๐“๐‘๐”๐’๐“ || หกแต‰แต‰ แตโฑโฟสฐแต’ || โœ“

Autorstwa StayAhgasae

6.8K 1.6K 2K

Selepas kehilangan bapanya dalam sebuah kemalangan jalanraya, Lee Minho berkahwin dengan seorang gadis, Kim Y... Wiฤ™cej

โ„™โ„๐•†๐•ƒ๐•†๐”พ
โ„‚โ„๐”ธโ„™๐•‹๐”ผโ„ || 1
โ„‚โ„๐”ธโ„™๐•‹๐”ผโ„ || 2
โ„‚โ„๐”ธโ„™๐•‹๐”ผโ„ || 3
โ„‚โ„๐”ธโ„™๐•‹๐”ผโ„ || 4
โ„‚โ„๐”ธโ„™๐•‹๐”ผโ„ || 5
โ„‚โ„๐”ธโ„™๐•‹๐”ผโ„ || 6
โ„‚โ„๐”ธโ„™๐•‹๐”ผโ„ || 7
โ„‚โ„๐”ธโ„™๐•‹๐”ผโ„ || 8
โ„‚โ„๐”ธโ„™๐•‹๐”ผโ„ || 9
โ„‚โ„๐”ธโ„™๐•‹๐”ผโ„ || 11
โ„‚โ„๐”ธโ„™๐•‹๐”ผโ„ || 12
โ„‚โ„๐”ธโ„™๐•‹๐”ผโ„ || 13
โ„‚โ„๐”ธโ„™๐•‹๐”ผโ„ || 14
โ„‚โ„๐”ธโ„™๐•‹๐”ผโ„ || 15
โ„‚โ„๐”ธโ„™๐•‹๐”ผโ„ || 16
โ„‚โ„๐”ธโ„™๐•‹๐”ผโ„ || 17
โ„‚โ„๐”ธโ„™๐•‹๐”ผโ„ || 18
๐”ผโ„™๐•€๐•ƒ๐•†๐”พ

โ„‚โ„๐”ธโ„™๐•‹๐”ผโ„ || 10

273 79 85
Autorstwa StayAhgasae

Setahun sebelumnya,

Minho keluar dari bilik bacaannya.Dia memandang sekilas Pakcik Minsik dan Yera yang ada di meja makan lalu menuju ke luar.

"Tuan Muda nak pergi mana?",soal Pakcik Minsik.

"Keluar jap.",jawabnya pendek.

Yera memandang kelakuan Minho.Suaminya itu langsung tak menegur dirinya namun dia faham kerana Minho bertindak begitu.

"Kenapa Mingi nak cederakan Tuan Muda?",Pakcik Minsik menyambung semula perbualan mereka yang tergendala tadi.

"Sebab...sebenarnya mendiang Eomma nak jodohkan kiteorang berdua tapi saya tak nak.Jadi dia selalu mengugut saya.Harap Samcheon percayakan saya.",Yera menundukkan kepalanya sambil berharap orang tua itu percaya penipuannya itu.

Pakcik Minsik mengangguk tanda faham.Dia dapat merasakan perasaan Yera yang terpaksa berkorban demi suaminya.

"Nanti dia sejuklah tu....Cik Muda sabar jelah ye.",pujuk Pakcik Minsik.

===

Minho menunggu seseorang di sebuah cafe.Minuman yang dipesannya masih tak terusik.

Dia melambai kecil sebaik orang yang ditunggunya masuk ke dalam cafe.Lelaki itu mengambil tempat di depannya.

"Kau sihat? Kenapa kau nak jumpa aku ni..",tanya lelaki itu.

Minho mengangguk sambil menghirup air.Tak lama kemudian,air yang dipesan Minho untuk kawannya sampai.

"Changbin-na...aku ajak kau jumpa ni sebab aku nak minta tolong.",Minho memberitahu niatnya sebenar.

