BAB 1

571 41 0
                                    

8 tahun sebelum

"Helena! Jom ikut aku". Kasar Aileen memanggil adiknya.

"Nak pergi mana akak?". Soal Helena dengan pelik.

"Kau ikut je la aku. Tak payah nak banyak tanya sangat". Balas Aileen dengan kasar. Menyampah pula dia dengan adik kembarnya seorang ini.

Helena pantas mengemas violinnya. Selesai dia memasukkan violin kesayangannya ke dalam bag khas, kemudian kakinya laju mengikuti langkah kakak kembarnya.

"Akak, slow la sikit".

Aileen sudah mencebikkan bibir. Kakkinya makin laju meninggalkan adiknya dibelakang. Walaupun dia dan Helena kembar, tapi dia tetap tidak suka. Helena yang suka merampas kebahagiannya.

"Akak nak bawak Helena pergi mana ni ?". Soal Helena dengan perlahan. Suasana yang dikelilingi dengan hutan itu membuatkan dirinya menelan payah air liurnya.

Sampai sahaja di cerun bukit kaki Aileen laju berhenti dan diikuti oleh Helena .

Kening Helena sudah berkerut rapat. Dia makin merapati susuk tubuh kakaknya. Genggaman bag violinnya diperkemaskan. Matanya masih melilau melihat sekeliling.

"Aku nak kau turun bawah, ambik bag aku. Bag aku jatuh dekat bawah tu". Arah Aileen dengan senada.

Berkerut dahi Helena. Air liurnya ditelan kasar. Matanya tidak lepas dari memandang kakaknya.

'Biar betul Aileen ni nak suruh aku turun. Dah lah curam ni tinggi'. Bisiknya di dalam hati.

"Kau nak turun ke tak ni?"

Kening Helena sudah berkerut hebat. Teragak-agak dia untuk mengangguk. Tanpa berkata apa-apa, dia terus menyerahkan bag violinnya ke arah Aileen. Pokok besar yang ada ditepi curam itu dipegangnya. Baru dia ingin memusingkan tubuhnya tiba-tiba, dia terasa dibelakangnya seperti ditolak oleh seseorang.

"Arh!". Jeritnya dengan kuat. Makin dia cuba ingin mencapai pokok kecil di tepi tebing itu, makin laju pula dia tergelonggor ke bawah. Kepalanya yang terhantuk kecil di akar pokok membuatkan kepalanya sudah berpinar.

Buk!

Kepalanya sekali lagi terhantuk kuat di batu besar. Dia juga dapat rasakan darah segar mula mengalir di kulit wajahnya. Matanya kian kabur.

"Akak". Panggilnya perlahan sebelum matanya terpejam rapat.

Aileen terenyum sinis. Bag violin milik Helena di campak ke curam. Kemudian kakinya mula melompat kecil sambil berjalan. Rambut ikalnya yang didandan di pusing dengan jari telunjuknya.

"Bye Helena" 

Waves Of Love !Where stories live. Discover now