DIANA

By thewhitewonder

967K 35.5K 1.2K

Kerana menghormati keputusan orang tuanya, Diana menggadai diri masuk ke dalam dunia yang berbeza dengan kehi... More

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
52 - F I N A L E
Nota Kaki : D I A N A

51

24.9K 660 22
By thewhitewonder

Ez memandang Diana yang sudah terkulai di atas katil seperti mahu pengsan. Tubuh Ez terasa lemah.

"Ya Allah Diana!!" Bonda menjerit.

Tanpa berfikir, Ez terus menghampiri dan menggendong Diana. Saat ini dia hanya mahukan Diana mendapatkan rawatan. Hanya satu perkara bermain dalam fikirannya yang dia takutkan, dia tidak mahu Diana tinggalkan dirinya.

"Ez nak bawak Diana pergi mana?!" Bonda menyoal resah.

"Hospital la! Ez tak boleh tengok Diana macam ni." Ez jawab dalam keadaan panik. Dia terus melangkah laju keluar diekori oleh mereka. Mereka mengejar Ez kerana risau Ez bertindak melulu.

"Ez, papa faham Ez risau. We all worry about her too. Tapi Ez kena fikir panjang, Ez ingat senang nak redah jam nanti kalau naik kereta sendiri. Kalau macam ni papa call ambulan dari Columbia Hospital." Papa cuba berbincang dengan Ez. Dia cuba mencadangkan supaya Diana dibawa ke hospital yang lebih dekat.

Ez yang laju menuruni tangga sudah tidak mampu mendengar nasihat kedua orang tuanya.

"Alright. Terima kasih." Terdengar suara Armel habis bercakap telefon.

"Wait abang Ez. They are reaching our gate. Kita naik ambulans okay?" Armel memberitahu sambil menuruni tangga. Dia menelefon semula pihak kecemasan untuk mengetahui lokasi ambulans. Dia juga risau dengan keadaan Diana dan perlu lakukan sesuatu.

Ez menoleh melihat Armel lalu terus menuruni tangga. Lega sedikit tetapi masih tak dapat menghilangkan rasa cemasnya.

"Dah nak sampai tu Ez. Kita naik ambulans je ya." Bonda masih memujuk.

Ez hanya diam tanpa bantahan. Kakinya hanya meluru ke arah pintu.

Sejurus itu terdengar bunyi siren ambulans. Mak Mah segera membukakan pintu selepas terkejut melihat kekecohan di tangga.

"Ya Allah apa dah jadi dengan Diana ni?" Mak Mah sempat bertanya dengan khuatir melihat Diana digendong.

"Mak Mah, Kak Diana jatuh dalam toilet. Tolong ambikkan purse Kak Diana, kami nak bawak pergi hospital." Armel memberitahu Mak Mah.

"Ya Allah. Allahuakbar!! Okay cepat pergi bawak dia." Mak Mah terkejut mendengar berita itu.

Ez yang menggendong Diana terus berlari ke arah ambulans. Kelihatan dua staf paramedik keluar dari ambulans. Mereka turut tergamam melihat Ez sudah membawa Diana ke situ.

Seorang dari mereka bertanya keadaan Diana pada Ez. Seorang lagi segera mengeluarkan katil dari belakang ambulans. Dengan berhati-hati, Diana diletakkan di atas katil.

"Suami ikut sekali ya." Pesan sfaf itu.

"Baik encik." Ez jawab ringkas. Dia segera naik masuk ke dalam ambulans.

"We'll be there after this. Nanti kat sana Armel call abang." Armel memberitahu Ez.

Ez hanya mengangguk. Pintu ambulans ditutup. Ambulans segera dipandu menyusur keluar dari Villa Cempaka.

Pelbagai perasaan berlegar dalam hati mereka yang melihat ambulans berlalu itu. Rasa sebak, risau dan marah pada diri sendiri. Mereka terutamanya bonda kesal perkara ini boleh berlaku dalam keluarga mereka apatah lagi dalam rumah mereka sendiri.

"Okay, Armel nak ke hospital. Papa dengan bonda nak ikut tak?"

"Bonda ikutlah." Bonda menjawab.

"Okay bonda siap cepat. I'm going to grab Kak Diana's belonging."

Mereka segera masuk. Armel segera bersiap dan meminta Mak Mah menyediakan barang keperluan Diana yang penting untuk dibawa.

"Ni barang Diana. Dalam tu ada tudung dia." Mak Mah menghulurkan satu bag kecil yang berisi barang Diana.

Armel terkedu mendengar kata-kata Mak Mah. Dia faham kehendak Mak Mah. Dia turut kesal kerana tadi kekalutan yang berlaku mereka tidak sempat memastikan aurat Diana terjaga.