Changbin mengangguk kecil.Dia sudah dapat mengagak semuanya bila Minho menelefon pagi tadi.Hari itu Minho sudah  pernah memintanya untuk membuatkan sesuatu.

"Apa dia? Isteri kau macam mana.Aku tak jumpa lagi isteri kau..asyik dengar kau cerita je.",tanya Changbin tanpa mengetahui perkara sebenar.

"Siasat latar belakang isteri aku dengan lelaki yang bernama Song Mingi.", tersedak Changbin dibuatnya.

Baru saja dia bertanya khabar tentang Yera.Minho menghulurkan sampul surat kepada Changbin.

"Weh...kau ni biar betul.Aku rasa macam baru lagi kau cerita pasal kebahagiaan korang...ni suruh aku siasat bagai...wae??",tanya Changbin tak percaya.

Sampul yang dihulur Minho tadi dibiarkan dulu.Dia dapat merasakan yang Minho sekarang ada masalah.

"Aku pun tak tahu...tapi aku tak sedap hati dengan Yera.Dia menghilangkan diri seminggu...lepas tu dia balik semula ke rumah tu...siap ugut nak bunuh diri lagi kalau aku tak nak percayakan dia...kau tak rasa something ke?",Minho meminta pendapat Changbin.

Lelaki itu diam setelah mendengar luahan hati Minho.Dia yang bekerja sebagai spy,memang selalu dapat klien yang ada masalah rumahtangga.

"Arasseo....tapi aku tak boleh janji bila aku dapat inform semua kat kau.Siapa nama lelaki tadi?",Changbin bertanya sekali lagi.

"Song Mingi.",jawabnya.Changbin pun meletakkan nama itu ke dalam telefonnya sebagai next target.

===

Yera menyambut kepulangan Minho dengan senyuman yang terukir.Dia akan berusaha sedaya upaya supaya Minho lembut hati semula.

"Awak nak makan?",tanya Yera lembut.Minho mengangguk kecil.Gadis itu tersenyum gembira bila Minho memberi respon.

Minho memandang Yera yang sedang menyediakan pinggan untuknya.Isterinya itu mengeluarkan timun yang masih belum dipotong dari peti ais untuk dimakan bersama nasi goreng yang dibuatnya tadi.

"Auch..",pisau diletakkan di tepi.Minho segera menghampiri Yera yang masih berdiri di depan sinki itu.

"Awak...kenapa tak hati-hati.Dalam ke luka tu?",tanya Minho risau.Yera pula masih terkejut dengan tindakan Minho.Percakapannya juga sudah seperti biasa.

Yera menggeleng lalu membasuh tangannya.Minho menyuruhnya duduk di kerusi sementara dia memotong timun.

"Awak....marahkan saya lagi ke?",tanya Yera.Minho memandang muka isterinya itu.

Marah macam sekali pun dia pada Yera,perasaan sayang itu masih ada kerana Yera juga pernah membahagiakan hidupnya.Namun dia tak menjawab soalan Yera sebaliknya terus menyuapkan nasi ke dalam mulut.

Yera mengeluh kecil bila soalannya dibiar tanpa jawaban.Minho mahu makan sudah cukup baginya daripada terus dipulaukan.

Minho bangun dari tempat duduknya membawa pinggan kosong ke dalam sinki.Kemudian dia menuju ke bilik bacaannya semula.

===

Selepas beberapa hari,hubungan Minho dan Yera beransur pulih.Pakcik Minsik yang menyaksikan perubahan itu tersenyum gembira.Perbalahan antara pasangan yang berkahwin memang sudah menjadi adat.

Malam itu mereka berdua menonton tv bersama.Soonie juga turut menyertai pasangan itu.

Sebaik filem yang ditonton mereka habis,Yera menukar ke rancangan lain dan kebetulan rancangan itu menyiarkan filem seram.

"Andwaeee....tak nakk...tukar cerita lain.",Minho menggeleng-gelengkan kepalanya seperti kanak-kanak yang dipaksa makan ubat.

