𝐓𝐑𝐔𝐒𝐓 || ˡᵉᵉ ᵐⁱⁿʰᵒ || ✓

נכתב על ידי StayAhgasae

6.8K 1.6K 2K

Selepas kehilangan bapanya dalam sebuah kemalangan jalanraya, Lee Minho berkahwin dengan seorang gadis, Kim Y... עוד

ℙℝ𝕆𝕃𝕆𝔾
ℂℍ𝔸ℙ𝕋𝔼ℝ || 1
ℂℍ𝔸ℙ𝕋𝔼ℝ || 2
ℂℍ𝔸ℙ𝕋𝔼ℝ || 3
ℂℍ𝔸ℙ𝕋𝔼ℝ || 4
ℂℍ𝔸ℙ𝕋𝔼ℝ || 5
ℂℍ𝔸ℙ𝕋𝔼ℝ || 6
ℂℍ𝔸ℙ𝕋𝔼ℝ || 7
ℂℍ𝔸ℙ𝕋𝔼ℝ || 9
ℂℍ𝔸ℙ𝕋𝔼ℝ || 10
ℂℍ𝔸ℙ𝕋𝔼ℝ || 11
ℂℍ𝔸ℙ𝕋𝔼ℝ || 12
ℂℍ𝔸ℙ𝕋𝔼ℝ || 13
ℂℍ𝔸ℙ𝕋𝔼ℝ || 14
ℂℍ𝔸ℙ𝕋𝔼ℝ || 15
ℂℍ𝔸ℙ𝕋𝔼ℝ || 16
ℂℍ𝔸ℙ𝕋𝔼ℝ || 17
ℂℍ𝔸ℙ𝕋𝔼ℝ || 18
𝔼ℙ𝕀𝕃𝕆𝔾

ℂℍ𝔸ℙ𝕋𝔼ℝ || 8

280 81 111
נכתב על ידי StayAhgasae

Setahun sebelumnya,

Pakcik Minsik menyiram bunga-bunga di taman rumahnya.Melatah orang tua itu bila ditegur jiran sebelah.

"Kamu ni...terkejut Samcheon dibuatnya..",orang tua itu mengurut dadanya.Jirannya itu tersengih malu.

Pakcik Minsik meneruskan kerjanya.Jiran sebelah yang dikenali dengan nama Jeongin itu memang selalu menegurnya setiap kali Pakcik Minsik menyiram bunga-bunga di tepi pagar itu.

"Samcheon...nak tanya boleh.",tanya Jeongin.Pakcik Minsik hanya mengangguk.

"Mana isteri Minho Hyung?Dah  seminggu saya tak nampak dia...selalunya ada jugak duduk kat buaian tu.", sambungnya.Pakcik Minsik menutup pili air.

"Mulut tu jaga sikit.Tuan Muda dengar nanti macam mana?",marah orang tua itu separuh berbisik.

"Tak adalah...sebab kali terakhir saya nampak dia dengan lelaki lain dalam rumah ni.",beritahunya.Tempoh hari dia baru balik dari kelas tambahan dan ketika itu juga dia ternampak Yera berpegangan tangan dengan lelaki asing.

"Lelaki?!",Pakcik Minsik menjerit.Jeongin pula yang berdebar.Tadi orang tua itu suruh dia supaya diam,ni dia pula yang bising.

"Lelaki?",membulat mata Jeongin melihat kelibat Minho yang sedang mendukung Soonie tiba-tiba muncul di situ.Pakcik Minsik menoleh ke belakang.

"Eh...tak lah...si Jeongin ni ha..di...",Pakcik Minsik tergagap mencari alasan.

"Samcheon...just tell me.Jeongin,kau jangan nak lari.",Jeongin tidak jadi melarikan diri sebaik Minho memanggil namanya sekali.

Kini mereka berdua saling berpandangan.Minho itu sudahlah kalau dia nak tahu,dia akan tanya sampai orang itu beritahunya perkara sebenar.

"Jeongin...bagitahu aku apa yang kau cakap tadi.",Minho kini memandang tepat mata budak itu.

Jeongin masih mendiamkan diri.Ini semua salah Pakcik Minsik.Kalaulah dia tak menjerit,sudah tentu Minho tak mendengar perbualan mereka berdua.

"Kau nak aku pergi sana ke?",ugut Minho.Jeongin menggeleng laju.

"Arasseo... Jeongin bagitahu.Masa Hyung kat hospital,Jeongin nampak Yera Noona dengan lelaki lain.",ujarnya.

Minho terdiam.Selama seminggu itu,dia tak nak berburuk sangka walaupun dia tahu semua baju Yera tiada dalam almari biliknya.Namun selepas mendengar kata-kata Jeongin,hatinya hancur.

Tanpa disedarinya,Soonie yang dalam dakapannya itu,dicengkam kuat membuatkan anak kucing meronta-ronta minta dilepaskan.

