DIANA

By thewhitewonder

965K 35.4K 1.2K

Kerana menghormati keputusan orang tuanya, Diana menggadai diri masuk ke dalam dunia yang berbeza dengan kehi... More

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52 - F I N A L E
Nota Kaki : D I A N A

39

18.5K 644 10
By thewhitewonder

"Diana." Ez mengejut Diana di sebelah.

"Diana." Masih tiada jawapan. Ez tersenyum memerhatikan Diana nyenyak tidur di sebelahnya.

'Ingatkan takut tidur dengan aku. Rupanya sedap je tidur.'

"Sayang." Ez sengaja mencuba nasib mengubah panggilannya pada Diana.

Diana perlahan membuka mata. Dia melihat wajah Ez di depannya sambil tersenyum memerhatikannya. Dia mula berasa malu. Baru teringat dia berada di dalam bilik Ez. Dan kini sedang tidur di sebelah Ez.

Perlahan Diana duduk di tepi katil membelakangi Ez di sebelah. Dia membetulkan rambutnya yang seperti biasa sudah tidak terurus selepas bangun tidur.

"Jom kita solat Subuh sekali, nak?" Ez menyoal Diana.

"Nak." Diana perlahan menjawab. Masih malu menoleh ke arah Ez. Dia segera bangun dan meninggalkan bilik itu.

Ez hanya tersenyum memerhatikan gelagat Diana.

Diana perlahan membuka pintu untuk keluar dan berjalan pantas ke arah biliknya. Tanpa dia sedar ada seseorang berada di tangga yang ternampak dia keluar dari bilik Ez.

Langkah Armel yang menaiki tangga terhenti apabila melihat Diana berjalan pantas menuju ke bilik sebelah. Dia ternganga selepas melihat Diana berjalan laju sebegitu. Tangan Armel terus menutup mulutnya sendiri.

'Oh my God! What did just i see?! Kak Diana......bilik abang Ez.....wait. Family ni nak dapat baby baru ke? Eh jap. Chill Armel. Kau jangan cepat sangat fikir.' Armel mengipas-ngipas wajahnya menggunakan tangan. Perasaannya keliru dan teruja pada masa yang sama.

Armel tahu sebelum ini Diana akan mengejut Ez pada waktu pagi. Tetapi tidak lagi sejak Diana pulang ke Villa Cempaka. Dan melihat langkah Diana yang seperti kalut tadi seolah mengiyakan apa yang bermain di fikirannya.

"Whatever. I am going to think what i want to think." Dia tersengih nakal sambil menaiki tangga menuju ke bilik bacaan di tingkat 3 dengan girang.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

"Nak lunch tak?" Wajah Nizam terjengul di pintu pejabat Ez. Ez yang sibuk membelek fail memandang jam sudah tepat pukul 1 petang.

"Eh no need. Aku memang tunggu kau nak bagitahu. Nanti Diana nak hantarkan lunch. Untuk kau sekali. Dia on the way." Ez membalas pertanyaan Nizam. Nizam yang mendengar jawapan Ez ternganga sambil berjalan masuk lalu duduk di sofa pejabat Ez.

"Wow. Isteri hantarkan makanan ya sekarang. Untuk abang tercinta yang penat mencari rezeki." Nizam sengaja mengusik Ez.

"Kau tak payah over eh. Untuk kau sekali ok." Ez malas melayan Nizam. Dia hanya tersenyum sambil menaip sesuatu di komputer.

"Diana masak ke? Ah sedapnya teringat pernah makan ayam rendang dia haritu."

"Taklah. Take away food. Haha. Sorry bro for dissapointing." Ez tersenyum senget.

"Ah tak kisah la. Yang penting dia sudi hantarkan makanan. Haih mana la calon isteri aku yang rajin jaga makan minum aku?" Nizam membebel sambil buat wajah sedih.

"Kau yang tak serius bila in relationship." Ez hanya menggeleng.

"Wow kau sedap cakap. Kau pun kahwin cara macam tu. Tu kira nasib baik la dapat Diana yang baik. Ke aku patut buat macam kau baru dapat isteri baik?" Nizam bersandar sambil memandang siling lalu berfikir.