"Thank you Mak Mah. Nanti Armel bagi Kak Diana. Nanti apa-apa Mel call eh." Armel hanya tersenyum nipis dan menepuk lumbut bahu Mak Mah.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Ez sedaya upaya menahan air matanya daripada tumpah.
Pandangannya hanya pada mata Diana yang separa sedar. Sebelah tangan Diana digeggam dengan kuat. Dia hanya mendiamkan diri saat melihat staf paramedik itu memeriksa Diana ketika dalam perjalanan.

Hatinya hancur kerana kesal dengan tindakan diri sendiri. Dia menyesal dengan perbuatannya hari ini. Dia mula teringat pagi tadi dia hampir memarahi Diana hanya kerana mengangkat panggilan telefon. Petang tadi pula dia tidak hiraukan Diana apatah lagi hendak melayan perangai Diana yang teringinkan sesuatu.

Semua kerana ego dirinya sendiri. Tidak mahu melayan isteri hanya kerana penat di tempat kerja. Ez mula rasa dirinya bodoh kerana mengikut perbuatan Sharif hanya disebabkan dia mahu Diana berhenti melayan perasaan mengidamnya.

Kini, isterinya hanya lemah terbaring di dalam ambulans itu.

'Kenapa Diana boleh terjatuh ni?' Ez ingin menyoal Diana tetapi hanya mampu di dalam hati.

Ez sebak membayangkan Diana jatuh seorang diri di dalam bilik air. Malah tiada siapa di dalam bilik tidur mereka. Ez kesal teringatkan dia di bawah sedang leka menjamah makanan tanpa mengetahui isterinya bertarung melawan kesakitan seorang diri.

Ez semakin kesal mengingatkan arahan bonda yang menyuruhnya memanggil Diana tapi kerana ego dia tidak mengendahkan arahan bonda.

Mulut Ez terkunci sambil memandang Diana. Banyak perkara dia mahu katakan pada Diana tetapi dia tahu Diana tidak sedar untuk mendengar kata-katanya.

"We almost there sayang. Please stay with me." Suara Ez sedang menahan tangisan akhirnya keluar.

Diana yang separa sedar menoleh lemah memandang wajah Ez. Dia sebolehnya tidak mahu buatkan Ez risau. Namun ketika ini dia sangat risau jika ada apa-apa berlaku pada bayinya.

"Abang." Diana memanggil dengan suara yang lemah.

"Diana takut." Kata Diana sambil matanya tertutup rapat.

Ez terkedu mendengar kata-kata Diana. Hatinya runtun mendengar suara itu. Kata-kata Diana menunjukkan dia sangat bergantung pada Ez dan mahu dilindungi.

'Tapi apa aku dah buat? Sekali lagi aku biarkan dia keseorangan.' Ez mengetap bibir menahan marah pada dirinya sendiri. Saat ini dia terlalu kesal kerana masih mempersiakan isterinya yang pulang ke pangkuannya.

"It's okay. Everything will fine. Abang ada." Ez membalas. Dia mahukan Diana rasa selamat. Padahal dalam hati sendiri dia terlalu risau.

"Puan, jangan risau. Kita akan cuba sehabis baik untuk membuat rawatan untuk puan." Staf paramedik tadi turut menenangkan Diana.

Selepas beberapa minit, ambulans itu tiba di bahagian kecemasan hospital. Diana diturunkan menggunakan katil tadi dan segera ditolak ke bahagian pemeriksaan.

Ez turut berjalan laju di sebelah Diana sambil memegang tangan Diana yang sejuk. Jantungnya masih berdegup laju. Namun, dia mula rasakan tangan Diana seperti tidak ada daya lagi dalam genggamannya. Ez tergamam.

"Diana." Ez cuba memanggil.

Diana hanya menutup mata.

"Diana! Sayang! Wake up please jangan tidur lagi." Ez mula meninggikan suaranya.

"Puan Diana! Puan!" Staf itu turut cuba memanggil Diana. Dia mahu Diana berada dalam keadaan sedar.

Mereka tiba di bahagian pemeriksaan. Seorang doktor dan dua orang jururawat mula membantu staf paramedik tadi memindahkan Diana ke atas katil ruangan itu.

"Is she okay?" Ez mula bertanya pada seorang jururawat dengan nada cemas tentang keadaan Diana. Dia risaukan selepas melihat Diana tidak sedarkan diri.

Seorang staf paramedik tadi memberitahu maklumat pemeriksaan yang dilakukan pada doktor agar doktor lebih faham keadaan yang berlaku.

"Encik, saya minta maaf. Kita perlu lakukan pemeriksaan ke atas isteri encik. Saya minta encik tunggu di luar sekejap ya."

Jururawat itu meminta Ez untuk keluar dari ruang itu selepas melihat keadaan Ez yang cemas. Dia tidak mahu Ez menganggu proses pemeriksaan ke atas Diana.

"Saya nak masuk." Kata Ez.

"Tak boleh encik. Kami...." Jururawat itu semakin menghalang.

"No! Isteri saya perlukan saya." Ez menjawab dengan tegas.