"Tuan Muda...Tuan Muda!",Minho tersedar dari lamunannya selepas Pakcik Minsik memanggil namanya dengan kuat.Dia juga terkejut bila Soonie dicengkamnya tanpa sedar.

"Komawo sebab bagitahu Hyung.",Dia pun meletakkan Soonie ke tanah dan masuk ke dalam rumah meninggalkan dua orang itu.

Jeongin mengaduh sakit bila satu tamparan singgah di bahunya.

"Mwo?Hyung tak marah pun..Samcheon yang salah sebab pergi jerit.Dahlah Jeongin nak masuk rumah.Baik buat homework daripada duduk sini.",Jeongin menarik muncung lalu meninggalkan Pakcik Minsik.

===

Yera melirik ke arah Mingi yang leka dengan kerjanya.Dia mahu menelefon Minho namun jika dia lakukannya sekarang,tak pasal-pasal telefonnya pula dipatahkan.

"Kau kenapa pandang aku?",rupanya tindakan Yera disedari Mingi.Yera menggeleng kepalanya.Telefon diletakkan semula di atas meja.

"Okay...esok malam aku nak kita jalankan misi yang tergendala ni.",Mingi bersuara.

Sehelai kertas dibentang atas meja.Di atas kertas itu,penuh dengan plan yang sudah lama dirancang mereka berdua.Cuma terpaksa ditangguhkan disebabkan Yera.

"Mingi....bagi aku masa untuk jelaskan semua ni pada suami aku...pleasee",rayu Yera.Dia tahu yang lelaki di depannya sekarang sudah terlalu banyak beri dia peluang namun dia terpaksa berbuat demikian.

"Aku tahu yang perkahwinan tu juga termasuk dalam rancangan kita.Tapi semua tu tak bermaksud kau boleh jatuh cinta dengan lelaki tu.Kau kena sedar,rancangan kita dah tertangguh selama 2 bulan.",Mingi bersuara.

"Aku tahu aku salah...aku salah sebab boleh jatuh cinta dengan Minho.Mingi...kita batalkan rancangan kita?Minho tak bersalah.",rayunya sekali lagi.

Mingi menarik rambut Yera membuatkan gadis itu mendongak memandang mukanya.

"Batal?Kau dah gila ke?!! Kau ingat kalau jantan tu tahu rahsia kau dengan dia...dia akan maafkan kau macam tu je?Selagi dia bernafas,selagi tu jugak aku tak boleh hidup tenang..kau ingat tu.",Mingi mengakhirkan katanya lalu pergi ke biliknya.

Beberapa langkah lagi sebelum kakinya melangkah masuk ke dalam biliknya,mata dia terbeliak.Dia menoleh ke belakang dan Yera tersenyum jahat.

"A..ap..apa kau buat ni..S....S",Mingi sudah rebah ke lantai.Yera menarik keluar picagari yang berisi cecair hijau itu dari belakang Mingi.

"Aku tak akan biarkan kau sentuh suami aku.Dah lama aku berlakon lemah depan kau Mingi.Aku nak tengok sejauh mana kau berlembut dengan aku.",Yera duduk betul-betul di hadapan muka Mingi.Picagari tadi sudah dicampak ke tepi.

Mingi sudah tak boleh bersuara.Badannya kini lumpuh sepenuhnya.Hanya mata dia saja yang masih boleh bergerak.Yera melihat jam di dinding rumah itu.

"Ops...kau ada lagi 3 minit sebelum kau mampus.Ada pesanan terakhir?",Yera menyindir lelaki itu.

"Pukul lah aku...pukul lahh!!!",Yera menjerit sambil menarik tangan Mingi yang sudah lumpuh itu lalu menampar-nampar mukanya sendiri.

"30 seconds left....ingat pesanan aku ni baik-baik.Sampaikan salam aku pada Eomma...and lastly enjoy your journey..",Mingi sudah menghembuskan nafasnya yang  terakhir.Yera tersenyum puas.

===

Minho mengurungkan dirinya dalam bilik sejak petang tadi.Langsung dia tak keluar menjamah makanan di dapur.Pakcik Minsik sudah risau dengan keadaan Minho.

"Tuan Muda...",Pakcik Minsik mengetuk pintu bilik Minho namun tiada sahutan.Hanya kedengaran lagu yang sama dipasang.Pintu juga terkunci.Sudah beberapa kali dia mengetuk pintu namun semuanya sia-sia.

Pakcik Minsik mengalah.Dia turun semula ke bawah.Baru saja dia hendak menyimpan lauk ke dalam peti,loceng rumahnya berbunyi.

"Siapa pulak datang malam-malam macam ni.",rungut orang tua itu.Tak jadi dia menyimpan lauk dan menuju ke pintu.

"Cik Muda?",dia menarik nafas terkejut melihat bayang perempuan itu di CCTV rumah itu.Dia pun membuka pintu.

"Samcheon...Minho mana?",soalan pertama Yera sebaik pintu dibuka.Pakcik Minsik pula seperti tak percaya yang Yera berada di depannya selepas seminggu menghilangkan diri.

