The Unexpected Life

By raz577_

3.7M 142K 5.3K

[COMPLETED] Luth Zariel dan Arluna Aisyah. Permulaan hidup Arluna membawa dia ke sebuah dunia yang penuh... More

Part 1. Perubahan
Part 2. Hipokrit
Part 3. Lelaki Itu...
Part 4. Permulaan
Part 5. Kawan Sebenar
Part 6. Arman dan Dato' Anas
Part 7. Way To Go... Still Far Away
Part 8. Kahwin?
Part 9. Fasa Baru
Part 10. Life Is Getting Better
Part 11. Sara Si Syaitan
Part 12. My Hero... Thanks!
Part 13. My Sweet Hero
Part 14. Fyuhh
Part 15. Rindu ke?
Part 16. Cemburu? Seriously!
Part 17. Slow Settle Down
Part 18. Siapa?
Part 19. Puan Sri Arisah
Part 20. Come Back Malaysia
Part 21. Nayla
Part 22. Sweet
Part 23. Kerja Baru
Part 24. Dugaan 1.0
Part 25. Dugaan 2.0
Part 26. Dugaan 3.0
Part 27. Que
Part 28. Dugaan 4.0
Part 29. Bad Things Happen
Part 30. Dugaan Masih Ada
Part 31. Bye
Part 32. Hi Que, Bye Zariel
Part 33. Move On
Part 34. Savage
Part 35. Cari
Part 36. Kerjaya Baru
Part 37. Segi Tiga Perjumpaan
Part 38. Tak kenal
Part 39. Luthfia Amisya Binti Luth Zariel
Part 40. Isya Dan Zariel
Part 41. Cuitan
Part 42. Vanilla
Part 43. Kerjaya
Part 44. Come Back
Part 45. Iklan SLR
Part 46. Panas
Part 47. PDA
Part 48. Kisah Luna Dibuka
Part 49. Get Back
Part 50. Get Back Together
Part 51. Home Coming
Part 52. My Flower Boy
Part 53. Sweet Happy Family
Part 54. Sweet 1.0
Part 55. Happy Family 2.0
Part 56. Merajuk
Part 57. New Movie
Part 58. Terlerai
Part 59. Pelik
Part 60. Saya
Part 61. Balasan
Part 63. Rumah Kayu
Part 64. Pangkin
Part 65. Airis
Part 66. Maaf
Part 67. Surprise!
Part 68. Kelu
Part 69. Drama
Part 70. Cuak
EPILOG
Cicak
Luthfi Zakwan bin Luth Zariel
20 Tahun Kemudian

Part 62. Dato' Qair

43.6K 1.5K 84
By raz577_

Luna teresak kecil.

Bila ingat tentang Dato' Qair... Luna jadi sebak. Luna rindukan ayahnya.

Zariel yang keluar tadi masuk semula kerana mendengar suara Luna yang tersendu-sedan. Zariel tak sangka Luna menangis. Cepat-cepat dia dekati Luna di katil.

"Kenapa?," soal Zariel.

Zariel pandang Que.

Cepat-cepat Que menggeleng tanda dia tak bersalah.

"A--aku,"

Que cuak dan Zariel risau.

Esakan Luna makin kuat. Bahu Luna dipeluk lembut. Zariel duduk di sisi Luna.

"Kenapa, honey?," soal Zariel prihatin.

Que tersenyap dengan cara layanan Zariel pada Luna. Que minta diri untuk keluar. Bagi ruang pada mereka berdua. Lagipun dia tak sanggup nak stay dalam tu.

"Hubby, honey rindu pa-papa," teresak-esak Luna.

"Janganlah nangis, Luna,"

Bila Zariel tak layan apa yang dia cakap, Luna makin sedih. Esakan dia makin menjadi-jadi! Zariel dah mula gosok tengkuk. Tak tahu nak buat apa.

"Luthfia terjaga nanti kalau bising honey nangis," nasihat Zariel.

Bila dia dikatakan bising, terus Luna bangun dari situ dan lepaskan tangan Zariel yang berlabuh di bahunya. Luna nak keluar dari bilik itu tapi Zariel menghalang. Tangan Luna ditarik lembut.

"Janganlah merajuk,"

"Saya bising kan?," soal Luna geram.

Basah pipi Luna dengan air matanya. Tapi Luna tetap nampak cantik di mata Zariel. Luna makin comel dengan mata berkaca. Tapi Zariel tak suka lihat air mata di wajah isterinya itu.

"Nanti hubby bawa honey,"

Mata Luna bersinar. Membulat. Tak percaya dengan apa yang dia dengar.

"Bawa ke mana? Jumpa papa?!," soal Luna teruja.