"Encik, saya faham encik risau. Tapi kita tak benarkan waris berada di ruangan ini. Saya bukan halau encik. Saya mintak tunggu sekejap je dekat luar. Encik jangan risau, kita akan tolong isteri encik." Balas jururawat itu dengan nada sopan dan masih bersabar dengan Ez.

"Tapi, saya nak duduk dengan isteri saya! Saya takut jadi apa-apa kat dia." Ez masih berdegil.

"Encik, kami faham...."

"Encik Aizuddin, encik jangan risau." Staf paramedik itu muncul di sebelah Ez. Ez terkedu dan memandang staf itu.

"InshaaAllah isteri encik tak apa-apa. Sekarang kita dah selamat sampai hospital dan kita beri masa untuk doktor lakukan pemeriksaan ya. Encik tunggu sekejap kat luar. Nanti mereka akan panggil encik masuk semula. Boleh ya encik?" Staf itu berkata lagi dengan tenang.

Dia tahu Ez sedang cemas. Sudah menjadi kebiasaan mereka di bahagian kecemasan melihat waris dalam keadaan seperti itu. Jadi, staf itu cuba memujuk Ez dengan cara yang lebih tenang.

Ez hanya mendiamkan diri. Dia hanya menurut arahan mereka. Perlahan dia melangkah keluar dengan hati yang berat. Sekilas dia menoleh ke arah Diana.

'Ya Allah, tolong selamatkan Diana ya Allah. Hanya pada Engkau aku harapkan pertolongan untuk isteri aku.'

Ez melangkah menuju ke arah bahagian kerusi di luar bilik pemeriksaan. Dia duduk dan cuba menenangkan diri. Dia rasakan dalam masa yang singkat ini jantungnya tidak henti berdegup laju dari tadi.

Ez menutup matanya. Dia cuba mengawal nafasnya. Ingatannya pada keadaan mencemaskan tadi masih terngiang di ingatan. Tangannya masih menggeletar. Namun, dia bersyukur mereka sampai ke hospital dengan selamat. Cuma dia masih khuatir keadaan Diana dan bayinya.

Pintu bilik pemeriksaan dibuka. Doktor dan jururawat keluar dari bilik itu dan mencari Ez. Ez terus bangun dan menghampiri mereka.

"Encik, encik ada IC isteri encik?" Jururawat itu menyoal Ez.

"Emmm tak ada. Saya panik sangat tadi. Saya terlupa nak bawak. Nanti saya mintak sesiapa bawakkan."

"Okay kalau macam tu. Nanti make sure dah ada ic nanti encik jumpa saya ya. Lepas tu kita buat pendaftaran."

"Okay." Ez mengangguk. Dia terus menoleh ke arah doktor itu. Harapkan ada berita baik dari doktor tentang Diana.

"Encik, kita akan bawa Puan Diana ke bahagian rawatan. Saya akan panggil pakar O&G untuk tengok Puan Diana. Saya tak boleh cakap apa-apa sekarang. Buat masa ni kita akan masukkan IV drip. Sebab dia lemah sangat sekarang. Tadi dia pengsan sebab tekanan darah yang sangat rendah. Lepas ni kita bagitahu encik kalau ada rawatan lain kita perlu buat."

"Okay doktor. Baby kami macam mana?" Soal Ez dengan risau.

"Baby...."

Ez berdebar menunggu kata-kata doktor.

"Baby kita kena scan dalam bilik rawatan nanti. Encik jangan risau kita akan bagitahu setiap rawatan dan progres Puan Diana dan baby encik. Sekarang encik tunggu dulu kat sini ya."

"Okay." Ez jawab dengan lemah. Hatinya masih resah kerana tiada jawapan tentang keadaan Diana dan bayi mereka.

Ez duduk kembali. Dalam hatinya dia tidak habis berdoa agar semuanya selamat. Saat ini mula terngiang suara Diana selepas solat Maghrib tadi.

"Abang, yang tadi Diana tanya kat Whatsapp tu? Abang tak reply pun."

"Boleh ke tak kalau kita keluar malam ni?"

"Errr okay! I'm okay. Diana faham abang penat."

Ez meraup wajahnya. Saat ini apa yang pasti dia kesal dengan tindakannya yang mementingkan diri. Diana sangat mengharapkan dia bersetuju makan bersama malam ini tetapi dia penat untuk melayan kerenah Diana.

"Ez! Diana macam mana?" Tiba-tiba suara bonda menerpa dari tepi.

Ez toleh melihat bonda yang bergegas datang ke arahnya. Dia terus bangun dan mendekati bonda.

"Diana ada kat dalam. The doctor is checking her. Belum tahu lagi la apa jadi pada Diana. Tapi masa sampai tadi dia pengsan. Doktor kata low blood pressure." Jawab Ez dengan bergetar.

"So bila kita boleh tahu keadaan dia?"

