DIANA

By thewhitewonder

965K 35.4K 1.2K

Kerana menghormati keputusan orang tuanya, Diana menggadai diri masuk ke dalam dunia yang berbeza dengan kehi... More

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52 - F I N A L E
Nota Kaki : D I A N A

25

18K 648 10
By thewhitewonder

Ez dan Nizam rancak bersembang dengan rakan-rakan universiti mereka. Mereka dalam sepuluh orang dari pelbagai negara termasuk UK sendiri. Mereka masing-masing menceritakan kisah hidup mereka sekarang. Tambah pula mereka membuka cerita dan kenangan pada zaman universiti. Semakin riuh gelak tawa mereka di meja itu.

Mereka masing-masing berbual sambil meneguk bir dan minuman alkohol lain. Kecuali Ez dan Nizam. Mereka hanya memesan Coke. Mereka hanya menutup mata melihat rakan lain meneguk minuman itu. Rakan-rakan mereka mulanya hairan melihat Ez dan Nizam yang menolak minuman memabukkan itu. Tidak lagi seperti dulu. Namun, mereka berdua berani berterus-terang yang mereka sudah berhenti mengambil alkohol.

Mereka tidak mahu bercerita lebih demi menjaga hati salah seorang dari mereka yang juga Muslim tetapi mengamalkan cara hidup yang jauh daripada apa yang Islam ajar. Lebih kurang macam Ez dahulu. Tetapi mujur rakan-rakan mereka faham. Malah terharu sekurang-kurangnya Ez dan Nizam rela berjumpa dengan mereka di kelab malam sebegitu.

Ez sebolehnya tidak mahu masuk ke tempat-tempat 'gelap' itu lagi. Dia sudah berjanji pada dirinya untuk cuba yang terbaik menjauhkan diri dari perkara haram di sisi agama. Tetapi Ez dan Nizam terpaksa bersetuju disebabkan rakan-rakannya sudah berjanji mereka mahu berjumpa di situ dan tiada tempat lain seperti restoran yang masih dibuka pada jam sebegitu. Apatah lagi untuk mereka berbual dan berketawa riuh begitu, mereka memerlukan tempat yang mempunyai suasana yang sesuai.

.

Jam menunjukkan hampir 12.30 pagi. Sudah 3 jam mereka berbual di situ. Ez mula resah teringatkan Diana yang ditinggalkan bersendirian di hotel. Dulu selalunya dia akan pulang jam 2 ke 3 pagi. Tetapi kini dia tidak mahu malamnya dihabiskan dengan perkara begini. Ez mahu meminta diri. Tapi risau memikirkan apa pula kata rakan-rakannya nanti. Sedangkan dulu dia kadang hanya bermalam di kelab. Hatinya mula berbelah bahagi.

'Kenapa pulak aku nak kena kisah apa diorang ni cakap kan? Janji aku balik sekarang.' Hatinya tekad.

Ez memberi isyarat pada Nizam yang dia mahu balik ke hotel dahulu. Nizam pun memberitahu dia mahu ikut beredar kerana matanya sudah berat, penat kerana perjalanan jauh harini. Lalu, mereka berdua meminta diri. Mereka memeluk semua rakan-rakan yang hadir malam itu.

Mujur setengah rakan-rakan mereka faham yang mereka penat datang dari jauh dan tidak kurang setengah mereka sempat memerli Ez kerana sudah berkahwin dan takut pada isteri untuk pulang lewat. Ez tidak ambil hati. Dia tahu mereka sekadar bergurau sebagai rakan.

.

"Kau memang dah tak minum ke?" Soal Ez pada Nizam dalam perjalanan pulang ke hotel.

Ez tersenyum senget.

"Tak. Kenapa kau tiba-tiba tanya?" Soal Ez.

Nizam terkedu. Ez tersenyum lagi.

