She's mine (C)

By aynarose-

750K 40.1K 5.4K

TENGKU AREENA ARISYA seorang gadis yang mempunyai rupa paras wanita arab. Hanya melihat rupa paras sahaja sud... More

C a s t
Bab 01
Bab 02
Bab 03
Bab 05
Bab 04
Bab 06
Bab 07
S p e c i a l
Bab 08
Bab 09
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Thank You!
Special Chapter : Honeymoon
Special Chapter : Honeymoon 2
Raya AidilFitri : Bertiga
COMING SOON : EBOOK
EBOOK TYK
EBOOK DEAR DALIA

Bab 70

14.8K 518 224
By aynarose-

Ehem hai semua. Bab kalini panjang tau 7K. Hehe semoga enjoy. Tiada lagi Areena dan Rayyan.

Lagu di atas pasang bila ayna suruh pasang.

****

3 bulan kemudian,

Areena membaringkan tubuhnya di atas katil yang empuk itu lalu dia berguling di atas katil untuk menghilangkan debaran. Esok adalah penentuannya. Harap harap result dia elok, kalau boleh nak straight A's. Areena mengambil bantal lalu wajahnya disembam di atas bantal. Dia menjerit sekuat hati.

Takutnya.

Rayyan yang baru sahaja mandi memandang pelik ke arah isterinya. Rambut yang basah dilap kering. Badannya terdedah. Rayyan menuju ke Areena lalu bahu Areena dipegang.

"Sayang okay tak ni? Gaya macam ulat bulu je. Tergedik sana tergedik sini." Sedas Rayyan berkata manakala dia sudah melabuhkan punggungnya di atas katil iaitu bersebelahan Areena. Areena mengangkat kepala. Matanya memandang Rayyan tajam tapi fokusnya teralih kepada perut Rayyan yang berketul-ketul.

"Sayang tengok apa tu?" Soal Rayyan lalu tangannya menutup perutnya. Pandangan tajam Areena cukup membuatkan dia gerun. Macamlah dia tak tahu si Areena ni semakin lama semakin nakal. Sedikit sebanyak dia rasa Areena semakin miang.

Wajah Areena cemberut.

"Awak kenapa tutup perut awak?" Soal Areena tidak puas hati. Dia baru je nak tergoda tiba-tiba dah ditutup.

Rayyan terdiam.

"Ni kenapa nakal semacam ni? Dah macam Jelly, tahu tak?" Ujar Rayyan sedikit membebel. Areena mencebik bibir. Ada ke patut samakan dia dengan Jelly? Euw.

"Salah ke saya nakal dengan suami saya yang terchenta?" Soalan Areena membuatkan Rayyan tersenyum nakal. Wajahnya mendekati wajah Areena. Hembusan nafas Rayyan jelas didengari oleh Areena.

"Nak nakal macam mana em?"

Gulp

"Cubit-cubit ke? Tak salahkan?" Ujar Areena berdebar. Mata sudah memandang ke arah lain. Jantungnya berdegup dengan kencang.

Rayyan mengangguk kecil. Tangan Areena diambil lalu diletakkan ke atas perutnya yang berketul. Tak semena-mena jeritan Areena bergema di dalam kamar tidur mereka. Akibat terkejut dengan jeritan Areena, tangan kiri Rayyan tidak sengaja mengetuk kepala Areena.

"Auch, sakitlah!"

"Siapa suruh menjerit?"

"Aaa saya excited dapat pegang secara realiti, selalunya bermimpi je tau. Aumm sexynya suami saya ni." Ujar Areena sedikit teruja. Tangannya ligat menyentuh abs Rayyan.

Sekali pegang nak lagi, macam roti.

"Kalau nak gigit boleh tak?"

Rayyan memandang Areena yang tersengih kerang busuk.

"Gigit apa?"

"Ni." Jari runcing Areena menunjuk ke arah ketulan yang berada di perut Rayyan. Macam roti.

"Mana boleh sayang." Ujar Rayyan lalu menjauhkan diri oleh Areena. Kenapa isterinya semakin miang keladi ni? Dia sebagai lelaki terasa tidak selamat bila bersama Areena.

"Nak gigit please! Macam roti. Sedap!" Areena menjilat bibirnya, ibu jari diangkat. Tangannya memeluk perut Rayyan lalu.

"Argh sayang jangan gigit abanglah!"

"Nak gigit jugak!"

Dan pada malam itu hanya terdengar suara Rayyan yang menjerit kesakitan serta suara Areena yang bergelak ketawa.

****

Handbrake diangkat, Areena memusingkan tubuhnya. Dia memandang Rayyan yang berpakaian seluar jeans berwarna hitam serta baju adidas berwarna hitam. Serba hitam suami terchenta ni. Areena hanya memakai baju kurung pahang dan shawl berwarna hitam.

"Awakk." Panggil Areena dengan nada merengek. Jarinya sudah bermain dengan jari yang lain. Dia takut. Rayyan yang sedang melihat wajahnya disebalik cermin memandang isterinya yang berdebar.

"Ya sayang nak apa?" Soal Rayyan lalu membaiki rambutnya yang kusut. Areena sudah mencemberutkan wajahnya.

"Yang awak nak hensem sangat ni kenapa hah? Nak menggatal dengan junior? Si Nayli tu?" Soal Areena sedas. Dia menahan geram. Rayyan memandang Areena.

"Sayang ni kenapa asyik sebut tentang Nayli? Sayang jangan sampai si Nayli tu jadi adik ipar sayang." Kata-kata Rayyan membuatkan Areena mencebik.

"Tak mau. Janganlah doa macam tu." Areena menghentak kakinya. Niat menegur Rayyan sebab nak suruh Rayyan peluk dia dan bagi kata - kata semangat seperti.

Abang tahu sayang boleh buat.

Tapi Rayyan menghancurkan moodnya apabila menyebut nama Nayli. Junior yang cuba untuk merampas Rayyan.

"Bukan salah abang tapi kalaulah dia tu sudah ditakdirkan untuk jadi adik ipar sayang. Sayang setuju?" Soal Rayyan. Tiba-tiba dia ingin tahu.

"Kalau dia berubah dan dapat bahagiakan adik saya. Saya okay je." Jawab Areena senada. Dia mengeluh. Rayyan mencubit pipi Areena.

"Ini yang abang nak." Rayyan memusingkan tubuhnya lalu tangannya mendepa.

"Come on sayang."

Areena memandang Rayyan lalu tubuhnya selamat memasuki pelukan Rayyan. Hangat.

"Abang tahu sayang dah buat yang terbaik. Isteri abang bijak bukan?" Soal Rayyan sambil mengusap kepala Areena yang berlapikkan tudung. Areena mengangguk kecil. Tubit mata sedikit berair.

"Kalau saya tak boleh banggakan Papa, Mama, Mummy, Daddy dan awak. Macam mana?" Soal Areena. Pelukan dikemaskan.

"Apa yang sayang dah usahakan. Kitorang pasti bangga, abang akan bangga dengan pencapaian sayang." Bibir Rayyan mengucup dahi Areena. Areena mengangkat kepala memandang wajah Rayyan.

"Saya pun harap awak dapat banggakan diorang. Saya tahu awak bijak hehe." Areena tergelak kecil apabila Rayyan mencuit hidungnya.

"Iya sayang. Dah dah jangan nangis. Habis hancur makeup sayang. Dah tak lawa isteri abang."

Areena mencebik bibir.

"Kalau saya tak lawa, awak tak sayang saya lagi ke?"

Rayyan mengerutkan keningnya.

"Sayang tak lawa ke lawa ke. Abang tetap sayang dekat sayang." Areena tersenyum lebar. Pelukan Rayyan dikemaskan.

"Saya sayang awak tau."

"Abang pun sayang..."

Tok, tok, tok

Ketukan cermin membuatkan mereka melepaskan pelukan. Rayyan membuka cermin kereta, terpancul wajah rakannya. Rayyan menjeling rakannya yang membuat wajah nakal.

"Ehem kami dari JAIS. Ni kenapa ni berasmara di dalam kereta? Tak tahu ke dekat sini tempat larangan sebab majoriti semua single." Suara Irfan berkata. Areena mengigit bibir menahan ketawa apabila melihat mimik wajah Irfan.

"Saya minta maaf ya encik. Saya tak tahu pula disini tempat larangan."

"Dahlah korang, ha Reen menyempat betul kau dengan Rayyan ya? Tunggu aku kahwin dengan Irfan. Hari-hari aku peluk dia." Ujar Ainna.

Areena mencebik bibir.

"Cemburu lettew."