"No bro. Cari dulu mana yang kau rasa sesuai. Eh Diana is calling. Dia dah dekat lah tu. Jom turun. Kita makan kat cafe groundfloor." Ez segera mencapai telefonnya yang sedang berdering sambil bangun meninggalkan mejanya. Dia dan Nizam menuju ke lobi seperti yang dijanjikan dengan Diana.

.

Sebuah kereta Proton Preve putih tiba di lobi bangunan pejabat Ez. Ez dan Nizam menuju ke kereta itu. Ez tersenyum apabila tingkap dibuka dan melihat wajah Diana di bahagian penumpang.

"Assalamualaikum." Ez menyapa.

"Waalaikumsalam. Tak busy ke dah siap-siap tunggu kat lobi ni?" Diana membalas.

"Tak busy. Sebab u nak hantarkan lunch, memang we all terus jadi tak busy." Nizam sengaja berseloroh. Diana ketawa mendengar jawapan Nizam.

"Nah abang dengan Nizam punya lunch. Tak tahu la suka ke tak." Diana menghulurkan satu bungkusan plastik berisi bekas makanan.

"Thank you. It's okay, we'll enjoy the food." Ez mengambil bungkusan itu.

"Thank you Diana." Nizam bersuara.

"Oh Fareha. Thank you bawak Diana keluar, siap hantar balik pulak. Are u girls enjoyed your day?" Ez menunduk ke tingkap untuk menegur Fareha.

"No problem lah. Memang satu jalan kan. Mestilah enjoy jumpa girlfriend i kan?" Balas Fareha yang sedang berada di bahagian pemandu.

"Of course best la jumpa Fareha. We just talked non stop for 2 hours and that's it."

Ez tergelak kecil.

"U all sembang sampai malam pun tak habis kan. Okay la drive safe. Nanti dah sampai text abang." Ez memberi ruang untuk mereka menutup tingkap.

Nizam di sebelah Ez hanya mendiamkan diri. Dia hanya senyum pada Diana untuk memberi ruang suami isteri yang seperti baru bercinta ini.

"Okay bye! Assalamualaikum." Diana melambai pada Ez dan Nizam.

Ez hanya tersengih hingga kereta Fareha hilang dari pandangan. Nizam memandang Ez.

"Eh eh dia ni. Dah macam tak betul. Petang nanti jumpa balik rumah jugak kan?" Usik Nizam.

"Sibuklah kau." Senyuman di bibir Ez terus dimatikan.

Ez dan Nizam berpusing semula untuk menuju ke cafe bangunan itu.

"Kau kenapa?" Ez menegur Nizam yang hanya diam sepanjang berjalan.

"Ha?" Nizam terkedu seperti lamunannya terhenti.

"Kau la macam berangan je."

"Ooh. Emmm. Tak adalah. Aku tengah fikir something."

"Fikir apa?"

"Emmm siapa nama kawan Diana tadi? Fareh?" Nizam tanpa segan silu bertanya pada Ez.

Wajah Ez terus berubah.

"Oohhh!! Tengah berdebar rupanya!! Jangan kata kau nak try dia?!" Ez ketawa terbahak-bahak sambil mencuit pinggang Nizam disambung dengan ketawa Nizam.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

"So, Ez nak discuss apa dengan bonda?" Bonda menyoal Ez. Mereka berdua duduk di meja di taman.

"Benda ni Ez dah tanya papa before dia gerak pergi Singapore semalam. So malam ni Ez nak tanya bonda. Emm...Ez nak duduk rumah Ez kat Cheras dengan Diana boleh tak?" Ez berhati-berhati menyoal kepada bonda supaya tidak mengecilkan hati ibunya.

Namun, riak wajah bonda berubah. Seperti yang Ez sudah jangka.

"But why?"

"Ez tahu benda ni susah untuk bonda terima sebab Ez dah biasa duduk dengan bonda dengan papa walaupun dulu Ez stay kat London. Tapi kali ni, Ez nak berdikari. Maksud Ez, nak bina hidup dengan Diana."

"Tapi office Ez kan dekat lagi kalau dari sini." Bonda cuba mencari alasan.

"Ya betul tapi sekarang kan Ez tengah prepare projek kat Kajang tu so easier for me to go from my condo, right?" Ez masih berharap bonda bersetuju.

