DIANA

Av thewhitewonder

965K 35.4K 1.2K

Kerana menghormati keputusan orang tuanya, Diana menggadai diri masuk ke dalam dunia yang berbeza dengan kehi... Mer

1
2
3
4
5
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52 - F I N A L E
Nota Kaki : D I A N A

6

15.1K 670 21
Av thewhitewonder

Petang itu, Ez terus balik ke rumah selepas pulang dari kerja. Diana terkejut kerana rasanya ini baru kali kedua dia lihat Ez balik awal ke rumah.

Ez ke meja makan dan menjamah kuih yang disediakan oleh Mak Mah. Diana yang di dapur mula rasa cemas. Dia teringat peristiwa pagi tadi di meja makan. Namun, dia terus tersedar.

'Dah kenapa aku pulak yang nak kena takut? Bukan aku buat salah, dia yang buat salah. Cool Diana. This is so not you to be a coward.'

Mak Mah menolak Diana apabila melihat Diana mengintai Ez dari dapur. Dia tergelak.

"Buat apa ngintai je, pergilah teman Ez makan. Dapat jugak pahala."

Diana menoleh kerana terkejut. Dia hanya tersengih.

"Heheh. Tapi Diana takutlah Abang Ez bad mood sebab pagi tadi."

"Tak adalah. Kenapa pulak nak marah. Pergilah teman Ez tu, sikit lagi Tengku Mustafa pulak balik."

Diana perlahan-lahan pergi ke meja makan cuba menegur Ez.

"Awal awak balik."

Ez toleh dan menjeling Diana. Diana terkedu tetapi cuba berlagak tenang.

'Ish dia ni. Aku ni kumpul effort nak tegur. Cucuk mata tu kang.' Diana mengutuk dalam hati sambil menuangkan teh ke dalam cawan Ez. Lalu dia duduk bertentangan dengan Ez.

"U never saw drunk people?" Ez mula bersuara.

Diana terkedu ini ayat pertama keluar dari mulut Ez. Tetapi dia dah bersedia nak berperang dengan Ez.

Diana menggeleng. Ez merenung Diana tanpa kata. Jadi betullah Diana ini sangat innocent. Hidupnya benar-benar terjaga.

"So are u dissappointed to see me who is your husband is a drunkard?"

"Mestilah." Jawab Diana cuba berlagak tenang.

Ez bersandar pada kerusi.

"Baguslah u dah tahu i ni minum. Tak payah i nak cover lagi bila i balik rumah. And at least u tahu lifestyle i not that good isn't it?" Ez seperti cuba memerli Diana yang rasa dirinya seperti golongan orang baik-baik.

Diana berkerut tanda marah. Kecewa melihat Ez seperti tiada rasa bersalah. Tiada kata maaf yang keluar dari mulutnya. Belum sempat dia nak menjawab Ez bercakap,

"So u want to stay in that room?"

"Yup." Laju Diana membalas.

Ez diam lagi sambil merenung Diana. Dia menghirup teh. Diana mula cuak melihat wajah dingin Ez. Memang macam nak makan dirinya.

"Lagipun awak kan macam tak suka saya dalam bilik awak. Macam tak selesa je dengan saya. Macam rimas je bila saya kejut. So... tak apalah kan saya duduk bilik tu?" Diana menyambung lagi kerana lihat Ez mendiamkan diri.

"Alright." Jawab dia sepatah dengan suara garau dia.

"Tu je? Okay."

"Nope. Not that easy Diana. U can stay in that room with a few conditions." Ez mulakan perang psikologi antara mereka.

'Aduhh ada syarat pulak dah.' Diana membuat muka.

"Apa dia?"

"First, u kena jugak kejut i pagi-pagi."

"Kenapa pulak? Awak kan set alarm. Sebelum ni saya kejut awak marah kan?"

Ez memandang Diana. Tersentap tetapi sengaja dia mahu memberi Diana tugas.

"Nak ke tak?"

"Okay." Diana pantas bersetuju.

"Second, never lock your door."

"Haa what?!"

"Third, u still kena jalankan tanggungjawab u as a wife." Ez pantas menyambung tanpa menghirau reaksi Diana.

