√3 [C] Haunt You | Kim Taehy...

By crabyjoon

52.2K 5.6K 997

Park Chan Mi. Anak gadis kumpulan mafia terbesar. Kehidupannya yang gelap mula berubah setelah bertemu dengan... More

Hey! Welcome to Dark Love Story! πŸ’•
HY : 1
HY : 2
HY : 3
HY : 4
HY : 5
HY : 6
HY : 7
HY : 8
HY : 9
HY : 10
HY : 11
HY : 12
HY : 13
HY : 14
HY : 15
HY : 16
HY : 17
HY : 18
HY : 19
HY : 20
HY : 21
HY : 22
HY : 23
HY : 24
HY : 25
HY : 26
HY : 27
HY : 28
HY : 29
HY : 30
HY : 31
HY : 32
HY : 33
HY : 34
HY : 35
HY : 36
HY : 37
HY : 38
HY : 39
HY : 40
HY : 42
HY : 43
HY : 44
HY : 45
HY : 46
HY : 47
HY : 48
HY : 49
HY : 50
HY : 51 (ENDING)
❀️❀️Special Chapter❀️❀️

HY : 41

1K 105 36
By crabyjoon

Streeet!!!

Tayar kereta berdecit kuat bila brek kecemasan ditekan.

"Yah! Taehyung,tunggu dulu! " Namjoon memekik kuat bila Taehyung terus keluar dari kereta.

Taehyung berlari laju ke laman rumah.  Dia perlu cepat.  Apa apa sahaja boleh berlaku jika dia lambat. Sebaik sahaja terputus talian dengan Seokjin, mereka terus memecut pulang ke rumah.

Dia yakin ada sesuatu terjadi. Sempat dia dengar jeritan Seokjin di corong telefon sebelum talian mati.

Bang!

Bang!

Bang!

Terhenti langkahnya bila bunyi tembakan kuat kedengaran dari dalam rumah.  Nampaknya ada seseorang sedang melepaskan tembakan secara rawak. 

"Tak....Chan Mi.. " Taehyung tergaman.

Tak mungkin. Tolonglah jangan cakap itu Chan Mi.

"Tae! Apa dah jadi?! " Namjoon yang baru tiba mula cemas.

Jantungnya bagai mahu luruh dek bunyi tembakan kuat itu.

"Hyung,  Tae rasa Chan Mi dah sedar.  Dan mungkin dia tengah mengamuk kat dalam. " bisik Taehyung.

"Bwo?! Habis tu apa kita nak buat? Haish! Macam mana raksasa tu boleh terlepas?!  Seokjin hyung ni tak jaga betul betul ke?! " marah Namjoon pula dengan suara yang dikawal.

Mereka perlu rahsiakan kehadiran mereka di sini.  Jika tidak,  mungkin nyawa mereka juga dalam bahaya.  Chan Mi kalau dah mengamuk tak boleh dibuat main. Namjoon mengaku,  sebenarnya dia memang ada rasa takut pada gadis itu.

"Shush!  Jangan bising! Kita kena rancang sesuatu kalau tak-"

Gedegang!!!

Terkejut mereka jadinya bila tiba tiba pintu utama rumah terbuka luas bila ada seseorang terpelanting keluar. Hampir roboh pintu ukiran kayu itu jadinya.

Taehyung tergamam.  Namjoon terkedu.  Masing masing kaku tidak bergerak bila jasad salah seorang anak buah mereka terbaring lemah di depan mata.

"Ha..habislah kita... " Namjoon teguk liur yang terasa kelat.  Anak matanya bergetar hebat bila susuk Chan Mi kelihatan perlahan keluar dari rumah.

Taehyung cuba mengatur nafas bila matanya bertentang dengan mata tajam gadis itu.

Chan Mi nampak tidak terurus. Bajunya habis kotor dengan percikan darah.  Nampaknya gadis itu bertungkus lumus melawan anak buah mereka dan dia berjaya survive.

"Ch.. Chan Mi.. " namun kata Taehyung terputus bila tiba tiba gadis itu menghalakan pistol selaras dengan kepalanya dari jarak jauh.

"Yah!  Taehyung! Dia dah gila ke apa?!" Namjoon mula panik. 

Chan Mi nampak nekad untuk membunuh Taehyung. Mata gadis itu tajam merenung tanpa riak. Wajahnya beku tiada reaksi.