Zariel mengangguk perlahan. Wajah Zariel nampak agak kusut.

"Kejutkan Luthfia. Nak balik dah ni. Kejap lagi nak singgah kat satu tempat pula," kata Zariel.

Luna hanya akur dengan teruja. Isya dikejutkan lembut.

"Comel mama ni... bangun sayang,"

Isya menggeliat kecil. Mulut ditutup apabila dia menguap. Mata bulatnya digosok-gosok bagi menghilangkan mamai.

"Mamaaa,"

"Ya, Isya?," soal Luna penuh kasih.

Tiba-tiba Isya cakap sesuatu dalam mamainya.

"Tak nak!," tiba-tiba Isya membentak kecil.

Mukanya serius. Wajah Zariel dan Luna hanya terpinga.

"Apa yang Isya tak nak?," soal Luna pelik.

"Tak nak adik!," jawab Isya sambil menahan sebaknya.

Zariel tergelak. Luna hanya terdiam sambil buat muka hairan.

"Kenapa tiba-tiba je cakap pasal tak nak adik ni, sayang?," soal Luna kepada Isya dengan lembut.

Isya mengeleng-geleng. Tak nak betul adik gayanya. Zariel tergelak cuma.

"Anti adik comel agi ari Isya, papa mama tak ayang Isya agi ane?," soal Isya dalam sebak.
(Nanti adik lagi comel dari Isya, papa mama tak sayang Isya lagi macam mana?)

Luna menggeleng lucu. Boleh pula budak comel ni cakap macam tu.

"Kalau Isya ada adik, Isya tak nak sayang adik ke?," soal Luna menduga.

Kenapa lah topik ni keluar? Isya... Isya. Balik rumah dulu tak boleh ke?

Isya nampak serba salah.

"A-ayang," jawab Isya selepas lama berfikir.

Luna dan Zariel tersenyum mendengar jawapan Isya. Isya memang anak yang baik dan bijak. Dia pandai berfikir dengan matang. Lega mereka berdua.

"Dah jom kita balik,"

Lepas Zariel beri arahan lembut baru tamat pasal hal tu.





Dalam kereta...

Isya di tempat duduk penumpang belakang. Tali pinggang keselamatan memang wajib mereka pastikan Isya pakai.

"Kita nak pergi mana ni?," soal Luna hairan.

"Kedah," jawab Zariel sepatah.

Terlopong Luna. Zariel nak buat kerja gila ke apa? Sekarang ni dia orang sekeluarga baru balik dari hospital di Kuala Lumpur. Naik kereta terus nak bertolak ke Kedah? Biar betik? Jauh kut. Naik kereta drive sendiri pula tu. Bukan naik kapal terbang ke apa.

"Hubby?!,"

Zariel hanya senyap.

"Nak bawa Luthfia dan han kat suatu tempat," kata Zariel ringkas.

"Nanti lah. Esok ke? Kita tak sedia apa-apa pun ni," kata Luna lembut.

"Nanti belilah baju dan kelengkapan kat sana. Ni ada kaitan dengan papa han," kata Zariel serius.

Sebenarnya Zariel nak bagitahu segalanya hari ni sebab dia jadi lebih kuat untuk bagitahu Luna. Sebelum ni dia belum bersedia lagi nak bagitahu. Memang takdir nak kebenaran terbongkar hari ni agaknya.

Dah tiga tahun Zariel sorok benda ni daripada Luna. Hari ni dia akan jujur!

Biar penat dan lama perjalanan ke Kedah. Bagi Zariel, dia akan rasa lebih tenang bila Luna dah tahu hal ni. Jauh pun jauh lah. Baik bagitahu terus sementara dia ada kekuatan nak bagitahu kan?


Beberapa jam kemudian...

Mereka akhirnya tiba di Kedah.

Masa perjalanan mereka agak lama sebab berhenti di banyak perhentian. Sekali dengan budak susah sikit, banyak ke tandas lagipun dia orang kena beli baju, makanan dan kelengkapan lain. Dah dia orang memang sehelai sepinggang je datang ni.

Zariel suka buat kerja gila.

"Nak pergi ane ni, papa?," soal Isya polos.
(Nak pergi mana ni, papa?)

"Nanti Luthfia tahu," jawab Zariel.

Zariel suka panggil nama anak dia dengan panggilan 'Luthfia'. Kalau Luna 'Isya'. Zariel suka nama Luthfia sebab nak dekat sama macam nama dia. Biar semua orang tahu tu anak dia. Lagipun Zariel suka dengan nama itu. Bukti Luna kisah pasal dia.

"Zariel, papa sihat tak? Papa kat mana sekarang? Hidup papa okay tak selama ni?," soal Luna.

