๐“๐‘๐”๐’๐“ || หกแต‰แต‰ แตโฑโฟสฐแต’ || โœ“

By StayAhgasae

6.8K 1.6K 2K

Selepas kehilangan bapanya dalam sebuah kemalangan jalanraya, Lee Minho berkahwin dengan seorang gadis, Kim Y... More

โ„™โ„๐•†๐•ƒ๐•†๐”พ
โ„‚โ„๐”ธโ„™๐•‹๐”ผโ„ || 1
โ„‚โ„๐”ธโ„™๐•‹๐”ผโ„ || 2
โ„‚โ„๐”ธโ„™๐•‹๐”ผโ„ || 3
โ„‚โ„๐”ธโ„™๐•‹๐”ผโ„ || 4
โ„‚โ„๐”ธโ„™๐•‹๐”ผโ„ || 5
โ„‚โ„๐”ธโ„™๐•‹๐”ผโ„ || 6
โ„‚โ„๐”ธโ„™๐•‹๐”ผโ„ || 7
โ„‚โ„๐”ธโ„™๐•‹๐”ผโ„ || 8
โ„‚โ„๐”ธโ„™๐•‹๐”ผโ„ || 9
โ„‚โ„๐”ธโ„™๐•‹๐”ผโ„ || 10
โ„‚โ„๐”ธโ„™๐•‹๐”ผโ„ || 11
โ„‚โ„๐”ธโ„™๐•‹๐”ผโ„ || 12
โ„‚โ„๐”ธโ„™๐•‹๐”ผโ„ || 13
โ„‚โ„๐”ธโ„™๐•‹๐”ผโ„ || 14
โ„‚โ„๐”ธโ„™๐•‹๐”ผโ„ || 16
โ„‚โ„๐”ธโ„™๐•‹๐”ผโ„ || 17
โ„‚โ„๐”ธโ„™๐•‹๐”ผโ„ || 18
๐”ผโ„™๐•€๐•ƒ๐•†๐”พ

โ„‚โ„๐”ธโ„™๐•‹๐”ผโ„ || 15

269 72 56
By StayAhgasae

*Flashback*

Yera duduk di depan kabinet dapur.Dari tadi lagi dia memikirkan alasan untuk memperdaya Minho.Setelah lama berfikir,terlintas tentang nenek Yera dan sudah bersedia untuk lakonannya sebelum Minho terjaga dari tidur.

Sebaik mendengar pintu biliknya dibuka,dia memulakan adegan palsunya di depan kabinet dapur tadi.Minho menghampiri Seonhee yang sedang memeluk lutut itu.

"Yera,what's happening?",tanya Minho lembut.Seonhee masih menghayati lakonannya itu sebelum menjawab soalan lelaki di depannya.

"Ne...ne..nenek saya meninggal",jawabnya lalu terus memeluk Minho.Dia berharap yang Minho mempercayainya ketika itu.

Minho tanpa sebarang syak memujuk dirinya daripada bersedih.Seonhee tersenyum bangga kerana setiap lakonannya tak pernah sekali pun Minho berasa ragu-ragu.

"Shh...i'm sorry for your lost.Jadi awak nak balik kampung sekarang?",tanya Minho penuh perhatian.Seonhee menggangguk sambil mengelap air mata palsunya yang semakin laju mengalir di pipinya.

"Okay...kalau macam tu saya order tiket keretapi untuk awak.Saya teman awak balik kampung ye.",kata Minho.

Seonhee menggeleng laju.Lelaki itu tak boleh mengikutnya kali ini.Minho sedikit kecewa bila Seonhee menghalang dirinya.

"Saya bukan tak nak bagi....tapi saya nak masa untuk bersendirian.Sekarang saya dah tak ada sesiapa lagi kat dunia selain awak dan Pakcik Minsik.Saya harap awak faham.",Seonhee bermain dengan kata-kata.

Minho hanya tersenyum kecil.Dia faham perasaan Seonhee yang sudah pasti sedang berduka kerana kehilangan orang tersayang.

"It's okay...anything for you,Sayang.",ujar Minho.

===

Mingi menunggu adiknya di simpang perumahan Minho.Disebabkan telefonnya rosak,dia tak dapat menghubungi adiknya dan terpaksa menunggu di situ lebih awal.

