๐“๐‘๐”๐’๐“ || หกแต‰แต‰ แตโฑโฟสฐแต’ || โœ“

By StayAhgasae

6.8K 1.6K 2K

Selepas kehilangan bapanya dalam sebuah kemalangan jalanraya, Lee Minho berkahwin dengan seorang gadis, Kim Y... More

โ„™โ„๐•†๐•ƒ๐•†๐”พ
โ„‚โ„๐”ธโ„™๐•‹๐”ผโ„ || 1
โ„‚โ„๐”ธโ„™๐•‹๐”ผโ„ || 2
โ„‚โ„๐”ธโ„™๐•‹๐”ผโ„ || 3
โ„‚โ„๐”ธโ„™๐•‹๐”ผโ„ || 4
โ„‚โ„๐”ธโ„™๐•‹๐”ผโ„ || 5
โ„‚โ„๐”ธโ„™๐•‹๐”ผโ„ || 6
โ„‚โ„๐”ธโ„™๐•‹๐”ผโ„ || 7
โ„‚โ„๐”ธโ„™๐•‹๐”ผโ„ || 8
โ„‚โ„๐”ธโ„™๐•‹๐”ผโ„ || 9
โ„‚โ„๐”ธโ„™๐•‹๐”ผโ„ || 10
โ„‚โ„๐”ธโ„™๐•‹๐”ผโ„ || 11
โ„‚โ„๐”ธโ„™๐•‹๐”ผโ„ || 12
โ„‚โ„๐”ธโ„™๐•‹๐”ผโ„ || 13
โ„‚โ„๐”ธโ„™๐•‹๐”ผโ„ || 15
โ„‚โ„๐”ธโ„™๐•‹๐”ผโ„ || 16
โ„‚โ„๐”ธโ„™๐•‹๐”ผโ„ || 17
โ„‚โ„๐”ธโ„™๐•‹๐”ผโ„ || 18
๐”ผโ„™๐•€๐•ƒ๐•†๐”พ

โ„‚โ„๐”ธโ„™๐•‹๐”ผโ„ || 14

250 70 182
By StayAhgasae

*Flashback*

Pihak polis dan forensik memasuki kawasan kemalangan itu.Seonhee yang berada di situ,sedang di soal siasat oleh polis yang bertugas oleh kerana dia yang melaporkan kejadian itu.

Setelah selesai disoal siasat,pihak polis membiarkan Seonhee pergi dari tempat kejadian.

Dia tersenyum puas bila semua tipu dayanya berhasil.Tak adalah sia-sia dia berlakon tadi.

===

"Sekarang aku kena buat apa pulak?",tanya Seonhee sebaik melangkah masuk rumahnya.

Mingi yang terbaring di ruang tamu hanya menumpukan perhatiannya pada skrin tv.Kedengaran dia tertawa perlahan melihat berita yang disiarkan ketika itu.

Seonhee membaling bantal ke muka Mingi bila soalannya tak dijawab namun abangnya itu lebih tangkas lalu menangkap bantal tersebut.

"Kau ni....taulah dah famous.",sindir Mingi.Seonhee mengerutkan dahinya.

"Apa yang kau merepek ni...apa plan kita lepas ni?",Seonhee malas melayan perangai Mingi.

"Tu ha....siap interview lagi dengan wartawan..hebat.",Mingi menunjukkan ke arah skrin itu.Seonhee tersenyum kecil bila mukanya ditayang di skrin tv yang melaporkan tentang kemalangan itu.

Setelah berita itu tamat disiarkan,Mingi bangun dari posisi baringnya.

"Sekarang ni kau cuma perlu menyamar jadi Kim Yera.Kau ada cakap kan yang anak Tuan Lee tu tak pernah jumpa dengan Yera lagi lepas 17 tahun?",tanya Mingi.

Seonhee mengangguk.Yera memang selalu bercerita padanya tentang cinta pertamanya itu.Jadi sedikit sebanyak dapatlah Seonhee menggunakan maklumat itu.

