DIANA

By thewhitewonder

965K 35.4K 1.2K

Kerana menghormati keputusan orang tuanya, Diana menggadai diri masuk ke dalam dunia yang berbeza dengan kehi... More

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52 - F I N A L E
Nota Kaki : D I A N A

38

17.5K 657 3
By thewhitewonder

Diana tersenyum melihat dirinya di cermin. Dia mencapai set alat soleknya dan mula mengenakan make up. Selepas itu dia memakai sehelai dress berwarna pink cerah dan dipadankan dengan sehelai selendang sama warna yang membuatkan Diana kelihatan feminin dan manis.

Selesai bersiap, Diana segera turun ke bawah. Malam ini malam yang penting buat bonda. Persatuannya mengadakan majlis amal makan malam bersama anak-anak yatim. Mereka sekeluarga di Villa Cempaka akan ke majlis itu.

Diana pernah beberapa kali menemani bonda ke rumah anak yatim An-Nur sebelum ini. Jadi bonda turut mengajaknya untuk terlibat dalam mengendalikan majlis ini. Diana pun seronok untuk membantu apatah lagi boleh mengisi masanya yang lapang.

Majlis makan malam itu berlangsung di Dewan Bukit Damansara. Ramai VIP dijemput untuk hadir ke majlis itu bagi meraikan anak-anak yatim dari dua buah rumah. Selepas sesi ucapan ringkas, majlis diteruskan dengan makan malam. Kemudian, disusuli dengan pemberian hadiah kepada anak-anak yatim yang hadir.

Diana dan Armel turut berada di bahagian pemberian hadiah bagi membantu bonda. Diana sukakan kanak-kanak itu. Jadi, dia pandai bergurau dengan mereka dan buatkan mereka ketawa gembira. Dia sendiri seronok melayan mereka.

Ez yang berada di meja makan sempat tertoleh melihat Diana. Dia memerhati Diana yang sedang bermain dengan tiga orang anak kecil. Ez tahu Diana benar-benar ikhlas melayan anak-anak yatim itu. Tanpa disedari Ez turut mengukir senyuman melihat Diana yang sedang ketawa. Hatinya senang melihat Diana.

"Tak payah la tunjuk sangat."

Tiba-tiba Arman di sebelah menyiku Ez. Ez terperanjat dan tergamam kerana malu ada yang melihatnya. Tetapi dia cuba berlagak tenang.

"What are u saying?"

Arman tergelak kecil.

"U are not that good in hiding, bro. Ingat orang tak nampak ke?"

Ez hanya mengetap bibir. Cuba menahan malu.

"U dan Diana dah okay kan?" Tiba-tiba Arman menyoal.

"Okay? What do you mean? Kitorang memang okay je."

"Tak habis habis nak cover. Habis tu kenapa duduk bilik asing-asing lagi?" Arman yang biliknya sama tingkat dengan mereka mula memerli Ez.

Ez hanya tersenyum senget. Dia sendiri tiada jawapan untuk soalan itu.

"I know u want her to be beside u right? Try la discuss slow-slow. U husband kan. Okay sorry, I may sound tetiba nak menyibuk. But, sampai bila nak macam ni?"

"Sampai dia betul-betul terima Abang Ez. And at that moment it means that she forgives me."

"So what if she takes another 1 year, 5 years or maybe 10 years? Are u still okay with that?" Arman merenung mata Ez.

Ez senyap seketika. Mula terfikir sesuatu. Betul apa yang Arman cuba sampaikan. Ez menarik nafas yang dalam.

"Then I can't do anything. Abang kena terima berapa tahun pun dia perlu untuk maafkan abang. Sampai dia betul-betul terima abang sepenuhnya. I cannot give up on her."

Arman ternganga. Terkejut dengan kegigihan abangnya. Arman menggeleng kepalanya.

"Seriously I don't get what is wrong with married couples. But u are actually sounds cool. U kan romantik."