Diana terkedu mendengar syarat kedua dan ketiga tu.

'Aduh apa pulak maksud dia. Berkaitan ke dua syarat tu?'

"Kenapa saya tak boleh kunci pintu pulak?"

"Sebab i nak masuk." Jawab Ez selamba.

"Hahh? Emm kenapa...eeeii tak nakk. Nanti orang lain masuk saya tak perasan macam mana?"

"No way. I'll tell everyone. Lagipun bilik kita je yang ade kat bahagian tu. They got no reason to enter your room."

"Tapi kenapa pulak awak nak masuk?"

Ez yang memang tunggu soalan tu mula menongkat dagu dan memberi pandangan gatal kepada Diana, dia senyum senget sengaja nak buat Diana takut.

"Kenapa buat muka gatal macam tu?" Soal Diana risau.

Diana cepat-cepat menukar topik.

"Syarat no 3 tu?"

"Yang tu ye lah. U wife i kan. So kena la buat apa u patut buat. Jaga makan minum i, jaga keperluan i semua. Kalau i kena pergi event u kena ikut. U kena la ingat sikit yang orang tahu u tu wife i." Ez jawab panjang tanpa tarik nafas.

Diana mula buat muka menyampah. Dia paling tak suka bila lelaki suruh isteri jaga makan minum dan keperluan kerana sepatutnya tu tanggungjawab suami. Tapi, apa-apa pun dia lega Ez tak cakap pasal hak batin yang dia paling takutkan. Dan lega Ez tak marah-marah seperti dia bayangkan.

"Lagi? Tiga syarat je?"

"That's all for now."

"No. Lepas ni kalau ada syarat lain saya tak layan. Apa-apa awak bagitahu sekarang." Diana bertegas. Dia pun tak mahu kalah dengan Ez.

Ez geram mendengar jawapan Diana. Namun, dia malas nak bertekak.

"Okay fine. That's all."

"Hmm okay. Saya cuba yang terbaik ya Encik Aizuddin, itupun tengoklah perangai awak macamana." Jawab Diana dengan nada mengejek.

Ez tergamam. Geram.

'Berani betul budak ni.'

Sebenarnya Ez lega Diana bersetuju syarat-syarat yang diberikannya terutamanya no 2. Sebab dia risau kalau jadi apa-apa pada Diana sekurang-kurangnya dia sebagai orang di bilik paling hampir dengan bilik Diana tahu keadaannya.

'Eh kenapa pulak aku kena risau?' Bisik hati Ez. Dia sendiri keliru dengan perasaannya sebagai suami.

"So saya pun ada syarat jugak." Diana bersuara.

Ez memandang hairan.

"Kenapa pulak u nak bagi syarat? Kan u yang nak keluar dari bilik."

"Alah satu je pun."

"Fine. What is it ?"

"Waktu tidur saya pukul 11. Saya get ready nak tidur dalam 10.30. So jangan kacau saya dah masa tu. Okay?"

"Tak okay." Jawab Ez pendek. Pantas Ez bangun dan beredar dengan wajah selamba.

Diana ternganga melihat reaksi Ez.

"Tak aci lah. Saya setuju syarat awak. Bukan satu tapi tiga!"

Diana turut bangun dan mengejar Ez.

"Awak! Ishh geramnya. Degil betul lah awak ni!" Diana menjerit kecil pada Ez. Ez masih terus berjalan dengan langkahnya yang besar tanpa menoleh pada Diana.

Mereka tak sedar dari jauh adik bongsu Ez, Armel tersenyum kerana geli hati dari tadi melihat gelagat pengantin suam kuku ni.

'Gila betul abang Ez berani kahwin dengan entah sesapa pastu bergaduh macam budak-budak.'

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Malam itu, Ez tetap ke club seperti biasa. Cuma lewat sedikit kerana kena 'lecture' dengan papa dan bonda. Mereka memarahi Ez tentang sikapnya yang suka minum. Memang bad mood terus dia. Dan seperti biasa dia ke night club untuk hilangkan tekanan.

Kelab malam yang bingit penuh manusia menari terkinja tanpa batas pergaulan. Air kencing syaitan pula terhidang hampir di semua meja termasuklah di ruang satu meja yang selalu ditempah Ez.