Sebuah teksi berhenti di simpang itu dan kelibat Seonhee keluar sambil membawa beg bajunya.

"Kau nak pindah terus ke dari rumah tu?",sindir Mingi bila nampak Seonhee mengheret bagasinya.Seonhee menjeling tajam.

"Banyak cakaplah kau...tolonglah ambik beg ni.",marah Seonhee.Mingi tertawa kecil.

"Eh kejap....kereta siapa pulak kau rembat ni?",hairan dia melihat Mingi memandu sebuah kereta yang masih kelihatan baru.

"Aku pinjam dengan company kereta ni sebab aku tahu kau mesti bawak beg macam nak pindah rumah.",jawabnya selamba lalu meletakkan bagasi itu di bonet kereta.

"Senang cerita cakap jelah yang kau curi...tak payahlah nak berkias Mingi.",kata Seonhee sebelum mereka meninggalkan persimpangan itu.

===

Seonhee mengambil tempat di sofa rumahnya.Baru dua minggu meninggalkan rumahnya namun sedikit sebanyak dia merindukan suasana rumah itu.

"Bodoh jugak lelaki tu.Takkan dia percaya je apa kau yang tipu..kau cakap apa nak lepaskan diri kau dari rumah tu?"Mingi bertanya lalu mengambil tempat di sofa.

"Dia tak bodoh lah...cuma aku je yang pandai berlakon.Aku cakap yang nenek Yera meninggal.",Seonhee menjawab.Air mineral yang berada di atas meja, diminumnya.

Mingi membuat muka bila Seonhee memuji dirinya sendiri.Namun dia juga tak dapat menidakkan apa yang dikatakan adiknya itu kerana ada betulnya.

Sedang mereka menonton tv,telefon Seonhee berbunyi menandakan mesej masuk.Perempuan itu tersenyum lebar bila membaca mesej itu.

"Siapa?",soal Mingi sebaik melihat senyuman lebar yang terukir di bibir Seonhee.

"Bakal suami aku...dahlah kau jangan kacau.",Seonhee meletakkan jari telunjuk di bibirnya.

Mingi pun mengacau Seonhee dengan meletakkan kakinya di riba adiknya itu.Sengaja dia berbuat demikian kerana menyampah dengan lakonan Seonhee.

"Bakal suami apanya...kau kahwin dengan dia bukan sah pun..kau jangan lupa misi sebenar kita.",pesan Mingi.Dia pun meninggalkan Seonhee sendirian di ruang tamu.

Seonhee menjeling bila Mingi berkata demikian.Dia akan buat apa yang sepatutnya untuk Minho walaupun terpaksa berhadapan dengan abangnya itu.

===

Setelah dua hari di rumah itu,Mingi mula meluat dengan Seonhee yang asyik bermain dengan telefonnya.Disebabkan itu,Seonhee kurang fokus dengan rancangan mereka yang seterusnya.

"Boleh tak kau fokus sekarang ni...kau cakap nenek meninggal tapi boleh pulak kau reply chat dia.Kalau aku jadi Minho,aku akan pelik sebab kau selalu reply chat.",Mingi memberi pendapatnya.

Seonhee yang mendengarkan itu berhenti menaip di skrin telefonnya.Dia memandang Mingi yang masih dengan kerjanya di meja itu.

"Jjinja? Maksudnya aku tak boleh reply chat dia?",tanya Seonhee.Mingi hanya mengangguk mengiyakan kata-katanya.

"Kau ni...masa Appa kau meninggal,ada ke kau pegang telefon.Lupa letak mana adalah sebab sedih sangat.Kau ni kenalah bijak dalam hal macam ni.",sambung Mingi lagi.

Dan disebabkan itu juga,Seonhee kurang bermain dengan telefon kerana mengikut nasihat abangnya.

===

Dua minggu kemudian,

Seonhee mengemas baju-bajunya memandangkan dia akan pulang ke rumah Minho petang itu.Segala dokumen palsu yang disediakan Mingi sudah tersimpan di dalam bagasinya.

"Bila wedding kau...aku nak tengok adik perempuan aku kahwin.",tanya Mingi.

"Kau tak payah datang... apa-apa hal aku call kau jelah.",jawab Seonhee.Mingi itu bukan boleh kira.