"Biarlah...saya nak tengok..bukan seram pun cerita ni.",Yera membantah.

"Apa yang tak seramnya...tukarlah...",rengek Minho sambil mencuba merampas remote tv dari tangan Yera.

Terjadilah pergelutan kecil antara mereka berdua.Soonie yang terlena sudah melarikan diri daripada menjadi mangsa.

"The Nun!!!",Yera menunjukkan ke arah belakang suaminya.Minho tanpa membuang masa,terus memeluk Yera.

Di fikirannya sudah terbayang muka The Nun berdiri di belakangnya.Yera pula sudah ketawa terbahak-bahak.Sudah lama dia tak bergurau senda dengan Minho.

Minho meleraikan pelukan yang terjadi tanpa sengaja tadi.Kini mereka berdua saling berpandangan.The Nun yang keluar di kaca tv juga sudah tak dipeduli.

Minho tersenyum nakal bila mukanya yang hanya beberapa inci saja dari muka isterinya.

Yera memejamkan matanya.Minho mencubit pipi Yera.Sengaja dia menyakat Yera tadi.

"Dahlah...saya nak tidur..jom",Minho menghulurkan tangannya sambil mengangkat keningnya.Yera pun yang tersenyum malu menyambut huluran tangan suaminya.

===

Minho mencapai telefonnya yang berbunyi itu.Yera masih lena di sebelahnya.

"Hmm...kenapa?",Minho menjawab panggilan itu dalam keadaan mamai.

Aku dah dapat info pasal Song Mingi.Bila kau boleh jumpa aku?

Minho membuka matanya luas.Dia sudah lupa yang dia ada mengupah Changbin untuk menyiasat latar belakang lelaki itu.

"Petang ni kita jumpa kat cafe hari tu.",jawab Minho lalu meletakkan panggilan.

"Siapa call?",Minho menoleh ke belakang sebaik mendengar suara Yera.

"Eoh...kawan.Dia ajak jumpa petang ni....dah..bangun sekarang.Saya lapar ni.",Minho menarik selimut yang menutup badan isterinya itu.

"Arasseo...",Yera mengalah.Dia pun bangun menuju ke bilik air untuk membersihkan diri sebelum menyediakan sarapan.

===

Di cafe,

Minho membuka maklumat yang dibawa Changbin itu.Matanya meneliti satu persatu perkataan yang tertulis di kertas itu.

"Mingi ada kat mana sekarang?",tanya Minho.

"Dia ada di hospital sekarang.Jiran dia yang bawa dia ke hospital lepas jumpa dia tak sedarkan diri.Kalau nak diikutkan,dia dah mati tapi doktor sempat selamatkan dia.",terang Changbin.

"Kenapa dia ada di hospital pulak...setahu aku,Yera ada beritahu aku yang Mingi paksa Yera ikut dia.",Minho sudah pening dengan perkara ni.

Macam mana Mingi boleh berada di hospital.Tiba-tiba terlintas satu perkara di fikirannya.

"Takkan...Yera..",Minho menggelengkan kepalanya.Dia yakin yang isterinya tak akan buat perkara sebegitu.

"Minho....aku lupa nak tanya kau..kau ada tengok balik tak kat kamera yang aku bagi kau dulu? Mana tahu kau dapat jawapan dari situ.",Changbin mengingatkan Minho semula.

Barulah Minho teringat pada kamera tersembunyi yang pernah diberi Changbin tak lama dulu.

===

Sekarang,

Han menunggu Minho di bilik yang selalu digunanya setiap kali mahu berbincang dengan kawan baiknya.
Pintu bilik itu dibuka dan Minho mengambil tempat di depan Han.

"Okay...kita sambung yang semalam.Lepas Yera balik semula ke rumah kau...ada apa-apa yang lain tak pada diri dia.",soal Han.

"Perempuan tu pandai berlakon Han.Kalau kau pun mesti akan tertipu dengan perempuan tu.",Minho tersengih.