Bila bila masa sahaja picu boleh ditekan untuk menamatkan riwayat Taehyung.

"Kakak...ni Tae.. Jebal,  apa kakak cuba buat ni? Janganlah macam ni,  Tae takut.." Taehyung mula memainkan peranan.

Dia kembali menjadi Kim Taehyung yang keanak anakkan. Dia perlu memujuk Chan Mi untuk bertenang.

"Tae?" Chan Mi tersedar.

"Ya kakak.. Ni Taehyung. Kakak dah tak sayang Tae ke?  Kenapa kakak nak bunuh Tae? " kata Taehyung lagi dengan suara yang dikecilkan.

Chan Mi terundur setapak ke belakang. Kepalanya berdesing kuat. Perlahan Chan Mi pejam kedua matanya menahan sakit yang tiba tiba menyerang kepala.

"Argh... " Chan Mi merengus sakit.

"Chan Mi.. " Taehyung melangkah perlahan mendapatkan gadis itu.

"Tak! Kau bukan Taehyung yang aku kenal! Kau setan!  Kau bunuh Jungkook dan sekarang aku akan pastikan kau mati!" Chan Mi tersedar.

Picu terus ditekan.

Bang!!

"Taehyung! Hati hati! " Namjoon pantas bertindak.  Tubuh Taehyung ditolak kuat.  Mereka rebah jatuh ke lantai.

Chan Mi berdecit geram. Matanya menatap benci wajah lelaki itu.

Bijak betul Taehyung mendominasikan keadaan. Tak sangka,  dia sendiri hampir terpedaya dengan serangan psikologi dari lelaki itu.

"Aku akan tuntun bela kematian Jungkook.  Kau akan mati Taehyung." badan pistol ditarik semula.  Namun tingkah Chan Mi terhenti bila dia sudah kehabisan peluru.

Di kesempatan itu,  Taehyung terus merempuh kasar tubuh Chan Mi. Pistol yang dipegang terbelanting jauh.  Mereka bergelut sesama sendiri.

"Argh!!! Lepasss!!! " Chan Mi cuba menendang  namun tidak berjaya bila Taehyung cekap mengunci gerakkannya.

"Chan Mi bawa bertenang! Jangan macam ni! Bertenang! " Taehyung memeluk kuat gadis itu.

"Sial!  Kau siapa nak suruh aku  bertenang! Aku jadi macam ni sebab kau!  Kau yang buat aku gila!!! Lepaskan aku lah iblis!  Lepasss!!! "

"Jebal sayang,  jangan macam ni. Aku..tak sanggup tengok kau macam ni. " hati Taehyung sakit melihat keadaan Chan Mi yang bagai orang gila.

Gadis itu bukan lagi Chan Mi yang pernah dia kenal dulu.  Seolah raksasa,  gadis itu membunuh sesukahati.  Chan Mi seolah hilang kewarasan.  Dan ianya sangat menyakitkan hati Taehyung.

Dia tahu semua ini berpunca dari salahnya.  Tapi percayalah apa yang dia buat adalah untuk kebaikan Chan Mi.  Dia lakukan semua ini untuk Chan Mi.

"Hiks! Lepaskan aku Taehyung.  Luahan cinta kau dah takada makna untuk aku .  Matinya Jungkook,  mati jugalah hati aku untuk kau. Kau tak layak dan kau tak pernah layak untuk dapat cinta aku!" kata Chan Mi dengan linangan air mata.

Kalau dulu dia menangis bila Taehyung meluahkan cinta kerana terlalu bahagia, kini tidak lagi.  Kata kata cinta dari lelaki itu ibarat asid yang menyimbah hatinya.

Pedih!

Sakit!

Taehyung kekal diam. Air matanya menitis perlahan mendengar luahan gadis itu.

Hatinya sakit bila menyedari dirinya tiada makna lagi dalam hidup Chan Mi. Taehyung kemaskan lagi pelukannya pada tubuh Chan Mi seraya menahan sebak

"Aku menyesal Taehyung..kalau boleh diundurkan masa aku akan bunuh kau waktu pertama kali kita berjumpa.  Aku silap..aku silap buat keputusan. Aku tak sepatutnya ada perasaan pada kau... " suara Chan Mi makin lama makin perlahan.

