BAB 5

417 35 0
                                    

Sebulan Kemudian...

Suasana bilik yang gelap itu dipandang oleh Puan Raudhah dan Encik Ismail dengan sayu. Mata mereka mula bertembung antara satu sama lain dengan nafas yang berat. Sudah sebulan anak menakan mereka itu berperangai seperti itu. Langsung tidak keluar daripada bilik malah anak menakannya itu juga tidak terurus.

Dengan berambut panjang hingga ke bahu. Misai dan janggut pula sudah mula tumbuh. Sangat selekeh di mata mereka. Haider yang sekarang tidak sama dengan Haider yang mereka kenal. Sejak kematian abangnya Haidar, mereka dapat lihat bagaimana separuh nyawa Haidar turut mati.

"Haider..."

"Urmm". Jawab Haider tanpa perasaan.

"Mari makan. Ibu ada bawak bubur ni". Lembut Puan Raudhah memujuk Haider. Selama sebulan itu juga, dia yang menjaga makan dan minum anak menakannya itu. Walaupun Haider tidak mahu makan, tetapi dia paksa juga. Kesihatan Haider perlu dijaga dengan rapi.

"Ibu..."

"Ye Haider". Sahut Puan Raudhah dengan nada yang bergetar.

"Kenapa..."

Puan Raudhah sudah memandang suaminya yang berdiri di hadapan pintu.

"Kenapa abang boleh jadi bodoh hanya disebabkan perempuan tak guna tu?". Sambung Haider lagi. Telefon milik abangnya dipusing-pusing beberapa kali. Air mata sudah bertakung ditubir mata.

Puan Raudhah mula menghampiri anak menakannya. Haider ditarik ke dalam pelukkannya. Diusap kepala itu dengan penuh kasih sayang.

"Itu takdir dia Haider"

"Takdir apa tu ibu?Kenapa takdir tu kejam sangat?".Lirih Haider menyoal. Kepalanya dilentokkan ke dada Puan Raudhah. Kepalanya dibiarkan sahaja diusap oleh tangan tua itu.

"Shh...Haider kene terima semua ni dengan hati yang terbukak. Doa banyak-banyak supaya si pelaku tu insaf". Lembut Puan Raudhah menasihati.

Haider tersenyum sinis.

'Haider takkan buat benda tu ibu. Tapi Haider nak balas dendam'. Ucapnya didalam hati.

Dalam dirinya pada saat ini penuh dengan dendam. Sikit sahaja masa lagi untuk aku dapatkan kau perempuan plastik!

Sebakul kuih muih dijinjing kemas oleh Helena. Sambil dia berjalan sambil dia menyanyi kecil. Sesekali dia menegur orang yang lalu lalang di situ. Orang kampung di sini memang ramah dengannya. Tambahan pula ibu dan ayahnya turut dikenali orang kampung kerana keramahan mereka, jadi dia tumpang sekakilah.

"Assalamualikum Kak Tonku yang comel". Sapanya dengan senyuman lebar. Bakul kuih diletakkan di atas meja.

"Hah baru hantar?". Perli Kak Ton dengan suara yang sedikit kuat. Kedua-dua tangannya sudah mencekak pinggang.

Helena tersengih sambil mengeluarkan beberapa bekas kuih muih.

"Sorry lah Kak Ton. Hari ni ibu buat nasi lemak banyak sangat sebab ada orang tempah. Lepastu baru kuih-kuih ni ibu buat. Tu lambat sikit". Jelasnya senada. Wajahnya sedihnya sudah ditayangkan.

Kak Ton mengangguk faham.

"Hari ni ramai pelanggan cari kuih hangpa. Bila Kak Ton suruh beli kuih lain depa tak mau. Depa nak juga kuih hangpa buat. Tu nampak tu, depa sanggup tunggu". Bibir tebal merah Kak Ton sudah mula memuncung ke arah meja makan.

Mata Helena terhala ke arah yang ditunjukkan oleh Kak Ton. Senyumannya terbit. Hatainya gembira melihat pelanggan yang tunggu kuih ibunya membeli dengan banyak. Lagipun pandai mulut luas Kak Ton menghasut suruh membeli kuih yang lain. Alhamdulillah rezeki mereka sekeluarga hari ini kuih dapat habis awal.

Waves Of Love !Where stories live. Discover now