DIANA

By thewhitewonder

967K 35.5K 1.2K

Kerana menghormati keputusan orang tuanya, Diana menggadai diri masuk ke dalam dunia yang berbeza dengan kehi... More

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52 - F I N A L E
Nota Kaki : D I A N A

42

16.5K 611 7
By thewhitewonder

Suasana di bilik mesyuarat sepi seketika. Semua menanti sambil melihat Ez membaca sesuatu di skrin laptop.

"We got the tender."

Serentak semua menahan nafas. Mata semua membutang mendengar kata-kata Ez. Ada daripada mereka mulut ternganga.

"Woooo!!!" Mereka bersorak dengan gembira sambil bertepuk tangan.

"Serious ni bos?!" Seorang staf bertanya lagi.

"Yes. Nah baca sendiri email ni." Ez menjawab dengan tersenyum lebar.

Mereka terus berdiri dan mengerumuni laptop itu.

"Alhamdulillah. Dapat jugak kita projek ni." Seorang staf wanita bersuara.

"Tahniah bos!" Seorang staf lelaki pula bersalaman dengan Ez. Mereka semua duduk semula. Ez sahaja berdiri bagi mengetuai mereka.

"Congratulations semua. So, lepas ni kita boleh fokus dekat projek ni lepas projek dengan Valera Holding dah settle. Esok saya akan meeting semula dengan UME dan saya akan update as soon as possible dengan you all. Okay team, let's do this."

Mereka semua bertepuk tangan di dalam bilik mesyuarat itu. Ez masih tersenyum lebar melihat reaksi gembira teamnya. Dia menepuk bahu Nizam dan Sharif sebagai tanda terima kasih kerana turut membantunya dalam pembentangan tiga hari lepas selepas mereka pulang dari Jerman.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

"Banyaknya makanan malam ni!" Ez ternganga melihat makanan yang siap dihidang di atas meja makan. Ez dan Diana bermalam di Villa Cempaka malam ini kerana Ez ingin berkongsi berita baik ini dengan keluarganya.

"Ya la nak celebrate Abang Ez lah ni." Armel mengusiknya sambil membawa sudu dan garfu ke atas meja.

"Serious la? Kenapa over sangat? Macam la first time dapat projek." Ez terliur melihat lauk pauk di atas meja. Ayam bakar, udang berempah, mee hailam dan banyak lagi.

"Perasannya u ni. Bonda masak sebab u baru balik Jerman and balik sini. So saja la bonda nak masak lebih. Kalau u tak dapat projek tu pun bonda akan masak macam ni." Bonda pula menjawab apabila datang ke ruang makan.

"Thank you bonda." Ez tersengih sambil menghampiri bonda. Dia mencium pipi bondanya dengan penuh kasih.

"Dah. Panggil semua orang makan. Ez, panggilkan Diana kat dapur."

"Alright." Ez terus ke dapur untuk memanggil Diana.

Sambil semua menjamu selera, mereka semua berbual rancak di meja makan. Masing-masing menceritakan hari mereka terutamanya Ez yang baru berjaya mendapat kontrak projek di Kajang.

.

Ez dan Diana berada di dalam bilik tidur apabila selesai berbual dengan bonda dan papa tadi.

"Diana." Ez memanggil Diana yang sedang bersandar di katil dan leka membaca buku sebelum tidur.

"Ya?"

"Kita balik Ipoh nak?"

Diana mengangkat kening kerana terkejut dengan cadangan Ez. Sejak hubungan mereka semakin baik, dia perasan Ez sering mengambil berat tentang ibubapa mentuanya.

"Bila?"

Ez berjalan dan duduk di atas katil.

"Hmmm esok pagi? Ahad kita balik la. Tidur satu malam okay la. Bulan ni kita tak balik Ipoh lagi kan?"

"Tapi esok abang tak ada appointment apa-apa?"

"Tak ada. Weekend ni abang free."

