She's mine (C)

By aynarose-

750K 40.1K 5.4K

TENGKU AREENA ARISYA seorang gadis yang mempunyai rupa paras wanita arab. Hanya melihat rupa paras sahaja sud... More

C a s t
Bab 01
Bab 02
Bab 03
Bab 05
Bab 04
Bab 06
Bab 07
S p e c i a l
Bab 08
Bab 09
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Thank You!
Special Chapter : Honeymoon
Special Chapter : Honeymoon 2
Raya AidilFitri : Bertiga
COMING SOON : EBOOK
EBOOK TYK
EBOOK DEAR DALIA

Bab 60

7.1K 489 253
By aynarose-

Ayna tak nak cakap banyak. Cukuplah comment dan vote hiks.
Kalau boleh nak lebih 100. Boleh tak?

Lepastu ayna nak ucapkan selamat hari raya untuk kesayangan ayna yang membaca cerita sendu ini. Maafkan seketul ayna sebab update lambat dan maafkan seketul ayna kalau cerita ni tak best. Saya hanya manusia biasa. Sowwy.

****

Areena membaringkan tubuhnya di atas rumput yang hijau itu. Fikirannya terlayang tentang semalam. Kemesraan mereka berdua cukup membuatkan hati Areena sesak dan pedih.

Lilly Aqasya.

Siapa dia?

Areena mengeluh, lengannya direhatkan di dahi. Cahaya mentari sudah ditutupi dengan awan tebal. Matanya dipejam perlahan-lahan untuk mengosongkan jiwa yang kacau-bilau.

Penat.

Dia penat untuk tidak cemburu. Dia penat untuk berlakon seperti tiada apa yang berlaku. Tetapi disebabkan tidak mahu memanjangkan masalah, dia sanggup abaikan hatinya yang semakin lama semakin sakit. Kekadang dia benci dengan diri sendiri.

Tidak cukup lagikah kasih sayang yang telah ditaburkan daripada Rayyan?

Jari Areena mengurut pelipis, pening memikirkan masalah yang menjadi tanda tanya di hati.

"Mungkin kau kena bersangka baik." Mata yang dipejam itu dibuka perlahan-lahan. Tangannya diangkat. Awan yang terbentuk indah itu diukir mengguna jari runcingnya.

"Selagi hati ini mencintai Rayyan, selagi itulah kau kena bertahan, Areena." Ralit jarinya mengukir awan, bibirnya pula meluahkan kata-kata dari hati yang lama dipendam. Tanpa dia sedar, Rayyan sudah menuju ke arahnya.

Rayyan membaringkan badannya di atas rumput bersebelahaan Areena. Tangan kanan Areena digenggam. Jari mereka bersatu antara satu sama lain.

"Kau memang suka baring dekat sini eh?" Soal Rayyan. Ini kali kedua Areena baring di belakang halaman rumah. Entah apa yang bestnya.

"Hurm, aku rasa tenang bila tengok awan. Cantik bukan ciptaan tuhan ni?" Ujar Areena perlahan. Senyuman nipis diukir. Rayyan memusing kepalanya menghadap Areena.

"Tapi." Tangan Areena itu digenggam erat.

"Indah lagi ciptaan tuhan yang berada di sebelah aku." Ujar Rayyan. Areena sudah menyimpankan senyumannya.

Dia suka dirinya dimanja begini.

"Lawak."

"Aku tak buat lawaklah. Eh jap you are blushing." Rayyan gelak apabila matanya memandang pipi Areena yang sudah kemerah-merahan. Cukup jelas bahawa Areena blushing.

"Eee, janganlah gelak. Tak baik." Tegur Areena. Pipinya terasa kebas akibat kerap tersenyum. Bila bersama dengan Rayyan, masalah yang dihadapi pasti hilang dibawa angin.

Itu yang istimewanya apabila dirinya bersama Rayyan.

    Rayyan menjeling Areena sekilas, dia bahagia apabila melihat senyuman terukir di bibir isterinya.

Suasana hening seketika.

"Kau bahagia bersama aku?" Soalan Rayyan membuatkan degupan jantung Areena berdegup dengan kencang. Dia perasaan, Rayyan mengucup tangannya yang digenggam itu.

Areena membisu, matanya ralit memandang awan.

"Jawab soalan aku."

Areena mengeluh lemah.

"Hari khamis ni kau datang tak?" Areena menukar topik. Sengaja dia menukar topik supaya dia tak menjawab soalan yang menyesakkan jiwanya itu. Rayyan terasa dalam diam lalu senyum pahit terukir di bibirnya.