"Euw takde masa nak cemburu. Aku meluat tengok kau dengan Rayyan asyik nak berkepit. Dalam kereta pun jadi ya? Semalam tak buat ke apa? Ke tak cukup?" Sedas Batrisya berkata. Areena sudah terlopong, manakala Hairul yang berada di sebelah Batrisya terus menutup mulut Batrisya yang seperti makcik bawang.

"Baby, ayang tak habis cakap lagi."

"Diam!" Tegas suara Hairul membuatkan Batrisya mencebik bibir. Ee sikit sikit marah. Aku gigitkan terus terkedu, terkaku. Dah tak teruna.

"Tak payah nak gigit bagai. Baby boleh je rampas first kiss ayang sekarang." Selamba Hairul berkata. Batrisya menutup mulutnya.

Biasanya perempuan lain akan marah atau akan cop lelaki itu sebagai miang dan pervert. Tapi lain bagi seorang gadis bernama Batrisya.

Batrisya menjerit kecil lalu bibirnya dimuncung.

"Cepatlah bagi first kiss. Dah lama nak merasa bibir sexy baby yang menggoda tu. Aum." Hairul menjeling Batrisya. Semakin menggatal. Ainna yang berada di tepi Batrisya terus memukul bahunya kasar.

    "Paling miang pada abad ini jatuh kepada Tengku Dania Batrisya. Tahniah."

     Batrisya menjeling Ainna.

     Jam ditangan dipandang sekilas, Hanis memegang bahu Farhan lalu tangannya menunjuk ke arah jam. Farhan menganguk kecil.

    "Jom la semua masuk dewan. Sampai bila kita nak tercegat dekat sini macam tiang bendera."

     ****

Areena menarik nafas sedalam-dalamnya, kertas yang berada di pegangan dipandang lalu senyuman mekar terukir di bibir. Dia tak sangka dia sebijak ini. Rayyan yang berada bersama Irfan itu dicari lalu dia duduk di hadapan Rayyan dengan bibir yang mencebik.

"Awakkk." Rengek Areena disertakan dengan air mata palsu. Irfan membuat wajah jijik, geli betul tengok pasangan suami isteri ni.

"Ya sayang? Kenapa ni em?"

"Saya dapat ni je."

"Ala sayang janganlah nangis. Abang tahu sayang dah usahakan sehabis boleh." Ujar Rayyan lembut sambil tangannya mengusap kepala Areena. Kalau boleh dia nak peluk cuma dia takut semua tengok.

"Emm awak dapat berapa?"

"Biasa-biasa je straight A's." Selamba Rayyan berkata. Ainna dan lain yang baru sampai di tepi mereka mencebik bibir. Biasa-biasa konon.

"La kau bijak rupanya Rayyan. Tapi kenapa bodoh semacam kalau bab nak jaga hati isteri?" Sedas Batrisya berkata. Wajah Rayyan berubah. Hairul pula menutup mulut Batrisya lalu bibirnya didekatkan di telinga Batrisya.

"Ayang jangan sampai baby rampas first kiss ayang tau. Ni amaran."

Gulp

"Ayang dah lama tunggu tapi kenapa baby tak buat?" Soal Batrisya dengan nada selamba, sesungguhnya dia tak takut dengan amaran Hairul kerana dia tahu Hairul tak akan cium dia.

Hairul mengetap bibir, ada juga jadi lauk ni kan.

Tepi kepala Batrisya yang dilapik tudung itu dicium di depan khalayak ramai. Batrisya sudah mengeraskan tubuh, Hairul memeluk tubuh.

"Eee pervert!"

Areena yang melihat berubahan Rayyan mengigit bibir, dia nak gelak tapi dalam masa yang sama dia kesian terhadap Rayyan. Si Batrisya ni memang patut diajar oleh Hairul. Rasain loh. Baru tahu nak senyap!

"Awak jangan nak dengar sangat mulut si Batrisya tu. Dia memang macam tu sebab tak dapat kasih sayang Hairul."

"Em tapi abang memang bodohkan bab jaga hati sayang?"

"Dulu tu memanglah bodoh. Sekarang dah semakin bijak."

"Siapa kata aku tak dapat kasih sayang Hairul? Aku baru aje dapat kiss. Kau ada?" Batrisya menjeling Areena. Sesedap abc aje dia mengata aku.

"Eh eleh setakat kiss tudung buat apa. Aku ni ha.." bibir Rayyan dicium sekilas. Areena memandang Batrisya yang sudah masam mencuka.

"Boleh buat lebih dari kau." Ejek Areena. Rayyan pula sudah terkaku. Wajahnya yang putih itu menjadi kemerah-merahan.

"Oh my god, Rayyan blushing. Hahaha. Ini sangat kelakar."

"Nampak sangat si Rayyan ni pemalu orangnya."

"Hahaha, bongoklah. Cuba kalau fans Rayyan tengok. Mesti menjerit macam histeria."

"Korang dapat berapa A?" Soal Hanis. Dia menukar topik, bila duduk di sini jelas dia sangat cemburu dengan hubungan diorang. Manakala dia dan Farhan tak ubah seperti bercakap dengan robot.

Eh bukan! Maksudnya Farhan suka dia seperti Farhan suka robot.

"Aku straight A's" serentak Areena, Rayyan dan Irfan berpandangan.

Rayyan memincingkan mata memandang isterinya. Areena tersenyum sehingga menampakan gigi putihnya yang tersusun. Jari peace diangkat.

"Tadi kenapa beria nangis?"

"Nak attention."

Rayyan mencubit pipi gebu Areena. Ee geram betul.

"Aku 7A." Ujar Ainna dan Farhan serentak.

"6A." Batrisya dan Hairul berkata serentak lalu mereka berpandangan.

"Kuatnya jodoh kita baby! Nak hadiah kiss boleh?" Suara Batrisya selamba berkata lalu dia menunjuk pipi gebunya. Hairul menjulingkan mata lalu jarinya diletakan di bibirnya lalu diletak di atas pipi Batrisya.

"Kau pula Hanis?"

"8 je."

Saat mereka sedang berbual mesra, muncul cikgu Fairuz bersama senyuman yang lebar. Matanya tepat memandang Areena yang cantik berseri. Rayyan sudah mengetap bibir.

Cikgu ni memang nak kena tumbuk.

"Eh cikgu Assalamualaikum." Ainna memberi salam lalu cikgu Fairuz mengangguk kepala dan salam dijawab.

"Tahniah Areena atas kejayaan awak. Saya bangga dengan awak."

"Dengan kami cikgu tak nak bangga?" Soal Batrisya. Benci pula tengok wajah cikgu yang miang ni. Tabahkan hati Batrisya, nanti kau tak akan jumpa dia.

"Dengan korang buat apa cikgu nak bangga. Masih ramai cikgu yang boleh banggakan korang." Jawab cikgu Fairuz. Dia duduk di hadapan Areena dan Rayyan bersebelahan dengan Areena.

"Terima kasih cikgu." Areena tersenyum manis. Cikgu Fairuz tersenyum cair. Indahnya ciptaan tuhan.

"Hm kalau cikgu nak cakap sesuatu dekat awak boleh?"

"Apa dia cikgu?"

"Boleh tak kita cakap dekat lain?"

"Cikgu cakap jela dekat sini. Penting sangat ke sampai nak cakap dekat lain?" Soal Rayyan tak puas hati. Matanya memandang tepat ke arah cikgu Fairuz.

"Sebab pentinglah cikgu nak cakap dekat lain."

"Erk, cikgu cakap jela dekat sini. Diorang tak menganggu pun." Gugup Areena berkata manakala tangan kiri Areena sudah digenggam kemas oleh Rayyan. Sejuk.

"Kalau awak tunggu saya boleh?"

Semua mengerutkan dahi. Tunggu apa ni?

"Tunggu apa cikgu?" Soal Areena. Tangannya sudah bergetar.

"Saya nak tunggu awak habis belajar jadi saya harap awak dapat tunggu saya. Insha-Allah 3 tahun kemudian saya akan lamar awak." Rayyan yang berada di sebelah Areena sudah mengetapkan bibir. Berani cikgu lamar isteri dia?

Yang lain sudah terbatuk, nafas mereka bagaikan terhenti untuk 5 saat.

"Cikgu.. saya anggap cikgu sebagai guru yang mengajar saya aje. Tak lebih dari itu."

"Tapi saya suka awak. Awak tak pernah baca ke ada guru yang kahwin dengan anak murid? Sebab tu saya lamar awak."

Batrisya menjulingkan mata. Geli geli. Terasa meluat.

"Cikgu, Areena tak terima cikgu." Suara Batrisya menegur.

"But why?"

"Dia dah kahwin." Ujar Hairul pula selamba. Cikgu Fairuz terdiam sebelum dia tergelak kecil. Tangannya menutup mulut agar tidak ketawa.

