โˆš3 [C] Haunt You | Kim Taehy...

Galing kay crabyjoon

52.2K 5.6K 997

Park Chan Mi. Anak gadis kumpulan mafia terbesar. Kehidupannya yang gelap mula berubah setelah bertemu dengan... Higit pa

Hey! Welcome to Dark Love Story! ๐Ÿ’•
HY : 1
HY : 2
HY : 3
HY : 4
HY : 5
HY : 6
HY : 7
HY : 8
HY : 9
HY : 10
HY : 11
HY : 12
HY : 13
HY : 14
HY : 15
HY : 16
HY : 17
HY : 18
HY : 19
HY : 20
HY : 21
HY : 22
HY : 23
HY : 24
HY : 25
HY : 26
HY : 27
HY : 28
HY : 29
HY : 30
HY : 31
HY : 32
HY : 33
HY : 34
HY : 35
HY : 36
HY : 37
HY : 38
HY : 39
HY : 40
HY : 41
HY : 43
HY : 44
HY : 45
HY : 46
HY : 47
HY : 48
HY : 49
HY : 50
HY : 51 (ENDING)
โค๏ธโค๏ธSpecial Chapterโค๏ธโค๏ธ

HY : 42

1K 98 70
Galing kay crabyjoon

"Jeon Jungkook dah mati?  Kau biar betul?! " Yoongi terbangun dari duduk sebaik orang suruhannya memaklumkan berita itu.

"Ya Tuan.  Berita ni sahih. Black Dragon dah dapat surat kematian dan abu mayat Jungkook. Pemakaman akan dilakukan esok. Jadi, Tuan nak pergi ke? "

"Hurm.  Menarik.  Tak sangka Jungkook dah mati.  Aku ingatkan jantan tu hebat sangat.  By the way,  sekarang ni musim corona lah,  kita kena elak dari pergi tempat orang ramai.  Bahaya tau tak. " sempat lagi Yoongi memberi nasihat berkaitan kesihatan.

"Eh,  haahlah.  Maaf Tuan. Saya lupa."

"Erm, pelik Jungkook dah mati.  Habis tu macam mana cucu Black Dragon yang sorang lagi tu?" berkerut dahi Yoongi bila teringat tentang perkara itu.

"Ermm, kalau Tuan nak tahu.  Ada khabar angin mengatakan cucu perempuan Black Dragon berada bawah pengawasan The Kims. Tapi, setakat ni tak ada lagi berita yang sahih. Maybe,  ini cuma khabar angin. " jelas lelaki itu.

Yoongi mengangguk faham.

Jadi, nampaknya Chan Mi cuba bersembunyi yaa? Masih tak mahu tunjukkan diri walaupun Jungkook dah mampus?

"Ah!  Apa apa jelah!  Malas aku nak fikir pasal puak tu. Petang ni aku nak kau aturkan perjumpaan aku dengan Kim Namjoon.  Ada benda penting aku perlu bincang dengan dia. " arah Yoongi tegas.

"Baik Tuan."

_________________________________________

"Batalkan perkahwinan kau dengan raksasa tu!  Aku tak restu korang berkahwin! Aku tak restu! " Seokjin membaling kain yang digunakan untuk menuam bengkaknya ke arah Taehyung.

"Hyung! Apa ni? Haritu hyung okay je.  Ni kenapa tiba tiba pulak? " soal Taehyung tak puas hati.

"Kenapa kau tanya aku.  Kau tengok muka handsome aku ni!  Habis cacat dia kerjakan.  Dasar raksasa jadi jadian!  Bukan tu saja,  handphone pink kesayangan aku pun dah hancur dia baling ke dinding! Huhuhu ommaaa fon seokjin...hikss perempuan tu buat... "

Kim Namjoon julingkan matanya ke atas bila Seokjin mula membuat drama. Keluhan berat dilepaskan bila dia mula rasa menyampah dengan si abang.

"Alah,  phone hyung tu kan banyak lagi kat kedai. Beli je lah baru,  apa susah." ujar Namjoon selamba sambil menyapu ubat pada tepi bibir Seokjin yang pecah.

Hmm jujur Namjoon kata. Muka Seokjin memang hodoh saat ini.  Dengan penuh lebam lebam kebiruan,  kedua matanya yang membengkak macam disengat lebah. Tambah pula dengan bibir yang pecah.

"Hmm hodohlah.  Macam godzila.. " tanpa sedar Namjoon terlepas cakap.