Bila dikenang semula,dirinya memang bodoh sebab percayakan perempuan itu.Kalaulah dia dapat tahu semuanya lebih awal,pasti dia sudah menghalau perempuan itu awal-awal dari rumahnya.

"Apa maksud kau yang dia berlakon?",Han memang lemah bab nak meneka.

"Ouh...kau tak tahu lagi ke pasal perkahwinan kiteorang?",tanya Minho semula.

Han mengerutkan dahinya.Minho ni ada terhantuk kepala ke tanya soalan macam tu.Takkan Minho tak ingat yang Han datang ke majlis perkahwinan mereka?

"Aku tahu...kan aku datang.",jawab Han.Minho menggeleng.

"Anni....perkahwinan kiteorang semuanya palsu dan paling penting....selama 3 bulan aku tinggal dengan dia..semuanya sia-sia sebab perkahwinan aku tak sah Han...tak sah.",jawabnya.

Han terdiam.Memang otak dia berhenti berfungsi ketika itu selepas mendengar semua kata-kata Minho.

===

Seonghwa seperti biasa akan pergi ke rumah agam Minho untuk mencari bukti yang masih belum dijumpai.Lusa merupakan hari terakhir sebelum perbicaraan terakhir Minho di mahkamah.

"Jiran Encik ada di rumah? Kalau ada boleh lah saya tanya beberapa soalan.",Pakcik Minsik duduk di bangku sebelum menjawab pertanyaan Seonghwa.

"Dia dah pindah sebab sambung belajar.Tapi kalau Tuan nak tanya dia pun,dia bukan tahu apa-apa sebab dia masih sekolah tahun lepas.",jawabnya.Seonghwa mengangguk faham.

Jadi jiran itu tiada kena mengena dengan kes ini.Dan secara tiba-tiba,Soonie datang ke arah Seonghwa.

"Eh...Soonie.Mari sini.",Seonghwa mengangkat tubuh kucing itu.Soonie sudah mula berjinak selepas beberapa kali Seonghwa datang ke situ.

"Kan saya dah cakap...Soonie tu lama-lama nanti dia jinaklah.",ujar Pakcik Minsik.

Seonghwa menggosok bulu Soonie.Rantai kucing dileher Soonie itu menyebabkan cincin di jari Seonghwa tersangkut.Puas juga Seonghwa cuba memisahkan cincin itu.

"Boleh tak cabut cincin tu?",tanya Pakcik Minsik.Seonghwa mengangguk selepas cincin itu akhirnya terpisah.

Tanda nama Soonie hampir tercabut dan Seonghwa melihat tanda nama itu kerana nampak agak lain dari tanda nama yang lain.

Tak tahu nak cakap apa...hahhahaahag.... Apa-apa pun pakcik oren ni spoil mood sebab bgi noti lambat...rasenya Cite ni dah nak ending...korang tunggu tauu


V.O.T.E


Czytaj Dalej

To Teลผ Polubisz

21.1K 1.1K 56
Cover by @NDfleur Mungkin dalam cerita ni banyak typo nanti sy edit untuk betulkan semula awak semua bacalah dulu yang typo ini ๐Ÿ˜ญ BOOK 1 "My story...
730K 30.9K 54
Hanania gadis yang naif dan ceria terperangkap dengan seorang lelaki yang bad boy secara tidak sengaja di dalam lif. Pertemuannya membuat dia jatuh c...
47.6K 1.6K 17
TML #2/5 | Red's Lily Series Red's Lily Series Vol 01 : Mysterious Girl โ•ฐโ”ˆโžค Her Secret Protector "Siapa kau? siapa kau Harriz? Apa motif kau dekat de...
882K 115K 61
Seluruh dunia digemparkan dengan kematian beramai-ramai di sebuah feri mewah yang berlabuh di Pulau Jengka. Tiada siapa tahu apa sebabnya. Henry da...