"Lepas ni diorang nak bawak Diana masuk bahgian rawatan. Diorang nak scan baby dulu."

"I see. Ya Allah, harap-harap tak ada apa la yang berlaku kat Diana and baby. Oh, ni bonda bawakkan purse Diana, just in case."

"Thank you bonda. Bonda datang dengan siapa ni?"

"Bonda datang dengan Armel. Dia pergi cari parking. Tadi rush ke sini so tak nak tunggu Pak Mat untuk hantarkan."

Ez hanya mengangguk lemah.

Bonda nampak wajah Ez yang sangat risau. Dia tahu Ez menyimpan rasa sedih.

"Ez, kita duduk dulu kat sini ya." Bonda cuba memujuk Ez.

Ez memandang bonda. Hatinya sebak mengingatkan keadaan Diana. Air mata Ez mula bertakung.

"Bonda..." Suara Ez jelas sebak.

"Ya Ez."

"Both of them will be fine right?"

Kali ini air mata bonda turut mengalir. Dia sebak melihat anaknya menahan kesedihan begitu.

"InshaaAllah. Diana and baby will be fine. Kita doa banyak-banyak."

Bonda terus menghampiri. Ez terus memeluk bonda dengan sekuat hati. Saat ini dia rasakan mahu berada di samping ibunya kerana dia memerlukan kekuatan. Air mata mengalir deras tidak lagi tertahan.

Sebelah tangan Bonda menepuk lembut belakang Ez. Kasih ibu pada anaknya yang hanya mahukan anaknya berasa tenang saat dilanda kesedihan ini.

"Bonda, Ez menyesal." Kata Ez dengan tersedu sedan.

Bonda berkerut. Hairan dengan kata-kata Ez.

"Hmm?"

"Ez menyesal buat macam tu pada Diana."

Bonda meleraikan pelukan. Tangannya masih erat memegang lengan Ez.

"Ez buat apa?" Bonda menyoal lembut.

"Ez.....selfish."

"Okay but what have u done?"

"Diana ajak Ez dinner kat luar malam ni. Tapi Ez tak nak sebab Ez penat. Sebab sebelum ni Ez dah layankan banyak benda dia mengidam. But I don't fulfill her cravings lately just because I don't want to."

Bonda terkedu. Dia memandang wajah Ez dengan pelbagai perasaan di dalam hati. Kecewa dengan perangai Ez tapi dalam masa yang sama kasihan pada Ez. Mungkin betul Ez penat.

"Pagi tadi Ez hampir marah Diana sebab dia angkat call without my permission. Maybe that's why I don't feel to go out with her tonight. Apa Ez dah buat ni bonda?!" Ez teresak-esak menceritakan pada bonda.

'Alahai macam budak-budak la diorang ni.' Bonda terasa geli hati mendengar alasan Ez. Namun hatinya runtun melihat tangisan Ez.

"Ez.....Ez takut Diana tinggalkan Ez."

Wajah bonda terus berubah. Ez ni ingat Diana mati ke?

"What do you mean? Hey, jangan fikir sampai situ. Kita kena doa tau." Bonda bertegas.

Wajah Ez terus berubah. Bukan mati yang dia maksudkan. Segera dia lap air matanya.

"Bukan. Bukan pasal tu. Jangan sebut yang tu bonda. I cannot bear it. I mean what if Diana leave me like what happened in the past and tak nak jumpa Ez dah?"

Bonda tercengang mendengar soalan Ez. Nak ketawa tapi tidak sampai hati. Lalu bonda mengelap air mata Ez. Tak sangka anak keduanya yang sudah besar panjang dan suka berlagak cool ini ada juga fikiran sejauh itu.

"Hmm kalau macam tu padan muka." Balas bonda.

Ez tergamam mendengar jawapan bonda. Nampaknya kali ini tiada siapa akan menyebelahinya.

"Dah Ez. Stop crying. Buruknya u sekarang ni." Bonda menahan ketawa sambil mengelap air mata Ez.

"Bonda, i am serious."

"Ya. Ya. Okay! Bonda serius jugak. Duduk dulu." Bonda menarik Ez duduk di kerusi.

"Bonda tak nak marah Ez. This is not the right time but apa yang Ez buat memang salah. Bonda sebagai perempuan dan isteri rasa sedih dengar niat perbuatan Ez. Diana tu pregnant anak sulung Ez tau. Dia yang merasa pregnant pulak tu. Alasan Ez tu tak relevan tau. Penat? Bonda faham Ez penat bekerja tapi Diana pun penat jugak."

Ez mula tunduk mendengar kata-kata bonda. Dia akui semua yang bonda katakan adalah benar.

"Dan paling penting Ez kena tahu, setakat penat layan craving Diana tu tak ada apa sangat tau. Nanti lepas baby dah lahir, penat jaga anak ni sampai dia besar, bertahun-tahun tu Ez tak boleh nak elak dengan lepas tangan. So kalau Diana nak bermanja dengan Ez mintak dilayan benda macam tu, Ez bersabarlah. You know it's gonna be a big reward if you make your wife happy, right?"

