BAB 3

469 45 1
                                    

Haider mula berlari selaju yang mungkin. Butang lif ditekannya beberapa kali. Pintu lif yang lambat bukak itu membuatkan Haider bertambah marah. Kaki kanannya sudah mula menyepak kuat pintu lif itu. Matanya melilau melihat sekeliling. Nampak sahaja tangga kecemasan, laju kaki Haider meluru menaiki tangga.

Sambil dia berlari, dalam hatinya tidak pernah putus-putus agar abangnya berlembut hati. Telefonnya yang sering berbunyi itu membuatkan emosinya terganggu. Tanpa berlengah dia terus mengangkat panggilan itu. Dia perlu sampai ke rooftop dengan segera.

"Haider tengah naik tangga ni. Sikit lagi nak sampai". Cakapnya dengan laju. Sesekali matanya memandang ke atas. Ya allah tingginya. Rungutnya dalam hati.

"Ummi bukak loud speaker! Biar abang dapat dengar suara Haider.". ujarnya dengan sedikit kuat. Kakinya yang terasa lenguh itu dihiraukan. Dia perlu cepat. Gegendang telinganya juga dapat dengar dengan jelas ada beberapa orang sedang memujuk abangnya.

"Abang!Abang dengar suara Haider kan?!Abang!". Jeritnya dengan kuat.

"Tunggu Haider abang!". Jeritnya lagi. Hanya tinggal lagi satu tangga. Kakinya makin melangkah dengan luas. Kemudian dia terus menolak kasar pintu di rooftop itu.

Dia mula menolak orang yang berada disitu. Matanya langsung tidak lepas daripada melihat abangnya yang sudah berdiri di atas tebing banggunan hospital ini.

"Abang...ni Haider. Abang mari sini". Panggilnya dengan lembut. Perlahan-lahan dia merapati susuk tubuh abangnya. Tangan kanannya pula masih dihulurkan kearah Iskandar.

Iskandar memusingkan tubuh menghadap Haider. Senyuman paksa mula diukirkan di wajah pucat dan cengkungnya. Kepalanya tergeleng perlahan.

"Abang tolong jangan buat Haider macam ni. Tolong jangan buat Haider rasa anak yatim piatu. Tolonglah kesiankan Haider! Ka..kalau abang tak kesiankan Haider, abang kesiankan ummi dengan abah. Diorang jaga makan minum kita daripada kita kecil lagi. Mari sini abang. Pegang tangan Haider!". Panggil Haider lagi. Kepalanya langsung tidak toleh ke kiri atau kenan. Tumpuannya hanya kepada Iskandar. Air matanya turut berjujuran jatuh kepipi.

Puan Raudhah dan Encik Ismail yang melihat Haider sedaya upaya memujuk Iskandar itu, cukup membuatkan hati tuannya berasa sayu.

Iskandar menggeleng perlahan. Kakinya makin melangkah sedikit kebelakang.

"Abang! Tolonglah. Haider merayu pada abang. Tolonglah". Esakan Haider kian terhambur. Dia tidak kisah dengan orang sekeliling yang melihat wajahnya yang sedang menangis. Dia tidak kisah dengan persepsi orang sekeliling terhadapnya. Apa yang dia kisahkan, keluarganya yang masih tinggal di dunia ini.

"Helena Rose tinggalkan ab...abang".

Terkedu Haider mendengar. Jadi selama ini,perkara yang membuatkan abangnya kemurungan hanya disebabkan seorang wanita? Kenapa abangnya boleh jadi sebodoh ini?

"Tak ape abang. Biarkan dia pergi. Abang boleh cari perempuan lain dekat luar sana. Ramai lagi yang cantik,yang baik...".Belum sempat dia menghabiskan ayatnya,suara Haidar kembali memtir.

"Tak sama macam Helena Rose. Dia terlampau cantik! Dia baik. Tapi disebabkan dia jumpa lelaki lain,dia tinggalkan abang. Dia benci abang". Tutur Iskandar lagi.

Hanya lagi tiga tapak sahaja lagi, Haider dapat mendekati abangnya.