"It is because u are not one of us." Ez tergelak kecil menyindir semula Arman. Kemudian dia menoleh semula melihat Diana dari jauh.

'U are not gonna take years, right ?' Ez berbisik dalam hati.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Selesai majis itu mereka semua pulang ke Villa Cempaka. Selepas Ez dan Diana keluar dari kereta, Ez menghampiri Diana dan menghulurkan tangannya.

"Kenapa, abang?" Diana menyoal kerana aneh melihat gelagat Ez.

Ez segera mencapai lembut tangan Diana. Dia menggenggam erat lima jari Diana.

"Nak pegang tangan Diana la. Tadi Diana asyik pegang tangan budak-budak tu je. Tangan abang tak nak pegang pun."

Diana terkedu dengan perangai kebudak-budakan Ez. Jarak dari parkir ke pintu utama pun tak sampai 50 meter tapi beria mahu berpegangan tangan. Kemudian Diana tergelak.

"Dengan budak-budak pun nak jealous ke?"

"Ye la. Diorang tu pegang tangan isteri orang pulak." Ez sengaja membuat muka menyampah.

Diana tersenyum melihat perangai Ez yang tiba-tiba berubah menjadi tidak matang. Namun, senyumannya mati apabila Ez menariknya berjalan ke arah taman di halaman Villa Cempaka.

"Eh nak pergi mana? Tak nak masuk ke?" Diana keliru.

"Kita duduk la luar sekejap. Baru pukul 11. Malam ni Diana tidur la lewat sikit."

Diana tersenyum nipis. Diana pun akur untuk menemani suaminya. Dia merasakan mungkin Ez nak mengambil angin malam. Atau Ez mahukan 'late night talk' dengannya.

Mereka berdua berjalan perlahan ke arah kolam ikan dan duduk di kerusi berdekatan kolam itu. Keduanya hanya senyap dan membuatkan suasana menjadi sepi. Hanya terdengar bunyi aliran air kolam yang menenangkan.

'Kenapa dia senyap je? Ingat nak bersembang.' Diana mula kekok.

"Kerja abang semua okay? Yang prepare nak ke Jerman tu macam mana?" Diana cuba mencari topik.

"So far okay. Ada la dua kali haritu abang pergi Kajang discuss dengan diorang. Diorang pun baik, willing to guide us pasal projek tu." Suara Ez tenang menceritakan kepada Diana.

"Good to hear that." Balas Diana ringkas. Kemudian suasana berubah sepi semula. Ez menoleh semula melihat Diana.

"U look sweet tonight." Ez tiba-tiba bersuara dengan memuji Diana yang manis dalam dress berwarna pink itu.

"Thank you." Diana mula berasa malu. Apatah lagi tangannya masih dalam genggaman Ez.

"I know u must be bored to hear this everytime. Tapi abang nak Diana tahu yang abang bersyukur sangat Diana balik kat abang. I feel....alive."

Diana terkedu mendengar kata-kata Ez dengan suara garaunya tetapi dia cuba berlagak tenang.

"Tapi Diana rasa it is all thanks to you for not giving up on me." Diana masih teringat-ingat beberapa bulan lalu dia meminta fasakh dari Ez. Kerana Ez yang tidak berputus asa untuk menunggunya, dia dapat bersama di samping Ez hingga malam ini.

"I knew it. Okay. Most welcome." Ez sengaja bergurau dengan mengubah intonasi suaranya seperti berlagak. Diana ketawa melihat perubahan Ez.

Ez tersenyum melihat Diana. Dia merenung mata Diana. Masih tidak percaya Diana mula menerimanya.

"What?" Diana menyoal kerana malu direnung sebegitu oleh Ez.

Tiba-tiba, Ez merapatkan badannya dan memberi kucupan yang lama di atas dahi Diana. Tangan Ez makin kuat menggenggam tangan Diana. Diana pula tergamam pada mulanya hingga badannya kebelakang sedikit. Kemudian, dia menutup mata kerana menghargai kucupan ikhlas itu dari Ez.