Bonda menghela nafas yang panjang. Masih tidak rela melepaskan anaknya keluar dari rumah itu. Walaupun Ez sudah berubah jauh lebih baik tetapi entah kenapa hatinya masih risau mahu membiarkan dia hidup sendiri. Apatah lagi Diana hanya hidup berdua dengan Ez nanti.

"Okay tak bonda?" Ez merenung bonda. Perlahan dia memegang lembut tangan bonda.

"Bonda risau apa? Risau Ez berubah jadi macam dulu ke?"

Bonda melarikan anak matanya. Malu dengan Ez kerana dia sendiri masih tak mampu percayakan anaknya. Ez hanya tergelak kecil.

"Don't worry bonda. Bonda doakan Ez kuat okay. Lagipun Diana kan dah ada dengan Ez. Ez kan dah janji dengan dia tak nak pilih jalan buruk tu lagi."

Bonda mengangguk. Dia mula menerima kata-kata Ez. Ez sempat menyambung katanya tetapi dalam keadaan teragak-agak.

"Lagipun bonda nak cucu baru ke tak nak?" Ez menggunakan ayat senjatanya pada bonda.

Terbeliak mata bonda mendengar kata-kata Ez. Jujur betul anaknya itu. Dia terus berkali-kali menepuk lengan Ez sambil tersenyum lebar.

"Laaa kenapa tak cakap awal-awal. Bonda paham la kalau yang tu." Jawab bonda dengan senyuman yang sudah sampai ke telinga.

Ez hanya tersenyum senget.

"I know u gonna be enlightened about this. Lagipun Ez fikir ni je cara supaya Diana nak tidur sekali dengan Ez. Kat sana nanti memang tak la Ez nak bagi dia duduk bilik lain. Lepas tu takkan bila balik Villa Cempaka, dia nak tidur asing kat bilik dia sekarang ni kan?"

"Betul jugak. Pandai u ni." Bonda tak habis dengan wajah terujanya.

"So bonda setuju ke tak?" Ez tersenyum senget.

"Okay disebabkan Ez cakap sebab yang ni, bonda setuju. Tapi...."

"Tapi apa?"

"Emmm Ez bawak Nonie." Sebenarnya di sudut hati bonda masih risau nak biarkan Ez dan Diana hanya tinggal berdua. Sekurang-kurangnya ada orang lain perhatikan mereka.

"Hah?"

"Ya la. Bukannya Ez terus boleh dapat maid. Boleh jugak Nonie tolong Diana buat kerja rumah tu."

"Emmm okay. Tapi Mak Mah tak apa ke sorang?" Ez risau memikirkan Mak Mah bekerja seorang diri sebagai pembantu.

"Tak apa. Tak pun nanti biar bonda yang cari maid lain. Yang penting Ez kena ada pembantu kat rumah tu. Takkan nak Diana buat semua benda."

"Ya lah. Ya lah. Asalkan bonda bagi Ez duduk situ. Thank you bonda." Ez tersenyum melihat bonda. Dia mencium tangan bonda yang digenggamnya tadi. Lega hatinya bonda bersetuju memberi izin.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Keesokan malamnya, Diana pergi ke bilik Ez untuk membawa secawan kopi. Ez masih berada di work stationnya sedang leka melihat skrin komputer. Melihat Diana masuk, Ez cepat-cepat menekan mousenya dan mula menggeliat membetulkan badannya yang telah duduk lama di situ sejak jam 9 tadi.

"Nah, kopi untuk abang." Diana meletakkan mug berisi kopi panas di atas meja.

"Thank you Diana." Ez mengambil mug dan menghirup kopi itu.

"Abang rehat la sekejap 5 minit. Muka abang nampak penat sangat."

Ez hanya mendiamkan diri. Ez tersenyum memandang Diana. Diana pada mulanya hairan tiada jawapan dari Ez. Dia mula berasa segan diperhatikan begitu. Tubuhnya berpusing semula hendak beredar dari situ. Mungkin dia hanya mengganggu tumpuan Ez.

"Diana."

"Yup? Abang nak apa-apa ke?" Laju Diana menoleh semula seperti isteri yang sedia berkhidmat untuk suami.

"I need my vitamin."

"Vitamin? Kat mana? Wardrobe? Ke kat dapur?"

Ez diam.

"Kat mana?" Diana bertanya lagi.

Tiba-tiba Ez menghulurkan tangannya. Sebagai isyarat dia mahu Diana datang padanya.