"Lawak. Korang semua pandai berlakon. Areena baru 17 tahun. Kahwin apanya?" Ujar Cikgu Fairuz. Tak akan disebabkan dia melamar Areena, semua mereka cita yang Areena sudah berkahwin.

"Cikgu ingat kitorang ada masa nak tipu cikgu?" Suara dingin Hanis membuatkan cikgu Fairuz terdiam.

"Kalau betullah Areena dah kahwin. Mana suami dia?"

Rayyan tersenyum sinis lalu tangannya merangkul pinggang Areena untuk mendekatinya. Areena pula hanya memeluk tubuh suaminya. Cikgu Fairuz menelan air liur kesat.

Tak mungkin.

"Eh kau ni Rayyan, tak tahu halal haram ke?" Soal Cikgu Fairuz dengan suara menengking. Hatinya panas apabila melihat Areena di dalam pelukan Rayyan.

"Apa benda cikgu ni? Tadi cikgu juga nak tahu suami Areena siapa. Tu la suami Areena. Halal haram apanya diorang peluk dapat juga pahala. Bukan macam cikgu nak lamar isteri orang. Heh." Sedas Batrisya berkata. Geram pula.

"Eh korang ingat cikgu percaya diorang berkahwin?"

"Tch, kesian betul cikgu ni. Dah nak gila."

Rayyan menyeluk poketnya seluarnya, iphone X miliknya diambil lalu wallpaper telefonnya ditunjuk oleh Cikgu Fairuz. Jelas wallpaper itu ialah gambar akad nikah Areena dan Rayyan. Mata cikgu Fairuz merah. Wajahnya pucat lesu.

Prak.

Pecah berderai hati sekeping Fairuz.

Sesiapa boleh tak cantumkan hati cikgu Fairuz?

"Korang bergurau dengan cikgu kan?"

"Takde masa nak bergurau. Ni nampak tak cincin kitorang?" Soal Rayyan sambil menunjukkan cincin nikah mereka berdua. Tangan Areena digenggam lalu jari Areena yang tersarung cincin nikah mereka diangkat tinggi.

"Sampai hati awak buat saya macam ni Reen." Ujar cikgu Fairuz, matanya memandang mata Areena tetapi Areena cepat mengalihkan mata lalu memandang suaminya. Takut, gerun, seram semua sebati dalam jiwanya.

"Saya buat apa dekat cikgu?"

"Awak bagi saya fakehope. Saya ingat awak suka saya juga."

"Hahaha dahlah cikgu. Jangan ganggu diorang lagi. Cikgu ni dahlah dah ada kerja, rumah pun ada, kereta pun ada tapi sayang cari isteri pelajar. Takde perempuan lain ke cikgu nak cari?" Soal Batrisya. Dia memeluk tubuh.

"Tapi cikgu dah ada kereta, rumah dan kerja pun kenapa Areena kahwin dengan Rayyan. Rayyan takde apa-apa." Soal Cikgu Fairuz. Rayyan menjeling dia.

"Eh cikgu ni. Aku cili juga mulut dia ni kang." Ainna menahan geram. Ee sesedap mulut je kata Rayyan takde apa-apa.

"Cikgu sekarang ni cakap tentang Tengku Rayyan Ammar dan Tengku Areena Arisya tau. Diorang ni tak pandang pun harta cikgu, harta diorang 7 keturunan pun belum tentu habis." Ujar Batrisya.

"Tapi kenapa kena kahwin dengan Rayyan? Dia tak dapat tanggung Areena. Dia masih belajar. Kahwin dengan Areena pun mesti makan pasir." Cikgu Fairuz menjawab lagi. Matanya memandang Areena yang memeluk Rayyan. Sakit hati?

Sudah semestinya.

"Kalau nak bandingkan cikgu dengan Rayyan. Rayyan lagi kaya tau lagi-lagi bila dia ialah satu-satunya pewaris Empire Holding. Ni sekolah ni, milik ayah dia tapi dijaga oleh Tengku Rosnani iaitu bonda. Mak saudara kepada Rayyan." Irfan pula berkata. Dia memeluk tubuh.

"Bila-bila masa je Rayyan boleh tukarkan cikgu dekat sekolah lain."

     Cikgu Fairuz terdiam.

     "Tapi Areena mesti akan bahagia kalau kahwin dengan cikgu."

      "Sorry cikgu tapi Areena milik saya." Rayyan menegur dengan senyuman tak ikhlas kepada cikgu Fairuz tapi cikgu Fairuz menghadiahkan jelingan tajam.

     "Hahaha hambarlah cikgu. Diorang kahwin sebab keluarga dan suka sama suka. Belum tentu Areena kahwin dengan cikgu dia bahagia, cikgu boleh bagi dia apa?"

     "Kasih sayang? Cinta? Cikgu boleh bagi dekat Areena kalau Rayyan lepaskan Areena." 3 gadis yang berada di hadapan cikgu Fairuz sudah bengang. Nak aje dia pukul cikgu ni.

     Rayyan mengetap bibir, baru aje dia ingin menumbuk wajah cikgu Fairuz tapi dihalang oleh Areena.

    "Cikgu.."

    Cikgu Fairuz mengangkat kepala. Dia memandang Areena dengan perasaan yang berbaur.

    "Tolong jangan ganggu saya. You are not my taste and I love my husband so much." Ujar Areena lalu dia memeluk lengan Rayyan.

    "Tapi.." cikgu Fairuz memegang baju kurung pahang Areena tapi ditepis. Cikgu dah melampau.

    "Lebih baik kau pergi sebelum muka kau yang macam ijoy mushiro ni aku lempang." Areena berkata sinis, nadanya dingin. Cikgu Fairuz terus mengangkat dua belah tangannya.

    "Okay Reen. Fine."

     Akhirnya cikgu Fairuz terus meninggalkan mereka berlapan. Areena mengeluh dan dia memeluk badan Rayyan. Tak kesah dah dengan pandangan mata pelajar lain. Yang penting dia nak pelukan hangat suaminya.

     "Sayang okay?"

     "Hmm."

    "Aku bersyukur kita dah habis sekolah. Kalau tak si Fairuz tu mesti ganggu kau Reen."

      "Aku tak sangka weh cikgu macam tu. Sebijik macam Jelly tapi.."

     "Versi lelaki!"

     "Argh menyampah teruk dengan perangai dia. Dia fikir dia hensem ke? Padahal muka macam ijoy mushiro."

     "Nasib dia putih dari ijoy mushiro je weh."

     Areena hanya mendiamkan diri, malas nak fikir. Perangai cikgu Fairuz memang betul buat dia takut.

****

     Seminggu kemudian,

    Mereka berlapan melepak di cafe yang baru dibuka. Areena menyedut air minuman manakala Rayyan menyuap chicken chop ke dalam mulut Areena. Batrisya pula menyuap nasi goreng ke dalam mulut Hairul. Ainna dan Irfan pula berkongsi ais krim. Farhan hanya bersama telefon bimbit untuk curi-curi mengambil gambar Hanis.

    "Korang nak buat bila Prom Night? Tak sabarnya!" Soal Batrisya tiba-tiba. Hairul yang berada di sebelah Batrisya mengeleng kepala dan dia mengelap bibir Batrisya yang comot.

     "Kita tempahlah hotel dulu."

      "Ada sesiapa nak sponsor?"

     Rayyan mengangkat tangan kanan, tangan kiri dia berada di kerusi Areena.

     "Daddy aku nak sponsor. Korang okay tak?"

     "Mestilah okay. Gila tak okay? Kan kan?" Batrisya dah teruja. Semua mengangguk setuju atas kenyataan Batrisya. Siapa aje tak okay kalau ada orang sponsor?

Yang tak okay tu, gila.

     "Kita nak hias sendiri atau nak suruh designer hiaskan?"

     "Aku rasa baik kita suruh yang pakar. Malas aku nak bazirkan tenaga nak hias dewan." Ujar Rayyan lalu menyedut air minuman Areena. Mulutnya dibuka apabila chicken chop disua oleh Areena.

     Nyum.

    "Thank you sayang." Ujar Rayyan lembut setelah ayam memasuki mulutnya. Semua memandang Rayyan dengan gaya meluat. Tahulah dah halal, tapi jangan tunjuk sangat!

    Areena tersenyum manis.

    "Aku setuju. Nanti aku suruh mama aku cari designer." Ujar Batrisya.

    "Tema?"

    "Fairy tale?"

   "Tak nak. Dah bosan."

   "Apa kata kita buat tema bebas tapi semua diwajibkan untuk pakai dress supaya majlis tu lebih mewah." Ainna memberi cadangan.

    "Tapi kalau boleh warna pakaian sedondon dengan pasangan."