"Betul? Kalau macam tu, okay kita balik Ipoh esok." Diana tersenyum memandang Ez. Ez membalas dengan senyuman. Dia masih merenung Diana.

"Diana." Ez memanggil lagi.

"Ya abang." Diana menoleh semula pada Ez.

"Emmm. Abang tak tahu la abang patut cerita ke tak."

"Apa dia?"

"Actually, masa abang kat Jerman haritu, Sabrina ada sekali."

Wajah Diana serta merta berubah. Dia cuba mengawal riak wajahnya. Padahal hatinya mula tidak sedap mendengar nama itu.

"Dia attend training tu sekali ke?"

"Aah. Tapi dia tak join proposal presentation projek UME tu."

"Ooh. Emmm itu je cerita abang?"

Ez tersenyum. Setuju dengan reaksi Diana kerana ceritanya yang tergantung.

"Aah tu je." Balas Ez tergelak.

"Apa point abang sebenarnya?" Diana tergelak kecil sambil merenung Ez yang seronok ketawa.

"Tak ada lah. Diana tak teringin ke nak tahu Sabrina kat sana dengan abang macam mana?"

Diana masih merenung Ez. Hatinya mula panas mendengar kata Ez seolah Ez melakukan perkara yang boleh buatkannya sakit hati.

"Tak! Sebab Diana percayakan abang."

Senyuman Ez mati. Dia seperti tidak percaya apa yang keluar dari mulut Diana. Hatinya tersentuh dengan kata-kata Diana. Akhirnya Diana mengaku dia mempercayai Ez.

"I'm glad to hear that."

"Abang pergi sana sebab kerja kan. So Diana percaya abang kat sana tengah kerja. Kenapa? Sabrina ada buat benda bukan-bukan kat abang ke?"

"Nope."

"Abang ada buat benda bukan-bukan kat dia ke?"

"No way!" Ez pantas menafi.

"Habis tu?"

"Tak ada apa-apa. Saja nak cakap kat Diana. Just in case nanti Diana terdengar cerita, I don't want you to make assumption about that."

"Oo abang nak kata Diana cepat melatah la fikir buruk pasal abang?" Diana mendekati wajah Ez dan mengecilkan matanya. Ez tersenyum.

"Mana ada. Abang risau kalau....Diana jealous pastu marah abang."

Diana spontan membuat muka. Terkejut dengan kata-kata Ez.

"Eeiii perasannya!! Jealous? Tak kuasa okay." Diana menjeling Ez. Dia meletakkan buku di tepi katil dan mula menarik selimut. Ez tersenyum nakal melihat reaksi Diana.

"Tu marah ke tu?"

"Mana ada! Nak tidur lah." Diana mengiring membelakangi Ez. Ez mula mahu menyakat Diana. Dia merentap dan menarik selimut hingga Diana menoleh dengan wajah geram.

"Ya ke tak jealous ni?" Ez menyoal.

"No!! Abang dah kenapa tarik selimut Diana?!" Diana berkerut.

Hatinya geram dengan Ez. Sebenarnya bukan kerana selimut tetapi geram Ez menuduhnya cemburu. Perempuan mana yang tidak cemburu suaminya berjumpa dengan ex mereka. Tetapi mana mungkin Diana mengaku. Perempuan pun ada ego!

"Muka marah sangat tu sayang. Mengaku je lah."

"Mana ada!"

"Tak jealous eh? Okay. Nanti bolehlah abang contact Sabrina lagi."

Diana terus merenung tajam.

"You really wanna die? Try then." Kata Diana.

"Wow." Spontan bibir Ez terkesima.

"Bukan Sabrina je kena dengan Diana, abang tu Diana balas berkali ganda lagi."

"Oh my God..." Ez tercengang.

Tegak bulu romanya mendengar nada mengugut Diana. Takut pula mendengar Diana begitu.

"So Diana nak buat macam tu sebab jealous la?" Ez tak habis lagi hendak mengusik isterinya.