"Sekarang kau pergi hospital sebab nanti lelaki tu mesti tuntut mayat ayah dia.Dan masa tu juga lakonan kau bermula.",jelas Mingi.

"Arasseo...kau hantar aku.",arah Seonhee.

"Eh...belum habis lagi.Kau pun kena berlakon yang kononnya kau terselamat dari kemalangan tu and that's mean,kau kena pakai baju hospital.Kau jangan risau...semua tu aku dah prepare awal-awal.",smbung Mingi.

Seonhee memeluk abangnya konon terharu kerana Mingi dapat merancang segalanya tanpa bantuannya.

===

Seonhee mula menangis teresak-esak di depan bilik mayat itu.Lama juga dia nak membuat aksi begitu dan tangisannya terhenti bila seorang lelaki menegurnya.

"Yera?",tegur lelaki itu.Seonhee memandang muka empunya suara itu dan mula jatuh hati sebaik kali pertama melihat muka lelaki itu.

"Minho?",dia agak ragu-ragu kerana tak berapa ingat dengan nama lelaki itu.Seonhee menarik nafas lega bila lelaki itu mengangguk.

Seonhee hanya mendiamkan diri bila Minho menceritakan tentang ayahnya.Entah kenapa,semua perasaan dendamnya menghilang sebaik mendengar suara lelaki itu.Itulah kali pertama seorang lelaki menawan hatinya.

"Macam mana awak boleh cam saya...maksud saya dah 17 tahun,tapi awak masih cam saya.",sengaja dia bertanya supaya keadaan tak kekok.

"Sebab awak seorang je kat sini... mula-mula tu memang saya teragak-agak sebab awak nampak memang lain dari dulu.",jawab Minho.

Setelah berbual dengan Minho,dia meminta diri untuk ke tandas.Seonhee mengeluarkan telefonnya lalu mendail nombor Mingi.

Kau ni sabar boleh tak?

Seonhee menggulingkan matanya ke atas sebaik Mingi bersuara dalam talian.Kalau nak ikutkan hati,dia nak menghentikan semua rancangan jahatnya namun dia takut Mingi akan melenting.

"Pastu sekarang ni macam mana...aku rasa tak boleh lah nak teruskan.",kata Seonhee.

Kau jangan macam-macam ye perempuan.Aku dah buat semuanya kau senang-senang nak cancel.Sekarang ni aku nak kau teruskan dengan lakonan kau.Apa-apa,aku call balik.

Seonhee merengus geram sebaik Mingi meletakkan panggilan.Terpaksalah dia mengikut rancangan yang sudah dirancangnya.

===

Selepas majlis pengebumian diselesaikan,Minho mengajaknya ke pantai dan dia tanpa banyak soal setuju.Hatinya juga ingin mengenal lelaki itu lebih dalam.

"Kalau awak tak kisah,duduklah dengan saya.Lagipun bahaya perempuan duduk sorang-sorang dengan keadaan dunia luar sekarang ni.",pelawa Minho.

Seonhee menjerit kecil di dalam hatinya namun segera dikawal demi mengekalkan wataknya sebagai Kim Yera yang dikenali dengan sifat lemah lembutnya.

"Tak apa ke?",dia cuba menjual mahal.Minho mengangguk lalu tersenyum mesra.

===

Seonhee mengambil semua baju-baju kepunyaan Yera yang tersusun rapi di dalam almari itu.Sedang dia mengemas,dia ternampak sebuah frame gambar yang diletakkan di meja belajar.

Dia mengambil frame itu.Gambar itu ialah gambarnya dengan Yera.Gambar itu diambil semasa graduan akhir sekolah menengah mereka.

Tiba-tiba Seonhee mencampak frame itu ke atas tilam.Dia takkan biarkan kenangan itu merampas kebahagiaannya sekarang.

"Mianhae Yera...Minho milik aku sekarang.",dia bercakap seorang diri.

Selepas selesai mengemas,Seonhee keluar menghampiri Minho yang duduk di buaian itu.