Diana masih keliru dengan kelakuan suaminya. Dia hanya melangkah ke arah Ez dan perlahan mencapai tangan Ez.

Ez menggegam lembut tangan Diana. Sebelah tangan lagi perlahan dia merangkul pinggang Diana dan menarik Diana untuk duduk di atas ribanya. Diana tergamam dengan tindakan Ez.

'Ini ke vitamin dia?' Diana berbisik dalam hati. Dia betul-betul berdebar apabila matanya memandang wajah Ez.

Ez merenung ke dalam mata Diana. Sebelah tangannya mula mengelus wajah Diana. Tiba-tiba Ez menghalakan jari telunjuknya pada pipi kiri. Diana hairan apa yang Ez mahukan.

"Apa dia?" Diana berkerut. Rasanya tiada apa di pipi Ez.

Ez hanya menunjuk pipi kirinya berkali-kali. Diana mula faham. Mula geram dengan sikap mengada Ez.

Chuppp!!

"Dah. Puas hati?" Diana cuba berlagak tenang. Sedangkan dalam hatinya sedang melawan rasa resah.

"I've got my vitamin." Ez tersenyum nakal.

Diana yang masih malu mula hendak bangun.

"Emmm then Diana keluar dulu lah."

"Eh kejap la." Ez memegang pinggang Diana menahan Diana daripada bangun. Diana membatalkan niatnya. Pipinya sudah terasa bahang berada dalam pelukan Ez.

Ez memandang Diana. Dia menarik nafas untuk mulakan bicara. Ez mencapai tangan Diana dan mengusap lembut.

"Diana. Can I ask u something?"

"Sure. What is it?"

"Nak tak kalau kita stay dekat kondo abang kat Cheras tu?"

Diana terkedu seketika. Dia tahu pasti Ez ada sebab tersendiri.

"Diana okay je. Tapi kenapa abang nak stay sana? Office kan lagi dekat dari sini."

"Emmm sebab projek yang abang nak propose tu kan kat Kajang. Dekat sikit dari sana."

"Ooh i see. Okay lah kalau macam tu. Diana ikut je. Abang dah bincang dengan papa dan bonda?"

Ez mengangguk.

"Dah. Diana betul okay? I mean kat sana nanti Diana sorang je bila abang pergi kerja. But don't worry, bonda suruh bawak Nonie."

Diana tergelak kecil mendengar soalan Ez.

"Betul lah. Diana okay je. Bukannya jauh sangat nak datang Villa Cempaka ni kalau Diana bosan nanti."

Ez tersenyum lebar.

"Thank you Diana. Tapi nanti abang pergi Jerman, Diana memang kena duduk sini tau."

"Emmm. Boleh tak kalau Diana nak balik Ipoh? Tidur dalam dua tiga malam. Nanti Diana balik la sini balik." Diana menyoal Ez dengan renungan penuh harapan. Dia rasakan inilah masanya dia dapat tinggal lama bersama mama dan papa.

Ez yang kini mudah cair melihat wajah Diana terus bersetuju.

"Okay nak duduk lagi lama pun tak apa tapi..."

"Tapi apa?" Diana mula risau apabila Ez hendak meletakkan syarat.

"Syamim hantarkan." Ez mencadangkan supaya pemandunya selain Pak Mat menghantarkan Diana.

"Abang! Tak payah lah. Diana boleh balik sendiri." Diana terus bangun dari riba Ez dengan wajah mencuka. Dia tidak mahu menyusahkan sesiapa kerana kepentingannya.

Ez mendongak melihat Diana. Dia sudah agak reaksi Diana sebegitu. Dia hanya tersenyum dan mencapai semula tangan Diana.

"Diana, abang lagi risau tau kalau Diana balik sendiri sorang-sorang. At least kalau Syamim hantarkan abang tak adalah risau sangat. Okay?" Lembut Ez bercakap. Tak mahu Diana merajuk apatah lagi dia akan ke Jerman kurang dari dua minggu dan akan berjauhan dengan Diana.

"Abang percaya dengan Syamim?" Diana mengecilkan matanya sengaja hendak membuat Ez ragu-ragu.

Ez hanya ketawa besar.

"Kenapa? Takut dia flirt dengan wife abang? Dia tu dah anak tiga dah tau!! Tapi kalau dia buat apa-apa kat wife abang memang habis lah dia."

