𝑖 - 𝑏𝑎𝑏𝑦

Comenzar desde el principio
                                    

Babyana tersedak. Dia tahan ketawa dengan menutup mulut. Terkejut dia tadi ingatkan budak kelas corot dapat A ke B ke ini 20 markah pun dah kecoh macam dapat 90 markah.

Penjaga pelajar yang bernama Sajad itu berpaling memandang Babyana. Pandangan yang tak terjangka. Babyana lantas berpaling tak sempat nak menilik lama muka orang asing itu.

"Baby dengar tak apa yang ibu cakap ni?" Puan Marlyana mula bersuara menegur anak daranya.

"Ya." Babyana cuma membalas seadanya.

"Tak apa lah cikgu. Kami minta diri dulu. Terima kasih banyak-banyak cikgu." akhirnya saat-saat yang paling Babyana tunggu. Dah boleh balik dah. Bukan main lama dia tunggu ibunya berbincang entah apa benda dengan Cikgu Adam, Babyana memang tak ambil port langsung. Tak penting!

Puan Marlyana melangkah laju meninggalkan Babyana di belakang. Sempat dia meninggalkan pesan dan beberapa helai not RM20.

"Ibu kena pergi pejabat dulu. Nanti balik sendiri. Jangan merayau pulak. Balik rumah cepat."

Babyana memerhati belakang tubuh ibunya yang makin menjauh. Pandangannya jatuh ke helaian not ringgit di tangannya. Air mukanya berubah kelat.

"Hai Baby! Dah nak balik ke?" tegur Kaseh sambil merangkul bahu Babyana. Kawan yang Baby paling rapat di sekolah. Mereka sendiri ada geng gegirls. Masing-masing ada nama yang unik. Macam yang tegur Babyana ni Kaseh. Dua orang lagi Sayang Halinda dengan Manja Arissa.

Babyana terus maniskan muka. Dia pandang muka Kaseh sambil menggeleng sebagai jawapan.

"Cantekk! Jom kita lepak dulu. Si Linda dengan Risa dah tunggu depan sekolah dah."

"Lepak mana wey? Jom! Jom." Babyana terus menarik tangan Kaseh langsung terlupa arahan ibunya supaya pulang terus ke rumah. Pandai-pandai lah dia selesaikan masalah nanti kalau ibu mengamuk. Yang penting enjoy dulu!

Mereka berempat bergerak ke tandas awam untuk menukar pakaian sekolah. Baju kasual sememangnya sudah dibawa siap-siap dari rumah.

"Baby dah siap ke salin baju? Kita orang nak pergi Watsons cepat-cepat ni. Ada sale murah gila. Takut habis lipmate Maybeline tu." suara Halinda kedengaran dari luar.

Babyana masih kalut mengacingkan seluar jeans wide. Tiba-tiba je tak boleh kancing. Ke Baby dah bertambah gemuk.

"Korang pergi la dulu. Tunggu kat sana nanti aku pergi jugak."

"Okey Baby. See youu." suasana dalam tandas tu kembali senyap. Baby kemaskan baju yang bercorak flora di badannya. Lepas dah selesai, dia keluar dari tandas. Lipstick campuran peach dan strawberry diambil dari totebag miliknya lalu dioles ke bibir. rambut lurus melebihi paras bahu itu disanggul tinggi menyerlahkan lehernya yang putih melepak. Namun kemudian dia memutuskan untuk membiarkan rambut ikalnya lepas bebas tak diikat.

Babyana muncungkan bibir, cuba melihat warna lipsticks di bibirnya.

"Hai adik mannis." Babyana berpaling ke muka pintu bila ada suara bercakap dengan sebutan sabdu. Berdiri figura seorang lelaki dengan jambang melingkari di kawasan mukanya ditambah dengan senyuman misteri. Babyana terus menjerit kuat.

"Hey adik mannis, sayya mau kanal-kanal saja."

Belum sempat si lelaki warga asing itu mahu mencapai tangan Babyana, lelaki itu sudah tumbang di lantai bilik air yang kering itu. Babyana memeluk beg di dadanya sambil mata memerhati sekujur tubuh yang berbaring di lantai tandas awam itu.

"Keluar lah. Biar aku settle dia ni." Mendengar saja suara lain berbicara, Babyana dongak kembali kepalanya. Kali ini kornea matanya menangkap identiti lelaki lain berdiri di ruangan yang sama.

"Terima kasih." balas Babyana ikhlas. Dia lantas keluar tanpa menoleh lagi.


🍼🍼🍼

stay safe semua! vote and komen

°°°

Babyana

•••

Badrilsyah

Baby ✔Donde viven las historias. Descúbrelo ahora