The Unexpected Life

By raz577_

3.7M 142K 5.3K

[COMPLETED] Luth Zariel dan Arluna Aisyah. Permulaan hidup Arluna membawa dia ke sebuah dunia yang penuh... More

Part 1. Perubahan
Part 2. Hipokrit
Part 3. Lelaki Itu...
Part 4. Permulaan
Part 5. Kawan Sebenar
Part 6. Arman dan Dato' Anas
Part 7. Way To Go... Still Far Away
Part 8. Kahwin?
Part 9. Fasa Baru
Part 10. Life Is Getting Better
Part 11. Sara Si Syaitan
Part 12. My Hero... Thanks!
Part 13. My Sweet Hero
Part 14. Fyuhh
Part 15. Rindu ke?
Part 16. Cemburu? Seriously!
Part 17. Slow Settle Down
Part 18. Siapa?
Part 19. Puan Sri Arisah
Part 20. Come Back Malaysia
Part 21. Nayla
Part 22. Sweet
Part 23. Kerja Baru
Part 24. Dugaan 1.0
Part 25. Dugaan 2.0
Part 26. Dugaan 3.0
Part 27. Que
Part 28. Dugaan 4.0
Part 29. Bad Things Happen
Part 30. Dugaan Masih Ada
Part 31. Bye
Part 32. Hi Que, Bye Zariel
Part 33. Move On
Part 34. Savage
Part 35. Cari
Part 36. Kerjaya Baru
Part 37. Segi Tiga Perjumpaan
Part 38. Tak kenal
Part 39. Luthfia Amisya Binti Luth Zariel
Part 40. Isya Dan Zariel
Part 41. Cuitan
Part 42. Vanilla
Part 43. Kerjaya
Part 44. Come Back
Part 45. Iklan SLR
Part 46. Panas
Part 47. PDA
Part 48. Kisah Luna Dibuka
Part 49. Get Back
Part 50. Get Back Together
Part 51. Home Coming
Part 52. My Flower Boy
Part 53. Sweet Happy Family
Part 54. Sweet 1.0
Part 55. Happy Family 2.0
Part 56. Merajuk
Part 57. New Movie
Part 58. Terlerai
Part 59. Pelik
Part 60. Saya
Part 61. Balasan
Part 62. Dato' Qair
Part 64. Pangkin
Part 65. Airis
Part 66. Maaf
Part 67. Surprise!
Part 68. Kelu
Part 69. Drama
Part 70. Cuak
EPILOG
Cicak
Luthfi Zakwan bin Luth Zariel
20 Tahun Kemudian

Part 63. Rumah Kayu

39.2K 1.5K 1
By raz577_

"Apa yang buat Encik Zariel datang ke sini dengan anak isteri?," soal Mak Piah musykil.

"Saya nak melawat--,"

Zariel tak sambung ayat dia. Mak Piah menunduk faham. Luna yang tak faham apa-apa nak tanya Zariel semuanya. Tapi nanti nampak tak sopan pula. Jadi Luna terpaksa menahan diri.

"Kejap ya. Mak Piah nak buatkan air. Maaf lah tak ada apa-apa kat rumah ni," kata Mak Piah dengan rendah hati.

"Eh tak apa lah," kata Luna laju. Serba salah nak menyusahkan wanita tua ini.

"Tak susah langsung. Kejap ya," kata Mak Piah sebelum berdiri.

Mak Piah mahu menuju ke dapur.

"Mak Piah, saya tolong ya. Saya tak nak menyusahkan Mak Piah," kata Luna ikhlas.

Mak Piah tersenyum dan mengangguk. Mereka berdua ke dapur.

"Papa, enek adi sape?," soal Isya.
(Papa, nenek tadi siapa?)

"Nenek tu yang selamatkan atuk Luthfia waktu dia kemalangan," jawab Zariel lembut.

Isya yang entah faham ke tak tu hanya mengangguk sambil mulutnya memuncung 'Ooo'.

Zariel cubit perlahan pipi tembam Isya. Isya tergelak. Isya suka papa dia cubit pipi dia. Dia suka sebab ayah dia nampak sangat sayangkan dia.

Di dapur yang sepenuhnya berdinding kayu itu...