Ez melepaskan kucupan itu. Dia kemudian melihat wajah Diana. Pipi Diana mula merah. Diana mula berdebar dan merasakan jantungnya berdegup laju. Dia cuba melarikan anak matanya.

"Diana." Ez memanggil lembut.

"Hmm?" Diana memandang semula kepada Ez.

Ez tanpa berfikir panjang terus menyentuh dagu Diana dan menghadiahkan satu kucupan lembut pada bibir isterinya.

Diana tersentak dengan tindakan Ez. Ez hanya tersenyum senget. Melihat Diana seperti tergamam, sekali lagi Ez merapatkan bibir mereka. Tanpa disedari Diana hanya merelakan perbuatan Ez. Mereka tahu ini peluang untuk memberitahu penghargaan mereka terhadap satu sama lain.

Perlahan Ez melepaskan kucupannya. Dia merenung mata Diana. Dia kemudian mengukir senyuman di bibir. Tak sangka Diana tidak marah dengan kelaluannya. Diana mula terasa panas di pipinya ditenung sebegitu. Dia mula melihat sekeliling.

"Kenapa abang tengok Diana macam tu? Nasib baik tak ada siapa tengok." Diana malu pula apabila teringat mereka berada di luar rumah.

Ez tergelak kecil melihat Diana cuak.

"Biar la diorang tengok pun. Kalau papa dengan bonda nampak diorang lagi suka."

Diana hanya diam dan tersenyum nipis. Jantungnya berdegup laju kerana masih terasa malu. Dia akui bonda dan papalah yang paling berharap hubungan mereka berdua semakin baik di Villa Cempaka ini.

"Finally we had our first kiss." Ez tersenyum lebar seolah sangat berpuas hati.

Diana memandang wajah Ez lama.

"Nope. It was our second." Diana membetulkan kata-kata Ez tadi.

Riak wajah Ez serta merta berubah. Mukanya jelas keliru dan panik.

"What do u mean? Bila masa...."

"Haaa? Abang tak ingat ke dulu pernah sekali tu abang balik kelab lepas tu abang..... wait, seriously abang tak sedar?" Diana tak menghabiskan ayatnya.

"Bila? I have kissed u when i was drunk?" Ez berkerut dan mula risau. Seingat dia hanya sekali dia cuba mengucup Diana tetapi dia yakin perkara itu tidak berlaku.

"Yang tu ke? Tapi bukan tak kena pun ke?" Ez soal dengan nada keliru. Dia sendiri masih malu mengingatkan hal itu.

"Not that one. The other one."

Ez cuba mengingatkan lagi. Tetapi memang tiada dalam memorinya dia menyentuh Diana lebih dari apa yang perlu saja. Melihat wajah Diana yang serius, dia menjadi kesal kerana dia ingatkan dia masih waras tidak mahu menyentuh Diana dalam keadaan mabuk begitu.

"Bhahahahah!" Tiba-tiba Diana ketawa berdekah-dekah. Geli hati melihat wajah cuak Ez.

"Diana! Diana tipu eh?"

Diana mengangguk sambil ketawa.

"U should see your face!!" Kata Diana masih suka melihat reaksi Ez itu.

"Diana tipu abang eh. Sampai hati tipu suami." Di sudut hati Ez dia berasa lega fikirannya tadi salah dan dia masih tidak menyentuh Diana secara berlebihan tanpa sedar.

"Alah sorry lah. Tak sangka abang jadi gelabah macam tu." Diana cuba menarik nafas setelah penat ketawakan Ez.

Sedang melihat Diana tercungap-cungap habiskan ketawa, Ez pantas mengucup semula bibir Diana. Diana terdiam.

"Haa gelakkan orang lagi!" Giliran Ez pula ketawakan Diana. Dia segera bangun untuk beredar apabila melihat riak wajah Diana berubah seperti bengang dan hendak memukulnya. Mereka berdua berlari masuk ke dalam rumah.