Ez mengangguk.

"Kita dengan pasangan ke parents ke, kena layan sehabis baik. Sebab kita tak tahu sampai bila dia ada dengan kita."

Mata Ez terus beralih memandang bonda. Hatinya tersentuh mendengar nasihat itu. Dia jadi takut semula dengan keadaan Diana.

"Bonda. Don't say that." Suara Ez bergetar semula.

"It is a fact. Ez sendiri dah rasa kan bila Diana tinggalkan Ez dulu? It hurts right? Ini Tuhan bagi Ez peluang kedua. Appreciate it."

Ez mengangguk sambil mengalirkan air mata. Hatinya amat sensitif malam ini. Bonda menepuk-nepuk belakang Ez.

"Bonda."

"Yes?"

"Ez nak pergi surau kejap."

Bonda tersenyum nipis lalu mengangguk.

"Don't worry. If anything I'll call you."

Ez mengelap sisa air matanya. Dia bangun dan mula beredar dari situ. Saat ini hanya pada Dia Ez mahu mengadu.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Jam menunjukkan hampir 12.30 tengah malam. Bilik 002 itu senyap sunyi dengan hanya diterangi lampu malap pada kepala katil.

Diana membuka mata selepas terjaga dari lena yang dia sendiri tidak tahu sejak bila. Dia memandang siling itu dan mengangkat kepalanya untuk melihat sekeliling.

Senyap. Hanya kedengaran bunyi kenderaan lalu lalang di luar tingkap.

'Kat mana aku ni?'

Lama Diana cuba berfikir. Dia mula teringat dia dibawa ke hospital kerana tragedi jatuh di dalam bilik air tadi. Dia berkerut cuba mengingatkan apa yang berlaku sehingga saat ini. Sambil itu Diana memandang semula kelilingnya. Dia terlihat Ez sedang berbaring di atas sofa membelakanginya sambil bermain telefon.

'Oh Ez ada kat sini.' Lega Diana melihat suaminya ada bersamanya. Tiba-tiba riak wajah Diana berubah risau.

"Baby?!" Spontan Diana bersuara kerana risaukan keadaan bayi dalam kandungannya. Tangannya terus memegang perutnya.

Ez terkejut mendengar suara Diana. Dia terus duduk dan menoleh untuk memastikan suara Diana tadi adalah benar.

"Diana!" Segera Ez bangun dan menghampiri Diana.

"I'm so sorry, tak perasan sayang dah bangun." Ez mengenggam erat tangan Diana.

"Abang! Baby kita okay kan?" Air mata Diana bertakung menahan sebak. Entah kenapa hatinya tak sedap. Diana mengenggam lengan Ez.

"Hey shhhh. Don't cry, sayang. Our baby is fine. Totally fine. Alhamdulillah."

"Betul? Betul baby okay?" Diana soal masih tidak percaya. Matanya yang berkaca memandang Ez penuh berharap.

"Betul. Kenapa pulak abang nak tipu."

Diana mempercayai Ez. Dia melepaskan nafas lega sambil mengusap perutnya.

"Alhamdulillah. Alhamdulillah. Emm tapi kita kat mana?"

"PPUM. Bonda call ambulans for emergency tadi. So here we are."

"Oooh." Diana bingung cuba memahami apa yang berlaku.

"Yang lain mana?"

"Ada kat rumah. They were waiting here but I asked them to get a rest at home. Sebab tengok Diana tidur lagi."

"Kesian diorang kena kelam kabut sebab Diana." Diana kesal dan rasa bersalah.

"Diana. Sayang, look here." Ez memegang lembut dagu Diana.

"Don't worry alright? Semua orang tak kisah tolong Diana. Diorang risaukan Diana sebab diorang sayang. And Alhamdulillah doktor kata semua okay. Dia kata tadi Diana rasa sakit tu sebab baby terkejut. So harsh movements happened. Your blood pressure dropped so that's why you almost fainted and so weak. They just want you to have a good rest for now."

Diana mengangguk perlahan.

"Bila kita boleh balik?"

"Diana, kan abang kata doktor nak Diana rehat. Diana pun tak fully recovered lagi. They will discharge you earliest by tomorrow, alright? So Diana tidur je balik."

"Okay." Diana mengangguk.

"Abang, sekarang pukul berapa?"

"12.40. Midnight."

Diana terkedu. Lama juga dia tidur tadi.

"Emm Diana nak solat Isyak."

Ez hanya memandang Diana. Dia mahukan Diana rehat tetapi dia tahu solat itu tetapi wajib ditunaikan dalam apa jua keadaan.

"Okay. Let me help you. Bagi abang bukak lampu kejap."