"Ya la. Sejak aku dah tak pergi club, kau pergi sana lagi ke? Lagipun kat sana je la aku boleh nampak kau minum. Itupun sikit je sebab nak drive aku balik." Ez mengangkat kening pada Nizam, masih menunggu jawapan. Dia tahu Nizam jarang minum sampai mabuk sepertinya kerana hanya pada Nizam dia harapkan jika dia telah mabuk. Dia takut jika Nizam sendiri minum hanya kerana berkawan dengannya.

Nizam tersengih lalu menggeleng perlahan.

"Nope."

"Serius la? Aku tahu kau memang bukan heavy drinker tapi serius kau dah tak minum langsung?"

"Yes. Aku dah stop. Aku pun nak slow-slow berubah jugak. Takkan kau je nak jadi baik." Nizam menjeling Ez.

"Hahahah. Nice! Pasal tu aku sayang kau." Ez ketawa. Nizam membuat muka.

"So tolong remind aku kalau kau nampak aku nak ke arah masa gelap tu dulu. Selain doa, kau je aku harapkan." Pesan Ez.

"Okay. Kau pun sama remind aku."

"InshaaAllah bro." Balas Ez sambil menghala tapak tangannya pada Nizam sebagai tanda high five. Nizam menyambut tangan Ez sambil sebelah tangan lagi memandu kereta.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Perlahan Ez membuka pintu bilik hotel. Dia melihat bilik sudah gelap dan hanya diterangi cahaya suram dari lampu tidur. Ez berjalan perlahan ke arah meja berhampiran tingkap. Dia meletakkan telefon dan jam tangan dengan berhati-hati. Dia tidak mahu buatkan Diana terjaga daripada tidur yang lena.

Saat Ez melangkah hendak ke bilik air, dia terhenti melihat Diana. Dia menghampiri katil Diana dan duduk di sisi katil dengan perlahan. Matanya hanya merenung wajah Diana yang nyenyak tidur. Masih belum puas melihat wajah Diana yang telah pulang kepadanya. Tanpa sedar bibir Ez mengukir senyuman.

"I really hope one day you will totally accept me as your husband." Ez berbisik perlahan.

Ez leka merenung wajah Diana. Hatinya tenteram melihat wajah itu. Dalam cahaya suram itu, dia mula perhatikan mata, hidung, bibir dan seluruh wajah Diana bersama rambut lurus yang dibiarkan lepas. Dia rasakan Diana sangat cantik pada matanya tambah pula dalam pyjama dusty pink satin itu.

Tiba-tiba dia dapat rasakan jantungnya berdegup laju. Perasaannya ingin membelai Diana mula membuak-buak. Tangannya mula bergerak ke kepala Diana namun terhenti.

"What am I doing?" Ez menghentikan perbuatannya. Takut jika Diana terjaga, pasti Diana akan salah sangka padanya. Ez menegakkan duduknya semula.

'What has happened to me just now? Do I really have fell in love with her?' Ez berkerut kerana keliru memikirkan perasaan sebenarnya pada Diana. Dia akui setiap kali dia bersama Diana, dia kerap berasa berdebar.

Dia menoleh semula pada Diana. Kalaulah dulu dia melayan Diana sebagai isteri walaupun dia tidak mencintai perempuan ini, mungkin malam ini dia dapat membelai Diana tanpa perlu takut rasa takut.

Ez menghentikan lamunannya. Dia hanya membetulkan comforter Diana yang sudah teralih.

'Good night...sayang.' Ez tersenyum dan hanya mampu berbisik dalam hati.

.

Ketika sedang lena dibuai mimpi, Ez tersentak dari tidur apabila terasa ada jari bermain belakang lehernya. Pada mulanya dia selesa dibelai begitu namun lama kelamaan hatinya mula risau. Rasa seram sejuk pun ada. Padahal tadi dia yang bergurau menakutkan Diana. Perlahan dia membuka matanya.