     "Tapi masa majlis tu aku ingat aku nak buat pengumuman so aku nak ajak 50 junior untuk datang majlis tu." Rayyan berkata. Areena yang berada di sebelah Rayyan memandang Rayyan.

     "Pengumuman apa ni?"

     "Rahsia."

     Areena mengumam kecil. Dengan isteri pun nak berahsia.

     "Siapa yang nak ajak ni? Kita kan dah tak sekolah." Soal Hairul. Dia menyandarkan tubuhnya di kerusi. Sejujurnya dia malas.

     "Em takpe aku suruh adik ipar aku ajak 50 junior. Amacam?

     "Ikut kau la Rayyan. Aku setuju je."

      "Oh lupa nak tanya, Prom Night kita pukul berapa?"

     "Pukul 9 malam sehingga pukul 1 pagi."

     "Pergh macam mana dengan junior. Dia kena ada persetujuan ibu bapa diorang ke?" Rayyan mengangguk.

     "Ya, nanti aku suruh bonda tolong."

     "Aku nak majlis tu mewah tau Rayyan."

    "Apahal kata dekat aku? Tu ha Batrisya yang nak buat."

    Batrisya yang sedang bermain mata dengan Hairul tersedak. Aik apahal aku kena ni?

    "Yeye aku confirm majlis tu majlis paling mewah yang pernah korang tengok fuhh." Ujar Batrisya lalu dia membuat wajah kereknya.

  ****

Tudung shawl berwarna emas dicapai. Areena letak tudung shawl di atas kepala lalu dibelit mengikut fesyem terkini. Pakaian yang dipakai olehnya dipandang melalui pantulan cermin. Senyuman manis melorek di bibir. Tangan kekar seseorang memeluk pinggang Areena dari belakang membuatkan Areena terkejut.

"Cantiknya sayang harini."

Areena menjulingkan matanya. Selalu sangat memuji dia cik abang ni.

"Well, tengoklah isteri siapa?"

"Isteri Tengku Rayyan Ammar."

"No, isteri Aryan." Sakat Areena, sengaja ingin membuat suaminya cemburu. Wajah Rayyan masam mencuka lalu pipi gebu Areena digomol dengan geram. Berkali-kali bibirnya mendarat di pipi Areena sehinggakan Areena tergelak kecil.

"Awak berhentilah. Ee janganlah cium hancur makeup saya."

"Ha memang patut pun hancur. Isteri Aryan kan? Lainlah kalau isteri Rayyan Ammar." Perli Rayyan walaupun nadanya terdengar sangat cemburu. Areena mempalingkan wajahnya menghadap Rayyan. Jarinya mengelus pipi Rayyan.

"Saya gurau jelah awak."

"Gurau apanya kalau buat abang terasa."

Areena mengemamkan bibirnya. Dia menahan ketawa.

"Aik, awak terasa ke?"

"Mestilah abang terasa." Rayyan memeluk pinggang Areena.

"Dulu awak dengan Lilly. Saya takde pun nak terasa."

"Awak semakin sakitkan hati saya adalah.."

"Ya saya tahu, Lilly kawan awak. Mesti awak sayang dia kan? Dia kan kawan awak dari awak kecil. Saya ni siapa pula bagi awak." Areena tersenyum pahit. Tiba-tiba hatinya sakit apabila teringat.

"Saya tak penting bagi awak." Akhirnya air mata yang ditahan mengalir di pipi.

"Sayang, abang minta maaf untuk hal dulu. Abang sedar abang tak matang. Abang pentingkan Lilly sebab abang teruja bila dia balik Malaysia. Abang teruja.." Rayyan menarik nafasnya seketika.

Lalu dia memegang pipi Areena, ibu jarinya mengelap air mata yang mengalir.

"Sampai abang lupa buah hati abang. Abang lupa isteri abang."

"Awak suka dia?"

Rayyan mengeleng kepalanya. Dia mencuit hidung Areena.

"Mestilah abang suka dia. Sepatutnya sayang tanya abang sayang dia tak? Dan jawapannya ialah tidak sama sekali. Sampai abang tak ada dekat dunia ni pun. Abang tetap akan sayang dekat isteri abang. Abang dan Lilly takde apa-apa sayang. Dia kawan abang, abang hanya suka kawan dengan dia."

"Tapi kenapa awak buat saya macam tu?"

"Saja nak cemburukan isteri abang. Ada ke patut dia pergi dekat si gengster celup tu. Abang tak suka dia."

Areena tergelak kecil. Air mata yang berada di mula kering. Nantilah dia touch-up balik.

"Ish awak ni. Awak dengan dia dah berkawan kan. Tak baik tau." Areena menampar dada Rayyan lembut.

"Yelah sayang. Maafkan abang yang kacak ni."

Areena memandang Rayyan. Dia membuat gaya muntah. Terus pipi Areena dicubit oleh Rayyan.

    "Auch sakitlah."

    "Alololo buchuk mashem ni sowwy tau. Janji tak buat lagi." Telapak tangan Rayyan mengomol kedua belah pipi Areena. Tak pernah jemu.

    "Ish dahlah. Orang nak majok. Nanak kawan." Areena memeluk tubuh.

    "Nanti abang pujuk sekarang ni kita kena pergi hotel. Nanti lambat." Ujar Rayyan. Rambutnya dirapi kemas, Areena memandang rambut Rayyan.

    Hensem betul suami aku.

    Mereka berdua berpakaian sedondon. Areena memakai dress yang berwarna emas. Manakala Rayyan kemeja putih dan sut berwarna emas.

    Kenapa emas? Areena tersengeh kerang busuk apabila teringat kata-kata Rayyan empat hari yang lepas.

    "Why nak emas?"

    "Sebab abang nak sayang yang paling bersinar dekat situ. Biar dari jauh semua boleh tengok bidadari abang, buah hati abang yang cantik ni." Ujar Rayyan lalu memberi kedipan mata. Sengaja ingin mengambil hati isterinya.

    "Kalau ada orang mengorat saya. Awak tak kesah?"

     Soalan itu membuatkan wajah Rayyan berubah. Bibir Rayyan dicebik ke depan.

    "Kalau dia mengorat isteri abang. Abang berani potong jari yang dia akan menyesal semua hidup." Ujar Rayyan sambil membuat gaya memotong jari telunjuknya.

    Areena menutup mulutnya. Yeyeje abang ni. Eh.

    "Awak nak buat apa dengan dia? Sampai dia menyesal? Hehe."

    Areena sudah berdebar-debar untuk mengetahui apa yang ingin dilakukan oleh Rayyan.

    "Abang nak buat dia mandul. Biar tak oleh anak. Baru dia sedar langit tu tinggi ke rendah! Takde perempuan lain ke nak mengorat? Ni nak mengorat isteri abang." Ujar Rayyan serta wajah yang geram. Tangan kirinya dikepal lalu ditumbuk di atas telapak tangan kiri.

     Geram!

    "Astaghfirullahalazim. Awak ni jahat tau. Awak tu tak mandul ke?"

    "Eh abang? Ni Tengku Rayyan Ammar lah. Buat harini, terus sayang mengandung." Areena menjengilkan matanya, jarinya mencubit perut berketul Rayyan.

    "Sayangg abang gurau jelah." Ujar Rayyan berselang-seli dengan gelak tawa serta kesakitan akibat cubitan Rayyan.

    "Oit berangan apa sayang?" Rayyan menjentik dahi Areena. Matanya memincing memandang isterinya yang tersengeh seperti kena sampuk dengan hantu.

     Senyuman tadi terus pudar lalu dia memegang dahi dan mengeleng kepala berkali-kali.
  
     "Tak ada apa-apalah."

     "Hm okay. Jomlah kita pergi." Rayyan mencapai tangan Areena lalu digenggam. Sesekali tangan kecil Areena dikucup lembut.

****

      Traders Hotel KL

      Pada malam ini, mereka tidak membawa kereta sendiri tetapi menaiki kereta vellfire berwarna hitam dan dipandu oleh pemandu keluarga Areena. Pintu kereta dibuka. Rayyan dan Areena keluar dari perut kereta. Mereka berjalan bersama di karpet merah yang telah disediakan. Wow, mewah.

       Selepas beberapa minit mereka berdua berjalan, akhirnya mereka sampai di depan pintu dewan. Pintu itu sangatlah besar dan ditepi pintu itu mempunyai dua jejaka kacak yang menjaga pintu. Mereka menundukkan kepala apabila melihat Areena dan Rayyan mari.

     Areena dan Rayyan memberi senyuman manis.