Nizam yang melihat Ez bad mood dari tadi mulakan bicara. Dia tahu masalah Ez dan Diana selepas diberitahu Ez.

"So, kau biar je la Diana duduk bilik lain?"

Ez mengangguk

"Aku tak ada pilihan lain. Aku tak kisah pun dia keluar rumah tu tapi bonda mestilah tak kasi. Takut sangat Diana keluar rumah tu."

"Betul kau tak kisah?" Nizam memandang Ez penuh makna.

Ez merenung Nizam.

"Kau nak cakap apa sebenarnya?" Ez menjawab dengan rasa geram mendengar soalan Nizam.

"Kau tak rasa bersalah ke buat macamni kat Diana? Dia tu anak orang jugak tau." Nizam tahu niat Ez nak berkahwin dengan Diana sejak awal. Tapi dia memang takkan mampu menghalang kerja gila Ez.

"Hahahaha. Bro, why are u so concern about her? She deserved to see our world. Jangan tahu nak judge je." Ez menepuk bahu Nizam dan dah mula mabuk.

Nizam hanya memandang Ez. Dia memang cuba elakkan minum alkohol kerana dia yang akan drive untuk menghantar Ez pulang. Nizam cuba memberi pendapat lagi.

"Aku tahu kau marah tapi serius bro tak perlu kau kurung anak orang macam ni. Ni kira kau sendiri cari pasal nak galas tanggungjawab tapi tak nak buat."

Ez menjeling dan menukar pandangan ke arah wanita-wanita seksi yang menari di atas pentas.

"Ez, kau dengar sini. Sebab kau dah kahwin dah pun dengan Diana, apa kata kau try je pupuk rasa sayang kat dia."

"Kau gila ke apa haaa?!" Wajah Ez terus berubah mula marah.

"Chill bro. I mean, ye lah at least dia tolong kau dari kahwin dengan Ungku Sarlina without her knowing. Apa kata kau cuba tengok Diana tu."

"Apa kau cakap ni?"

"Try to see her as a woman, as a wife. Tengok satu-satu dekat diri dia. Mata, bibir, muka dia, tubuh dia. Kau cuba pupuk rasa suka dekat dia. Kau sedar tak dia isteri kau?"

"Aku tahu lah." Ez berkerut. Tetapi, dia akui rasa terkesan dengan nasihat Nizam. Ego.

'Kau yang kawan je pun sibuk nak nasihat aku.' Ez berkata dalam hati sambil sambung meneguk arak di atas meja.

Tetapi dalam hatinya mula berfikir. Soal perancangannya berkahwin dengan Diana tanpa epilog.

'Sampai bila aku nak simpan Diana sebagai isteri aku?'

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Diana perasan sejak kena 'lecture' dengan bonda dan papa, Ez kerap pulang ke rumah lebih awal. Tak adalah kerapa mana pun. Adalah tiga kali seminggu. Itupun dia pulang jam 10 malam dengan pakaian sukan. Mak Mah kata Ez pergi main skuasy takpun main tennis. Mungkin Ez ni tak boleh duduk rumah waktu malam.

Diana akui dia mula menerima hidupnya di Villa Cempaka. Cuma kadang-kadang sunyi sebab rumah ni seolah tak berpenghuni. Papa dan bonda kerap oustation. Armel pula jarang dapat bersembang dengannya. Hubungan mereka seperti masih janggal. Adik iparnya itu juga kerap keluar dengan kawan-kawan.

Jadi, Mak Mah dan Nonielah rakan bersembang Diana di rumah itu. Kebanyakan masa di rumah Diana memang akan bersama mereka. Oleh kerana Diana buntu tiada apa yang boleh dilakukan dia suka membantu mereka terutamanya Mak Mah dalam menyediakan makanan.

Pernah sekali Ez tegur dia ketika dia duduk di dapur menolong Mak Mah mengemas.

"U ni suka betul duduk dapur kan?"

Diana seperti keliru mendengar kata-kata Ez yang secara tiba-tiba itu.

"Saje je tolong Mak Mah." Diana membalas bersahaja di depan Mak Mah.

Lepas Ez beredar, Mak Mah berpesan pada Diana.