Ez membetulkan pandangan matanya. Nafasnya terhenti apabila melihat wajah Diana terlalu hampir dengan wajahnya. Diana berada di sebelah dan sedang nyenyak tidur di atas lengannya.

Dia kemudian menoleh melihat lengan Diana yang memeluk dadanya malah jari Diana sedang bermain rambutnya di leher tadi. Ez mula perhatikan sekeliling. Walaupun bilik itu gelap, dia yakin dia masih berada di katilnya sendiri.

'Wait. Kenapa Diana kat katil aku ni?' Ez mula berdebar. Dia menelan air liur takut Diana terjaga.

'Ni mesti dia pergi toilet tadi pastu silap katil. Aduhh!! What am I supposed to do?' Tangan kanannya meraup wajahnya.

Perlahan Ez mengalihkan lengan Diana ke sisinya. Dia mengetap bibir dan cuba bangun dengan perlahan kerana takut Diana terjaga. Dia menahan nafas sepanjang bangun dari katil itu.

Ez menghembus nafas lega apabila berjaya berdiri dari katil dengan selamat tanpa membuatkan Diana terjaga. Dia membetulkan semula comforter di atas Diana. Dia mencapai telefonnya dan melihat jam menunjukkan pada pukul 3 pagi.

'Haishh awal lagi. Ingat nak dekat subuh boleh siap-siap bangun.'

Ez terus membaringkan diri di atas katil Diana. Dia mahu rehat yang cukup kerana terasa hari ini merupakan hari yang panjang baginya. Tambah lagi dengan meeting di office tadi.

Dia cuba melelapkan mata namun bibirnya mengukir senyuman lebar. Dia menoleh pada Diana di katil sebelah. Entah kenapa geli hati dengan kejadian tadi. Sekarang dia dah tahu memang itu habit tidur Diana!

.

Akhirnya pagi sudah menjelang. Jam sudah menunjukkan tepat pukul 10 pagi. Cahaya pagi di luar yang menembusi pintu balcony membuatkan Ez terjaga dari tidur. Dia menggeliat sepuasnya membetulkan badan yang tidak selesa.

Matanya terkedip-kedip melihat tingkap yang terang bercahaya. Dia lihat Diana tiada di katilnya. Dia duduk dan menoleh melihat sekeliling bilik untuk mencari Diana.

Kedengaran pintu bilik air ditutup. Diana baru keluar dari bilik air dengan rambut yang dibungkus tuala.

"Bangun dah?" Tegur Diana.

"Hmmm. Morning." Ez masih mamai dan termenung melihat dinding. Rambutnya sudah seperti dilanda taufan.

"Awak balik pukul brapa smalam?" Soal Diana.

"Almost one."

"Haaa?! Lambatnya. Patutlah macam penat je tengok awak tidur."

"Hmm? Sekarang pukul brapa?" Ez balas dengan soalan.

"10 pagi."

"What?! Apesal tak kejut saya?" Ez panik kerana tidak sangka dia akan bangun lewat sebegitu.

"Ummm....kenapa awak tak solat Subuh ke?" Diana masih selamba menjawab. Hairan melihat respon Ez sebegitu.

"Solat lah. Tapi tadi tengok awak sedap tidur tak boleh solat, saya tidur lah balik. But, I thought it's gonna be a short nap."

Diana mendengus sinis. Salahkan kita yang uzur ni pula.

"Short nap la sangat. Saya malas la nak kejut sebab tengok awak nyenyak sangat tidur. Takut awak penat dari semalam kat office lepas tu travel ke sini. Rupanya malam tadi pun awak memang balik lambat."

"Isshh. Dah lambat dah." Ez mendengus sambil baring semula di atas katil. Seperti kesalkan sesuatu.

"Kenapa? Awak rushing nak pergi mana-mana ke?"

Ez senyap seketika.

"Aah. Ya lah nak pergi breakfast."

Diana terus spontan ketawa.

"Laa tu je?" Diana geli hati ingatkan ada sebab yang serius Ez nak keluar awal pagi.