    Pintu itu dibuka luas oleh penjaga tersebut lalu mata Areena melopong luas. Dia sangat berbangga atas kerja Batrisya. Batrisya yang ingin uruskan hal dewan ini berseorangan, dia tidak ingin kitorang masuk campur walaupun sedikit. Dia ingin membuat kejutan. Di dalam dewan ini sudah dipenuhi dengan pelajar Empire High School. Iaitu tingkatan 5 tahun lepas dan tingkatan 5 tahun ini. Dewan ini dipenuhi dengan cahaya serta meja bulat sebanyak 40 buah. Di atas pentas pula mempunyai piano dan lain-lain.

    Ada jemputan ke?

    "Cantiknya.." bisik Areena tetapi dapat didengari oleh Rayyan.

    "Cantik lagi bidadari disebelah abang."

    Areena menampar bahu Rayyan.

    "Reen?" Suara Ainna membuatkan Areena berpaling lalu mereka berpelukan.

    "Oh my god, kau cantik gila malam ni weh. Kalau aku jadi Rayyan dah lama aku terkam. Aaa cantiknya kawan aku ni." Ujar Ainna teruja. Areena sudah membuat wajah cemberut.

    Dia memandang pakaian Ainna. Biru gelap. Irfan yang berada di sisi Ainna berpelukan bersama Rayyan. Irfan juga memakai biru gelap, sedondon dengan Ainna.

    Aww, so sweet!

   "Kau sedar tak yang kau ni lawa juga?"

    Ainna tersengeh.

    "Hehe well."

    "Mana Isya dan Ikha?"

    "Diorang kata 5 minit lagi dia sampai." Areena mengangguk. Dia memandang Rayyan lalu lengan Rayyan dipeluk tapi segan.

   "Kau ada?"

    "Ee buatlah depan Isya. Geli aku." Ainna menjeling Areena. Memang sengaja minah ni peluk suami dia. Beberapa minit kemudian 4 rakannya datang bersama. Batrisya dan Hairul memakai baju sedondon berwarna merah terang. Sekali pandang macam lampu isyarat. Haha.

     Hanis dan Farhan pula memakai baju berwarna hijau cerah. Si Farhan nak ala-ala alam semula jadi katanya. Baru nampak segar. Tibeh betul. Jam ditangan ditilik sekilas.

    "Cari apa sayang?"

    "Ashraf dan Ashrif." Ujar Areena. Mereka berdua datang juga tapi lambat sebab nak ambil pasangan. Berdebar-debar juga hati si Areena apabila mengetahui adiknya yang baru tingkatan 5 telah ada pasangan. Hm, pasti ke pasangan?

    Kot kot diorang upah. Manalah tahu.

    "Kak." Areena memusingkan tubuhnya apabila mendengari suara adiknya. Dia memandang kembarnya yang hanya memakai baju kemeja putih dan sut hitam. Manakala gadis yang bersebelahan dengan Ashraf juga memakai dress berwarna hitam.  

    Aira Aulia.

    Areena tersenyum manis apabila memandang gadis itu. Cantik dan baik. Macam mana si Aira boleh jadi pasangan adiknya? Dan berterima kasih juga kepada Aira kerana membantu dia. Areena memandang gadis yang berjalan perlahan dan menundukan wajahnya. Dia memakai tudung hitam. Kalau boleh semua hitam.

    Apabila gadis itu mengangkat wajah, terus senyuman di bibir Areena memudar.

    Nayli Batrisyia.

    "Whattt?!" Suara jeritan Areena membuatkan rakannya terkejut. Ainna, Batrisya dan Hanis memandang apa yang Areena lihat. Mereka juga terkejut.

     "Ini semua salah awak!" Bisik Areena kepada Rayyan. Suaranya tegas.

     "Apa salah abang?"

    "Mulut awak ni masin. Awak kata yang si Nayli bakal jadi adik ipar saya dan awak tengok sekarang?! Dia dengan Ashrif. Ya Allah. Masinnya mulut suami saya ni." Bebel Areena. Tapak tangan diletakkan di atas dahi. Dia rasa macam nak demam.

   Ini mimpi ke?

   "Kak cantiknya harini." Pujian Ashraf membuatkan Areena tersedar. Nampaknya dia bukan bermimpi.

   "Thank you." Areena memandang Aira Aulia. Dia suka budak ni.

   "Hai Aira." Areena menghulurkan tangan lalu huluran itu dibalas mesra oleh Aira. Mereka membalas senyuman manis.

    "Hai kak Reen. Kak Reen dah macam bidadari harini." Puji Aira. Dia sangat cemburu dengan kecantikan Kak Reen tapi apakan daya, ayat Ashraf selalu menghantui dirinya.

    "Kau tetap cantik dimata aku dan kau tak perlu cantik dimata orang lain. Faham? Kau milik aku."

    Aira tergelak kecil apabila ayat itu menghantui dirinya.

   "Thanks Aira. Aira pun lawa sangat harini. Comel." Puji Areena. Bagi Areena, Aira ni seorang gadis yang paling comel dia pernah lihat.

    "Kak, tengoklah pasangan Ashrif pula. Cantik bukan?"

     "No."

    Jawapan Areena membuatkan Ashrif terdiam. Dia memandang Nayli disebelahnya. Si Nayli ni ada buat masalah ke dengan kakaknya?

     "Sayang, siapa ajar kata macam tu? Tak baik."

     "Awak ajar saya."

    "Kak Reen.." suara Nayli bergetar-getar. Dia menundukkan kepalanya.

     "Apa?"

     "Nayli minta maaf sebab dulu Nayli cuba goda abang Rayyan." Para jejaka yang berada di situ terus tersedak. Tak ada air, tak ada makanan. Asal tersedak ni? Ashrif pula hanya mendiamkan diri seperti tunggul kayu.

     "Nayli masatu bodoh. Biasalah budak tingkatan satu kan." Ujar Nayli lalu dia tergelak kecil. Terasa lawak dengan kebodohannya yang dia buat tahun lepas. Dasar rempit.

    "Nayli harap akak maafkan Nayli. Nayli dah insaf."

    "Hmm, Ashrif kau kenal Nayli dari mana?" Areena mengalihkan topik. Sekarang dia ingin tahu dari mana adiknya kenal Nayli.

     "Kak ingat tak haritu mama suruh beli kunyit. Tapi aku kan tak pernah masuk dapur. Lepastu ada seorang budak tu tolong ambilkan aku kunyit sebab masatu aku terambil halia. Aku tertukar sebenarnya niat aku nak ambil yang sebelah tapi ambil halia."

     "Eh sorry sikit eh. Sebelum saya kata tu halia. Awak dengan saya bergaduh sebab awak kata halia ialah kunyit. Apa yang tertukarnya? Nak tukar topik ke?" Suara Nayli membuatkan semua terdiam. Wow, budak ni. Level bukan biasa-biasa.

      "Saya tertukarlah awak." Bisik Ashrif. Nayli mengeleng kepalanya. Dia dah tak nak tipu akak Reen, dia nak hubungan dia bersama akak Reen baik.

     "No kak Reen. Dia tipu. Dia haritu gaduh sebab saya kata tu halia bukan kunyit."

     "Awak janganlah bocorkan. Ee bencilah." Ashrif sudah membuat wajah masam mencuka. Nayli tergelak kecil.

    "Alololo awak. Saya gurau je janganlah majuk abang seniorku." Ashrif mengigit bibirnya. Ish budak ni memang tahu kelemahannya. Areena yang menjadi penonton drama mereka berdehem.

     Nayli terus kalut lalu menundukkan kepala.

     "Akak maafkan Nayli."

      "Ha? Betul ke kak?"

      "Ya betul."

      Nayli terus memeluk tubuh akak Reen. Hatinya berbunga. Alhamdulillah akak Reen maafkan dia akibat perkara bodoh yang terjadi pada tahun lepas.

****

Majlis pada malam ini bermula bertemani dengan dua emcee perempuan iaitu bekas murid Empire High School.

"Bismillah assalamualaikum bagi semua warga jejaka Empire High School yang single." Suara Adila bergema sebalik mikrofon.

"Nama saya Adila dan disebelah saya pula adalah rakan saya iaitu.."

"Hannan. Kami berdua akan menemani jejaka Empire High School yang single. Ujar Hannan pula disebalik mikrofon. Mereka berdua duduk di atas pentas.

"Sebanyak 150 bekas pelajar tingkatan 5 Empire High School dan juga 50 pelajar tingkatan 5 Empire High School. Cantik berseri sungguh semua pada malam ini. Tapi sayang." Adila memandang Hannan. Hannan tersenyum manis lalu mikrofon didekati di bibirnya.

"Single."

Semua para single bersorak apabila mereka diperli oleh emcee kejam. Hannan dan Adila tergelak kecil. Best pula malam ni. Tapi diorang kena fokus untuk sementara waktu.

"Pada malam ini, kami berdua akan menyebut nama pasangan yang sangat dikenali di Empire High School. Semua ready?"

"Yess!!"