Nafasnya semakin pendek.  Dan akhirnya kedua matanya terpejam rapat.  Chan Mi terkulai lemah dalam pelukan Taehyung.

"Chan Mi?! Yah!  Apa dah jadi? Chan Mi bangun!!  Jangan buat aku takut! " Taehyung mula panik bila gadis itu tidak memberi respon.

Namjoon segera mendapatkan mereka.  Nadi Chan Mi diperiksa.

"Tae!  Jangan risau.  Dia masih hidup. Mungkin dia pengsan sebab terlalu penat. Tapi kita kena bawa dia ke hospital sekarang.  Tekanan darah dia terlalu rendah dan itu bukan petanda yang baik. " kata Namjoon.

Taehyung terus mendukung tubuh lemah Chan Mi ke kereta.

"Hyung,  tak perlu temankan Tae.  Hyung uruskan lah apa yang patut kat rumah ni. Kalau ada apa apa,  terus call Tae. " pesan Taehyung sebelum bergerak pergi.

Namjoon menganguk faham. Memang sepatutnya dia kekal di sini. 

Tengoklah keadaan rumah ini yang bagai dilanda garuda. Beberapa anak buah The Kims juga sudah tumpas dikerjakan. Darah segar dimana mana. Membuatkan suasana rumah nampak menyeramkan. Kalau bukan dia,  siapa lagi nak yang nak urus semua ni.

"Eh,  tapi mana Seokjin hyung?  Tak nampak pun." ujar Namjoon sendirian.

"SESIAPA TOLONG AKU!!!  AKU KAT SINI!! TOLONGG!! TOLONG AKU! AKU TAK BOLEH GERAK!! " suara jeritan seseorang kedengaran kuat.

"Seokjin hyung?"  terkebil kebil Namjoon jadinya.

_________________________________________

"Dia tak apa apa kan doc?  Dia cuma pengsan biasa je kan? " cemas Taehyung bertanya sebaik dipanggil masuk ke dalam ruang wad VIP yang menempatkan Chan Mi.

Doktor Han hanya tersenyum nipis. Perlahan dia menggeleng dengan telatah Taehyung.

"Ini yang pertama kali ke, Tuan Muda?" soalnya.

Berkerut dahi Taehyung dengan soalan itu. Dia tidak faham apa yang cuba doktor pribadinya itu maksudkan.

"Apa maksud Encik Han? Tae tak faham..Apa yang pertama kali? "

Doktor Han tersenyum lebar. Perlahan bahu Taehyung ditepuk.

"Tahniah Tuan Muda.  Nampaknya tak lama lagi Tuan Muda akan jadi ayah." ujar doktor yang sudah separuh umur itu.

"Bwo? A.. Ayah? " Taehyung tergamam.

"Yup. Mengikut pemerikasan, Cik ChanMi disahkan mengandung.  Dan usia kandungan masih baru.  Saya sarankan,  Cik ChanMi banyakkan rehat dan tak terlalu aktif.  Bimbang jika ia boleh memberi kesan pada janin memandang ianya masih di peringkat awal. " jelas Doktor Han.

Hampir 10 tahun dia menjadi doktor peribadi keluarga The Kims.  Jadi dia sudah sebati dengan latar belakang keluarga itu.

Dan dari aspek pemerhatiannya, Chan Mi bukanlah sebarangan gadis kerana sepanjang dia berkhimat, Kim Taehyung tidak pernah menjalinkan hubungan dengan mana mana perempuan. Jadi rasanya,  Chan Mi adalah yang istimewa bagi lelaki itu.

"Ta..tapi...tapi macam mana baby tu boleh selamat? I mean,  sebelum ke sini Chan Mi dia..dia lasak.  Dia banyak bergerak dengan agresif.  Jadi tak mungkin baby boleh stay. " jelas Taehyung.

Yelah mustahil. Sebelum ke sini,  Chan Mi berperang bagai raksasa. Menendang,  bertumbuk.  Semuanya tingkah agresif yang boleh menjejaskan janin. Tapi..

"Tuan Muda jangan risau. Rezeki Tuan Muda masih kuat.  Sebab kalau ikutkan logik,  memang baby boleh gugur. Tapi bila saya periksa tadi,  degupan jantung janin kuat. Nampaknya bakal baby Tuan Muda ni gagah orangnya.  Mungkin sebab baka ibunya juga.. Sebab itu dia boleh bertahan. " jelasnya lagi.