"Ez cakap macam tu tadi maksudnya dia tak sukalah tu Diana duduk dapur selalu tolong Mak Mah buat kerja."

"Eh kenapa pulak? Diana suka tolong Mak Mah. Lagipun Diana bukan ada kerja lain."

"Ya tahu. Tapi Diana kena ingat, Diana tu isteri Ez. Diana ni kira tuan rumah, majikan kami. Jadi tak sedaplah diorang tengok Diana kerap ke belakang dengan kami ni."

Alahai masalahnyalah golongan berada ni. Sejak haritu, Diana pergi ke dapur jika mereka semua tiada di rumah saja. Tapi kadang-kadang dia tolong juga membasuh pinggan dan memasak. Peduli apa.

Suatu hari Diana membelek telefonnya. Seronoknya dia lihat kehidupan kawan-kawan yang lain.

"Bosannya. Apa aku nak buat ni? Dah mereput aku duduk dalam rumah ni. Agak-agak abang Ez kasi ke aku keluar? Nak harapkan dia bawak aku memang tak lah." Diana mula terfikir idea nak keluar dengan kawannya.

'Okay kita try je lah tanya,' Diana mula memberi mesej pada Ez kerana dia tahu dia sebagai isteri perlu meminta izin suami kalau hendak keluar.

Diana : Assalamualaikum. Awak. Emm boleh tak kalau saya nak keluar harini dengan kawan?

Ez : Keluar je lah. Itupun nak tanya ke

Jawapan Ez membuatkan Diana tercengang.

"Eh eh dia ni. Eiii geramnya! Rude betul." Getus Diana. Jarinya laju menaip sambil bibirnya diketap.

Diana : Saya ni isteri. Kena la mintak izin!!

Tanda seru disertakan sengaja nak tunjuk dirinya marah.

Ez : Lepas ni tak payah tanya. I don't bother.

Diana terkedu seketika. Jujur hatinya agak terluka dengan apa yang Ez balas. Seperti tidak kisah langsung dirinya sebagai isteri. Mulalah dia berfikir sampai bila Ez mahu melayannya sebagai orang asing. Adakah keadaan rumahtangga mereka tidak akan berubah? Tetapi setiap kali itu juga Diana cuba menepis fikiran sedih itu.

Diana melihat semula skrin telefon. Dia tidak mahu mengucap terima kasih atas keizinan suaminya. Masih geram dengan mesej Ez.

Diana : okay then.

Diana terus call kawan baiknya, Fareha untuk mengajak keluar. Mendengar jawapan Fareha yang bersetuju hendak keluar, Diana terus bersiap dengan terujanya sebab dah lama tidak keluar dari rumah sejak menjadi isteri. Tengah Diana sibuk memakai selendang tiba-tiba ada bunyi mesej masuk.

Tingg!

Ez : Where do u wanna go?

'Elehh kata don't bother', Diana mencebik.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Di Sunway Putra Mall, Diana dan Fareha hanya window shopping selepas menonton wayang. Ada jugalah barang-barang keperluan Diana yang dibelinya.

Diana akui hatinya gembira sangat dapat meluangkan masa dengan kawan baiknya. Dia rasa seperti dirinya ketika bujang. Mereka singgah di restoran Sushi King untuk mengisi perut.

"So, how is it? So far seronok je la duduk kat Villa Cempaka tu?" Fareha menyambung perbualan mereka tentang Diana yang sudah menjadi sebahagian keluarga orang berpangkat. Ya lah, Fareha pun turut menjadi teringin nak tahu apabila bff sendiri kahwin secara tiba-tiba. Dah jadi kisah Cinderella kena pinang dengan prince charming.

"Okay je. Cuma ye lah, everyone is so busy. Aku je macam blur tak tahu apa benda nak buat." Diana ketawa.

"Okay la tu. Kau boleh jadi princess kat rumah tu. Tak payah kerja, maid pun ada nak buat kerja rumah. Hahaha."

"Tak ada maknanya. Aku macam terperangkap ada lah. Itupun aku buat jugak kerja rumah yang mana aku boleh buat. Tak boleh la, Fareha. Aku jadi stuck kalau tak buat apa."

