โˆš3 [C] Haunt You | Kim Taehy...

By crabyjoon

52.2K 5.6K 997

Park Chan Mi. Anak gadis kumpulan mafia terbesar. Kehidupannya yang gelap mula berubah setelah bertemu dengan... More

Hey! Welcome to Dark Love Story! ๐Ÿ’•
HY : 1
HY : 2
HY : 3
HY : 4
HY : 5
HY : 6
HY : 7
HY : 8
HY : 9
HY : 10
HY : 11
HY : 12
HY : 13
HY : 14
HY : 15
HY : 16
HY : 17
HY : 18
HY : 19
HY : 20
HY : 21
HY : 22
HY : 23
HY : 24
HY : 25
HY : 26
HY : 27
HY : 28
HY : 29
HY : 30
HY : 31
HY : 32
HY : 33
HY : 34
HY : 35
HY : 36
HY : 37
HY : 38
HY : 39
HY : 40
HY : 41
HY : 42
HY : 43
HY : 44
HY : 45
HY : 46
HY : 47
HY : 48
HY : 49
HY : 51 (ENDING)
โค๏ธโค๏ธSpecial Chapterโค๏ธโค๏ธ

HY : 50

1K 97 35
By crabyjoon


"Ouch, doctor! Sakitlah!  Perlahan lah sikit. Apalah, nak rawat orang macam nak cari gaduh. Jangan pandang rendah pada saya eh, ingat sikit saya ni legend tau. Silver Snake tu tumbang pun atas jasa saya." Seokjin mengaduh sakit bila bibirnya yang pecah dirawat.

Berkerut kerut jejaka tampan ini menahan perit. Sempat lagi dia membelek mukanya di cermin.  Sesekali dia mencebik sedih dengan keadaan lebam yang masih belum surut.

"Haih...dia dah mula dah. Hiraukan dia doktor.  Jangan layan orang tak betul ni. " Namjoon menjeling tajam.

"Yah! Apa kau cakap? " Suara seokjin bergema.

"You heard me, bro. Dah lah hyung, baik kau diam. Suara kau tu bising tau tak.  Kasi sengat baru tahu.. " Namjoon selamba berbaring semula ke katil.

Dia memejam mata membiarkan nurse merawat lukanya. Namjoon hanya tenang membiarkan pihak hospital menjalankan tanggungjawab mereka.

Masuk hari ini, sudah dua hari mereka ditahan hospital. Mujurlah masing masing tiada kecederaan serius.

"Nampaknya keadaan awak berdua dah semakin baik,  kalau tak ada apa apa masalah.  Esok awak dah boleh keluar. " kata doktor yang bertugas sambil mencatat rekod.

"What? Eh, cepatnya. Saya tak setuju!  Doktor tengok muka saya ni.  Lebamnya masih tak surut. And no way saya nak keluar dengan muka macam ni. Macam mana dengan peminat saya nanti? Mereka mesti sedih kalau keadaan saya macam ni.  Oh no, my faceu! " Seokjin laju membelek mukanya di cermin.

"Doktor, hospital ni ada sediakan pistol tak? Boleh saya pinjam untuk bunuh lelaki ni? " pinta Namjoon bila  tembok sabarnya makin runtuh

"Yah! Apa kau cakap?!!!"



___





"Awak okay? "

Jungkook terus menoleh sebaik suara itu menyapa.  Dia tersenyum nipis melihat Doktor Hanmin masuk ke dalam wadnya.

"Nae..sa..saya okay. Ermm maaf sebab menyusahkan doktor. " Jungkook tunduk. Sesekali jarinya bermain dengan selimut.

Dia rasa bersalah kerana menyusahkan doktor muda itu. Gara garanya, Doktor Hanmin terpaksa  ke Seoul untuk memeriksa keadaannya memandangkan dia masih dalam pengawasan doktor itu.

"Aniya..saya faham Jungkook.  Tak perlulah awak jelaskan. " Doktor Hanmin memulakan tugas.

Dia memeriksa kecederaan Jungkook lalu merekodnya.

"Nasib baik luka awak tak apa apa. Risau betul saya kalau jahitan di abdomen awak terbuka. Okay,  sini saya nak ambil periksa degupan jantung.." alat itu diletak pada dada Jungkook.

Doktor Hanmin agak terkejut. Degupan jantung Jungkook kedengaran kuat.

"Wah, jantung awak sihat betul! Kuatnya dia berdegup. Sepanjang saya periksa pesakit saya tak pernah-"

"Doktor.. "  terputus kata gadis itu bila Jungkook dengan berani memegang lembut tangannya.

Doktor Hanmin tergamam. Perlahan matanya mencari wajah Jungkook.  Jantungnya berdegup kencang bila mata mereka bertaut.

"Doktor, saya ada soalan."

"Uh? Nae, apa dia Jungkook?"

"Doktor dah berpunya? " Jungkook tatap dalam sepasang mata bundar itu.

Jelas gadis itu terkejut dengan soalannya.