"Pasangan pertama, mereka berdua adalah pelajar yang paling terpengaruh. Sama padan, sama cantik. Iaitu Tengku Rayyan Ammar dan pasangannya Tengku Areena Arisya. Ya Allah, ingatkan bidadari turun dari langit tadi. Macam bidadarikan Hannan?"

Hannan mengangguk.

"Sesungguhnya kecantikan Areena tidak dapat ditewaskan." Pelajar memandang Areena dan Rayyan yang berjalan di karpet merah dengan penuh bergaya. Lampu putih setia mengikut mereka, dan ia membuatkan pakaian mereka sungguh memukau.

"Pasangan kedua yang diminati oleh pembaca.. jeng jeng jeng. Siapakah itu?"

"Raja Hairul Ridzwan dan Tengku Dania Batrisya." Bergema suara Hannan menjerit lalu dia mengambil oksigen. Fuh. Hairul dan Batrisya berjalan bersama. Hairul membuat wajah yang tidak berperasaan manakala Batrisya melambai semua orang dengan wajah yang manis.

"Nampaknya mereka paling sexy ya malam ni. Merah buat abang marah. Aumm." Seloroh Adila membuatkan semua ketawa. Adlina yang setia di bawah mengelap air matanya. Lawak betul emcee malam ni. Boleh hancur makeup miliknya.

     "Sayang, awak okay tak ni?" Qayyum yang segak disebelahnya bertanya. Adlina mengangguk. Dia okay aje. Kenapa kekasihnya sangat risau ni? Adlina mengigit bibir ee. Sabar Adlina sabar. Jangan cair macam ais batu.

     "Saya okay je awak. Diorang ni lawak betul. Mesti ramai suka dia kan?" Soal Adlina. Qayyum memandang Adila dan Hannan. Adila dan Hannan adalah pelajar yang akan menjadi emcee di mana-mana majlis. Kerana perwatakan mereka berdua, selalu berubah. Kekadang boleh jadi profesional. Kekadang boleh masuk air.

     "Dia lawa kan awak?"

     Qayyum mengeleng.

    "Awak lawa lagi sayang. Yang ada dekat depan mata saya ni lagi lawa." Lembut Qayyum berkata membuatkan Adlina tertunduk malu.

     "Eee nakal betul si Adila ni." Seloroh Hannan. Hannan berdehem lalu dia meneruskan untuk pasangan ketiga.

    "Pasangan ketiga ialah Tengku Irfan Danial dan Putri Ainna Damia. Pasangan paling matang pada abad ini."

      "Mereka berdua memakai baju sedondon berwarna biru gelap. Cukup menarik perhatian semua pelajar."

      Semua pelajar memandang ketiga-tiga pasangan itu. Semua sudah naik ulat bulu, tingkatan 5 yang hadir sebanyak 50 itu sangat teruja. Dia tidak menyesal datang ke majlis pada malam ini.

    "Pasangan keempat ialah Farhan dan Hanis. Mereka berdua memakai baju berwarna hijau cerah. Alam semula jadi."

    "Sekali tengok terus tenang dan damai." Sampuk Adila.

     Hanis dan Irfan berjalan bersama di atas karpet merah itu sebelum bunyi pintu dewan terbuka membuatkan emcee bersuara.

    "Nampaknya malam ini semakin hangat.."

    "Bekas gengster Empire High School kita yang tidak gengster sudah datang." Seloroh Adila membuatkan semua pelajar memusingkan kepala.

     "Walaupun mereka berempat gengster sekolah. Mereka berempat mempunyai wajah-wajah kacak yang tak mungkin akan didapati di luar sana."

    "Nampaknya semua melepas untuk mendapati gengster sekolah kita yang kacak ini." Mengendur suara Adila. Sejujurnya dia minat dengan Aryan tetapi apabila melihat Aryan bersama seorang gadis. Membuatkan dia terluka.

     "Mereka berempat membawa pasangan. Dan pasangan itu ialah gadis hot dari Silver High School!!" Semua pelajar Empire High School memandang gadis yang berada di sebelah mereka berempat. Mereka berempat ialah gadis yang paling nakal dan selalu buat masalah.

      "Weh weh Aryan dengan Ayna. Oh my god, mereka berdua sangat serasi weh. Si Ayna tu paling nakal dalam group diorang tau." Suara pelajar berbisik sesama sendiri.

     "Seriuslah weh? Aku tak sangka senior Aryan dengan Ayna. Ayna tu cantik kot memang padan dengan Aryan."

     "Allah, Raykarl dengan Umairah. Aku nak nangis. Dah 5 tahun aku tunggu Raykarl akhirnya dia dengan Umairah. Aku harap diorang bahagia."

    "Umairah paling lembut kan? Tapi selembut-lembut dia. Licik weh."

    "Asal pula?"

    "Dia pernah pancitkan tayar pengetua tanpa sebarang bukti. Cctv pula kena hack."

    "Pergh diorang bukan biasa-biasa."

    Seorang lelaki menangis dibawah meja bulat apabila melihat crush dia bersama Arwan. Syaerah. Gadis paling comel dalam group itu. Mungkin disebabkan dia ialah peminat fanatik anime.

     "Kau okay tak Umar?" Rakan Umar melihat bawah meja. Selepas aje si Arwan masuk bersama Syaerah. Terus jejaka itu menyorok di bawah meja sambil menangis teresak-esak. Dia tak kesah kalau nak sorok bawah meja ke apa. Yang dia kesah apabila Umar menangis, kepalanya terhantuk ke meja dan membuatkan meja itu bergerak.

      "Aku okay je." Gagap Umar berkata. Sakitnya hati tuh disini. Syaerah sudah dikebas.

      Seorang gadis didapati pengsan apabila melihat Izzat bersama gadis lain. Iaitu Fawa. Fawa gadis paling ayu sekali, ala-ala wanita melayu terakhir. Semua berkumpul mengangkat pelajar yang pengsan itu.

    "Hanya itu sahaja untuk malam ini. Ayuh mengemukkan badan sambil mendengar lagu." Ujar Adila lalu lagu I like me better by Lauv berkumandang.

      "Korang berempat bercinta ke apa ni?" Soal Ainna, dia memandang Ayna. Aduh sebutan nama sama pula dah.

      "Haha aku baru aje dengan Ayna 2 bulan." Ujar Aryan. Telinganya sudah memerah. Malu. Ayna yang berada di sebelahnya tergelak.

     "Bie, merah dah telinga tu."

     "Ee janganlah tengok telinga bie." Aryan menutup wajahnya. Ayna tergelak. Allah, kenapa kekasihnya malu sangat ni?

     "Korang ni sengaja ikut aku dan Hairul ke apa?" Batrisya bersuara. Eee menci betul.

      "Mana ada." Aryan bersuara.

     "Babyyyy!! Pukul Aryan sekarang! Dia dia ikut kitaa!" Batrisya menghentak kakinya. Hairul terus memukul kepala Aryan sehingga berbunyi.

     "Eh bie okay tak ni??" Ayna gelabah. Dia risau.

    "Okay je Ayna. Janganlah risau." Ayna memuncungkan mulutnya.

     "Ayna nak tahu sesuatu tak?" Aryan menyoal Ayna. Ayna mengangkat kening. Apa dia?

     "Bie nak kata yang aynak you (I nak you)." Terus pipi Ayna bertukar kepada merah. Sebab nilah dia suka dengan Aryan. Aryan selalu mengayat dia menggunakan nama.

     "Ya Allah baby. Ayang nak muntah."

      "Pregnant?" Hairul menyoal.

     "Kepala otak baby, pregnant apanya. Kita tak buat apa-apa pun. Kiss pun tak!" Marah Batrisya lalu menampar bahu Hairul. Besar kecil, besar kecil je dia tengok si Hairul ni. Nasib baik sayang!

     Yang lain sudah gelak ketawa, suka tengok wajah cemberut si Batrisya. Gedik!

    "Sorry la ayang. Baby gurau."

    Pujuk Hairul. Batrisya menarik nafas lalu hembus. Sabar Batrisya sabar.

     "Okay."

     "By the way. Kenalkan diri korang." Suara Areena menyampuk.

     "Aku Ayna. Jangan sebut Ay-Na tapi sebut huruf A dan Na." Ujar Ayna. Semua mengangguk.

     "Nama aku Syaerah. Panggil Sya je."

     "Aku pula Umairah. Panggil Maira."

     "Fawa."

     "Korang dah kenal kitorang kan?"

     "Dah. Kau Ainna tu Batrisya, Hanis dan Areena. Betul tak?"

      Semua mengangguk.

      "Bila korang kenal?"

      "Dah lama kenal, dari tahun lepas tapi baru sekarang nak rapat." Ujar Syaerah dengan senyuman comel. Arwan yang berada di sebelahnya tersengeh setelah melihat senyuman itu.