"Awak la tak lapar ke dah pukul 10 tak breakfast lagi?"

"Lapar but I don't mind. Hari ni je kan breakfast lambat."

"Nizam ada call awak?" Ez menyoal Diana, teringat pula pada rakannya itu.

"Tak ada pulak."

"Entah-entah dia pun sama tengah tidur. Saya baru ingat nak bawak awak pergi breakfast kat satu cafe ni." Ez meraup rambutnya menggunakan tangan.

"Lambat sangat dah ke? Cafe tu tutup pukul berapa?"

"Tak pun. Dia open je sampai petang."

"Laaa. Dah tu?" Diana membuat muka hairan.

"Okay jom siap." Ez tersengih dan terus bergegas bangun mencapai tualanya. Diana hanya menggeleng melihat perangai Ez.

'Ingatkan dia ni robot tak tahu penat. Rupanya tahu jugak sampai terlajak tidur.' Diana tersenyum.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Mereka tiba di Cafe Murano yang tidak jauh dari hotel mereka dalam jam 11. Ez memilih untuk mereka duduk di meja di sebelah tingkap supaya dapat melihat pejalan kaki di luar dan suasana bandar itu pada waktu pagi.

"Kenapa Nizam tak nak ikut?" Diana mulakan perbualan sementara menunggu order makanan mereka sampai.

"Tak tahu lah. Nak jumpa girlfriend kot." Ez jawab acuh tak acuh sambil memeriksa phonenya.

"Seriously Nizam punya girlfriend kat sini? Ke memang orang mat saleh?" Terbeliak mata Diana nak tahu tentang Nizam.

Ez tergelak melihat wajah Diana lalu menutup telefonnya. Dia ingin memberi tumpuan kepada Diana.

"I was joking. Dia nak jumpa kawan dia. Coursemate dia dulu."

"Ishh. Awak ni. Ingatkan betul la Nizam ada buah hati kat sini. Oh jadi awak dulu tak sama course dengan Nizam ke?"

"Tak lah. Kitorang kenal masa dari first year sebab event macam Open Day kat Malaysia Embassy and then we were so clicked. Turns out we were from the same university and he is also from KL. Macam tu lah cerita dia macam mana boleh kawan sampai sekarang."

"Ohh. Awak tak ada girlfriend ke kat sini?" Spontan soalan itu keluar dari mulut Diana.

Ez tergamam dengan soalan itu. Dia cuba menyorok perasaan sebenarnya mendengar soalan itu. Kerana perkara itu pahit untuk dia ingat.

"Mestilah ada. Ramai kot girlfriends saya. I was quite famous back then." Dia cepat-cepat melarikan matanya ke arah luar tingkap. Tidak sedap hati dengan soalan Diana. Tidak suka bila fikirannya teringat pada satu nama.

Diana membuat muka menyampah dengan jawapan angkuh Ez. Dia memerhatikan wajah Ez.

'Famous? Mestilah dah orang hensem macam dia ni. Kaya. Keturunan kerabat pulak. Tapi kenapa la kahwin dengan aku yang biasa ni.' Diana berbisik dalam hati.

Mata Diana kemudian tidak sengaja bertentang mata dengan Ez yang menoleh melihatnya. Ez terkedu sekali lagi. Tidak sangka dia akan berdebar direnung oleh perempuan dan perempuan itu ialah isterinya yang sah. Tiba-tiba, Diana tergelak kecil.

"Kenapa awak gelak?" Ez berkerut bertanya pada Diana.

"Mata awak la. Bengkaknya! Lama sangat ke awak tidur? Ke awak tak cukup tidur lagi? Tapi selalunya awak macam jarang je terlajak tidur ni even tidur lambat." Diana sambung ketawa.

Ez menggaru lehernya. Apalah yang kelakar sangat pada wajahnya. Dia terus melihat wajahnya pada pantulan skrin telefon.