Ez menuju ke suis di tepi pintu. Dia membuka satu lampu di hujung bilik agar bilik tidak terlalu terang.

Ez memberi laluan tepi katil pada Diana untuk turun dari katil. Dia memegang lembut lengan Diana untuk membantu Diana berjalan.

"It's okay. Slow slow." Ez berpesan pada Diana. Dia tahu Diana masih belum bertenaga sepenuhnya untuk bergerak. Ez memapah Diana ke bilik air.

"Alright. Diana ambik wuduk dulu. Abang ambilkan telekung dalam bag kejap." Kata Ez.

"Eh ada ke?"

Ez tersenyum. Dia mengangguk.

"Don't worry. Mak Mah is the best." Ez menjawab hingga membuatkan Diana tergelak kecil.

Ez menyediakan kerusi dan sejadah untuk Diana solat. Telekung diletakkan di atas kerusi. Kemudian Ez tunggu semula di pintu tandas dan membantu Diana berjalan ke ruang itu. Ez turut berhati-hati tidak mahu terkena kulit Diana bagi menjaga wuduk.

"It's okay abang. Diana boleh jalan sendiri."

"Emm alright." Ez masih risau keadaan Diana. Namun dia akui dia terlebih risau.

Ez berundur dan berjalan perlahan ke sofa. Dia perhatikan setiap gerak geri Diana yang bersedia untuk solat. Hatinya menyimpan seribu satu perasaan.

Gembira melihat Diana sudah sedar. Syukur isteri dan bayinya selamat. Sebak melihat ujian untuk Diana kerana kesilapannya. Kesal dengan sikapnya sendiri.

"Abang kenapa tengok Diana macam tu?"

Ez tergamam seketika. Tidak sedar Diana perasaan renungannya yang lama.

"Ooh I'm just... emmm...I miss you."

Diana tergelak kecil. Geli hati dengan respon Ez.

"Betul la. I miss you." Ez menegakkan pendiriannya.

"Diana ada je kat sini kan."

"Ya but...emm...I don't know, I miss you."

Ez mengaku walau Diana ada di depannya tetapi kerana Diana kaku di atas katil tadi membuatkan dia rindu pada Diana. Walau dia tahu Diana selamat dia tetap tidak sabar menunggu Diana membuka mata. Dia tidak sabar mendengar Diana memanggilnya. Dia rindukan Diana.

"Hmm ya lah. Okay, Diana nak solat."

Dari saat Diana memulakan solat, mata Ez tak lepas memandang Diana. Dia masih terlalu gembira dapat melihat Diana solat di depannya. Kerana ikutkan tadi, fikirannya terlalu bercelaru hingga terbayang jika Diana meninggalkannya.

"Abang ni dah kenapa?" Diana menyoal sambil melipat sejadah. Dia tersenyum melihat Ez yang masih memerhatikannya.

"What? I'm just looking at my wife."

Diana masih tersenyum. Dah lama tidak melihat gelagat Ez yang nakal ini.

"Ya la tapi tak payah la tengok lama-lama, orang sembahyang pun tengok."

Ez senyap seketika.

"I'm just... so glad. I'm glad to see you awake."

Diana hanya tersenyum.

"Diana."

"Hmm?"

"Come here." Ez menghulur tangannya.

Diana terus menuju ke depan Ez dan hanya tertunduk memandang Ez yang berada di atas sofa. Ez merangkul lengannya pada pinggang Diana. Diusap lembut tubuh itu. Bibirnya mula mengucup perut Diana yang sama paras dengan wajahnya.

"Abang mintak maaf. I'm really sorry." Ez bersuara semula.

"For what?" Diana berkerut hairan.

"For everything. Everything that happened especially today. Pagi tadi abang tak sengaja marah Diana. And tadi I was so selfish and ignored your request nak makan luar."

Diana mengeluh perlahan. Dia terus duduk di sebelah Ez.

"Wait, Diana yang patut mintak maaf sebab susahkan abang. Abang and everyone at home kena rush hantar Diana pergi hospital at this peaceful night and..."

"Diana."

Diana terdiam dengan suara tegas Ez.

"You should not apologize! This is about me. Abang yang salah. Sebab abang, benda ni jadi."

Diana hanya diam dan mendengar. Dia tahu Ez sedang serius dan menyesal.

"I should wait for you turun sama-sama but I didn't. Bonda asked me to call you but I didn't. I didn't fulfill your wishes nak makan kat everywhere you want. I didn't do my best nak fulfill what you wanted. Abang rasa macam bodoh, rasa menyesal and..."

Diana berkerut melihat Ez yang terlalu dibawa perasaan rasa bersalah.

"Abang. Sshhh calm down." Diana cuba menenangkan Ez. Dia menyentuh dada Ez. Sebelah tangannya memegang wajah Ez

"I'm so sorry." Ez merenung mata Diana. Dia melepaskan nafas panjang.