"Fine..kau tak nak ajak aku.",jawab Mingi seolah-olah merajuk.Seonhee tak menghiraukan Mingi.Peduli apa jika abangnya merajuk.

===

Petang itu,Mingi juga yang menghantar Seonhee sampai  ke rumah Minho.Dalam perjalanannya,Seonhee memberitahu Minho yang dia akan sampai ke rumah dalam pukul 4 petang.

Di rumah Minho,

Mingi menanggalkan tali pinggang keledarnya.Belum sempat dia keluar,Seonhee menahan tangannya.

"Kau nak pergi mana?",soal Seonhee.Dia bimbang yang Minho akan curiga jika Mingi keluar dari kereta.

"Aku nak keluarkan beg kaulah...aku kan 'driver' Grab kau.",selamba Mingi menjawab lalu keluar dari kereta itu.

Seonhee tak mampu menghalang dan dia cepat-cepat keluar dari kereta sebaik ternampak Minho yang berdiri di depan pintu rumah agam itu.

Mingi yang sedang mengeluarkan beg bagasi adiknya itu,sempat melirik pasangan itu berpelukan mesra lalu tersenyum sinis.

Tanpa membuang masa,Mingi meninggalkan mereka berdua di depan pintu pagar itu.Seonhee menarik nafas lega bila abangnya tak membuat perkara yang bukan-bukan.

"Kenapa awak tak reply chat saya? Saya ingat awak dah tinggalkan saya.",Minho menarik muncung.Seonhee tergelak kecil.

"Saya sibuklah..saya tak akan tinggalkan awak.Trust me.",pujuk Seonhee.

"Okay...I trust you.",jawab Minho lalu mengangkat beg Seonhee yang ditinggalkan di depan pintu pagar.

===

Petang keesokannya,Minho mengajaknya bersiar-siar.Nak luangkan masa bersama katanya.Seonhee pula dengan senang hati menerima ajakan Minho.

"Awak petang ni pakai baju sedondon tau.Saya nak kita nampak paling sweet kat tempat tu nanti.",arah Seonhee.Minho mengangguk dan mereka bercadang untuk mengenakan pakaian berwarna biru muda.

Sampai di Sungai Han itu,keadaan tak terlalu ramai,mungkin itu hari orang bekerja.Hanya beberapa pasangan saja yang kelihatan di situ.

Minho pun menunjuk ke arah tempat yang berteduh di bawah pokok yang sederhana besar itu.

Seonhee membentangkan tikar yang dibawa dan meletakkan makanan yang dibekalkan.

Tak sempat setengah jam,sandwich yang dibekalkan itu sudah habis disantap.Tanpa diduga,Minho meletakkan kepalanya di atas riba Seonhee.

Seonhee agak terkejut dengan tindakan Minho itu namun dibiarkan saja.Dia memandang rambut Minho dan mengelusnya lembut.

"Yera...boleh awak janji pada saya?",tanya Minho.Matanya sudah dipejam mungkin kerana silau cahaya matahari.

"Apa?",tanya Seonhee pula.Dia sudah mula gelisah bila lelaki itu bertanya.

"Janji yang awak tak akan tinggalkan saya.",ujar Minho.Seonhee terkedu mendengar soalan itu.Dia dapat merasakan keikhlasan dari hati Minho.

"Ye....saya janji.You just have to trust me...okay Sayang?",jawabnya spontan.Seonhee tersenyum manis.Sedikit pun tak pernah terlintas di hatinya untuk meninggalkan Minho kerana dia sudah jatuh cinta pada lelaki itu.

===

Hari yang ditunggu-tunggu Seonhee akhirnya tiba juga.Hari itu juga dia akan bergelar isteri kepada Minho.

Di dewan perkahwinan itu,Minho tak henti-henti mengenalkan dirinya kepada pekerja-pekerja dan rakannya.Nasib baiklah dia jenis yang senang mengingat sesuatu perkara.

Selepas tetamu beransur kurang,Minho meminta diri untuk menyimpan dulu hadiah-hadiah perkahwinan mereka yang diberi tetamu.

"Eh...Minho tertinggal satu lagi hadiah.",Seonhee pun mengambil kotak itu untuk diberi kepada Minho.