"Entah la. Malam tadi tidur saya terganggu. Lepas tu susah nak tidur balik. Dah la tidur lambat."

Wajah Diana kembali serius. Kesian pula melihat wajah penat Ez.

"Kenapa pulak tidur awak terganggu?"

"Entah la rasa macam sesak la tidur semalam." Ez cuba menyorok sesuatu.

"Sesak?"

"Aah. Rasa macam....katil tu sempit. Saya kena himpit ke?" Ez menjawab selamba.

Diana mula rasa seram sejuk mendengar jawapan Ez. Bulu romanya berdiri tegak. Pada masa itu makanan mereka sampai di meja. Dia terpaksa menahan soalannya sebentar. Selepas pekerja kafe itu beredar, pantas Diana menyoal semula.

"Eeiii apa awak cakap ni?"

"Ya la. Saya terjaga sebab rasa macam... I don't know. Like someone ummm i mean something was touching me." Ez sengaja menggayakan cerita seram.

Mulut Diana terlopong. Jantungnya berdegup laju. Paling tak suka cerita seram begini.

"Awak ni jangan buat cerita seram eh!! Kita malam ni nak tidur lagi kat bilik tu tau. Tapi kan awak, saya pun rasa pelik. Sebab malam tadi saya rasa saya tidur kat katil saya. Tapi pagi tadi bangun saya tengok saya kat atas katil awak. Ke...... awak ade buat apa-apa kat saya?!" Pantas Diana bercerita lalu menghala garfunya pada wajah Ez.

"Wait. Ingat saya nak angkat awak ke? Tak kuasa. Dah tu buat apa reserved dua katil. Ummm... saya memang tengok awak dah tidur katil tu saya tidur la katil lagi satu." Ez menyorok.

"Ye ke? Emmm. Nevermind. Okay then, we better stop talking about these creepy things. Saya tak suka." Diana terus sambung memakan American sandwichnya.

Ez pula tersenyum menahan ketawa melihat Diana. Tidak sangka Diana percaya kata-katanya. Dia pun tidak mahu Diana malu jika dia menceritakan perkara sebenar.

Sedang menjamu selera mata Ez kemudian tertoleh pada seorang wanita berusia 40an yang keluar dari dapur. Dia terus melambai ke arah wanita itu dan membuatkan Diana turut menoleh.

"Oh God hi!!" Jerit Susanne, pemilik cafe itu teruja melihat Ez lalu menghampiri meja mereka.

"Hello Susanne. Alright?"

"Great! You?"

"I'm good. Oh this my wife, Diana. Diana, this is Susanne." Ez memperkenalkan Diana pada Susanne.

"Oh you've been married? Congratulations!! So lovely to see your wife."

"Yeah. It has been one year."

Susanne mendepakan tangannya untuk memeluk Diana. Diana tersenyum dan terus bangun menyambut pelukannya.

"Have your seat darling. How long u've been here?"

"Yesterday. But we gonna leave tomorrow."

"What?! That's so fast. I saw you last two years and that time you came just only for four days."

"Yup. This time I was so rushed to come here. Attending my landlord's funeral."

"Wait. Your landlord? The nice lady? That's so sad." Susanne mengekspresikan wajah sedihnya.

"Yes. That's why I rushed to come here for her and need to leave soon." Ez menjawab.

"So nice of you willingly came from far. She must be so happy to see you came."

Ez hanya tersenyum. Susanne kemudian melihat jam tangannya.

"Oh God. I really gotta go. I need to see someone after this. It is so so nice to see both of you. Please enjoy your meal alright. Ez, really glad we can meet here. Diana, please enjoy your time here. Hope can meet you again soon."

Susanne memegang bahu Diana. Diana turut tersenyum memandang wanita itu.

"Alright. I will come here again, absolutely. Nice to see you too." Ez melambai pada Susanne yang bergegas keluar dari cafe itu.

"Susanne tu siapa?" Soal Diana ingin tahu.