.

Selepas Diana selesai mandi, dia mengenakan pyjama satin berwarna hitam bercorak flora. Lega dapat bersihkan diri selepas berpeluh di majlis tadi. Walaupun dewan ada penghawa dingin tetapi selepas uruskan majlis itu badannya tetap terasa berpeluh.

Diana mula menyapu beberapa produk penjagaan kulit pada wajahnya. Apabila dia mencapai sheet mask di atas meja soleknya, dia mula terfikir sesuatu. Bibirnya tersenyum sendiri. Tangannya terus mencapai sekeping lagi sheet mask lalu keluar dari biliknya.

"Dah habis solat?" Diana masuk ke bilik Ez selepas pintu diketuk. Dia melihat Ez baru selesai berdoa selepas solat.

Bilik Ez hanya bercahaya suram. Dia sudah mula menutup lampu utama dan hanya memasang dim light di bahagian work station.

"Dah." Ez tersenyum. Dia ke bahagian wardrobe untuk menukar kain pelekatnya kepada seluar tidurnya.

"Diana nak ajak abang pakai something malam ni." Kata Diana.

Diana pula berjalan ke work station Ez sementara Ez di dalam wardrobe. Kemudian dia membelek buku di atas meja Ez.

Selepas selesai, Ez yang berjalan keluar dari bahagian wardrobe melihat Diana dari belakang. Melihat Diana yang rambutnya lurus rapi separa basah dan dibiarkan lepas membuatkan dirinya nampak lebih cantik di bawah cahaya suram itu. Diana yang mengenakan pyjama yang tertutup elok itu masih mampu menggegarkan iman Ez.

Ez perlahan menghampiri Diana dari belakang. Sambil berjalan dia sempat berbisik dalam hati.

'Tamak ke aku kalau nak dia malam ni?' Ez mula risau jika dia mahukan progress yang cepat dalam hubungannya dengan Diana.

Setelah Ez berada betul-betul di belakang Diana, tangannya perlahan memeluk lembut Diana dari belakang. Dia cuba berhati-hati agar Diana tidak terkejut dengan tindakannya. Kemudian perlahan dia meletakkan dagunya di atas kepala Diana.

Buku yang dipegang Diana diletakkan di atas meja semula. Diana tergamam dengan tindakan Ez. Dia dapat rasakan badan Ez yang hangat. Jantungnya mula berdegup laju.

'Omg apa Ez nak buat ni? Dia nak.....huaaa!' Diana cuak dalam hati. Dia sendiri keliru sama ada dia sudah bersedia atau tidak.

Mereka berpelukan begitu dalam seminit tanpa kata-kata. Diana mula tidak tahan dengan kelakuan Ez dia mula menyoal.

"Emmm. Abang. Okay ke ni?" Diana mula fikir jika Ez ada masalah. Dia hanya membiarkan Ez memeluknya sambil memegang tangan Ez yang merangkulnya.

Ez hanya tersenyum.

"Abang okay. Saje nak peluk isteri abang."

"Oh." Diana tak mampu katakan apa-apa. Dia sendiri mula terasa tenang berada dalam pelukan itu.

Kemudian Ez melepaskan pelukannya. Dia menyentuh lembut bahu Diana dan memusingkan badan Diana agar menghadapnya. Dia menelan air liur kerana risau hendak menyuarakan niatnya pada Diana.

"Diana."

Diana mendongak merenung mata Ez. Ternanti-nanti apa yang Ez mahukan.

"Should we continue apa kita buat kat luar tadi?" Ez berbisik dengan suara yang tenang.

Diana mengalihkan pandangannya. Hatinya semakin berdebar mendengar permintaan Ez. Dia faham maksud Ez.

Diana mula berfikir tentang tanggungjawabnya yang satu itu sebagai isteri masih belum terlaksana. Dulu dia takut dan risau jika Ez mahukan dalam keadaan tidak menyayangi dirinya. Tetapi kini dia tahu Ez sudah berubah dan sangat mencintainya sebagai isteri.

