaya brotherhood sejati. Sebatang rokok dihulurkan kepada Badrilsyah namun ditolak.

"Budak-budak cakap ada orang nak race malam ni." Badrilsyah membuka kata.

Aliff dengan Solihin cuma berpandangan sesama sendiri. Solihin berdehem.

"Budak Rawang nak datang sini. Dia nak bet 10 ribu."

"Habis tu? Siapa yang join race sekali."

"Lif, kau lah bagi tau Bad." Solihin menepuk bahu Alif.

"Dia nak lumba one by one. Aku ingatkan benda ni boleh deal kalau kita suruh Samsul je race dengan dia. Tapi mamat tu mention nama kau. Dia nak race one by one dengan kau. Sebab tu aku call kau suruh datang sini."

"Aku dah lama berhenti rempit ni, Lif. Kau deal la dengan dia. Race je lah dengan Samsul tu."

"Tapi budak-budak dah bet nama kau, Bad. Kalau kau tarik diri nanti jadi masalah besar pulak."

"Siapa mamat tu? Samseng mana?" soal Badrilsyah. Dia rasa dia dah lama berhenti merempit takkan lah orang masih ingat dia. Kalau budak-budak rempit bawah Aliff ni memang confirm la kenal.

"Dia samseng ke tak tu belakang kira, Bad. Yang penting sekarang ni dia anak Din Pagoh. Kita menumpang race dalam kawasan dia." Solihin dah nampak macam terjentik rasa gentar sikit bila mendengar nama Din Pagoh dari mulut Aliff.

"10 ribu ke dia deal?"

"Ye. Dia mention nama kau. Dia nak cabar kau race dengan dia. Kalau kau tolak, mungkin ni last kitaorang boleh merempit dekat sini." sayu suara Solihin.

Dahi Badrilsyah dah berkerut. " Kalau aku tarik diri, dia nak control tempat ni? Bila masa pula jalan raya ni jadi tanah dia?"

"Tu dia dah datang. Kau kena deal dengan dia lah nampaknya." Aliff dan Solihin berganjak ke tepi bila Fadil melangkah ke arah mereka.

Badrilsyah cuma menayang tatapan kosong tanpa riak bila dia nampak senyuman penuh muslihat di bibir Fadil. Lelaki yang ada dengan Babyana tadi. Dia cam muka Fadil.

"Aku Fadil anak Din Pagoh." Fadil menghulurkan tangan dengan niat ingin bersalam. Tapi tidak disambut oleh Badrilsyah. Jejaka itu terus ke motornya. Helmet disarung ke kepala. Dia kini menunggang motor.

"Kau nak race ke nak petik nama bapak kau?" sindir Badrilsyah. Throll motor dipulas deras menghasilkan ngauman motor yang seakan-akan ingin mencabar pihak lawan. Dalam race ni ada taktik juga. Sebelum game bermula, masing-masing akan menggunakan taktik perang saraf semata-mata untuk menunjukkan kegagahan jentera dan menakutkan pihak lawan. Apa ingat budak rempit ni sekadar rempit je ke? Budak rempit sebelum wujudnya aplikasi Funimate, Tik Tok dan motor Ysuku memang boleh dikira sebagai budak rempit yang berwibawa. Jentera pun mantap walaupun cuma menunggang EX5.

Fadil mengetap geraham. Geram dengan perlian dan sikap bersahaja Badrilsyah. Helmet disarung sebelum ngauman enjin Yamaha 125ZR turut kedengaran. Mereka memandang ke arah satu sama lain. Kalau ikutkan pertandingan hari ini memang berat sebelah. Mana tidaknya, Fadil yang setiap hari dah bergelumang dengan lumba haram berbeza dengan Badrilsyah yang dah berhenti menceburi bidang lumba motor ni.

"Dah sedia nak kalah ke?" Fadil cuba membakar hati Badrilsyah kerana dia tahu lelaki itu dah lebih 3 tahun berhenti melibatkan diri dalam perlumbaan di atas litar.

Badrilsyah senyum sinis. "Aku ada deal baru, pergi mampu dengan 10 ribu kau tu. Kalau kau kalah, aku nak kau berambus dari hidup aku dan hidup orang yang aku kenal. So deal?"

Fadil merenung Bad lama. Dia faham maksud Bad tapi untuk dia kalah dalam perlumbaan malam ini kelihatan agak mustahil. Dia boleh dikatakan antara pelumba terbaik. Jadi deal yang dicadangkan Bad tidak akan tertunai kerana malam ini pemenang baru adalah Fadil!

"Readyy? Go!" bendera diangkat dan kedua-dua pelumba saling memecut untuk mengungguli kedudukan pertama.

Dan di garisan penamat nanti, hanya satu deal yang akan terjadi.

🍼🍼🍼

happy reading

selamat hari raya korban🐄

Baby ✔Donde viven las historias. Descúbrelo ahora