"Owner cafe ni." Pendek jawapan Ez.

"Oh really? Patutlah mesra pelanggan."

"Hahaha. Sebab saya ni regular customer dia. Dulu saya selalu datang breakfast kat sini pasal tu la sampai dah kenal dia. Lagipun sedap kan makanan kat sini?"

"Sedap. Sedap gila." Diana gigih memotong waffle sambil tersenyum gembira kerana makanan yang dihidangkan sangat sedap. Ez melihat Diana terus menepis perlahan pisau Diana.

"Sini saya buatkan." Kata Ez.

Diana terus terkedu.

"Awak pernah datang sini?" Soal Ez sambil memotong waffle tadi.

"Sini? Maksud awak?"

"London. Or UK. Pernah sampai sini?"

"Emm...tak." Diana menggeleng. Dia sangat jarang dapat ke luar negara kerana sering berjauhan dengan keluarga.

Dia sudah menetap di sekolah asrama sejak tingkatan satu lagi. Jadi, dia hanya berkesempatan mengikut keluarganya bercuti ke luar negara pada cuti sekolah atau cuti sem yang panjang sahaja. Tetapi belum pernah dia merasa menjejakkan kaki di bumi Britain.

"Lepas ni kita jalan-jalan eh." Ez mengajak Diana untuk melawat bandar London yang bersejarah baginya itu.

"Ye ke? Bestnyaaa! Nak pergi mana?" Wajah Diana jelas teruja.

"Hmmm. First kita pergi universiti saya dulu. Okay tak?"

"Okay je." Senang jawapan Diana. Dia tak kisah ke mana asalkan dapat berjalan. Ya lah, sejak bergelar isteri Ez jarang dia dapat bercuti selain jika pulang ke Ipoh.

.

Mereka keluar dari kafe dan mula berjalan ke arah kereta yang diparking dalam 50 meter dari kawasan kedai. Diana leka melihat kedai-kedai di situ yang cantik reka bentuk bangunannya yang memang menjadi minatnya. Ez yang berjalan di sebelah sibuk melihat skrin telefon kerana masih berurusan dengan pembantunya di pejabat.

Tiba-tiba tanpa mereka sedari di belakang mereka seorang lelaki berkasut roda meluncur laju di laluan pejalan kaki itu. Dia sangat hampir dengan Diana. Ez yang sempat menoleh kebelakang tanpa berfikir panjang terus menarik Diana.

Kejadian itu terjadi sangat pantas. Selepas lelaki itu berlalu, baru mereka sedar posisi tubuh mereka.

Diana terkedu apabila dia mendongak dan melihat wajah Ez betul-betul di atas pandangannya. Tangan Ez memeluk erat pinggang Diana. Ez juga turut tergamam apabila melihat pandangan mata Diana dan mula rasa jantungnya berdegup laju.

Dub. Dub. Dub. Dub.

.

To be continued....

P.s This is my first work in Wattpad. Jangan lupa vote and feel free to comment :)
Love, TWW

Continue Reading

You'll Also Like

42.3K 3.4K 46
- Jarum masa itu ibarat satu petunjuk yang menyelak lembaran duka. - Oleh kerana tidak dapat menerima kehadiran ibu tirinya, Kasih Amalin berubah men...
1.3M 45.3K 86
[SINOPSIS]: (Raisya Amyra) Seorang bos yang sangat komited. Tahap garang dia tak usah cakaplah. Mak singa pun boleh lari kalau dengar dia mengamuk...
557K 10.4K 46
Tengku Afran adalah seorang lelaki yang hidup penuh kemewahan dan suka berfoya-foya. Perangainya itu sungguh merungsingkan Dato Aydan dan Datin Rapia...
345K 13.5K 48
COMPLETED Evans's Series [#1] - A sequel to Kerana Dia "Ros Idris? Ni bukan ke Ros? Kenapa muka dia ada dalam majalah?" Seperti yang dijanjikan,Rosa...