Taehyung terdiam. Jantungnya bergedup kencang. Entahlah. Dia sendiri keliru dengan apa yang dia rasa sekarang ini.

Sejujurnya dia gembira dengan berita itu. Tak lama lagi dia akan menjadi ayah.  Mempunyai anak hasil perkongsian dengan gadis yang dia cintai membuatkan hatinya berasa hangat.

"Kalau tak ada apa apa,  saya keluar dulu." pinta Doktor Han.

Taehyung balas dengan anggukan kecil. 

Kakinya perlahan melangkah mendekati katil. Wajah bujur sirih gadis itu ditatap lama. Perlahan pipi Chan Mi diusap dengan perasaan kasih yang menggunung tinggi.

"Sayang... Tadi doktor cakap,  kita bakal dapat baby.  Wah,  tak sangkanya." ujar Taehyung sendirian dengan senyuman lebar.

Tapak tangannya perlahan bergerak menyentuh permukaan perut Chan Mi. Senyumannya semakin lebar bila membayangkan perut itu akan bertukar bentuk tidak lama lagi.

"Anak appa.." Taehyung kucup sekilas perut gadis itu.

Hatinya hangat dengan perasaan bahagia. Zuriatnya sedang membesar dalam kandungan gadis yang dia cintai.

"Aegi nak tahu tak,  hari ni hari paling gembira buat appa sebab,  tak lama lagi appa akan ada anak. Aegi duduk baik baik tau dalam perut omma. Jangan nakal nakal.  Be a good child! Keluar nanti jangan garang sangat tau. Takut appa nanti. Cukuplah omma je jadi raksasa. Appa taknaklah anak appa jadi mini monster pulak. " ujar Taehyung dengan ketawa kecil.

Taehyung bangkit.  Dia mendekati Chan Mi yang masih tidak sedarkan diri. Sejuk hati Taehyung sebaik melihat wajah polos gadis itu. Sangat tenang.

"Chan Mi..aku tahu kau tengah benci aku.  Aku tahu, kematian aku adalah tujuan kau sekarang. Tapi, percayalah cakap aku.  Apa yang aku buat,  semua untuk kau.  Aku minta maaf jika rancangan aku menyakitkan kau.  Aku tak mampu berterus terang buat masa ni. Waktunya masih belum sesuai untuk kau tahu semuanya. " kata Taehyung sambil merenung lembut wajah Chan Mi

"Tapi,  kau perlu tahu satu benda,  aku cintakan kau sepenuh hati aku. Dan aku sanggup korbankan apa sahaja demi kebahagian kau dan bakal anak kita." Taehyung kucup dahi gadis itu dengan penuh syahdu.

Air matanya tumpah dengan perasaan yang bercampur baur.

Continue Reading

You'll Also Like

1.2M 55.8K 76
𝐂𝐨𝐦𝐩π₯𝐞𝐭𝐞𝐝 | π‡πŒ π’πžπ«π’πžπ¬ 𝐕𝐨π₯ 𝟏 "Kalau ini yang boleh bahagiakan ibu, Sara sanggup" - Sara Lyana Erlich "Dia adalah tanggungjawab ak...
663K 27.5K 54
Noor Dahlia seorang gadis polos, hanya bekerja sebagai seorang cashier di sebuah kedai serbaneka tetapi amat gembira dengan kehidupannya yang amat se...
755 133 10
Lilith Zyinn, iblis bangsawan yang dikhianati dan dihukum mati oleh raja yang sangat dia hormati. Dia bertahan dan menjadi hamba yang setia pada raja...
228K 8.7K 65
π‡πˆπ‹πŒπ€π πˆπ’π€π€π‚ ππˆπ‚πŠ & 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐍𝐔𝐑 π€πŒπˆπ‘π€π’π‡ 𝐗𝐀𝐍𝐃𝐄𝐑 "π•Žπ•šπ•π• 𝕒𝕝𝕨𝕒π•ͺ𝕀 𝕓𝕖 π•ͺ𝕠𝕦𝕣 𝕑𝕣𝕠π•₯𝕖𝕔π•₯π•šπ• π•Ÿ, 𝕄𝕣𝕀 β„•π•š...