"Yera...awak ingat tak janji kita masa kecik dulu?",tanya Minho.Seonhee sedikit tersentak mendengar soalan Minho.

Seonhee membuat keputusan untuk menggeleng.Bimbang Minho berasa curiga dengannya jika dia meneka salah.

Kemudian Minho menunjukkan ke arah ukiran yang terukir di buai itu.Barulah dia teringat yang Yera pernah bercerita tentang ukiran itu semasa dia berkunjung di rumah itu.

"Kahwin?",jawab Seonhee.Minho pun tersenyum gembira mendengar jawaban Seonhee.

===

Seonhee cuba mengekalkan riak mukanya bila Minho mengajaknya berkahwin.Dia tak menyangka pula lelaki itu membuat keputusan secepat itu.

"Awak serius ke? Perkara ni bukan perkara main-main.",Seonhee meminta kepastian.

Minho memegang tangannya dan meluahkan rasa hatinya.Seonhee tak mampu lagi untuk menolak lamaran Minho ketika itu dan akhirnya bersetuju.

Malam itu,dia menghubungi Mingi untuk memberitahu tentang pertunangannya yang akan berlangsung hujung minggu itu.

Bahkan Mingi turut memuji dirinya kerana telah melakukan kerja dengan baik.Abangnya itu turut mengingatkan Seonhee tentang semua dokumen palsu tentang dirinya yang masih dalam persediaan.

"Aku tahulah...nanti kau inform je pada aku.",kata Seonhee sebelum meletakkan panggilan.

===

Dua hari kemudian,Seonhee keluar mengambil angin di halaman rumah agam itu dan ketika itulah Pakcik Minsik memegang sepucuk surat.

Seonhee agak berdebar bila Pakcik Minsik mengatakan surat itu tertera namanya.Namun dia mengambil nafas lega bila tertera nama Kim Yera.Dia pun membaca isi surat itu dan riak mukanya berubah.

Aku nak kau balik rumah esok juga untuk settlekan dokumen palsu kau ni.Aku terpaksa hantar surat pada kau sebab telefon aku rosak.Ingat esok aku tunggu kat rumah.And One more thing,Kita perlukan masa dua minggu untuk settle benda ni.

Seonhee melipat semula isi surat itu dan memandang Pakcik Minsik.

"Samcheon dah baca ke surat ni?",tanya Seonhee risau.Pakcik Minsik menggeleng dan Seonhee terus berlari ke dalam rumah menuju ke dapur.

*

End flashback*

"Yahh!!",sekali lagi Minho tak dapat mengelak.Airmatanya mengalir dengan laju menahan kesakitan.Seonhee menikamnya betul-betul di tempat lukanya yang baru saja membaik.

Minho cuba menarik tangan Seonhee namun perempuan itu makin menekan pen itu lebih dalam hingga membuatkan Minho terduduk di belakang pintu itu.

"Mianhae Minho...kau yang paksa aku buat semua ni...tak boleh ke kau maafkan aku?",soal Seonhee.Dia ketika itu sudah kehilangan akal.

Minho mengambil nafas dalam.Darah sudah mula membasahi bajunya.Tangannya juga sudah menekan bahagian luka.Seonhee menghampiri Minho.

"Mia...Mianhae..saya tak sengaja.",Seonhee mula mengelap darah yang keluar itu.

Tanpa melengahkan masa,Minho menghantukkan kepalanya di kepala Seonhee.Akibat perbuatannya itu,Seonhee terduduk dan memegang hidungnya yang mula berdarah.

Minho turut mengerang kesakitan akibat hantukkan itu.Dia cuba bangun dari tempatnya,namun kesakitannya itu menghalang dia dari bergerak bebas.Sungguh dia tak pernah berasa takut sebegitu seumur hidupnya.

Setelah berusaha,dia dapat melepaskan diri dari bilik itu.Hanya satu yang dicarinya ketika itu.

Telefon.