    Comelnya laling.

     "Comelnya kau Sya." Batrisya mencubit pipi gebu Syaerah lalu tangannya ditepis oleh Arwan.

     "Don't touch my laling."

      "Laling bhai.." suara Irfan menyampuk. Arwan menjeling Irfan.

      "Kau pula Raykarl?"

      "Maira kawan umi aku. Hehe so kitorang berjumpa melalui umi aku dan ibu dia." Ujar Raykarl sambil memandang Umairah.

     "Maira, kalau kau nak tahu si Raykarl ada bantal busuk." Sakat Ainna. Belum sempat Raykarl ingin memukul, Irfan menahan tangan Raykarl lalu ditepis.

     "Jangan pukul girlfriend aku."

     Raykarl menjeling.

     "Betul ke awak ada bantal busuk?" Soalan Umairah membuatkan Raykarl terdiam.

     Raykarl mengangguk lemah.

    "Ya, awak nak tinggalkan saya ke?"

     "Mana mungkin saya nak tinggalkan awak. Saya pun ada bantal busuk hehe." Ujar Umairah membuatkan semua ternganga luas. Seriuslah ada bantal busuk? Raykarl tersenyum manis lalu dia mengusap kepala Umairah.

     "I love you."

    "I love you more."

     Mereka memandang Raykarl. Eee geli geli.

     "Izzat dan Fawa?"

      "Izzat termasuk tandas perempuan." Ujar Fawa ringkas. Semua memandang ke arah Izzat. Mereka mahu penjelasan.

     "Aku tertukar.. aku ingat tu tandas lelaki. Nasib baik ada Fawa je dalam tu." Izzat berkata dengan gagap. Semua mengeleng kepala. Ada-ada je hal yang dilakukan.

      Ashraf dan Ashrif serta pasangannya berjalan bersama. Mereka menuju ke meja yang mempunyai pelbagai jenis makanan. Sedapnya! Nayli memandang dengan mata bersinar. Air terjun yang mengeluarkan coklat yang banyak.

     "Awak nak tu." jari telunjuk Nayli menunjuk air terjun itu. Ashrif mengangguk lalu dia mengambil cawan untuk mengisi coklat itu.

      Nayli memandang sekeliling dewan. Hebat. Semua berpakaian serba mewah. Tiba-tiba tudung Nayli ditarik dari belakang sehinggakan Nayli terjatuh. Semua memandang ke arah Nayli. Ashrif pula sudah terkejut apabila melihat seorang perempuan yang menarik tudung Nayli.

     Nayli mengurut pelipisnya, dia sedikit pening sebelum dia memusingkan belakang untuk melihat siapa gerangan itu.

    "Peah??"

     Sofea menyepak kaki Nayli.

    "Berapa kali nak suruh aku ulang ek? Jangan panggil aku Peah. Panggil Fea!" Nyaring suara Sofea. Semua memandang ke arah tingkatan dua itu. Aik, sejak bila tingkatan dua boleh masuk? Kalau berpasangan dengan tingkatan empat. Takpelah juga.

     "Asal kau berubah ni Fea?" Lirih Nayli. Matanya berair. Kenapa Sofea perlu berubah?

    "Eh? Kau tanya aku kenapa aku berubah?" Sofea memeluk tubuh.

    "Tanya diri kau sendirilah sundal."

    "Kau tahun lepas berniat nak rampas Rayyan."

     "Tapi tu tahun lepas kan! Perlu ke kau ingatkan aku?" Soal Nayli. Air mata sudah mengalir di pipi. Dia terus mengelap dengan kasar.

      "Eh mestilah perlu. Kau tak dapat Rayyan, kau goda adik Areena pula. Wow memang bagus betul kau perempuan." Senyuman sinis terlakar di bibir Sofea. Nayli menunduk.

    "Dahlah sundal, buatlah cara.."

     Pang.

    Terhenti kata-kata Sofea apabila pipinya ditampar oleh Aira. Dia memandang seniornya. Aira Aulia. Mata Aira memandang tepat di wajah Sofea.

     "Mulut kau ni sebijik macam longkang."

    "Muka dahlah tak lawa, mulut astaghfirullahalazim." Aira mengeleng kepalanya.

     "Sekurang-kurangnya si Nayli ni minta maaf dengan Areena. Kau yang cuba rampas Hairul ni? Bila nak minta maaf dengan Batrisya?" Aira mencekak pinggang.

    "Perangai kau ni memang sama aje dengan rupa. Zero."

     "Aira jom kita pergi makan nak? Biar aje si Ashrif uruskan. Kau tak makan lagi kan? Nanti perut masuk angin la Aira." Bahu Aira dipegang oleh Ashraf. Aira memberi senyuman manis.

    Macam mana tak jatuh hati kalau si dia selalu buat dia macam ni?

    "Kau peah kan?" Suara Ashrif membuatkan bulu roma Sofea menegak.

     "Ya abang Ashrif."

     "Jangan panggil aku abang. Jijik. Kau baru aje kacau girlfriend aku. Sekarang nak tunjuk wajah suci kau yang fake ni?"

     "Ish aku tak fahamlah. Siapa yang jemput kau datang sini?"

     "Setahu aku lah kan. Nayli aje berumur 14 tahun." Ashrif memerli. Dia memandang Sofea lalu jarinya mendongak dagu Sofea sehingga pandangan mereka bertemu.

     "Ini amaran. Jangan sesekali kau kacau Nayli lagi. Dia milik aku." Sofea terus mengangguk lalu dia berlari untuk keluar dari dewan ini. Semua memandang dia dengan pandangan benci. Argh dia benci semua ini! Kenapa dia perlu datang pada hari ni?

    "Awakk.." Nayli menunduk.

    "Ya kenapa?"

    "Awak mesti benci saya kan? Sebab saya cuba rampas abang ipar awak." Nayli mencebik bibir. Air mata sudah mengalir di pipinya. Ashrif tergelak kecil.

    Comel.

   "Manade awak. Awak kan dah berubah? So saya tak akan benci awak."

    "Betul ni?"

    "Iya betul."

     ****

       Adriana meneguk air strawberi dengan rakus, dia meletakkan kepalanya di atas meja. Dia keseorangan, tiada pasangan. Balqis yang sedang bersuap dengan Adam memandang Adriana.

     "Itulah kau Adriana. Lain kali jangan pilih rupa. Siapa suruh tak nak si Thaqif? Kan melepas, jadi single forever!" Sedas Balqis berkata. Adriana mencebik bibir. Benci betul.

    "Kau jangan sampai aku yang melamar Thaqif tau." Ujar Adriana. Adlina gelak.

    "Kau? Nak lamar Thaqif? Wow, amazing."

    "Kau tak percaya ke?" Adriana memandang Adlina. Adlina mengangkat bahunya. Sesekali bibir Adlina dilap oleh Qayyum.

     "Comotlah awak makan sayang." Suara garau Qayyum membuatkan Adriana sakit hati. Adam pula tidak puas hati kerana Qayyum membuat drama murahan di sini.

     "Balqis, kau nak ayam tak?"

     "Nakk."

     "Okay nanti aku ambil ya."

      Adriana menjeling mereka berempat, sebelum dia memandang gerangan yang baru keluar dari tandas. Dia memicingkan mata.

    Thaqif!

    Malam ni Thaqif nampak lebih hensem dari yang biasa. Tiada lagi tahi lalat palsu. Adriana berdiri membuatkan mereka berempat memandang.

    "Thaqif." Suara Adriana membuatkan Thaqif memegang dada. Allah, terkejut aku.

    Semua pelajar memandang Adriana yang berlari menuju ke Thaqif. Mereka berdua berada di atas karpet merah. Di tengah-tengah dewan.

     "Thaqif.." suara lelah Adriana membuatkan Thaqif berkerut.

      "Ya?"

      Adriana menarik nafas sebelum dia terduduk di atas lantai. Semua terkejut, biasanya lelaki yang buat macam tu. Ni perempuan!

     "Adriana.. awak kenapa ni?"

    "Sudikah awak menjadi kekasih saya?" Semua menutup mulutnya. Tak sangka si Adriana akan membuat macam tu.

     Adlina dan Balqis sudah mengeleng tidak percaya. Mereka ingatkan Adriana bergurau. Tetapi tidak!

    "Sudi tak?" Desak Adriana lagi. Dia nak jawapan. Thaqif menarik nafas sebelum dia mengangguk.

    "Saya sudi."

    Semua pelajar bertepuk tampar. Malam ini banyak benda yang terjadi di dalam dewan. Adriana berdiri, dia menutup wajahnya. Malu.

     "Eh girlfriend, janganlah malu." Sakat Thaqif.

