BAB 4

420 37 2
                                    

Pemandangan taman permainan di hadapan rumah hanya mampu diperhati oleh Helena. Sesekali bibirnya melepaskan rengusan kecil. Tangan kecilnya mula mencapai coklat bar yang berada di atas meja. Baru jari jemari kecilnya ingin membuka plastik coklat bar itu,tiba-tiba coklat itu dirampas oleh seseorang.

"Akak!". Tinggi suaranya pada saat ini. Kedua-dua keningnya bercantum rapat.

"Bluerk". Aileen sudah menjelirkan lidahnya. Coklat bar itu pantas dicampakkan ke atas pasir. Kemudian kakinya laju berlari masuk ke dalam rumah.

Coklat bar yang baru dicampak oleh Aileen itu membuatkan Helena marah. Kakinya turut laju mengejar langkah kakaknya.

"Akak!". Panggilnya dengan suara yang marah. Baru kakinya hampir mendekati tubuh kakaknya, tiba-tiba tubuh kakaknya sudah jatuh tersembam tepat dihadapannya. Secara automatiknya kaki Helena terhenti. Laju dia meluru kearah Aileen.

"Kakak". Panggilnya dengan sedikit lembut. Dia ingin memujuk kakaknya, tetapi raungan kakaknya makin menjadi-jadi. Dia makin gelabah apabila dahi kakaknya sudah mengalirkan darah pekat.

"Ya Allah Aileen. Kenapa kamu lari laju sangat tadi. Kan dah jatuh". Ucap Mak Mah dengan sedikit kuat.

Dato Irwan yang baru sahaja balik dari kerja mula mengerutkan dahi apabila mendengar suara teriakkan daripada arah ruang tamu.

"Kenapa ni?!". Soal Dato Irwan dengan kasar. Kakinya meluru kearah anak kembarnya. Susuk tubuh anak bongsunya ditarik kasar untuk menjauhi anak kesayangannya, Tubuh kecil Aileen di angkat duduk di atas ribanya.

"Kenapa ni sayang?". Soalnya kalut. Darah yang mengalir di dahi anaknya ditutup dengan tapak tangannya.

Helena baru ingin menjelaskan perkara sebenar tiba-tiba kakaknya sudah membuka mulut.

"Helena tolak Aileen!".

Helena sudah terpana. Laju kepalanya menggleng menidakkan kata-kata kakaknya itu. Baru dia ingin membalas, tangannya sudah ditarik kasar oleh papanya.

Mak Mah pantas mendekati Helena.

"Tuan jangan macam ni tuan".

"Mak Mah diam!. Saya nak ajar anak tak guna ni!". Selepas dia menuturkan kat-kata itu, dia terus menarik kasar tubuh Helena.

"Papa, Helena tak buat akak, dia yang jatuh sendiri". Terang Helena sambil menangis teresak-esak. Sedaya upaya dia menarik tangannya. Dia tahu papanya ingin memukulnya.

Dato Irwan terus menarik tali pinggangnya. Kemudian tali pinggang itu diangkat tinggi.

Helena memejam rapat matanya.

"Arh!". Helena terbangun daripada lena panjangnya. Peluh yang merinik di dahi dan leher di usap bebrapa kali. Air mata yang turut mengalir di pipi di usap kasar. Nafasnya tercungap-cungap. Sejak kebelakangan ini, lenanya pasti terganggu dengan mimpi yang pelik-pelik. Wajah-wajah yang muncul disetiap mimpinya langsung tidak dikenali.

Akan tetapi wajah budak perempuan dalam mimpinya itu sama dengan wajahnya waktu dia kecil. Mustahil itu kembar aku. Kalau kembar aku kenapa dia jahat dengan aku?. Lelaki yang ingin memukulnya juga dia panggil dengan gelaran 'papa'. Takkan papanya sanggup memukulnya dan gelarkan dia 'anak tak guna'. kalau betullah dia masih ada keluarga, kenapa keluargnya langsung tidak mencarinya?.

Tapak tangannya laju menampar pipinya beberapa kali.