"Okay. Tapi Diana tak rasa ini salah abang. Abang dah buat yang terbaik jaga Diana, penuhi apa yang Diana nak. Diana faham abang pun rasa penat. It was just at wrong timing. Diana mintak semasa abang perlukan rehat. Kalau abang ada dalam bilik tadi pun, kalau Diana jatuh jugak, sama je."

"Diana kenapa Diana susah sangat nak faham ni?" Air mata Ez mula bertakung. Dia kesal kerana Diana tidak faham apa yang dia rasa. Dia semakin kesal melihat Diana masih menyalahkan dirinya pula.

"Diana faham. Tapi Diana tak nak abang salahkan diri abang. Benda ni Tuhan yang nak dia jadi."

Ez terdiam.

"Dah. Let's stop talking about this." Diana tidak mahu keadaan lebih keruh. Dia tidak mahu lagi mendengar penjelasan Ez. Entah kenapa semakin lama mendengar alasan Ez, dia terasa itu bukan diri Ez.

Diana memegang lembut wajah Ez. Dia mahu suaminya bertenang. Dia mengukir senyuman pada Ez. Ez akhirnya pasrah apabila melihat wajah itu.

"Okay." Ez menjawab ringkas.

"Macam tu lah. Dah, tidur lah. Eh kejap. Abang esok nak pergi JB kan? You must need a good rest." Diana menyoal dengan wajah terkejut. Dia kesal kerana terlupakan jadual masa Ez.

Ez mengeluh memandang Diana.

"Diana, I won't go to JB. Macam mana abang nak pergi kalau wife abang kat hospital."

"Oh, I'm sorry. But, I'm okay now. Abang boleh pergi." Balas Diana.

"Diana, kenapa asyik cakap sorry sorry ni? Abang tak salahkan Diana pun. What I mean is, what for I attend the meeting kalau hati abang ni risaukan Diana?" Ez membalas dengan tegas.

Diana tergamam.

'Marah dah suami aku ni.'

"Ooh. Emm sor..." Diana menghentikan ayatnya. Bibirnya terus dikemam. Baik dia diam sebelum Ez menjadi lebih marah.

"Tak apa ke abang tak pergi?" Diana mengubah soalannya.

"Tak apa. Ada staf lain pergi. Yang penting abang kat sini dengan Diana. Wait, Diana mesti lapar kan? Tak makan dari tadi. Do you want anything?"

"No. Diana okay."

"Really? It is okay. Just tell me what you want to eat, I'll grab it for you." Ez mahukan Diana makan sedikit selepas sedar.

"No, betul. Diana rasa okay tak lapar. I don't need anything."

Tiba-tiba Ez terasa sesuatu. Dia mula rasakan jika Diana tidak mahukan apa-apa lagi darinya. Dia tahu Diana takut dirinya menyusahkan. Tetapi saat ini Ez kecewa jika benar Diana sudah tawar hati pada Ez.

"Sayang, please. I want to do something for you. Diana ada teringin nak makan apa-apa?"

Diana menggeleng sambil tersenyum.

"Nope. I'm really okay. Tak ada rasa teringin apa-apa sekarang."

'Dia dah kecewa dengan aku.' Ez berbisik dalam hati. Air liur kesat ditelan.

"Sayang, sayang dah tak nak abang belikan makanan ke?" Ez soal dengan wajah kecewa.

Diana perasan perubahan wajah Ez. Dia tahu Ez seperti salah faham maksudnya.

"Abang. Mana ada. Betul, Diana tak rasa lapar pun sekarang, apatah lagi teringin nak makan apa-apa. I don't feel to eat anything. Mungkin sebab baru bangun." Jawab Diana.

Ez hanya memandang Diana. Tangan Diana memegang lembut wajah Ez.

"Betul. Diana tak rasa nak makan."

"Okay." Ez menganguk perlahan.

"Dah la. Diana nak tidur. Abang tidur atas sofa je ke?" Diana soal sambil bangun berdiri.

Ez terus bangun bantu Diana berjalan ke arah katil.

"Yup, atas sofa lah. Kalau ikutkan nak tidur atas katil tu sekali tapi takut pulak kalau nurse masuk nanti marah pulak terlebih muatan atas katil."

Diana tergelak mendengar jawapan Ez. Matanya terus terlihat katil kecil yang disediakan untuk penjaga masih terlipat di tepi dinding.

"Tipu. Tu katil hospital kasi." Diana memuncungkan bibirnya.

Ez hanya tersengih. Baru nak nampak kasihan. Berhati-hati Diana naik semula ke atas katil. Dia melihat Ez turut membantunya membetulkan selimut dan ditarik ke atas badan Diana.

"Thank you abang. Abang pergi tidur okay. Jangan la sampai tak tidur."

Tiba-tiba Ez menarik kerusi di sebelah katil. Dia pantas duduk dan menghadap wajah Diana. Sebelah tangannya erat memegang tangan Diana.

