๐“๐‘๐”๐’๐“ || หกแต‰แต‰ แตโฑโฟสฐแต’ || โœ“

By StayAhgasae

6.8K 1.6K 2K

Selepas kehilangan bapanya dalam sebuah kemalangan jalanraya, Lee Minho berkahwin dengan seorang gadis, Kim Y... More

โ„™โ„๐•†๐•ƒ๐•†๐”พ
โ„‚โ„๐”ธโ„™๐•‹๐”ผโ„ || 1
โ„‚โ„๐”ธโ„™๐•‹๐”ผโ„ || 2
โ„‚โ„๐”ธโ„™๐•‹๐”ผโ„ || 3
โ„‚โ„๐”ธโ„™๐•‹๐”ผโ„ || 4
โ„‚โ„๐”ธโ„™๐•‹๐”ผโ„ || 5
โ„‚โ„๐”ธโ„™๐•‹๐”ผโ„ || 6
โ„‚โ„๐”ธโ„™๐•‹๐”ผโ„ || 8
โ„‚โ„๐”ธโ„™๐•‹๐”ผโ„ || 9
โ„‚โ„๐”ธโ„™๐•‹๐”ผโ„ || 10
โ„‚โ„๐”ธโ„™๐•‹๐”ผโ„ || 11
โ„‚โ„๐”ธโ„™๐•‹๐”ผโ„ || 12
โ„‚โ„๐”ธโ„™๐•‹๐”ผโ„ || 13
โ„‚โ„๐”ธโ„™๐•‹๐”ผโ„ || 14
โ„‚โ„๐”ธโ„™๐•‹๐”ผโ„ || 15
โ„‚โ„๐”ธโ„™๐•‹๐”ผโ„ || 16
โ„‚โ„๐”ธโ„™๐•‹๐”ผโ„ || 17
โ„‚โ„๐”ธโ„™๐•‹๐”ผโ„ || 18
๐”ผโ„™๐•€๐•ƒ๐•†๐”พ

โ„‚โ„๐”ธโ„™๐•‹๐”ผโ„ || 7

280 85 96
By StayAhgasae

Setahun sebelumnya,

Minho dikejarkan ke unit kecemasan sebaik tiba di hospital.Dan ketika itu,Minho sudah tak sedarkan diri dan suhu badannya juga terlampau panas.

Selesai dirawat,doktor tak membenarkan pelawat masuk kerana keadaan Minho yang masih dalam pemerhatian.

Dan ubat yang dimakan Minho juga bukanlah ubat tahan sakit yang dimakan Minho juga bukanlah ubat tahan sakit dari hospital itu berdasarkan penerangan doktor.

Sebaik mendengar penjelasan doktor,Yera mencari kelibat lelaki tadi.Pakcik Minsik pula menunggu di tempat pelawat,bimbang doktor mencari.Yera menarik lengan Mingi kasar bila ternampak kelibat lelaki itu.Mingi pula hanya mengikut langkah perempuan itu.

"Semua ni angkara kau kan?!Kau dah janji dengan aku!!",marah Yera.Mingi membuat muka bersahaja.

Kemudian dia menolak badan Yera ke dinding,lalu mencengkam muka Yera kuat hingga perempuan itu tak dapat nak melawan.Memang dia yang menukarkan ubat Minho kerana sakit hati dengan tindakan Yera yang selalu melengahkan masanya.

"Janji...Siapa janji siapa hah?!!Kau patut bersyukur aku sanggup bawak jantan tu ke sini.Kalau tak disebabkan  aku,dia boleh mampus dan semua plan kita tamat...dan kau tak payah nak pertahankan diri kau macam kau ni mangsa!",Mingi menolak muka Yera kasar.

"Satu lagi aku nak cakap....aku nak kau ikut aku...kalau kau tak nak,aku tak kesah...jumpa kau kat kubur.",ugut Mingi.Dia mengeluarkan satu picagari yang berisi cecair berwarna hijau.

"Kalau aku masukkan benda ni dalam tiub IV suami palsu kau tu...dalam 5 minit....selamat dia tenang di sana.",sambungnya lagi.

"Arasseo....aku ikut kau.",jawab Yera. Airmatanya mula bertakung.

"Habis tu bila kau nak jalankan misi kita...aku dah penat dengan semua ni...kau tak penat ke?",Mingi merengus.

"Kau tunggu bila aku dah bersedia bagitahu Minho perkara sebenar.",pujuk Yera.

"Walaupun aku ni jahat,tak ada hati perut...satu je aku nak pesan...sejauh mana pun kau simpan rahsia ni biarpun kau dah ada anak sekalipun,rahsia ni akan terbongkar jugak.Kau cuma tunggu masa je....kau ingat tu...",pesan Mingi.Dia sudah malas nak berkasar.

Yera termenung.Apa yang dikatakan Mingi itu ada betulnya.Sampai bila dia nak berahsia dengan Minho.Tapi dalam pada masa yang sama dia takut,takut yang Minho tak akan menerima dirinya bila tahu rahsia yang disoroknya selama dua bulan itu.