"Ermm, setakat ni saya masih single. Masih tak terikat dengan sesiapa.  By the way, kenapa awak tanya? "

Jungkook tersenyum sumbing bila berpuas hati dengan jawapan lurus itu

"So em, can I make you mine?"

Terhenti jantung Hanmin sebaik Jungkook menyatakan hasratnya. Lidahnya kelu untuk bersuara.  Hanya matanya sahaja masih tidak lepas melawan pandangan tajam Jungkook.

"Saya tak faham. Saya..saya- "

"Shush. Aku taknak dengar apa apa lagi. Aku anggap kau setuju, sayang. Mulai hari ni kau milik aku. " sejurus itu bibir Hanmin terus disambar.

Pen yang dipegang jatuh je tanah.  Hanmin kaku dalam pelukan Jungkook. Matanya terbeliak luas dengan tindakan luar jangkaan itu.

Bibir Jungkook yang hangat menyentuh lembut seulas bibirnya. Baru dia ingin menolak,  tiba tiba kedengaran pintu dibuka kuat.

"YAH! JEON JUNGKOOK!!!!! "

Jungkook terus meleraikan ciuman. Matanya terbeliak luas sebaik susuk Chan Mi ada di depan pintu.

"Saya pergi dulu! " Doktor Hanmin terus berlari keluar dengan muka yang sudah berbahang.  Malu!

"Berani kau tipu aku?! Kau memang dah lama hidup ke ha?! " lengan baju disinsing hingga ke siku.  Chan Mi mengatur langkah ke katil lelaki itu.

"Relax Chan Mi,  aku boleh jelaskan! " Jungkook mula gelabah bila gadis itu mencapai pasu hiasan atas meja.

"Sayang! Berhenti! " Taehyung yang baru sampai terus menjerit.

Tercungap cungap dia berlari mengejar Chan Mi yang mula mengamuk. Dahinya berpeluh lebat.

"Kau tak boleh lari Jungkook! Sini kau! Biar aku belasah sampai lunyai!" Chan Mi terus berlari mendapatkan Jungkook  yang lari dari katil. 

"Sayang! Jangan!!! "

"Chan Mi!! Tidak!!! "

Suara Taehyung dan Jungkook bergabung.


Buk!

Bak!

Pang!

Kettungg!

Ketttang!

Bush!!!!

A few moment later.....


"Huh, puas hati aku." Chan Mi tepuk kedua tangannya bila selesai.

Matanya menjeling tajam pada dua orang insan yang  terduduk di lantai dengan wajah yang lebam. 

"Argh..aduh. Sakitnya...bergegar otak aku. " Taehyung usap pipinya yang kebas akibat penampar Chan Mi.

Dahinya yang agak benjol dipegang. Taehyung berdesis sakit.

Aduh! Sakitnya hanya Tuhan saja yang tahu!

"Kau punya pasal lah ni,  tengok aku pun kena sekali." marah Taehyung pada Jungkook.

"Erh..diamlah!  Aku kena lagi teruk tau! " Jungkook tunjuk tepi bibirnya yang lebam akibat penumbuk Chan Mi.

"Senyap! Sebelum aku bunuh korang,  baik korang jelaskan apa sebenarnya dah jadi.  Dari awal sampai habis! " tatapan tajam dari Chan Mi buat Taehyung dan Jungkook menunduk.

Mereka melutut di depan gadis itu bagai seorang pesalah. Manakala Chan Mi pula melabuhkan duduk di sofa sambil menikmati buah anggur yang terdapat atas meja.

Dia lapar lepas berperang tadi.

Sesekali perutnya diusap sambil menunggu salah seorang dari mereka membuka mulut.

"Chan Mi..sebenarnya... " Jungkook mula
menceritakan perkara sebenar.





___







"Hyung!  Cepatlah sikit! Wad dorang ada kat depan tu je! " gesa Namjoon billa Seokjin sempat berhenti untuk membetulkan mask.

"Sabarlah. Aku nak betulkan mask ni. Aku nak pastikan muka aku tertutup.  Mana lah tahu kalau ada fans perasan.  Susah kita nak lari nanti. " balas Seokjin . Cerminnya diangkat separas muka.

Namjoon julingkan matanya ke atas.

"Cepatlah hyung! " Namjoon menjerit seraya menghentak kuat kakinya.

Ah! Dia tak peduli hospital ni nak roboh sekalipun.  Biarkan! Kesabarannya dah hilang. Niatnya sekarang ingin melawat Jungkook , Chan Mi dan Taehyung tapi Seokjin pula makin merumitkan keadaan.

"Eee budak ni tak reti bersabar langsung. Yelah yelah!  Aku datang! " rungut Seokjin.

Namun entah dimana silapnya,  bahunya terlangar dengan seseorang menyebabkan cermin kesayangannya terlepas dan

Prang!!!!

Ianya berkecai terhempas ke lantai.

Namjoon ternganga luas menyaksikan kejadian itu.