"Tu..Tuan Muda ada...tapi ke mana Cik Muda pergi selama ni...Cik Muda tahu tak yang Tuan Muda selalu tanya...dengan senyap macam tu je.",bebel Pakcik Minsik.

Yera menundukkan mukanya ke lantai.Dia tahu yang dia tak layak balik semula ke rumah itu.

"Mianhae..Yera tak tahu nak terangkan macam mana.Boleh tak Yera masuk? Yera kena jumpa Minho sekarang ni.",pinta Yera.

"Ouh ye...masuklah..Tuan muda ada kat bilik..dari petang tadi tak turun.",beritahunya.

Yera mengangguk lalu terus menuju ke biliknya di tingkat atas.Langkahnya terhenti bila terdengar lagu yang dipasang Minho ketika itu.Itu lagu kegemaran mereka berdua.

"Minho....saya dah balik ni...",dia mengetuk pintu namun tiada tanda-tanda yang pintu itu akan dibuka.

"Minho....bukalah...jeongmal mianhae....awak bagilah saya peluang untuk terangkan semua yang berlaku.",rayu Yera di pintu itu.

Beberapa minit kemudian,pintu itu dibuka namun tidaklah luas.Yera menolak pintu itu dan Minho duduk di meja kecil yang terletak di hujung bilik itu.

"Minho...saya dah balik----",Yera menarik nafas terkejut bila Minho mencampakkan lampu kecil di atas meja tadi.

Habis bertaburan mentol lampu itu.Minhi memandangnya tajam.Selama perkahwinan mereka,dia tak pernah nampak Minho marah seperti sekarang.

"Kenapa kau balik!!!! Pergilah ikut jantan sial tu!!!!",tengking Minho lalu menendang kerusi yang didudukinya sebentar tadi.Yera membatu.Sungguh dia takut untuk bersuara.

===

Sekarang,

"Dia ikut lelaki lain.",jawab Minho.Han hanya mengangguk lalu menaip ke dalam laptopnya.

"Lepas tu,dia ada balik semula?", tanya Han.Minho mengangguk.Pandangannya dialihkan ke luar.

Sebenarnya dia tak nak mengingat semula kenangan pahitnya itu.Namun dia terpaksa demi dirinya juga.

"Minho-yaa....pandang aku.",panggil Han bila Minho memandang ke arah lain.Janganlah penyakit Minho datang semula.

Minho menoleh semula memandang muka kawan baiknya sekarang.Pandangannya ketika itu kosong.Han pula sudah resah.

"Yah...Minho....are you okay?",tanya Han.Namun tiada jawaban sebaliknya dia terus direnung lama.

"Kau nampak aku tak okay ke?",Minho bertanya seakan-akan mahu menerkam Han.

"Anni....kalau kau tak sihat...kita boleh sambung esok je.",Han mencari alasan sebaik mungkin.Minho tersenyum manis pula kali itu.

"Aku just penat je...esok kita sambung.",pinta Minho.Han hanya menurut kehendak kawan baiknya itu.

===

"Encik ada cakap yang Kim Yera pernah hilang seminggu kan?",Seonghwa minta kepastian.Pakcik Minsik mengangguk.

"Tapi dia bukan hilang.....dia yang pergi sendiri.Seminggu kemudian baru dia balik ke rumah semula.",Pakcik Minsik membetulkan kenyataannya.

"Maksud encik? Sorry...saya tak berapa jelas.".

"Jiran kitaorang ada beritahu yang Yera ikut lelaki lain semasa Tuan Muda di hospital.Lelaki tu juga sepupu jauh Cik Muda.Dia pernah lah semalaman menginap di sini.",sambungnya panjang lebar.

Seonghwa pun mengeluarkan sekeping gambar lalu menunjukkan kepada Pakcik Minsik.

"Dia ke?",tanya Seonghwa.




Siapa sedih Mingi mati?😂😂Jadi tak ada dah lepas ni watak yang buat korang sakit hati kan.Okaylah meh sini Yana belanja gambor Mingi..mana tahu korang rindu dia ke nanti...eheks.

Bolehlah korang sedekahkan bintang untuk Mingi eh silap Yana....hahahahahh


המשך קריאה

You'll Also Like

3.2K 167 15
A true crime writer. A crime journalist. And a serial killer on the loose. Who will win this game? Bekerja sebagai seorang wartawan jenayah membuatka...
1.6K 399 26
But I love you so, Please let me go.
4.4K 729 17
√ // ss // i can't bear to stand my tears anymore . i'm crying my heart hurts so much . starteu ° 13 03 2021 endeu ° 14 03 2021
44.4K 3.5K 68
1st series of Darkness. 𝐍𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐄𝐥𝐢𝐧𝐚 𝐱 𝐊𝐲𝐭𝐨𝐫/𝐀𝐫𝐢𝐳 𝐋𝐮𝐭𝐟𝐲 𝐊𝐲𝐭𝐨𝐫- kacak, pendiam, pendendam dan seorang anak yatim piatu...