"Of course, aku datang." Genggaman itu Rayyan lepaskan. Areena terus menarik tangannya lalu meramas jari.

"Ooh."

Suasana hening sekali lagi, ingin sahaja hati mereka berdua meronta untuk berbual sakan seperti dahulu.

****

      Lagu selamat hari raya dari Saloma berkumandang di Empire High School. Semua pelajar dihiasi dengan senyuman mekar dibibir. Ada yang memakai baju raya sedondon bersama pasangan masing-masing. Areena mencari kelibat rakannya, apabila matanya ternampak susuk tubuh yang paling menarik terus dia tersenyum nipis, kakinya laju berjalan ke arah rakannya. Dikalangan pelajar Empire High School, kumpulan Bad Girl paling menarik perhatian pelajar. Dengan mempunyai wajah yang cantik bak bidadari dan tubuh yang menggoda. Semua tak jemu memandang. Lelaki atau perempuan mesti akan memandang kumpulan gadis yang terkenal dengan sikap dingin itu.

    Dan semestinya ketua Bad Girl iaitu Areena yang paling menawan di situ. Wajah yang persis arab itu sangat membuat pelajar lelaki terpukau dan pelajar perempuan pula cemburu dengan kecantikkan dari ketua Bad Girl itu.

    Areena mengaibaikan mata-mata yang memandangnya itu, apabila dia sudah berada di rakannya terus tubuh rakannya dipeluk.

    "Cantik gila kau Reen." Puji Ainna sambil jarinya membelek wajah Areena yang penuh dengan makeup. Boleh dikatakan Areena memakai full makeup. Walaupun makeupnya hanya sekadar untuk menonjolkan kecantikannya. Cukup membuat pelajar lain terpukau dengan melihat wajah Areena.

    "Tak adalah. Kau semua paling cantik." Balas Areena dengan memuji rakannya kembali. Batrisya sudah tersipu malu sambil menutup mulutnya, mereka berempat pada hari itu paling cantik.

    "Okay stop balas puji. Sekarang aku lapar gila, jom pergi dekat food truck untuk isi perut aku yang dari tadi meroyan minta diisi ni." Tegur Hanis sambil mengusap perutnya yang kempis itu. Kecur air liur dia apabila melihat 5 buah food truck diparkir di perhimpunan sekolah. 

     Areena mengelengkan kepalanya melihat karenah rakannya.

     "Berhenti." Suara Ainna membuat mereka berempat berhenti secara mengejut. Nasib baik mereka tidak jatuh seperti nangka busuk. Batrisya sudah mengimbas wajahnya.

    "Ainna kau dah kenapa? Kau jangan sampai aku keluar ayat rempit." Ujar Batrisya dengan wajah yang merah. Dia nyaris tergolek disebabkan berhenti secara mengejut.

    Wajah Ainna serius, matanya memandang pasangan yang sedang membeli makanan di food truck. Membara hatinya menahan kemarahan. Dia memandang tiga rakannya itu.

     "Kau tengok dekat food truck makanan chicken chop tu."

      Ketiga gadis itu memandang ke arah yang dituju oleh Ainna. Semua berwajah merah menahan marah manakala Areena sudah pucat dan meramas jari. Dia ternampak susuk Rayyan yang kemas dan bergaya memakai baju melayu berwarna biru tua itu bersama dengan sampin. Songkok juga dipakai dan ianya membuatkan Rayyan dua kali lebih hensem dari sebelum ini.

     "Aku nak pergi serang suami kau." Ujar Batrisya. Tangannya itu seakan ingin menikam Rayyan. Wajah Areena yang pucat itu memandang Rayyan dengan pandangan kosong.

     "Aku nak tarik sampin Rayyan biar terlondeh." Ujar Hanis pula. Batrisya dan Ainna memandang Hanis dengan riak yang sukar ditafsir.

    "Tarik sampin buat apa Ikha. Orang tarik seluar biar dia malu."

     Hanis mengaru tepi kepalanya.

     "Kalau tarik sampin tak malu ke?"

     Ainna dan Batrisya mengelengkan kepalanya serentak.

     "Tak." Hanis sudah memuncungkan mulutnya serta mengangguk kepalanya. Dia memandang Areena yang dari tadi diam membisu.

      Areena melihat kemesraan pasangan itu dengan pandangan kosong. Matanya kian kabur akibat air mata yang terkumpul. Terus dia mengesat air mata apabila air matanya ingin mengalir di pipi.

    Dia kena kuat.

   Dan dia tak nak makeup dia hancur.