"Dah...aku nak kau kemas baju-baju kau sekarang dan ikut aku.Jom.",Mingi menarik tangan Yera.

===

Pakcik Minsik tersengguk-sengguk menahan matanya dari terlelap.Sudah lama dia menunggu di situ,namun doktor masih belum memanggil.

"Penjaga Encik Lee Minho?",suara jururawat membuatkan Pakcik Minsik terbangun.Lelaki tua itu segera pergi ke kaunter wad itu.

"Ya saya...dah boleh masuk ke?",tanya Pakcik Minsik.Jururawat itu mengangguk sambil tersenyum mesra.

"Tuan Muda?",Pakcik Minsik menjengukkan kepalanya sebaik  membuka pintu wad VIP itu.Kelihatan Minho masih terbaring di katil pesakit.

"Eoh...Samcheon,Yera mana?",soalnya bila melihat penjaga rumahnya itu berseorangan.Suaranya juga masih kedengaran lemah.

"Tak tahulah...saya tak nampak dia dari tadi.Dia suruh saya tunggu kat depan tapi sampai sekarang tak muncul.",jawab Pakcik Minsik.

"Tuan Muda macam mana...sakit lagi?",tanya lelaki tua itu.Minho tersenyum simpul seraya menggeleng kepala.Dia sedikit kecewa bila insan yang ditunggunya tiada.

Pakcik Minsik tahu yang majikannya bersedih.Lelaki muda di depannya itu bukan boleh berpisah dengan isterinya walaupun seminit.

"Tak apalah...saya call Cik Muda.", Pakcik Minsik mengeluarkan telefonnya mendail nombor Yera.

Malangnya nombor itu sudah tiada dalam rangkaian.Minho memandang dengan penuh harapan.Pakcik Minsik pun meletakkan semula telefonnya.

"Wae??",tanya Minho bila melihat riak muka Pakcik Minsik sedikit kecewa.

"Dia tak angkat...mungkin tertinggal di rumah.Tuan Muda rehatlah dulu...nanti kalau ada Cik Muda call,saya bagitahu ye...Tuan Muda nak makan apa-apa?",Pakcik Minsik memujuk hati Minho.

Kalaulah dia beritahu yang nombor Yera sudah tiada dalam rangkaian,entah apalah reaksi Minho.Jadi terpaksalah dia menipu demi kesihatan Minho.

===

Mingi merampas telefon Yera dan mematahkan simkad lalu mencampaknya.Kini kerjanya lebih mudah bila tiada gangguan.

"Kenapa kau rampas telefon aku!!",Yera memukul-mukul badan Mingi.

Mingi membiarkan tindakan Yera asalkan semuanya berjalan lancar.Setakat pukulan dari Yera,apalah sangat jika nak dibandingkan dengan badannya itu.

Akhirnya Yera mengalah.Dia sedar yang tindakannya itu tak boleh beri apa-apa.Mujurlah Mingi hanya membuang simkadnya saja.

"Kau dah puas pukul aku?Jom pergi sekarang.",ajak Mingi.Yera hanya akur sebelum lelaki itu bertindak lebih kasar.

===

Dua hari kemudian,Minho sudah boleh balik ke rumah namun dia juga perlu hadir setiap kali temu janji dengan doktor.

Minho pula hanya membisu sepanjang perjalanan balik.Dia menyandarkan kepalanya sambil pandangannya menghala ke luar tingkap.

Pakcik Minsik juga turut mendiamkan diri.Sudah dua hari,tiada satu panggilan pun daripada Yera dan sebab itu juga Minho membisu.

Pakcik Minsik melihat Minho melalui cermin depan kereta dan lelaki itu sudah melelapkan mata.

===

"Samcheon....Yera tak ada call lagi ke?",tanya Minho.Dia melabuhkan punggung di sofa rumahnya.Soonie pula yang nampak bayang tuannya bukan main lagi gembira.

"Tak ada Tuan Muda...nak saya call lagi ke?",serba salah dibuatnya.Minho mengeluh kecil lalu menggelengkan kepalanya.

Minho mengambil Soonie lalu memeluknya.Walaupun baru dua hari di hospital,dia rindu dengan gelagat Soonie.Sedikit sebanyak,dapatlah dia menenangkan hatinya sendiri.

"Soonie...dah makan ke belum ni?",dia berbual dengan anak kucing itu.Soonie pula mengiau seolah-olah menjawab soalan tuannya itu.

Minho kemudiannya meletakkan Soonie di bawah kerana dia hendak ke dapur.Tiba-tiba tekaknya berasa kering.Baru saja dia mencapai botol air,Pakcik Minsik merampas.

"Tuan Muda....jangan cari pasal boleh.Tak serik lagi ke duduk terlantar kat hospital.Nah minum air ni.",Pakcik Minsik menghulurkan segelas air herba yang sudah siap dibancuhnya.

Botol air berkarbonat yang diambil Minho tadi,sudah selamat mendarat ke dalam tong sampah.Minho pula menggaru kepalanya kerana dimarahi Pakcik Minsik.