"Awa----",terbuntang mata Seonhee sebaik melihat Mingi berada di depan Minho.Dia sedaya upaya menyorokkan mukanya di belakang Minho.

"Yera...sampai hati kau tak ajak kau ke perkahwinan kau.",Mingi bersuara bila Seonhee sudah tiba di situ.Minho memandangnya hairan bila lelaki itu terlebih dulu menyapa isterinya.

"Ouh ya..aku Song Mingi.Sepupu jauh Yera.",Mingi memperkenalkan dirinya dengan tenang.

Minho turut memperkenalkan dirinya bila Mingi mengatakan yang dia merupakan sepupu jauh Yera.

Seonhee mengeluh dalam hatinya.Dia sudah memesan pada Mingi supaya membiarkan dia melakukan kerja ini sendirian.Kenapa dia perlu datang ketika itu.Dia bertambah gelisah bila Minho turut mempelawa abangnya menginap di rumah mereka malam itu.

*End flashback*

Minho sempat mengelak bila Seonhee menerjah ke arahnyaDisebabkan itu,Seonhee terjelepuk di atas lantai ruang tamu itu.

Dengan keadaan terhincut-hincut,Minho menuju ke pintu utama mereka untuk keluar dari situ namun tak sempat bila Seonhee terlebih dulu bangun dari tempatnya.Disebabkan itu,Minho terpaksa menukar arahnya dengan menuju ke tingkat atas.

"Yahh...Minho!! Kenapa kau buat kau macam ni?!",Seonhee mengekori Minho dari belakang.Dia sengaja melambatkan pergerakannya kerana tahu dengan keadaan Minho yang tengah kesakitan ketika itu.

Tangan Minho sudah penuh dengan darah kerana menekan luka di  pinggangnya.Kali ini dia tak dapat lagi bertahan dan akhirnya dia terduduk di tangga.Dia sudah pasrah ketika itu bila bayang Seonhee semakin menghampiri tangga.

Seonhee menjengukkan kepalanya dan tersenyum sebaik ternampak Minho sudah terduduk di tangga.

"Seon...Seonhee...apa yang..kau nak sebenarnya.", tercungap-cungap Minho dibuatnya.Seonhee tak menjawab sebaliknya meniti anak tangga itu perlahan.

"Aku nak kau Minho.....aku sanggup bunuh abang aku sendiri demi kau.Tapi kau tak nampak usaha aku selama ni.",Seonhee meluahkan rasa hatinya.

Sebaik melepaskan lelah,Minho terpaksa merangkak untuk sampai ke tingkat atas.Langkah Minho terhenti bila kakinya terlebih dulu dipegang perempuan gila itu.

Macam mana korang....puas hati malam ni? Seonhee ni baik sebenarnya cuma tersakiti sebab cinta dia tak terbalas...HAHAHAHA..yeke idok?

Esok sambung lagi...and kalau ada komen yang tak terbalas tu maaflah ye...Yana tetap appreciate korang punya komen...1K thu tak...Muahh cikett😘😘😘

Korang jangan tak vote pulak sebab sakit hati.

Continue Reading

You'll Also Like

10.5K 1K 60
BLURB MR. ZK - Dia selayaknya tinggal dengan binatang. Itu kata orang yang bencikan dia. Itu kata mereka yang sudah terang menjadi musuhnya. Kerana...
Suamiku Mr.Bad Boy By qiss

Mystery / Thriller

730K 30.9K 54
Hanania gadis yang naif dan ceria terperangkap dengan seorang lelaki yang bad boy secara tidak sengaja di dalam lif. Pertemuannya membuat dia jatuh c...
407K 34.9K 56
Series 1 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. Dia bukan sesiapa, Dia tiada agama, Dia dahagak...
44.2K 3.5K 68
1st series of Darkness. ๐๐š๐ข๐ซ๐š ๐„๐ฅ๐ข๐ง๐š ๐ฑ ๐Š๐ฒ๐ญ๐จ๐ซ/๐€๐ซ๐ข๐ณ ๐‹๐ฎ๐ญ๐Ÿ๐ฒ ๐Š๐ฒ๐ญ๐จ๐ซ- kacak, pendiam, pendendam dan seorang anak yatim piatu...