"Tak apa abang, dia buta menilai abang. Mari sini dekat Haider". Pujuknya lagi.

Haidar menggeleng laju.

"Baik abang mati!". Selepas dia menuturkan perkataan ini, dia terus melangkah kebelakang hingga kakinya tidak lagi rasa memijak sesuatu.

Terbuntang mata Haider. Tangannya pantas ingin mencapai tapak tangan abangnya tapi sayang...dia tidak sempat .

"Abang!".

"Iskandar!".

Serentak Haider, Puan Raudhah dan Encik Ismail menjerit .

Urat hijau Haider sudah mula timbul di dahi dan lehernya. Matanya terpejam rapat. Air matanya laju menitis.

"Allah!".

Tangan kekarnya sudah menguak rambut kebelakang. Air matanya pula tidak berhenti mengalir. Suara esakan daripada Puan Raudhah dan Encik Ismail membuatkan hatinya kembali sayu.

'kenapa...Kenapa disebabkan perempuan tu, abang boleh jadi bodoh macam ni!'. Katanya didalam hati. Orang ramai sudah mula mengerumuni jasad abangnya. Perlahan-lahan badannya merosot jatuh ke lantai. Dia mula bersandar pada dinding konkrit sambil menutup wajahnya. Dia mahu menangis. Orang yang dia sayang mula tinggalkannya. Selepas ini siapa pula yang akan tinggalkan dia?

Helena yang sedang ralit mengupas bawang mula tertarik dengan berita yang baru sahaja dipaparkan di televisyen itu. Dahinya berkerut-kerut mendengar apa yang pembaca berita itu sampaikan. Sesekali kepalanya tergeleng-geleng.

"Di Hospital Kuala Lumpur terdapat seorang lelaki dipercayai bunuh diri akibat putus cinta... "

Helena menggelengkan kepalanya. Dia langsung tidak menoleh ke arah lain. Dia dapat lihat video yang berdurasi pendek yang dirakam oleh netizen itu sedang dimainkan di kaca televisyen. Pergerakkan lelaki itu yang sedang berdiri di tebing banggunan hospital sebelum perlahan-lahan melangkah ke belakang dan...Video itu tamat.

Helena sudah menggelengkan kepalanya. Bahunya diangkat tinggi dan kedua tangannya memeluk tubuhynya. Dia dapat rasakan bagaimana tubuh lelaki itu terhempas di jalan tar. Sakit!

"Sanggupnya dia. Tak sayang nyawa betul". Gumamnya perlahan. Baru dia ingin menyambung gumamnya tiba-tiba ada satu suara yang memanggilnya.

"Kakak!"

Terkalih kepala Helena memandang ke arah jendela.

"Ye ayah!". Sahutnya sedikit kuat. Bawang dan pisau di tangannya diletakkan di atas meja. Tangannya pantas dibasuh. Kakinya pula laju meluru keluar rumah melalui pintu belakang.

Helena laju menghampiri susuk tubuh ayahnya. Senyuman kecil mula terukir di bibirnya.

"Nah, Ni ada rezeki sikit untuk kita sekeluarga makan malam ni". Kata Ayah Man senada sambil menghulurkan sebekas udang ke arah anak daranya. Topi dikepalanya ditarik dan dikipas kewajahnya.

Helena menyambut dengan tersenyum lebar. Yeay malam ni dapat makan udang masak merah! Sedapnya.

Sebelum kakinya melangkah masuk ke dalam rumah, dia sempat mengerling ke arah ayahnya. Jelas kepenatan di wajah tua itu. Daripada subuh sampai ke maghrib ayahnya berada dilaut mencari rezeki. Kalau ayahnya tidak bekerja, entah apa yang mereka akan makan sekarang. Gajinya pula tidak la tinggi mana. Biasalah kerja dibengkel kampung sahaja. Kalau setakat nak tampung makan minum keluarga ini dia mampu. Tapi rawatan adiknya yang semakin hari semakin tinggi itu, dia tidak mampu. Jadi terpaksa la ayahnya turut bekerja keras.

Buat kesekian kalinya, Helena mengeluh perlahan.

Waves Of Love !Where stories live. Discover now