"Ez sweet tak orangnya?" Spontan soalan Fareha buatkan Diana terkejut.

"Hahaha errr.." Diana ketawa kekok.

"Entah la. Baru lagi kot. Kitorang pun still nak kenal each other betul-betul." Jawab Diana cuba menyorok.

"Apa benda korang ni, dah dua bulan nak berkenalan lagi? So how's first night haritu? Dah ada plan nak baby?" Fareha sengaja nak mengusik Diana.

Diana tergamam.

'Hissh Fareha ni penat aku nak cover.' Bisik hatinya.

"Kau ni ke situ pulak. Tengoklah ada rezeki ada lah", Diana berikan jawapan cliche. Dia tidak akan membuka cerita rumah tangganya kepada sesiapa termasuk kawan baiknya sendiri. Itulah pesanan mama pada dia dan kakak-kakaknya.

Fareha hanya tersenyum tetapi dalam hatinya rasakan seperti kawan baiknya menyimpan sesuatu.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Diana melipat telekung susai selesai dia mengaji. Dia membetulkan rambutnya di depan cermin lalu mengepit separuh rambutnya. Seperti biasa dia menuju semula ke bilik Ez untuk memastikan lelaki itu sudah bangun.

Tok! Tok!

Pintu bilik Ez terus dipulas. Dia menjengul kepalanya ke dalam bilik. Dia terus memandang katil. Ez tiada di situ. Pasti sudah bangun. Namun, telinga Diana terdengar bunyi telefon Ez berdering. Diana terus masuk ke dalam bilik.

Dia memandang sekeliling dan terdengar bunyi shower dari dalam bilik air. Patutlah tidak diangkat. Diana terus mendekati telefon Ez yang berada di atas meja kerjanya. Hanya nombor yang tertera di skrin.

"Hmm...patut ke aku angkat?"

Diana membuat keputusan untuk hanya biarkan panggilan itu. Ketika kakinya hendak melangkah keluar, sekali lagi telefon Ez berdering. Langkah terus mati. Diana mengintai sekilas pada pintu bilik air. Tiada tanda Ez akan keluar dari situ.

Dia lihat nombor yang sama yang sedang membuat panggilan.

"Urgent kot?" Diana berkata sendiri.

"Ishh angkat je lah."

Laju jari Diana menekan skrin.

"Hello."

"Hello. Good morning. Ini nombor Tengku Aizuddin ya?" Terdengar suara lelaki di dalam panggilan itu.

"Err ya. Tapi...."

Tiba-tiba, belum sempat Diana menghabiskan ayatnya, telefon Ez di telinganya terus dirampas.

Tap!

Ez yang entah bila muncul di belakangnya terus menekan butang merah untuk mematikan panggilan.

"Awak..." Diana tersentak. Sakit terasa pada pergelangan tangannya apabila dirampas kasar begitu.

"Kenapa u jawab?" Wajah Ez jelas dingin.

"Sebab dia call." Diana menjawab dengan jawapan logik.

Ez mengetap rahangnya.

"Do not ever answer my phone calls." Ez memberi amaran dengan suara garaunya. Mata Ez jelas seperti sedang marah.

Diana terus tergamam melihat riak wajah Ez. Apatah lagi diberi amaran begitu.

"Tapi dia call dua kali saya ingat urgent ke pasal kerja awak ke."

"I don't care. Especially pasal kerja, I takkan layan out of working hours. U tengok jam sekarang pukul berapa?" Ez menghala skrin telefon depan wajah Diana.

Diana hanya terkebil-kebil memandang telefon itu. Jam menunjukkan 7.20 pagi.

"U rasa logik ke orang nak discuss pasal kerja masa ni?"

"Errr...mana saya tahu." Bergetar suara Diana. Takut pula melihat wajah bengis Ez.

"Then learn from now on." Balas Ez angkuh.

"Tapi kenapa tak boleh angkat? Ya la dia call banyak kali. Mesti ada sebab."

Ez merenung tajam pada Diana. Banyak tanya pula perempuan ni.

"Kalau I layan sorang, orang lain pun akan menyibuk call luar waktu kerja. Kalau orang lain I tak angkat, diorang akan kata I ada favour companies to deal with. Dan i sendiri, memang takkan layan phone calls dari orang luar bila luar waktu kerja. I hate that."

