BAB 6

909 49 14
                                    

Helena melepaskan nafas lelah. Peluh yang merinik di dahinya dilap lembut. Sesekali baju t-shirtnya dikibas beberapa kali. Matanya yang sedikit sepet itu meliar melihat keadaan kawasan bengkel tempat kerjanya.

Bengkel kampung ini semakin maju. Tapi tidak sangka semaju ini pada hari ini. Kalau dulu setiap kali datang kerja , hanya ada dua atau empat buah kereta sahaja. Tetapi kini, bengkelnya dibanjiri dengan sepuluh buah kereta.

Hari ini sahaja kerjanya makin bertambah . Bukan kerjanya sahaja tetapi kerja bossnya iaitu Danish dan juga Zaidi turut bertimbun. Orang luar bandar yang pulang ke kampung untuk bercuti ramai menghantar kereta mereka ke bengkel Danish.

"Terima kasih. Datang lagi". Bibirnya tidak lekang dari menguntumkan senyuman manis.

Helena dari jauh hanya tersenyum kecil melihat kelakuan Danish yang daripada pagi tersenyum. Suka la tu, bengkel dia ramai orang datang.

"Boss kesayangan aku oi, bengkel dah maju. Pekerjanya bila lagi nak maju?". Soal Zaidi sambil mengelap minyak hitam ditangannya.

"Betul tu boss!". Sahut Helena laju. Dia betu-betul setuju dengan kata-kata Zaidi. Makin hari, makin banyak kereta yang mereka kena repair. Macam hari ini sahaja, tiga buah kereta masuk bengkel.

Danish menggaru keningnya. Bahu Zaidi ditepuk beberapa kali.

"Sementara nak cari pekerja baru tu, kita kene kerja keras lagi la sampai malam. Jangan risaulah, bonus korang mesti ada"

"Haa... dengaq bonus tu buat aku rasa nak kerja semalaman tu". Ucapnya dengan tersengih-sengih.

Helena terus membaling penutup tayar ke arah Zaidi,

"Otak hang. Hang sorang jalah yang kerja semalaman kalau macam tu. Aku nak balik awai. Tara balik pukul sebelas tu pun buat aku cemuih!". Laju sahaja Helena menjawab.

Zaidi tersengih. Kepalanya mengangguk.

"Saja ja aku kata lagutu".

Danish yang daripada tadi melihat gelagat Zaidi dan Helena mula bersuara.

"Hang tak rasa ka, pelanggan kita makin lama makin ramai ni sebab Helena?". soalnya ke arah Zaidi.

Helena sudah mengerutkan keningnya. Jari telunjuknya dituding kearahnya sendiri.

"Aku pulak?"

Zaidi sudah mengusap dagunya yang tiada janggut itu.

"Hmmm...aku rasa betul. Sebab hang sorang ja makanik perempuan. Lawa pulak tu. Tak kalut la kenapa ramai orang hantar sini"

Danish laju memetik jari. Kepalanya laju sahaja mengangguk setuju.

"Merapu la hangpa ni. Dah jom makan. Aku lapar".

Zaidi dan Danish tergelak kecil. Mereka mula membontoti langkah Helena. Untung mereka ada pekerja mekanik perempuan yang lawa , yang rajin, yng pandai masak.

"Hari ni aku sempat bawak nasi lemak ja. Pagi tadi aku kalut sikit. Nasib nasi lemak ni tak basi". Helena mula celoteh sambil menghulurkan bekas ke arah Danish dan Zaidi.

"Tak pa aih. Kalau basi pun kami makan pa. Janji hang ingat jugak dekat kami, siap bekalkan makanan".

Danish mengangguk. Setiap tingkah laku Helena membuatkan dia makin tertarik dengan wanita itu. Macam manalah aku tak gila-gilakan hang Helena oi.

"Kalau aku ada rezeki lebih, aku bawak la dekat hangpa. Lagipun , nasi ni pagi tadi ibu ada buat lebih. Tu aku bawak"

Danish mengangguk. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulutnya. Dari satu suap kepada suapan kedua. Begitu juga dengan Zaidi.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 09, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Waves Of Love !Where stories live. Discover now