    "Reen kau okay? Nak pergi sana tak?" Soal Ainna. Areena mengeleng sebelum ada suara memanggilnya.

    "Mak limah oi." Areena memandang gerangan yang memanggilnya itu. Dia dah tahu sangat siapa yang panggil dia kalau bukan.

    Putera Aryan.

    Ainna sudah membuat wajah cemberut apabila Megat Raykarl berada di sisinya.

    "Hai sayang." Ujar Megat Raykarl dengan suara menggoda. Ainna menjulingkan matanya.

    "Apa budak manja?"

    "Aum garang." Sakat Megat Raykarl lalu tergelak kecil sehingga menampakkan lesung pipitnya yang dalam. Arwan yang berada di sebelah Raykarl memukul kasar bahu Raykarl sehingga dia mengadu sakit.

     Raja Izzat pula hanya diam memandang 4 gadis yang berada di hadapannya. Hanis menjuling matanya.

       "Korang buat apa dekat sini?" Soal Hanis dengan malas. Kumpulan Bad Girl dengan Black sangat rapat sebenarnya tetapi dihadapan pelajar Empire High School mereka terpaksa berlakon seperti musuh. Barulah nampak cool. Dan kumpulan Black adalah gengster sekolah taik ayam bak kata Areena.

      "Sengaja. Kitorang takde partner. Jom jadi partner kami berempat?" Ujar Putera Aryan. Dia memandang Areena yang diam membisu itu. Aneh. Biasanya gadis itu yang paling membantah.

      "Tak nak aku partner dengan korang. Aku dah ada someone special." Suara Ainna memecahkan suasana hening itu.

        "Aku pun." Batrisya mengangkat tangannya.

        "Aku juga!" Hanis pula mengangkat tangannya. Hanya tinggal Areena sahaja yang diam membisu.

        "Kau Reen?" Serentak mereka berempat itu bertanya. Areena memandang Rayyan yang bersama dengan Lilly itu sebelum senyuman sinis terukir di bibirnya.

       "Kau berempat jadi partner aku." Dingin suara Areena. Ainna dan yang lain hanya membuat muka selamba. Manakala 4 manusia itu sudah melompat seperti monyet. Mereka berempat menunduk, pelajar Empire High School terus memandang mereka berlapan itu.

    "Tuan puteri ingin ke mana?" Soal Si Aryan.

     "Putera putera yang kacak ini boleh temankan puteri." Suara Raykarl pula.

      "Dan putera kacak ini akan menolong tuan puteri." Raja Izzat bersuara dan akhir sekali Arwan.

      "Cepatlah sebelum aku sumbat korang dalam lubang jamban." Dingin Arwan berkata lalu dia berjalan menuju ke food truck.

     Mereka berlapan menghampiri pasangan bercinta itu. Areena hanya diam membisu. Dan tiada langsung niat ingin menegur sebelum suara seseorang menegurnya.

     "Eh Areena. Tak nak join saya dan Rayyan ke?" Suara Lilly bertanya. Walaupun soalannya sangat ringkas tapi cukup membuatkan hati Areena seperti dipanah dengan petir.

    Sakit.

     Rayyan hanya memandang Areena dengan wajah yang selamba. Tiada senyuman yang ingin dihadiahkan buat Areena. Areena yang perasaan perubahan Rayyan hanya diam membisu. Kenapa begitu cepat suaminya berubah?

    Masih segar lagi ungkapan cinta yang menenangkan hatinya itu yang diucapkan oleh Rayyan dua hari yang lepas. Areena mengigit bibir. Hatinya semakin sakit.

    "Takpelah. Saya tak nak ganggu awak dengan Rayyan." Perit bibirnya ingin mengucapkan kata-kata itu. Lilly tersenyum sebelum lengan Rayyan yang berlapik dengan baju melayu itu dirangkul. Areena sudah terkedu di situ. Air matanya bertakung.

    Ainna, Hanis dan Batrisya hanya menahan kemarahan yang membuak-buak apabila Rayyan tidak menghalang perbuatan haram dari Lilly itu. Tidak bersalah ke dia? Buat di hadapan isteri pulak tu.

    "Oh thank you Areena. Memahami kitorang." Lilly berkata. Rayyan memandang ke arah lain. Tidak ingin melihat wajah isterinya. Dalam diam dia ingin memarahi Areena akibat rapat dengan empat jejaka hensem itu.

    Tak sedar ke dah ada suami?

    Masih nak menggatal dengan lelaki lain?

    Aryan yang perasan riak Areena itu memandang wajah Lilly dengan penuh jijik.