Akhirnya Diana membuat keputusan. Diana memandang semula wajah Ez. Dia mengukir senyuman lalu mengangguk malu.

Melihat jawapan Diana, Ez turut tersenyum. Lega Diana menerimanya. Dia terus merapatkan wajahnya pada wajah Diana. Bibir mereka mula bertaut.

Mereka masing-masing dapat merasakan jantung yang berdegup laju ketika itu. Kedua mereka mengetepikan ego dan akur terhadap kehendak mereka sebagai pasangan yang sah. Dalam fikiran mereka hanya mahu membuktikan kasih sayang mereka terhadap satu sama lain setelah sekian lama mereka menyimpan rasa sejak bergelar suami isteri yang sah.

Namun, dalam keadaan bilik yang berlampu suram itu, sepintas lalu ingatan Diana kembali kepada peristiwa hitam di kelab malam itu. Tiba-tiba bunyi musik kelab yang kuat berada di telinganya. Diana terkedu.

Sentuhan Ez di pinggangnya membuatkan dia teringat sentuhan kasar Karl dan Faz yang memaksanya meneguk arak tanpa dia rela. Dan sepintas lalu wajah Ez yang dingin tetapi sinis yang memerhatinya dari sudut bilik itu menerpa dalam ingatan.

"Kau ingat diri kau tu baik sebab kau bertudung je ke? Okay then, bukaklah tudung tu. Kau pun bukanlah baik sangat. Kalau dah sibuk mengata orang kan?"

"Korang ni gilaaa!"

"Girls, take it off! Faster!!!"

"Abang!! Please. Tolong Diana!! Kenapa buat macam ni?!"

"Ez!!! Sampai hati kau buat macam ni kat aku!!!"

Setiap butir yang berlaku di dalam bilik itu masih jelas dalam ingatannya. Diana akhirnya tersentak lalu pantas membuka matanya. Dia terus menjauhkan wajahnya dari Ez. Dadanya naik turun terasa sesak kerana peristiwa itu kembali dalam ingatannya.

Ez terkejut melihat kelakuan Diana.

"What's wrong?" Ez lembut menyoal Diana. Dia bingung melihat tindakan Diana apabila Diana panik melepaskan rangkulan lengannya pada leher Ez.

Diana mendiamkan dirinya. Dia melarikan pandangannya. Hatinya mula sebak. Dia sedaya upaya menahan air matanya dari tumpah. Dia tidak mahu rosakkan hubungannya dengan Ez yang sudah semakin baik pada masa ini.

"Are u okay?" Ez mula risau melihat wajah Diana seperti ada sesuatu tidak kena. Dia menyentuh lengan Diana.

Diana cuba menarik nafas untuk menenangkan dirinya. Dia mula rasakan tidak selesa bersama dengan Ez pada masa ini.

"Abang." Diana memanggil Ez dengan suara yang lemah.

Ez merapatkan wajahnya untuk mendengar apa yang Diana mahu katakan.

"I'm so sorry. But can we stop here?"

Serta merta wajah Ez berubah. Dia tergamam dengan permintaan Diana. Ez menelan air liurnya kerana keliru. Dia mula rasakan dia gagal membuka hati Diana sepenuhnya. Namun di sudut hatinya dia cuba positif. Mungkin permintaannya terlalu awal untuk Diana terima. Ez merasakan dia perlu bersabar buat masa ini.

"Sure. It's okay. I am not forcing u." Ez cuba memujuk Diana.

"I'm really sorry. Diana mintak maaf sangat." Diana kelihatan terdesak meminta maaf dari Ez.

"No. It not your fault. Maybe all this is too early. Abang tak marah pun. Abang tak kisah tunggu bila Diana betul-betul ready, okay?" Ez membelai lembut bahu Diana. Dia cuba untuk mengukir senyuman supaya Diana berasa lebih tenang.

"Thank you." Suara Diana penuh kekesalan.

