Dendam yang kian menebal di dalam hati manusia membuatkan seseorang itu berani bertindak dengan lebih jauh. Seksa atau bunuh? Itu yang membuatkan seseorang ingin lakukan. Sama seperti Haider Firash bertindak sebegitu. Dia langsung tidak mahu mendengar penjelasan wanita itu. Apa yang dia mahukan hanya seksa secara perlahan-lahan. Cara ingin membuat wanita itu bunuh diri hanya senang. Dekati dia. Bagi dia jatuh cinta dan akhir sekali tinggalkan. "Bukan salah aku! Aku tak ingat apa yang jadi! Tolong la faham! "-Helena Rose Rantai besi yang sedia terpasung di kedua kakinya sudah membuatkan dia terbiasa. Makin dia membela diri, makin jiwanya terseksa. Dia berputus asa. "Kalau aku tak salah. Aku takkan maafkan kau! " "Aku akan buat kau mengaku dengan semua salah kau. Perempuan plastik! ".-Haider Firash. 'Once the truth comes out, I dare to swear you will regret it! '