"Err...okay. Jangan la marah sangat." Diana membalas.

Ketika itu matanya terus melarikan pandangan ke tempat lain apabila tersedar Ez hanya bertuala di depannya. Bukan tak biasa tapi tiba-tiba muncul rasa tak selesa.

"Bukannya saya tahu. Cakap je la elok-elok." Sambung Diana.

"Now, out." Ez memberi arahan.

Diana membuat muka. Orang datang niat baik kena marah pula. Siap kena halau.

"Hmmph." Diana sempat menjeling Ez lalu mula beredar keluar.

Ez terus berkerut merenung Diana. Biadap betul dia ni.

"Yang u jeling ni suami u tau!"

"Oh ye ke? Yang awak marah tadi ni isteri awak tau." Balas Diana selamba. Dia terus keluar dari bilik itu. Malas melayan keras kepala Ez. Aku punya keras kepala siapa nak layan?!

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Malam itu, Ez mengetuk pintu bilik Diana. Tanpa dapat keizinan dia terus masuk. Dia nampak Diana sedang duduk di meja menoleh ke arahnya dan menjulingkan matanya ke atas. Diana geram dengan sikap Ez yang tak menghormati privacynya. Dahlah marah orang pagi tadi. Tapi kalau ditegur, Ez ini suami sendiri juga dan sepatutnya mereka tidak tidur berasingan.

Ez pula curi-curi melihat Diana yang berseri memakai pyjama berwarna pink bercorak kaktus, rambutnya pula dibiarkan lepas. Dia teringat kali pertama melihat rambut Diana ketika malam nikah mereka, lurus dan panjang paras siku. Tak tahu apa yang dia rasa tapi cuba menidakkan hatinya yang sangat berdebar pada ketika itu.

"Lusa i ada event. I nak u ikut." Ez selamba berbaring atas katil Diana. Dia tahu Diana tidak akan menghalangnya.

"Hah?! Event apa? Eeiii tak nak lah. Saya malulah, tak biasa." Diana terus menolak tanpa fikir panjang.

"Launching new company je. Pasal tu nak kena biasa. U bukannya kena buat apa kat situ. Duduk je."

"Ya laaa. Tapi saya tak kenal sesiapa."

"U duduk je dengan i. Bukan i suruh u nyanyi atas stage." Ez pun tak nak kalah. Ada sahaja jawapan supaya Diana terpaksa mengikutnya.

Tetapi bila melihat wajah Diana seperti cuak disuruh ke event tu, Ez mula rasa bersalah.

"U don't have to worry. Sekejap je. Kita senyum-senyum dengan orang, duduk dengar speech, makan and then baliklah." Pujuk Ez.

Diana memandang Ez.

"Okay." Dia jawab sepatah, akur dengan Ez.

"U ada outfit yang cantik tak?"

"Mestilah tak ada. Saya pakai je lah baju kurung kampung saya tu." Diana jawab selamba. Dia sengaja tunjuk niat nak malukan Ez.

Ez mula bangun dari katil.

"Hishh u ni. Jangan pakai baju u tu eh. Esok u keluar dengan Armel."

"Haaa kenapa?" Belum sempat Diana nak bertanya Ez cepat-cepat keluar dari bilik Diana. Dia terus masuk bilik dan mengunci pintu biliknya. Dia tidak mahu menjawab soalan Diana.

'Eeiii budak-budaknya dia ni. Ingatkan matured sangat.' Diana merengus.

.
P.s This is my first work in Wattpad. Jangan lupa vote and feel free to comment :)
Love, TWW

Fortsett Ć„ les

You'll Also Like

4.9M 240K 61
In editing process! Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai...
2M 57.7K 121
Tak ada apa yang istimewa pun pasal aku. Aku hanya perempuan yang biasa yang hanya bekerja sebagai seorang babysitter di sebuah nursery yang baru di...
504K 24.4K 74
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
1.2M 56.1K 59
Cikgu Juwita Natalia dan Doktor Haris Redzuan. Berjumpa buat kali pertama bukan dalam keadaan yang ala-ala seperti cerita Khabi Kushi Khabi Gham. Mal...