     "Yow jelly, kau tak sapu rata foundation tu." tegur Aryan membuatkan Lilly termalu sendiri. Panggilan Aryan itu juga membuatkan Lilly menahan geram.

     Irfan, Hairul dan Farhan yang baru sampai itu terkejut apabila melihat Lilly merangkul lengan Rayyan. Irfan membisik kepada Farhan dan Hairul.

     "Kita geng diorang berlapan tau. Aku tak nak duduk dengan Jelly."

     "Aku pun, baik duduk dengan Hanis." Farhan bersetuju dengan kata Irfan. Lalu mereka bertiga berada di sisi Bad Girl dan Black.

    "Hai kesayangan." Tegur Irfan. Ainna tersenyum malu.

     "Hai." Irfan tersengih melihat wajah Ainna yang merah itu sebelum dia memandang  Aryan yang sedang mengutuk Jelly. Sempat matanya memandang wajah pucat Areena.

     "Eh Jelly, kau nak masuk api neraka ke yang pegang lengan Rayyan." Pedas kata-kata Irfan membuatkan Lilly melepaskan rangkulan lengan Rayyan.

      "Senyap. Jangan masuk campur hal aku dan Lilly." Dingin Rayyan berkata. Dia menarik lengan baju Lilly. Sempat Lilly tersenyum sinis memandang Areena. Areena sudah mengigit bibir. Mungkin esakan akan terkeluar dibibirnya.

     Rayyan berhenti di hadapan Areena yang sudah ingin menahan tangisan itu. Hatinya mahu sahaja memeluk isterinya supaya tidak menangis tetapi disebabkan ego dia hanya membiarkan Areena begitu.

     "Aku dengan Lilly nak tangkap gambar dekat sana. Nanti kau tolong ambilkan boleh?" Pinta Rayyan. Areena memandang mata Rayyan lama sebelum dia mengangguk kepalanya.

    "Bo-boleh nanti a-aku pergi dekat sana." Hati Areena seperti dipijak-pijak. Suaranya tergetar menahan tangisan. Dia sanggup menyakitkan hatinya untuk menjaga hati Rayyan.

     "Thank you." Ujar Rayyan lalu berlalu pergi. Areena diam, matanya memandang ke bawah. Hatinya kini sakit. Sakit dengan kelakuan Rayyan.

    Ainna dan rakannya sudah mengusap bahunya supaya tidak menangis dengan teruk. Putera Aryan mengerutkan dahi apabila melihat Areena yang seperti mayat hidup apabila bercakap dengan Rayyan.

    Ada hubungan ke diorang tu?

    Irfan, Hairul dan Farhan hanya mampu memohon maaf kepada Areena akan perubahan Rayyan yang ketara itu.

     Dan kini hati Areena serapuh-rapuhnya. Sungguh menyakitkan apabila cintanya yang ikhlas itu akhirnya dikhianati oleh yang tersayang. Dan dia berdoa supaya cinta dia terhadap Rayyan tak akan hilang sehinggalah Dia yang menghilangkan perasaan cinta itu.

****

        "Rancangan kita berjaya." Suara gadis itu penuh dengan angkuh.

       "Tak sangka begitu mudah Rayyan berubah hati. Kalau bukan disebabkan dia mesti susah untuk buat Areena terseksa. Dan mungkin kita patut berterima kasih dekat Rayyan kerana bodoh dan mudah makan umpan." Ujar pula yang berada di sisi gadis itu. Manakala salah sorang dari mereka hanya diam membisu. Dia mesti hancurkan rancangan bodoh ini.

Korang tak rasa boring ke? Ayna rasa macam merapu je tauu! Huhu okaylah bye. Btw baju raya korang warna apa? Dan korang buat apa je masa raya ni?

Continue Reading

You'll Also Like

48.4K 2.8K 32
﷽ "Walau apa pun yang terjadi,awak tetap ada di dalam hati saya.Dan cinta saya tak pernah berganjak dari awak." mampukah seorang Adrian Luthfan memeg...
14.5K 776 8
⚠️ NO PLAGIAT ⚠️ [ sambungan MR. BAD BOY ] Pertemuan itu hanyalah kemalangan kecil tetapi disebabkan kemalangan itu mereka terpaksa disatukan kerana...
218K 14.3K 58
Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika orang tuanya bercerai. Bertambah tragik, d...
19.9K 948 35
Seorang CEO bersifat dingin yang menyamar menjadi barista hanya untuk mendekati seorang gadis sekaligus bakal isteri yang mahu dijodohkan dengannya...