"Bwo?!  Kau cakap apa?!!" naik seoktaf suara Seokjin bila sedar Namjoon mengutuknya.

"Hyung jebal!  Tolonglah berhenti bergaduh! " Taehyung mula picit dahi dengan perangai kedua abangnya ini.

"Ah! Whatever!  Keputusan aku tetap tak berubah! Aku tak setuju kau kahwin dengan raksasa tu. Perkahwinan ni batal.  Hantar dia balik ke puak dia. Aku taknak tengok muka dia lagi. " kata Seokjin dengan keputusan muktamad.

Namjoon hanya diam sambil membuat kerja. Malas dia nak masuk campur. Nanti tak pasal pasal dia pulak yang kena.

"Haish! Tae tetap nak kahwin dengan dia!  Tae tak peduli apa pun keputusan hyung!  Tae tetap nak kahwin dengan Chan Mi dan besarkan anak kami sama sama. " kata Taehyung.  Dia nekad dengan keinginannya.

Kapas yang dipegang Namjoon terlepas jatuh ke lantai dek kerana terkejut dengan berita itu. Seokjin melopong luas.

"A..anak?  Apa maksud kau ni? " soal Namjoon.

"Chan Mi mengandungkan anak Tae."

"Bwo?!!!!!! " bergegar rumah itu dengan jeritan maha kuat Seokjin.  Dari berbaring kini dia terus drastik berdiri. Wajah Taehyung ditatap lama.

Tolonglah cakap ini semua tak betul.  Tolonglah!

"Ya.  She's pregnant dan Tae nak bertanggungjawab. Anak tu milik Tae.    Sebab tu,  Tae tetap nak kahwin dengan dia.  Demi masa depan kami bersama." ujar Taehyung menjelaskan niatnya.

"Oh no!  Satu lagi raksasa bakal lahir dalam rumah ni!  Oh tidak!  Bunuh jelah aque!! " Seokjin histeria.

Sungguh berita itu memang boleh buat dia sakit jantung. Chan Mi pun mereka tak mampu handle,  apatah lagi kehadiran orang baru nanti.

_________________________________________

"Jungkook?" Chan Mi tersenyum bila kelibat Jungkook menghampiri.

Lelaki itu nampak segak berbaju baldu putih dengan gaya rambut yang makin menaikkan seri wajahnya.

"Nae. Ni aku..aku datang.. " kata Jungkook dengan lembut.

Tangannya naik mengusap rambut gadis itu. Chan Mi tersenyum manis.  Wajah Jungkook direnung lama.

Tuhan,  dia sangat rindukan wajah itu.  Dia betul betul rindukan Jungkook. 

"Kau apa khabar?  Sihat? " soal Jungkook memecah kesunyian.

Chan Mi perlahan menggeleng.  Mata mula terasa panas. Air matanya mula bertakung. Dia menunduk menatap rumput yang menghijau bagi menyembunyikan tangisannya.

"Hey,  kenapa ni? Janganlah nangis.  Aku tak suka lah tengok kau macam ni. Okay sekarang,  macam ni.  Kau bagitau aku siapa buat kau.  Biar aku belasah orang tu." kata Jungkook dengan macho.

Chan Mi tergelak kecil. Air mata yang mengalir pantas diseka.

Wajah Jungkook kembali ditatap. Walaupun Jungkook ni suka buat lawak bangang,  tapi itulah yang berjaya menceriakannya.

"Jungkook, aku penat. Semuanya makin susah bila kau tak ada di sisi.  Aku hilang arah. Aku tak tahu apa aku patut buat.  Hati aku sakit Jungkook..sakit sangat.." luah Chan Mi. Air matanya mengalir perlahan.

Imej Jungkook kelihatan kabur dek air mata yang penuh bertakung.

Jungkook  diam. Tanpa kata, dia terus menarik Chan Mi dalam pelukannya.  Belakang gadis itu ditepuk tepuk bagi memujuk.

Chan Mi tersenyum nipis. Pelukan Jungkook dibalas.

Ya, itulah habit Jungkook setiap kali cuba memujuknya.  Lelaki itu akan menenangkannya dengan pelukan.

"Chan Mi,  aku tahu semuanya susah.  Aku tahu kau tengah lemah. Jujur aku cakap,  aku tak suka tengok kau macam ni. Mana dia Chan Mi aku yang dulu?  Mana Chan Mi yang sentiasa bersemangat dan pantang mengalah?  Mana gadis tu pergi?  Mana Chan Mi yang dulu yang pantang menangis?"  kedua pipi Chan Mi ditekup lembut lalu Jungkook lagakan dahi mereka.