Kecil saja ruangan itu. Muat untuk kabinet kayu yang hampir reput, singki kecil, dan dapur kayu. Luna tak tahu macam mana wanita tua ini hidup dalam keadaan macam ni.

"Mak Piah, Luna nak tanya soalan boleh?," soal Luna lembut.

"Tanya saja apa-apa. Kalau Mak Piah tahu, Mak Piah jawab," balas Mak Piah.

Dari tadi lagi Luna nak tanya soalan ni.

"Macam mana Mak Piah kenal Zariel?," tanya Luna.

Kedah dengan Kuala Lumpur boleh tahan jauh. Macam mana Zariel boleh jumpa Mak Piah. Apa kaitan Mak Piah dengan Zariel?

"Sebenarnya Mak Piah pernah tolong seorang lelaki ni. Nama dia Qair. Puan Luna kenal kan? Dia ayah Encik Zariel, bukan? Mak Piah tak tahu macam mana Encik Zariel tahu ayahnya kemalangan. Yang Mak Piah tahu... Encik Zariel muncul depan rumah Mak Piah. Mak Piah jumpa Qair waktu Mak Piah ke pekan,"

"Kemalangan?," soal Luna risau.

"Macam mana keadaan papa?," soal Luna laju.

"Papa Luna sebenarnya," tambah Luna lagi.

"Lah,"

Baru Mak Piah tahu. Dia bukan tahu banyak sangat pun.

"Kemalangan kecil aja. Kena langgar moto. Luka sikit," jawab Mak Piah.

"Alhamdulillah,"

Lega Luna.

"Mana papa Luna sekarang?," soal Luna.

Mak Piah terdiam.

"Mak Piah cerita dari awal ya," kata Mak Piah lembut. Berat hati dia nak bercerita sebenarnya. Sedih bila teringat.

Mak Piah berjalan kaki ke pekan yang terletak tak jauh dari rumahnya.

Dia menyusuri tepi jalan kampung itu.

Sampai di satu kawasan...

Mak Piah ternampak seorang lelaki sedang berjalan melintasi jalan dan tanpa dijangka sebuah moto ditunggang laju.

Moto itu sempat brek tetapi akibat luar kawalan, perlanggaran kecil berlaku. Dato' Qair terjatuh duduk. Lututnya sakit dan berdarah kecil. Perit lah juga. Penunggang moto itu terus meminta maaf dan membantu Dato' Qair bangun.

Mak Piah menyaksikan kejadian itu. Bila lelaki muda yang menunggang motosikal itu membuka topi keledarnya, Mak Piah tersentak. Itu anak bongsunya, Adam.

Terus Mak Piah menghampiri mereka di seberang jalan. Wajah cemas dan risau tertayang di wajah wanita tua itu.

"Adam, apa yang jadi ni? Kenapa bawa laju sangat motonya?," marah Mak Piah.

"Maaf ya encik. Ni anak saya," kata Mak Piah dengan rasa bersalah.

Dato' Qair tersenyum dengan reaksi 'tak apa' dipamerkan.

"Dah luka dah ni. Maaf ya encik. Apa yang boleh saya buat bagi tebus salah Adam?," soal Mak Piah.

"Tak apa saya okay. Panggil saja saya Qair," kata Dato' Qair.

"Pak cik nak ke mana ni?," soal Adam.

Dato' Qair tersenyum tawar. Dia sendiri tak tahu dia nak pergi mana. Dia nak ke kampung dia sebenarnya tapi lupa nama kampung sendiri. Kampung belah ibunya jarang dilawati kerana sibuk. Lagipun dia dah tak ada keluarga. Yang tinggal hanyalah rumah pusaka. Dia ingat dia nak tinggal di situ untuk habiskan masa tua dia yang bersisa. Mujur dari dulu lagi dia ada upah orang kampung untuk jaga rumah itu.

Sekurang-kurangnya dia ada tempat berteduh.

Dia datang ke Kedah pun dengan duit dia yang masih berbaki sedikit hasil daripada kerja dia sebelum syarikat AA dibuka. Dia dahulunya seorang peniaga biasa saja. Kerana kerja keras dia, dia berjaya. Tapi akibat sikap tidak berfikir buruk pasal orang menyebabkan dia ditimpa musibah sebegini.