"Yah! Cermin aku! Kau ni buta ke? Kalau tak reti berjalan,  jangan berjalan.  Baik kau merangkak takpun kau mengesot dari menyusahkan orang! Ergh! Tak guna betul! " Seokjin mencangkung seraya mengutip serpihan cermin itu.

"Maaf encik!  Salah saya sebab tak perasan encik tadi. Maaf sangat sangat. Biar saya tolong.. " kelam kabut gadis itu membantu Seokjin.

"Ergh!  Menyusahkan! Nasib baiklah aku ni masih sakit.  Kalau tak,  memang siaplah kau. Dahlah ni cermin kesayangan aku.  Haihh...apa lah malang nasib aku. Dulu telefon pink aku hancur, sekarang cermin pulak.. " bebel Seokjin.

"Maaf encik!  Saya janji saya akan ganti cermin encik." balas gadis itu seraya mengutip serpihan terakhir.

Namun tingkahnya mati bila tangan mereka bertemu. Seokjin terkedu. Perlahan dia mengangkat pandangan.

Masing masing tergamam. Seokjin dapat rasakan jantungnya berdegup kencang sebaik menatap wajah itu.

"Maaf! Saya tak sengaja! " cepat cepat gadis itu menarik semula tangannya. Wajahnya berbahang bila Seokjin masih tidak lepas merenung.

"Apa nama kau?" soal Seokjin.

"Huh?"

"Aku tanya ni, apa nama kau? "

"Erm..nama saya Jeremy Park." takut takut gadis itu membalas.

"Selamat berkenalan, aku Kim Seokjin. Seorang legend yang menjadi kegilaan para gadis." penuh macho mask diturunkan.

Sempat Seokjin kenyit matanya dengan penuh menggoda.

Jeremy teguk liur terasa kesat.  Dia rasa agak seram dengan sikap lelaki itu. Nampak macam pyshco je...

"Ouh great! Satu lagi masalah muncul." Namjoon yang memerhati dari jauh sudah fedup.

Perlahan dia meneruskan langkah dengan hati yang sendu. Dia tahu tiada guna lagi dia menunggu.  Nampaknya kewujudannya sudah tidak dipedulikan.

"Haih..semua orang dah berjumpa jodoh.  Aku ni bila lagi.. " rungut Namjoon perlahan sambil mengatur langkah ke taman hospital.

Lupakan lah niat melawat tadi, dia dah tiada mood untuk itu.

Sebaik tiba, bangku di penjuru taman dituju. Namjoon perlahan melabuhkan duduk. Sesekali dia tersenyum nipis sambil memerhatikan kanak kanak bermain.

"Nah."  terkejut Namjoon bila tiba tiba seseorang menghulurkan kopi ke padanya.

"Eh? Apa ni?"

"Dalgona coffea, ambiklaa. Saya terbeli lebih tadi. Em anggap lah saya belanja awak ya. Lagipun, awak nampak macam sedih. Maybe coffea can help?" ujar gadis berjacket kulit itu seraya tersenyum manis.

Namjoon agak keliru namun cup kopi itu tetap disambut. Sempat dia mengerling sekilas pada gadis yang selamba duduk di sebelahnya.

"Thanks.." ucap Namjoon perlahan sambil menyisip kopi.

Ummm..sedap! Tak sama macam dia buat dengan Jimin dulu.

"By the way, nama awak siapa?" si gadis mula menyoal.

Namjoon berdehem seketika.

"Kim Namjoon.."

"Aww cutenya nama awak. Maybe saya boleh panggil awak Joonie or Monie?  Sound nice, right? Hehehe."  Namjoon terpaku seketika bila melihat lesung pipit di pipi gadis itu bila dia ketawa.

"Selamat berkenalan Joonie! Nama saya Song Jiah." dengan ramah tangan dihulur dan terikatlah satu pengenalan yang tidak pernah dirancang.

Continue Reading

You'll Also Like

415K 19.4K 60
( ๐“’๐“ธ๐“ถ๐“น๐“ต๐“ฎ๐“ฝ๐“ฎ ๐“ข๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ) ( ๐“‘๐“ธ๐“ธ๐“ด 2 ) RANKING NO 3 ACTION ๐Ÿ… RANKING NO 1 DINGIN๐Ÿ… Tengku Ikmal Hakimi anak kepada Tengku Irfansyah dan Putr...
19.3K 1.6K 42
Dia seorang gadis yang sangat menyedihkan. Dia seorang pelajar yang tidak terkenal dan bekerja sebagai asassin.kepercayaan dan cintanya dikhianati. ...
15.9K 1.4K 50
Silakan baca yer..โœจโœจโœจ
1.2M 55.7K 76
๐‚๐จ๐ฆ๐ฉ๐ฅ๐ž๐ญ๐ž๐ | ๐‡๐Œ ๐’๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ๐•๐จ๐ฅ ๐Ÿ "Kalau ini yang boleh bahagiakan ibu, Sara sanggup" - Sara Lyana Erlich "Dia adalah tanggungjawab ak...