Air mata Chan Mi mengalir laju membasahi pipi. Matanya bertaut dengan mata milik Jungkook. Hati Chan Mi yang gundah terasa tenang sebaik menatap sepasang iris coklat itu.

"Jungkook.. Chan Mi yang kau kenal dah lama mati.  Dia dah lama tak ada. Chan Mi yang dulu tak mungkin kembali lagi.  Jiwa dia dah mati bersama kau.  Hanya jasad kosongnya sahaja yang masih berdiri megah.  Sedangkan,  jiwanya dah tiada. " Chan Mi teresak.

Dia sudah tidak mengenali siapa dirinya. Dia hilang dirinya yang sebenar. Sakit ini terlalu berat untuk dia tanggung.

"Hey...siapa cakap dia dah tak ada?  Siapa cakap adik aku dah mati? Siapa yang berani cakap dia takkan kembali lagi? Bagitau aku,  siapa yang berani cakap macam tu dekat adik kesayangan aku? " desak Jungkook. Air matanya bergenang melihat keadaan Chan Mi.

Pedih hatinya bila gadis itu seolah jatuh tidak berdaya berdiri lagi.  Chan Mi sudah putus asa.

"Hikss...aku nak ikut kau Jungkook. Tolonglah bawa aku pergi dari sini.  Aku dah tak tahan lagi.. Tolonglah Jungkook.. Bawa aku pergi bersama kau.. " Chan Mi gengam kuat kedua tangan lelaki itu.

Dia merayu bersungguh sungguh. Cukuplah.  Dia tak rela . Dia tak sanggup lalui semua ini sekali lagi.  Biarlah dia mati jika itu yang terbaik dari jiwanya terseksa begini.

Jungkook senyum nipis. Perlahan tangannya bergerak menyentuh permukaan perut gadis itu.

"Kau masih ingat janji kita? " soal Jungkook seraya mengusap lembut perut Chan Mi.

Chan Mi terdiam. Matanya perlahan jatuh pada tapak tangan Jungkook yang masih menekap lembut di situ.

"A..apa maksud kau Jungkook?" wajah lelaki itu pantas dicari.

Jantung Chan Mi berdegup kencang.

"Aku gembira sangat. Akhirnya, Tuhan dah makbulkan hajat aku. Tak lama lagi,  aku bakal jadi pakcik. Wahh...tak sabarnya nak jumpa si kecil ni nanti. " ujar Jungkook dengan senyuman manis.

Dahi Chan Mi berkerut memikirkan maksud lelaki itu. Tapi kerungsingan itu tidak kekal lama bila Chan Mi mula faham. Matanya membulat.

Tak..tak mungkin. Chan Mi ketap bibirnya kuat.  Pantas tangan Jungkook ditepis. Wajah Chan Mi mula bertukar bengis.

"A...aku mengandung? " soal Chan Mi dengan serius.

Jungkook diam. Dia senyum nipis seraya mengangguk.

"Sial." Chan Mi tersenyum sinis dengan kebenaran itu.

"Chan Mi, jangan cakap yang kau akan -"

"Ya! Aku akan buang anak ni! Aku taknak dia ada dalam badan aku! Sial!  Dia tak sepatutnya membesar dalam badan aku!  Argh! " Chan Mi mula mengamuk.

"Kau tak ingat janji kita? Kau tak ingat yang kau dah janji untuk besarkan anak kau baik baik. Besarkan dia dengan didikan yang bagus supaya dia tak jadi macam kita? Kau dah lupa ke Chan Mi? " kata Jungkook menghentikan tingkah Chan Mi.

"Ta..tapi dia anak Taehyung. Dia anak lelaki tak guna tu.  Aku bencikan dia,  Jungkook! Aku benci semua benda yang ada kaitan dengan dia!"

"Dia tetap anak kau Chan Mi. Dia sebahagian dari kita. Dia anak buah aku. Tergamak kau nak buang dia sedangkan dia langsung tak bersalah?  Kau lupa ke betapa sunyinya hidup kita bila membesar tanpa kasih sayang ibu?  Kau nak anak kau rasa benda yang sama ke? Kau nak seksa dia? "

"Tak!  Aku takkan seksa dia..hiks.. Dia anak aku..tapi.. Taehyung.. " Chan Mi mula keliru.