"Abang sure his driving is good?"

"Laaa kenapa tanya macam tu. So far okay je Syamim drivekan abang pergi outstation. Don't expect something bad please. Nanti abang tak bagi langsung balik Ipoh."

Diana hanya mendengus geram kerana rancangannya tidak menjadi. Risau juga jika Ez membatalkan izinnya untuk dia pulang ke rumah mama.

"Ya lah. Kalau macam tu, Diana balik lah dengan dia. Tapi nanti balik KL Diana balik dengan Kak Long, eh?"

"Alright. No problem. Anything Diana inform je abang kat Whatsapp." Ez mengalah dengan Diana.

"By the way, bila abang nak kita pindah ke Cheras?"

"Esok." Ez menjawab pendek sambil memandang semula ke skrin komputer.

"Haa?! Serious la. Cepatnya." Wajah Diana berubah terkejut.

Ez ketawa lagi suka menyakat Diana.

"No lah. This Saturday lah. Lagi dua hari kan. Diana boleh la kemas barang just for 2 weeks."

"Ish abang ni." Diana mendengus lagi.

"Ya la sorry. Tahu la tak sabar nak stay berdua dengan abang."

Diana ternganga.

"What?! Excuse me! Perasan." Dia membuat muka lalu menuju ke pintu untuk beredar.

Ez hanya tersenyum lebar sambil menggeleng kepala melihat gelagat Diana.

"Good night sayang!" Ez sempat menjerit sebelum Diana menutup pintu. Dia memandang pintu dan berharap Diana muncul semula. Tetapi tiada jawapan. Ez hanya tersenyum nipis dan memandang skrin komputer semula. Hampa tetapi tidak menyimpan dalam hati.

Ting!

Bunyi satu mesej masuk.

Diana : Good night abang. Jangan tidur lambat okay. ❤

Ez terkedu. Terkedu dengan emoji love yang dihantar oleh Diana. Jantungnya mula berdegup laju. Dia menerkup mulutnya rasa nak menjerit gembira.

'Over ke aku? Dapat emoji love dari isteri pun dah boleh berdebar.'

Beberapa minit Ez tersengih-sengih menahan kegembiraan yang membuak dalam hatinya. Kemudian dia menaip sesuatu.

Ez : okay sayang ❤

Sengaja dia memanggil Diana sayang, supaya Diana tahu yang dia serius untuk menganggap Diana sebagai isteri yang sebenar.

Jari Ez kemudian mencari nama Kak Jasmine. Dia menaip sesuatu. Kali ini dia tekad memerlukan nasihat dari orang luar tentang rumahtangganya.

Ez menutup telefonnya dan kembali menatap skrin komputer. Dia buka semula tab yang disimpan tadi kerana tidak mahu Diana nampak.

Semuanya bermula apabila dia risau selepas melihat Diana seperti terganggu ketika mereka hendak membawa hubungan mereka ke langkah seterusnya.

Hinggalah pagi tadi dia terdetik jika Diana masih trauma dengan peristiwa hitam di kelab. Jadi malam ini dia cuba mencari di internet jika ada simptom itu pada Diana. Ez mengeluh panjang apabila membaca artikel-artikel di situ. Dia meraup wajahnya. Dia bersandar dan merenung skrin itu.

'Betul ke Diana trauma?'

The end

Continue Reading

You'll Also Like

1.3M 45.3K 86
[SINOPSIS]: (Raisya Amyra) Seorang bos yang sangat komited. Tahap garang dia tak usah cakaplah. Mak singa pun boleh lari kalau dengar dia mengamuk...
506K 15.1K 75
âš Known As: MY TEARS!âš  SARAH IRDINA_ Dia memang seorang gadis yang cantik namun, dirinya tidak pandai dalam bab bergaya dan bersolek. Dalam sekelip m...
42K 5K 19
RAAIF MATEEN | RAIHANA MIKAILA Peluang tak pernah wujud untuk manusia sejelek dia. Peluang tak pernah hadir untuk manusia yang tak sempurna seperti d...
867K 26.9K 62
Karya pertama by thecreamcake in romance 📖 B o o k - 1 jodoh dalam keperitan 📖 TAMAT Hawa Afwan . Wanita yang cukup penyabar dan tabah , disa...