"Pak cik mesti dari hentian bas kampung tadi kan. Mesti pak cik nak balik kampung. Kalau pakcik berjalan kaki mesti kampung pakcik dekat je dari sini. Biar saya hantar pakcik ya," pelawa Adam.

"Pakcik tak tahu nak ke mana sebenarnya," kata Dato' Qair dengan segan.

"Marilah ke rumah saya. Panas ni. Rumah saya dekat depan sana je. Saya duduk dengan ibu saya," ajak Adam.

Wajah Dato' Qair nampak bermasalah sekarang walaupun dia sorok kenyataan itu. Simpati Adam jatuh. Dia nak bantu pakcik ni. Pakcik ni nampak tak bertujuan.

Dato' Qair terpaksa ketepikan segannya. Dia dah kesempitan sekarang. Akhirnya ketiga mereka
berjalan menuju ke rumah kayu yang tak jauh dari situ.

Adam segera masuk ke untuk mengambil minyak gamat bagi merawat luka Dato' Qair.

"Apa yang jadi sebenarnya, Qair?,"

Mak Piah lebih tua dari Dato' Qair. Pangkatnya macam kakak lah. Soalan Mak Piah kedengaran prihatin.

"Saya sebenarnya baru bankrup. Saya kena kianat dan syarikat kat Kuala Lumpur dah dapat ke tangan orang lain. Sekarang ni saya dah hilang arah tujuan. Saya tak tahu saya nak buat," jawab Dato' Qair.

Tanpa segan Dato' Qair bercerita. Mungkin betul kata orang...

Orang yang bermasalah adalah antara orang yang jujur. Tapi ikut jenis situasi juga.

"Ya Allah," komen Mak Piah simpati.

"Sekarang ni kamu buat apa di Kedah?,"

"Saya nak ke kampung lama saya tapi saya lupa nama kampung sendiri," kata Dato' Qair dalam ketawa hambar.

"Apa kata kalau pakcik tumpang di sini," sampuk Adam memberi cadangan.

Dia ambil duduk di sebelah Dato' Qair di atas kerusi kayu yang lebar di bawah pohon mangga itu. Botol minyak  gamat diletakkan di tepi.

Seminggu kemudian...

Sedang Dato' Qair menyapu sampah di hadapan tiba-tiba kepalanya bagaikan berpusing.

Umpama bumi berpusing. Dia rasa sangat pening. Dia hampir jatuh. Kepala dia bagai dihempap batu.

Mujur Adam yang baru keluar dari rumah terus hampiri Dato' Qair.

"Pakcik Qair! Pakcik okay tak ni?," soal Adam risau.

Dato' Qair mengangguk perlahan. Dia tahu dia tak okay tapi dia tak nak bagitahu Adam. Biarlah dia saja tahu.

Keesokannya...

Satu situasi yang Dato' Qair tak pernah sangka akan berlaku terjadi. Petang yang nyamannya didatangi seseorang yang dia tak pernah terfikir akan dapat bertemunya.

"Assalamualakum," seorang lelaki memberi salam kepada Dato' Qair yang sedang duduk di pangkin itu.

Dato' Qair yang sedang berehat itu menoleh ke arah punca suara tadi. Dato' Qair memandang Zariel.

Zariel ukir senyuman nipis. Wajah Dato' Qair berubah.

Dia terus berdiri.









Continue Reading

You'll Also Like

3.1M 30.9K 28
"Marry me " - Tengku Faiz Aryan "hah?." -Darmia Arissa "I said.marry.me" "tapi Saya tak kenal awak" "tapi saya cukup kenal awak miss Darmia Arissa." ...
95.1K 6.7K 59
- REVENGE HAUNTS , LOVE PREYS ON - "Zarith ! Aku dengan kau hanya sekadar kawan , tak lebih daripada tu" "Tapi aku sayang kau Del...lebih daripada...
52.8K 4.8K 20
Dave Riccardo masih hidup dalam bayangan masa lalu selepas kehilangan isteri tercintanya. Menjadi mama dan bapa untuk puteri tunggalnya bukan mudah...
81.2K 9K 16
"Airis dah terlanjur dan sekarang Airis mengandung." Siapakah yang menanggung semua ini jikalau bukan gadis muda ni. Belum sempat Airis memberitahu p...