"Tak jealous okay. Cuma tak nak suami tu pergi layan penyondol rumahtangga orang."

Diana terkapai-kapai hendak menarik selimut itu semula. Ez sengaja menjauhkan selimut itu. Wajah Diana mula bengang. Ez terus naik ke atas Diana. Pantas dia menggeletek tubuh Diana.

"Aahhh! Abang stop!" Diana menjerit. Wajah marahnya berubah tersenyum kerana geli. Namun, dia tidak dapat melepaskan diri dari Ez.

"Mengaku cepat Diana jealous! Tak apa Diana, abang lagi suka." Ez ketawa suka melihat Diana begitu.

"Tak jealous pun, buat apa nak mengaku."

"Okay then."

Chupp!

"Abang!!" Diana terjerit apabila tiba-tiba bibirnya dikucup Ez. Ez hanya tersenyum nakal.

"Siapa suruh tak nak mengaku." Ez menggeletek lagi tubuh Diana sambil memberi kucupan tak henti di wajah Diana.

"Eii Abang! Stop lah. Diana jerit nanti sampai orang lain dengar." Tangan Diana menahan dada bidang Ez.

"Jerit la! Diorang tak dengar kat bawah tu. Kalau dengar pun diorang buat bodoh je sebab tahu kita dah duduk sebilik." Ez mengangkat kening pada Diana.

Diana merenung wajah Ez yang seperti bersedia melakukan sesuatu ke atasnya. Kemudian, Ez perlahan memegang wajah Diana.

"Abang!"

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Beberapa minggu kemudian...

Diana tidak membantu Nonie menyediakan sarapan. Pagi ini dia rasa badannya seperti tidak bertenaga. Tetapi seperti biasa dia tetap menemani Ez untuk bersarapan.

Ez perasan wajah Diana yang sugul.

"U okay?" Ez menyoal sambil menyuap mee goreng ke dalam mulut.

"Okay." Diana mengangguk perlahan.

"Nak period eh?" Spontan Ez menyoal. Dia sudah belajar tentang fisiologi wanita yang hendak datang bulan sejak tinggal sebilik dengan Diana.

Diana akan moody, cepat lapar dan cepat penat jika hendak datang bulan. Bila periodnya datang, dia akan kerap sakit-sakit badan. Ez sebagai suami memahami keadaan itu. Dia cuba mengikut segala kehendak Diana jika dia sedang mood swing. Kadang-kadang dia bantu urutkan Diana jika Diana rasa lenguh badan.

Diana memandang Ez yang menyoal sebegitu.

"Ya kot. I feel tired when i wake up."

"Emmm. Pergila spa. Buat massage." Ez cuba memberi idea.

"Tengoklah nanti." Diana mengeluh. Ikutkan dia malas hendak ke mana-mana. Tak ada mood.

"If u want to eat anything, pergi la makan hari ni. Kalau nak makan dengan abang, kita pergi malam ni."

"It's okay. I don't feel like to eat anything."

"Kalau tak nak keluar, order je la." Ez tak henti memujuk Diana.

Diana merenung Ez. Kemudian dia tergelak kecil. Geli hati melihat Ez cuba memahaminya ketika begini. Dia tahu Ez risau keadaan Diana sejak Diana pengsan dulu.

"Abang, Diana okay la. Maybe pagi je rasa macam ni. Nanti sikit lagi okay la ni." Diana tersenyum memandang Ez.

"Alright. Nanti apa-apa bagitahu abang okay?" Ez bangun dari kerusi untuk bergerak ke pejabat. Dia sempat mengucup dahi Diana sebagai rutin sebelum ke pejabat.

.

Selepas Ez bertolak ke pejabat, Diana mencari Nonie di dapur.

"Nonie, boleh tak tolong masakkan saya bubur? Saya nak makan benda lembut lah."

"Boleh puan. Puan tak sihat ke?"

"Eh tak. Saya lapar tapi tak selera nak makan pulak hari ni."

"Okay puan. Nanti saya panggil puan lepas siap ya."