"Itu hanya mimpi Helena. Mainan syaitan je tu. Bukan betul pun. Kau pun tak ingat siapa family kau". Gumamnya perlahan. Dia terus menghembuskan nafasnya dengan kasar. Kepalnya ditoleh kearah kiri. Selimut ditubuh Nurul di perkemaskan sebelum dia kembali membaringkan tubuhnya. Tubuh kecil adiknya itu dipeluk erat.

"Kakak".

Kelopak mata Helena mula terbukak perlahan. Badannya dibangunkan sedikit.

"Kenapa ibu?". Soalnya sambil memisat matanya beberapa kali.

"Kakak tolong ibu kupas ikan bilis boleh? Ibu dah nak kena masak nasi lemak ni. Hari ni ada orang tempah seratus bungkus nasi lemak". Kata Ibu Ina perlahan. Risau anak bongsunya itu bangun.

Helena mengangguk. Dia mula mengeliat kecil sambil menguap besar.

Pap!

"Aduh!". Helena sudah mengusap pehanya.

"Perangai tu berubah la sikit".

Helena tersengih sambil menggaru rambutnya.

"Sorry".

Ibu Ina menggeleng kecil sebelum dia melangkah keluar dari bilik anak daranya.

Helena memperkemaskan ikatan rambutnya yang agak messy itu. Kemudian dia laju keluar daripada bilik tidurnya. Tahulah dia sekarang ini baru pukul tiga pagi. Mana dia tahu? Sebab Ibu Ina dah terbiasa gerak aku pukul tiga pagi untuk tolong dia masak nasi lemak dan kuih-muih.

Ini juga merupakan rutin hariannya untuk setiap hari.

Berita yang baru sahaja disiarkan di kaca televisyen itu membuatkan Aileen tersenyum puas. Bodoh punya jantan. Disebabkan aku je kau sanggup bunuh diri? Ops, hanya disebabkan Helena Rose kau jadi bodoh macam ni?.

"Sengal". Gumamnya senada.

"You kata apa?".

Aileen terus mengubah riak wajahnya. Kini riak wajah berkerut ditunjukkan kearah teman Helmi iaitu teman lelakinya yang baharu. Jari telunjuknya mula dituding ke televisyen.

"Sayang tengok lelaki tu. Dia sanggup bunuh diri hanya disebabkan seorang perempuan. Bodoh betul lelaki ni". Lancang sekali mulutnya menuturkan ayat itu.

Helmi mengangguk kecil tanda setuju dengan kata-kata Halena.

"Kalau I jadi dia, I tak buat kerja bodoh ni. Baik I cari yang baru". Selorohnya drastik.

Aileen sudah mengerutkan dahi. Helmi dijeling tajam. Tubuhnya terus dijarakkan sedikit daripada tubuh Helmi.

Senyuman lebar sudah terukir di wajah Helmi. Bahu Aileen dipeluknya kemas.

"I cakap kalau I jadi dia la sayangku Aileen Rose. You je wanita yang I nak sampai bila-bila".

Aileen tersenyum lebar. Pinggang Helmi pantas dipeluk.

"Saje je tau you ni. Kerja usik I je". Rungutnya dengan nada yang manja. Kepalanya dilentokkan di bahu Helmi sambil matanya tidak lepas daripada melihat berita yang disiarkan itu.

Sejujurnya, dia menarik perhatian lelaki itu hanya disebabkan satu permainan. Dia berani sahut permainan ini kerana, rakan-rakannya mengatakan bahawa Haidar ialah seorang lelaki yang tidak makan dengan ayat manis perempuan. That's why I take it as a challenge.

Perjanjian permainan itu hanya perlukan masa selama satu tahun untuk menarik perhatian Iskandar. Tetapi dia mengambil masa untuk menarik perhatian lelaki itu hanya satu bulan. Dan lagi sembilan bulan, dia buat Iskandar jatuh cinta padanya. Apabila tempoh permainan itu sudah tamat, dia terus tinggalkan Iskandar. Tak sangka pulak lelaki itu tergilakannya sampai bertindak sedemikian.

Tapi dia bersyukur, dia guna nama palsu. Sampai Iskandar mati dia masih tak tahu nama sebenar aku. Baru sekarang dia rasa bersyukur kerana ada kembar yang sudah lama menghilang. Kesian kau Helena Rose. 

Waves Of Love !Where stories live. Discover now