"Mianhae...Minho lupa.",ucapnya perlahan sebelum meneguk air tadi.

Malam itu,Pakcik Minsik tidur di rumah agam oleh kerana Minho bersendirian.Risau pula dia dengan keadaan Minho yang baru saja beransur pulih.

Soonie tidur di hujung katil Minho.Bilik lelaki itu masih terang dengan lampu walaupun sudah tengah malam.

Minho bangun menuju ke meja kecil di penjuru biliknya.Telefon sudah berada di tangannya.Kemudian dia membuka bluetooth supaya telefonnya dapat disambungkan ke speaker yang bersaiz sederhana.

Pakcik Minsik terkejut mendengar lagu yang kuat dipasang.Nasib baiklah dia tiada penyakit jantung,kalau tak mahu mati dibuatnya.

"Tuan Muda...kenapa pasang lagu tengah malam macam ni? Mengganggu jiran.",tegurnya lembut.

Minho memandangnya sekilas lalu mengusap badan Soonie yang lena tidur.

"Minho rindu Yera....bila dia nak balik.Dia curang dengan Minho ke?Kenapa dia buat Minho macam ni?Dia dah tak sayangkan Minho ke?", bertalu-talu soalan diajukan.

Pakcik Minsik menghampiri majikannya yang duduk di hujung katil.Daripada suaranya saja,dia sudah tahu yang Minho sedang menangis.

"Tuan Muda janganlah macam ni...mesti ada sebab kenapa Cik Muda buat semua ni.",pujuknya.

Minho hanya mendiamkan diri namun masih kedengaran esakannya walaupun perlahan.Lama kelamaan Minho memeluk tubuh Pakcik Minsik yang berada di sebelahnya.Dan ketika itu juga dia melepaskan tangisannya.

"Lepaslah semua Tuan Muda.Jangan pendam...nanti Tuan Muda juga yang sakit.Samcheon tetap ada untuk Tuan Muda."ujarnya sambil mengusap belakang Minho yang sudah dianggapnya sebagai anaknya sendiri.

===

Sekarang,

Seonghwa datang lagi ke rumah Minho keesokan harinya.Beberapa kali juga dia menekan loceng rumah itu namun tiada jawaban.

Baru saja dia mengangkat kaki,kedengaran suara dari dalam.

"Maaflah Tuan...saya ada kat belakang tadi.", tercungap-cungap dibuatnya akibat berlari.Seonghwa hanya mengangguk faham.

Sementara menunggu Pakcik Minsik menyediakan minuman di dapur,Seonghwa melihat-lihat kawasan rumah agam itu.

"Eoh...Soonie..mari sini.",dia memanggil sebaik ternampak Soonie yang bermain di laman rumah itu.

Soonie mengundurkan diri beberapa langkah bila lelaki yang asing baginya itu menghampiri.Hampir saja Seonghwa mengangkat badannya,namun Soonie lebih tangkas dengan berlari masuk ke dalam rumah.

"Soonie tak mesra sikit dengan orang luar...tapi kalau Tuan selalu ke sini, lama-lama nanti dia selesalah.", Seonghwa menoleh ke belakang sebaik mendengar suara Pakcik Minsik.

Dia kemudiannya duduk semula di bangku.Dia meneguk beberapa kali air yang dihidang itu sebelum menjalankan siasatan.

"Encik ada cakap yang Kim Yera pernah hilangkan diri selama seminggu kan?",dia meminta kepastian.

===

Han sekarang duduk berhadapan Minho di bilik yang memang disediakan untuk peguam berbicara dengan anak guamnya.

"First sekali aku nak tanya...mana Yera pergi selama seminggu dia menghilang.",tanya Han.Kali ini dia agak serius berbanding hari lain.

"Dia ikut lelaki lain.",jawab Minho pendek.

Hoho cham.....acane Chapter kali ini....adakah anda semua masih sakit hati ...kalau betul tahniah saya ucapkan...sebab Story Kali Ni memang Yana nak buat korang sakit hati pun...sorry ye sayang-sayang semua...Korang sabarlah sikit.Nanti semuanya akan terjawab.....okaylah...Gudnight...

Dah malam mesti ada bintang kan..Ha tekan...Bye!










Continue Reading

You'll Also Like

768 239 12
ยฐโ€ข_SIM JAKE FANFICTION_โ€ขยฐ "Soyeon.... cantik nama tu. Aku Sim Jaeyun, panggil aku Jaeyun. Selamat berkenalan juga," - Sim Jaeyun "Kita pernah jumpa k...
10.6K 1K 60
BLURB MR. ZK - Dia selayaknya tinggal dengan binatang. Itu kata orang yang bencikan dia. Itu kata mereka yang sudah terang menjadi musuhnya. Kerana...
1.6K 399 26
But I love you so, Please let me go.
4.2K 394 18
Hanya sambungan untuk cite TERSESAT BY ATEEZ. Start:- 23.02.2020 End:- 20.05.2020