Diana mula bangun dari katil. Dia membetulkan semula butang bajunya yang telah terbuka. Ez hanya melihat Diana. Diana pula tak sanggup melihat wajah Ez. Dia malu dengan Ez kerana gagal tunaikan hak Ez. Dia mula melangkah untuk beredar.

"Eh Diana, nak pergi mana?" Ez yang masih duduk di atas katil memanggilnya.

"Errr...balik bilik Diana lah." Perlahan Diana menjawab.

Wajah Ez sekali lagi berubah. Tetapi kali ini jelas seperti hampa. Namun Ez tekad untuk menghalang Diana.

"What? Nope. Tidur la dengan abang malam ni." Wajah Ez betul-betul berharap.

"Ha?"

"Teman abang tidur kat sini malam ni. Please?" Lembut Ez memujuk Diana.

Diana kasihan melihat wajah Ez. Sudah tentu Ez mahukan isterinya di sampingnya selepas apa yang berlaku tadi antara mereka. Dia sendiri tak mahu kecewakan Ez yang telah menunggunya beberapa bulan untuk pulang.

'Kalau aku pergi jugak mesti macam aku pentingkan diri. Benda tu hanya dalam ingatan kau je. Takkan berlaku lagi.' Diana berfikir sejenak.

"Okay." Perlahan Diana mengangguk kepada Ez.

Ez menghembus nafas lega. Dia menghulurkan tangan ke arah Diana seperti memanggil Diana supaya datang kepadanya.

Diana mula melangkah semula ke arah katil. Perlahan-lahan dia naik ke katil dan mula baring di sebelah Ez. Hatinya masih berdebar kerana ingatannya tadi pada peristiwa hitam itu. Dia ingatkan setelah 6 bulan berjauhan dengan Ez peristiwa itu akan pudar. Tetapi keadaan sekarang berdua dengan Ez buatkan Diana berasa lebih kekok.

Dengan berhati-hati Ez turut berbaring rapat di sebelah Diana. Dia merangkul lembut pinggang Diana dengan harapan dapat mengurangkan kekusutan dalam fikiran isterinya.

Diana menoleh memandang Ez. Dia melihat wajah Ez yang sedang cuba memejamkan mata.

"Abang, Diana betul-betul mintak maaf tau."

"It's okay. Mana ada Diana buat salah."

"Betul abang tak marah Diana?"

Ez membuka matanya dan tersenyum nipis.

"Not at all. Dah jom tidur. Good night." Bisik Ez ringkas. Dia mengucup kepala Diana.

Diana menghembus nafas lega. Dia berdoa agar selepas ini hubungannya dengan Ez akan bertambah baik. Melihat Ez sudah memejamkan mata, Diana perlahan mengusap lengan Ez dipinggangnya. Dia akui hatinya semakin tenang berada dalam pelukan Ez malam ini. Walau apa yang telah berlaku dulu, dia yakin Ez kini akan membahagiakannya.

To be continued...

Continue Reading

You'll Also Like

768K 24.3K 53
"Darling, ada panggilan. Dari Izz." Serta merta riak wajah Darleena yang tadi ketawa gembira berubah kepada bingung. "Ada apa ma? Leen tengah pakai...
557K 10.4K 46
Tengku Afran adalah seorang lelaki yang hidup penuh kemewahan dan suka berfoya-foya. Perangainya itu sungguh merungsingkan Dato Aydan dan Datin Rapia...
267K 10.3K 80
1š“¼š“½ š“¼š“½š“øš“»š”‚ š“«š”‚ š“Æš“µš“øš“µš“®š“¼š”‚š“Ŗ š€š‹š„š„š’š€ š™š”š‹š€šˆšŠš‡š€ Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
301K 18.7K 54
~Berikan hatimu padaNya, kau akan rasa cinta sebenar dalam kau mencari aku~ Kisah Hafiz dan Amelia - publish pada 2018 dan diedit semula pada 2019 ā€¢...