"Thank you Nonie."

Diana beredar lalu berbaring di atas sofa. Dia membuka tv di ruangan tv. Mata Diana pada skrin tetapi dia sendiri tidak fokus drama yang ditontonnya. Tubuhnya terasa lemah. Matanya mula berat. Akhirnya dia terlelap. Selepas hampir sejam, Nonie datang mengejutnya.

"Puan. Puan."

Diana membuka mata.

"Eh saya tertidur ke?" Diana terkebil-kebil membuka matanya.

"Ya puan. Puan, buburnya sudah siap. Puan nak makan sekarang ke? Saya hidang atas meja."

"Saya makan sekarang. Saya pergi tandas sekejap ya. Kita makan sekali la Nonie." Balas Diana.

Sedang mereka menjamah sarapan, Nonie cuba berbual dengan Diana. Sejak tadi dia memerhatikan keadaan Diana.

"Puan betul ke sihat ni? Nampak tak ceria aja."

"Okay je. Saya nak period kot sebab memang patutnya datang bulan dah. Badan rasa penat. Saya rasa pening kepala tadi. Nanti hilang la ni." Diana menjawab.

Nonie mengangguk.

"Saya pun kadang-kadang begitu juga. Tapi kalau sakit sekejap-sekejap tak apa puan. Kalau selalu begitu, puan kena check doktor."

Diana tergelak kecil mendengar kata-kata Nonie.

"Awak jangan takutkan saya Nonie. Tak apa, kalau saya rasa tak sedap badan lagi, saya makanlah Paracetamol. Awak jangan risau." Diana hanya tersenyum. Dalam hatinya dia mula risau.

Selesai makan dia masuk ke dalam bilik. Fikirannya masih terfikir apa yang Nonie katakan tadi.

'Ish Nonie ni buat aku risau je. Aku selalu je rasa macam ni sebab nak period. Cuma hari ni je rasa tak larat. Tak aplah kalau rasa demam nanti aku pergi la klinik.'

Diana cuba menenangkan dirinya. Namun sesuatu terlintas dalam fikirannya hingga menyebabkan riak wajahnya berubah. Dia mula berdebar dan menelan air liurnya.

Diana menuju ke wardrobe. Perlahan dia membuka laci dan mengeluarkan sesuatu yang diletakkan dibahagian paling dalam. Dia merenung kotak itu.

'Is this the time i should use this?' Diana berbisik dalam hati.

'Tak apalah. Try jelah. At least aku cuba.' Diana mengeluarkan sesuatu dari dalam kotak. Perlahan dia menuju ke tandas.

Selepas beberapa minit, Diana keluar dari tandas. Wajahnya jelas terkejut dan pucat. Mulutnya ternganga. Dia keliru apa yang patut dia lakukan.

Sukar dia percaya apa yang dia lihat. Apatah lagi ini kali pertama untuknya menghadapi perkara ini. Dia sendiri tidak yakin dengan dirinya. Jantungnya berdegup laju.

"Ya Allah. Ya Allah. Betul ke ni?"

Thank you for reading

Continue Reading

You'll Also Like

193K 2.9K 62
Ayis liyana seorang yang dingin sombong berlagak dan kurang ajar baginya harta adalah segalahnya sampai sanggup membuat apa sahaja demi kemewahan yan...
1.2M 56.1K 59
Cikgu Juwita Natalia dan Doktor Haris Redzuan. Berjumpa buat kali pertama bukan dalam keadaan yang ala-ala seperti cerita Khabi Kushi Khabi Gham. Mal...
137K 7.2K 62
Kisah ini, hanya sebuah hikayat yang tak seindah dongeng Cinderella. Di mana Cinderella yang pada mulanya cuma satu watak yang hina, sebelum bertukar...
806K 33K 55
Afif Ryan - A guy who is unable to love Irwina - A girl who ONCE have feelings for Afif. Setahun kemudian, mereka dipertemukan lagi sebagai boss dan...