Namun hasratnya itu tak kecapaian bila Seonhee turut keluar dari bilik itu.Minho cepat-cepat menyorok di belakang sofa rumahnya.Nasib baiklah keadaan dalam rumah ketika itu sudah gelap.

"Minho....awak ada kat mana?",panggil Seonhee.Minho mengemam mulutnya supaya tak kedengaran suara.

Lama kelamaan,langkah kaki Seonhee kedengaran lebih dekat.Minho terpaksa mengesot ke depan sedikit.Sakit di pinggangnya ditahan ketika itu.

Panggilan Seonhee terhenti sebaik melihat kesan darah di sofa itu.Matanya memandang kesan darah itu dan dia sudah menemui Minho yang menyorok di belakang sofa itu.

Baru saja dia nak melangkah menghampiri Minho,Soonie menghampiri kaki Seonhee.Seonhee tersenyum jahat bila terlintas satu idea jahat di kepalanya lantas mencapai Soonie dengan kasar.Disebabkan tindakannya itu,Soonie mengiau kesakitan bila rantai di lehernya ditarik Seonhee.Minho mula tak duduk diam bila anak kucing itu menjadi mangsa.

"Shhhh...mummy tak buat apa-apa pun...",Seonhee bercakap sendirian.Rantai kucing itu sudah digenggamnya kuat.Soonie meronta-ronta minta dilepaskan.

"Kalau kau tak nak keluar...aku bunuh Soonie kesayangan kau ni..aku bagi kau tiga saat untuk keluar.",ugut Seonhee.

"Satu.....", perempuan itu memulakan kiraannya.

"Dua.....ti----",Minho akhirnya keluar dari tempat persembunyiannya demi Soonie.Perempuan itu memang sudah gila sepenuhnya.

Seonhee tersenyum senget.Soonie sudah dilepaskan sebaik Minho muncul kan dirinya.

"Kau dah gila Seonhee...aku tak sangka kau berubah jadi kejam macam ni...aku ingat kau perempuan yang baik.",ucap Minho.

"Siapa gila?! Kaulah gila sebab tak nampak cinta aku pada kau..yang kau tahu..Yera,Yera,Yera!!",dia menjerit seperti orang gila lalu berlari ke arah Minho yang tak jauh darinya.

Geurae nal sswa, BANG BANG!

Gi mana keadaan kamu dong....Yana tak tahulah citer ni smpai chapter brpe...mungkin tak lebih 20 chapter kot tak termasuk epilog......bergantung atas otak gue...HAHAHA...start chapter Ni,Yana akan fullkan dengan flashback...mesti korang nak tahu kan apa yang Seonhee tu buat spnjang perkahwinan palsu dia dan nak dekat ending tu baru Yana masukkan balik keadaan sekarang...so stay tuned❤️

Korang kesiankan sape?

Seonhee?
Minho?
Pakcik Minsik?
Soonie?

Ha jawab ye...hahahhaha

Continue Reading

You'll Also Like

HYDRA 187 By eynaasarah

Mystery / Thriller

22.5K 2.1K 29
#1 ๐—–๐—ข๐——๐—˜ ๐Ÿญ๐Ÿด๐Ÿณ ๐˜ผ๐™š๐™ก๐™š๐™–๐™จ๐™๐™– ๐˜ฟ๐™ฎ๐™ง๐™– yang berumur 22 tahun kini sedang menjalani kehidupannya seperti biasa sebagai seorang pelajar universi...
3.2K 167 15
A true crime writer. A crime journalist. And a serial killer on the loose. Who will win this game? Bekerja sebagai seorang wartawan jenayah membuatka...
47.6K 1.6K 17
TML #2/5 | Red's Lily Series Red's Lily Series Vol 01 : Mysterious Girl โ•ฐโ”ˆโžค Her Secret Protector "Siapa kau? siapa kau Harriz? Apa motif kau dekat de...
4K 354 18
Dia lelaki yang cukup sempurna dengan adanya wajah yang tampan, berciri suami mithali dan lelaki sejati. Cukup menggoda! Tetapi masihkah hatinya ter...