"Abang...emm kenapa ni?"

"Kenapa apa?"

"Kan Diana suruh tidur."

"Ooh. Not now. Abang nak duduk sini nak tengok Diana tidur."

"Haha apa abang ni. Abang risau eh? Don't worry, kan Diana okay dah." Diana meyakinkan Ez.

"I still feel wronged for what I did today."

"Abang." Diana kesal melihat Ez masih tidak melepaskan rasa bersalah itu.

"Diana. Thank you for being safe."

Diana hanya tersenyum. Sebelah tangan Diana mula membelai rambut Ez. Dia tersentuh mendengar kata-kata Ez.

"Alhamdulillah." Kata Diana.

"Tadi abang betul betul takut. Takut kalau jadi apa-apa kat Diana dan baby. Abang rasa stuck. Tuhan je tahu perasaan abang tadi. Abang terlalu risau sampai fikir Diana marah sampai tinggalkan abang."

"Abang, takkan la sampai macam tu. Bukan salah abang pun. Benda ni jadi kan sebab Diana yang jatuh sendiri."

"Ya la. Dulu Diana pernah tinggalkan abang sebab kesilapan abang. Abang takut benda tu berulang. Diana tahu kan abang tak boleh hidup kalau Diana tak ada?"

"Ish abang ni. Jangan cakap macam tu. Tuhan kan ada. Papa bonda family abang semua ada."

"Tapi Diana lain. Diana selalu ada dengan abang. Dari masa awal kita kahwin, lepas tu sampai Diana balik Villa Cempaka. Walaupun perangai abang buruk dulu pun Diana ada dengan abang."

"Mestilah Diana selalu dengan abang. Diana kan isteri abang."

"Diana tahu kan abang sayang Diana?"

Diana tersenyum sambil menggeleng. Sengaja mengusik Ez.

"Apa Diana ni? Takkan tak tahu." Ez berkerut geram.

"Tak cakap macam mana nak tahu."

"Okay. I love you. I love you so much, more than words can say. Abang sayang Diana. Abang sayang anak kita."

"Alololo." Diana mencubit pipi Ez. Manja pula Ez malam ni.

"I am serious now." Ez geram Diana hanya bermain-main sedangkan dia sedang serius.

"Okay. Okay. I love you more. I love you the most." Diana membalas.

Ez memuncungkan bibirnya.

"Nak apa ni?" Diana menyoal.

"Nak...."

Belum sempat Ez menghabiskan ayatnya Diana sudah menerkup bibir Ez. Ez ketawa melihat reaksi Diana. Dia terus bangun memeluk erat isterinya itu. Dia mencium ubun Diana dengan penuh kasih.

Diana yang pada mulanya tergamam mula rasa selesa dalam pelukan Ez. Dia tahu Ez benar-benar ikhlas malam ini.

'Ya Allah, limpahilah berkat dan kasih sayangMu dalam rumahtangga kami. Jagalah hubungan kami ya Allah agar sentiasa dalam perlindunganMu.'

Tiba-tiba sebelah kaki Ez naik ke atas katil.

"Eh eh abang kenapa ni?" Diana mendongak memandang Ez

"Nak naik atas katil."

"Abang!! Jangan buat hal eh. Tak muat tau katil ni." Diana menolak lembut badan Ez.

"Ishh nak tidur peluk isteri kat sini pun tak boleh." Kata Ez hampa.

Diana hanya ketawa. Dia tersenyum melihat Ez yang berpura-pura merajuk menuju ke suis dan memadam lampu. Ez kemudian berjalan menuju ke katil kecil tadi. Dia mula membuka katil itu di sebelah katil Diana.

"Good night, abang."

"Good night, sayang. Love you. Muah!" Ez sempat membunyikan isyarat mulut memberi kucupan pada Diana.

Kedua mereka tersenyum sebelum terbuai ke dalam mimpi indah masing-masing.

Thank you for reading

Continue Reading

You'll Also Like

938K 31.3K 73
Kebahagiaan yang di bina akhirnya musnah apabila kemalangan menimpa isterinya. Beberapa bulan memegang title 'duda hot' akhirnya dia berkahwin juga b...
325K 11.8K 80
1š“¼š“½ š“¼š“½š“øš“»š”‚ š“«š”‚ š“Æš“µš“øš“µš“®š“¼š”‚š“Ŗ š€š‹š„š„š’š€ š™š”š‹š€šˆšŠš‡š€ Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
1.2M 56.1K 59
Cikgu Juwita Natalia dan Doktor Haris Redzuan. Berjumpa buat kali pertama bukan dalam keadaan yang ala-ala seperti cerita Khabi Kushi Khabi Gham. Mal...
558K 10.4K 46
Tengku Afran adalah seorang lelaki yang hidup penuh kemewahan dan suka berfoya-foya. Perangainya itu sungguh merungsingkan Dato Aydan dan Datin Rapia...