"Lupakanlah semuanya Chan Mi. Lepaskan dendam yang kau tanam dalam hati. Mulakan hidup baru yang jauh lebih bagus. Jangan sia siakan hadiah yang Tuhan beri pada kau. Aku yakin, semuanya akan okay.  Aku tahu kau boleh buat semua ni.  Demi aku..dan little bwibwi." kata Jungkook menyakinkan gadis itu.

Chan Mi diam. Perlahan air matanya diusap. Kata kata Jungkook mula menaikkan semangatnya. Dia tersenyum. Perutnya dipegang.

Mungkin semuanya tidak lah seteruk yang dia fikirkan.  Apa yang Jungkook kata betul, cukuplah mereka berdua membesar tanpa kasih sayang sehingga mereka tersasar begini.  Chan Mi tak mahu anaknya turut merasa benda yang sama. 

Ya.  Dia akan besarkan anaknya seperti yang Jungkook mahu. Chan Mi akan pastikan anaknya membesar sama seperti kanak kanak yang lain.

Tapi Taehyung..haih cukuplah.  Malas dia nak fikirkan soal lelaki itu. Buat masa sekarang,  anaknya lebih penting.

"Little bwibwi?  Apa tu? " soal Chan Mi.

"Panggilan untuk anak buah aku lah.  Hahahah comelkan? "

"Ugh..seriusly.. " Chan Mi menggeleng seraya ketawa halus.

"There you go.. Akhirnya adik kesayangan aku dah mula senyum dan ketawa macam dulu. "  ujar Jungkook dengan senyuman lebar.

Namun,  Chan Mi tergamam bila tiba tiba tubuh Jungkook mula menghilang menjadi debu. Lelaki itu perlahan menghilang.

Pantas tangan Jungkook digengam kuat. Air mata Chan Mi mengalir bila sedar masanya sudah tiba untuk Jungkook pergi.

"Jangan menangis. Siapa nak usap air mata kau bila aku dah pergi? Jangan menangis Chan Mi, kau nampak hodoh." Jungkook usap lembut air mata di pipi gadis itu.

"Jungkook, aku sayang kau sangat sangat dan aku nak kau tahu benda tu." kata Chan Mi sambil menatap dalam dalam sepasang mata Jungkook.

"Aku pun sayang kau juga. Selamat tinggal Chan Mi, jaga diri baik baik dan ingat janji kita. " pesan Jungkook sebelum tubuhnya terus hilang dari pandangan.

"Jungkook!!! "

Chan Mi terus tersedar dari tidur. Dahinya berpeluh peluh. Kepala yang  pening dipegang. Dia bermimpi Jungkook datang dan..

"Sayang?! Are you okay?! " suara itu menariknya ke realiti.

Chan Mi pantas menoleh. Dahinya berkerut sebaik melihat figura Taehyung yang kelam kabut masuk ke dalam wadnya.

"Taehyung.. "

Ipagpatuloy ang Pagbabasa

Magugustuhan mo rin

28.4K 2.8K 15
Game bukan sahaja terkenal di kalangan remaja tetapi Game juga menjadi satu penarikan kepada dunia untuk bertanding antara satu sama lain bagi merebu...
15.9K 1.4K 50
Silakan baca yer..โœจโœจโœจ
227K 8.6K 65
๐‡๐ˆ๐‹๐Œ๐€๐ ๐ˆ๐’๐€๐€๐‚ ๐๐ˆ๐‚๐Š & ๐“๐”๐€๐ ๐๐”๐‘ ๐€๐Œ๐ˆ๐‘๐€๐’๐‡ ๐—๐€๐๐ƒ๐„๐‘ "๐•Ž๐•š๐•๐• ๐•’๐•๐•จ๐•’๐•ช๐•ค ๐•“๐•– ๐•ช๐• ๐•ฆ๐•ฃ ๐•ก๐•ฃ๐• ๐•ฅ๐•–๐•”๐•ฅ๐•š๐• ๐•Ÿ, ๐•„๐•ฃ๐•ค โ„•๐•š...
414K 19.4K 60
( ๐“’๐“ธ๐“ถ๐“น๐“ต๐“ฎ๐“ฝ๐“ฎ ๐“ข๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ) ( ๐“‘๐“ธ๐“ธ๐“ด 2 ) RANKING NO 3 ACTION ๐Ÿ… RANKING NO 1 DINGIN๐Ÿ… Tengku Ikmal Hakimi anak kepada Tengku Irfansyah dan Putr...