     "Eee boyfriend ni kenapaa?!" Semakin merah pipi Adriana disakat oleh Thaqif.

      ****

       Areena memandang Rayyan yang sudah menghilang. Mana pula suami dia ni? Tiba-tiba lampu di dewan gelap sehingga membuatkan semua menjerit. Lalu satu cahaya putih menuju ke atas pentas. Ada seorang jejaka yang duduk di atas pentas serta di tangannya mempunyai mikrofon.

    Areena terkesima. Matanya membulat apabila melihat gerangan jejaka tersebut.

    Rayyan mendekati mikrofonnya di bibir.

    "Lagu ini khas untuk isteri yang tersayang." Satu lagi lampu menyuluh di atas Areena. Areena menutup matanya akibat silauan lampu putih. Semua memandang Areena dan Rayyan. Tidak percaya. Rupa-rupanya selama ini mereka berdua sudah berkahwin.

     "Maafkan abang selama menjadi suami sayang." Suara Rayyan bergema di dalam dewan. Areena mengigit bibir. Matanya semakin panas, dia tak sangka Rayyan akan buat macam ni.

      (Pasang lagu di atas)

     "Saat bersamamu" Rayyan memandang Areena. Mata mereka bertemu.

     "Ku terpanah oleh mu"

     "Hingga ku jatuh padamu"

     "Mesti kau tak pernah tahu" Rayyan membuat bentuk mini love kepada isterinya. Areena tergelak kecil. Mengada.

     "Hanya di ruang mimpi" teringat semasa Areena meningalkannya. Setiap hari dia akan bermimpi tentang Areena.

      "Ku bisa mendakapmu" pada masatu hanya Allah aje yang tahu macam mana perasaannya.

      "Sentiasa merindukanmu" setiap detik dia akan merindui Areena. Senyuman, gelak ketawa Areena. Semua dirindui olehnya.

       "Hingga ke akhir nafasku"

       "Percayalah" Rayyan memejam matanya. Dia cuba untuk memahami lirik lagu ini.

      "Kau amat ku cintai" matanya dibuka lalu matanya memandang Areena yang berada di bawah pentas. Areena mengelap air matanya di pipi.

      "Dirimu yang sempurna di mataku" sejujurnya isterinya paling bermakna untuk dirinya. Dia tidak mahu yang lain.

       "Hanya kau yang di hatiku"

      "Engkau saja"

      "Yang bertakhta di hati" pelajar yang lain sudah menyuluh lampu ke atas lalu mengerakkan tangan. Mereka bersama-sama meriahkan suasana malam ini. Bukan selalu tengok Rayyan menyanyi.

      "Berdua sampai lanjut usia nanti"

      "Tak akan pernah terganti"

      Pandangan mereka bertemu kembali. Pandangan yang penuh rasa cinta. Pandangan yang penuh bermakna. Areena membuat flying kiss.

      "Percayalah" Rayyan tergelak kecil. Comel.

      "Kau yang amat ku cintai"

      "Dirimu yang sempurna di mataku"

     "Hanya kau yang di hatiku"

      Huwoo.uwo.

      "Engkau saja"

       "Yang bertakhta di hati"

       "Berdua sampai lanjut usia nanti"

      "Hanya kau yang di hatiku. Hanya kau yang di hatiku. Hanya kau yang di hatiku." Akhirnya Rayyan meletakkan mikrofonnya dibawah.

         "Abang love you sayang." Ujar Rayyan.

       

       Jam ditangan menunjukan pukul 1:01. Rayyan dan Areena sudah berada di luar hotel. Mereka menunggu pemandu kereta keluarganya. Areena memeluk lengan Rayyan. Selepas aje Rayyan menyanyi semua bersorak dan sempat jugalah mereka membuat drama tv3 di atas itu.

     Batrisya dan Hairul masih berada di dalam. Mereka ingin pulang nanti. Batrisya mencari kelibat hot babynya sebelum matanya memandang Hairul yang sedang berpelukan dengan perempuan lain. Tubir matanya terasa panas apabila gadis itu mencium pipi Hairul. Lalu dengan hati yang terluka Batrisya terus keluar dari hotel. Telefon bimbitnya dikeluarkan dari beg tangan lalu dia menelefon pemandu keluarganya.

    "Ambil Isya sekarang Pak Ril." Ujar Batrisya.

    Areena yang memandang Batrisya itu terus menegur. Batrisya memusingkan kepalanya. Dia tersenyum tawar. Hairul tak sayang dia ke?

     "Kau tak balik dengan Hairul ke?" Batrisya mengeleng. Air mata cuba ditahan.

    "Hairul kata dia sibuk so aku baliklah dulu."

   "Sibuk buat apa?" Rayyan menyampuk. Batrisya hanya mengangkat bahunya.

    "Dah kau balik dengan siapa ni?"

     "Pemandu keluarga aku." Areena mengangguk. Lalu kereta Vellfire putih berada di hadapannya. Tahu sangatlah tu kereta Batrisya.

      "Bye korang." Batrisya melambai tangannya lalu badannya masuk dalam perut kereta. Air mata akhirnya pecah. Dia sakit, Hairul dengan siapa tu?

      Hairul semakin gelisah, dia mencari Batrisya selama 15 minit tapi tidak ada. Kena culik ke? Hairul mendekati Areena dan Rayyan yang baru sahaja ingin memasuki kereta Vellfire hitam.

     "Weh Reen, kau nampak Batrisya?" Hairul menyoal. Hatinya berdebar. Areena mengangguk.

      "Isya baru je balik. Dia kata kau sibuk."

       "Hah?!"  Kenapa Batrisya tak bagitahu dia? Dia ada buat salah ke?

      "Kau kenapa? Dia tak bagitahu ke?" Kini Rayyan menyoal. Hairul mengeleng.

      "Aku lupa kot." Lalu dia menghilangkan diri dan menuju ke keretanya. Stereng kereta dipukul kuat olehnya. Mana Batrisya? Kenapa tak bagitahu dia?

****

        Sebulan kemudian,

       Rayyan masih terbuai di alam mimpi. Areena mencekak pinggang. Nak kena dia ni!

      "Awak bangun sekarang!" Jarinya mencubit perut Rayyan yang berketul-ketul. Rayyan mengerutkan dahinya apabila terasa seperti jari ketam mencubit perutnya. Tangan itu ditarik sehinggakan Areena tersembam ke dada Rayyan.

     "Good morning sayang."

     "Good afternoon." Bibir Areena dicebik. Rayyan tergelak kecil.

    "Janganlah marah abang sayang." Rayyan mencuit hidung Areena.

     "Tak marah pun. Nak majok je." Rayyan baru aje kata semalam yang dia janji nak teman Areena pergi beli bahan masakan pada pukul 8 pagi. Sekarang dah pukul 12, baru nak bangun. Janji melayu betul.

     "Alolo meh ke abang meh."

    "Tak mau."

     Rayyan mengeletek badan Areena sehingga Areena ketawa. Sekarang hubungan mereka semakin rapat. Rayyan pun selalu manjakan Areena. Semoga hubungan mereka akan kekal sehingga syurga. Amin. Mempunyai suami seperti Rayyan, cukup membuatkan hidup Areena bahagia. Dia tidak mahu yang lebih sempurna tapi cukuplah adanya Rayyan yang menyempurnakan harinya.


Tamat








Berakhirlah sudah.. kisah kita uhuks. Dah tamat dah tamat hooreyyy!

Continue Reading

You'll Also Like

517K 22.4K 71
๐‘…๐’ถ๐’ฟ๐’ถ ๐ฟ๐“Š๐“‰๐’ฝ ๐ป๐’ถ๐“Ž๐“Ž๐’ถ๐“ƒร—๐’ฒ๐’พ๐’น๐‘’๐“๐’พ๐’ถ ๐ป๐’ถ๐’พ๐“๐‘’๐“ Apabila si gadis ingin menghilangkan stres di pantai di salah erti si jejaka. "Kau gila k...
781K 46.7K 56
Seorang gila, seorang tiada perasaan. Yang sama cuma dua-dua tak fikir panjang. Menyesal? Dah tak berguna. "Taknak kahwin dengan aku? Aku akan past...
479K 19.6K 26
RAYYAN RAZIEN, kod nama Boss. Pengarah Jabatan Sumber Manusia merangkap ketua bodyguard di Campbell Corporation. HANA MIKAYLA, kod nama Felocity. Wa...
438K 14.8K 73
๐•ถ๐–†๐–—๐–ž๐–† ๐–•๐–Š๐–—๐–™๐–†๐–’๐–† RAYDEN ARRAYAN Seorang jejaka tampan yang cukup digeruni banyak pihak. Dingin bak ais beku. Pertemuannya dengan gadis cant...