Nada Luna agak sayu. Sungguh dia sedih dan simpati terhadap nasib papanya itu. Zariel menarik nafas dalam-dalam dalam jedanya.

"Nanti honey tahu,"

Jantung Luna berdebar bila dengar Zariel kata macam tu. Dia dapat rasa sesuatu yang buruk.
Risau dia semakin mengunung. Luna nak cepat sampai supaya dia dapat hilangkan rasa takut. Dia tahu papanya akan hidup bahagia dan selamat selama ni. Dia nak peluk dan ungkapkan kata rindu dan sayang pada papanya yang tercinta.

Insan yang dia terlalu rindu.

Rasa teruja dan tak sabar pun ada. Apa reaksi papanya kalau dia kata yang dia dah ada anak? Mesti Dato' Qair gembira sangat-sangat!

'Mesti papa suka kalau papa jumpa cucu papa yang comel ni,'

Akhirnya selepas tiga tahun, mereka akan berjumpa lagi. Luna tak mampu tahan daripada rasa gembira.

'Tunggu Luna, papa. Luna datang. Anak kesayangan papa. Anak manja papa ni nak jumpa papa. Luna dah lama tahan rindu pada papa,' detik hati Luna sebak.

"Tak sabar nak jumpa papa," kata Luna perlahan.

"Papa?," soal Isya tak faham.

"Isya sayang tok ma kan? Kita nak jumpa tok ayah pula. Papa kepada mama," kata Luna ceria.

Isya senyum suka.

"Nak adik!,"

"Ya Allah. Budak ni," komen Zariel.

Tiba-tiba aje Isya ni. Suka buat perangai buang tabiat dia. Mesti sebab terpengaruh dengan Zariel. Zariel mengajar. Dua beranak ni kan kamceng.

"Sabar, Luthfia. Papa usaha nanti. Honey, dengar tu. Kita kena kerja keras lepas ni," kata Zariel.

"Riel! Apa lah!," marah Luna malu.

Boleh pula Zariel cakap macam tu. Zariel tergelak kecil. Dia suka tengok reaksi Luna waktu tengah malu.

"Betul apa. Usaha tangga kejayaan," jawab Zariel bersahaja.

Zariel bukan ada perasaan malu pun kalau dengan Luna. Mulut tu pakai main cakap je apa yang dia fikir. Semua benda nak cakap. Lelaki dan perempuan kan berbeza perangainya. Lelaki suka pakai hentam je, kalau perempuan dia malu-malu sikit. Apatah lagi hal-hal macam tu.

"Bila nak sampai ni?,"

Luna tukar topik. Zariel tak teruskan usikan tadi.

"Kejap lagi. Kena pergi kat Kampung Melupur," jawab Zariel perlahan.

"Papa ada kat situ ke?," soal Luna tak sabar.

"Mhm," respon Zariel ringkas.

Tak mengiakan atau menafikan tapi Luna anggap yang Zariel iakan.

'Tak sabarnya!,' sorak Luna dalam hati.

Rindu dah semakin membuak-buak.



Beberapa minit kemudian...

Mereka tiba di sebuah rumah usung. Luna hanya tergamam kecil. Zariel keluar dari kereta dan membawa Isya keluar. Luna mengikut langkah mereka.

"Papa, syeyamnye umah ni," kata Isya takut.
(Papa, seramnya rumah ni)

Leher Zariel yang sedang mendukungnya dipeluk erat.

"Rumah siapa ni? Papa ada kat sini ke?," soal Luna.

Zariel mengeleng kecil. Pintu kayu diketuk dan salam diberi.

Tak lama kemudian, seorang wanita tua membuka pintu.

"Encik Zariel!," sapa Mak Piah tak sangka.

"Mak cik apa khabar?," soal Zariel ringkas.

"Baik aje," jawab Mak Piah ceria.

Mak Piah tersenyum lebar melihat Isya dalam dukungan Zariel dan Luna di sebelah.

"Isteri dan anak encik ya?," soal Mak Piah.

Mak Piah bercakap dalam slang Utara.

"Haah," jawab Luna bagi pihak Zariel dengan ramah.

"Cantik betul," puji Mak Piah.

Baru tersedar mereka masih berdiri di hadapan berandar kayu depan pintu. Rumah kayu ni bertiang tinggi. Ada tangga di hadapannya. Kelam kabut Mak Piah mempelawa mereka masuk. Walaupun kekok dan tak selesa, Luna tetap masuk. Bila tengok gaya Zariel, Luna yakin... Zariel pun tak biasa! Haha.

Papan lantai mereka berpijak berbunyi setiap kali melangkah. Cuak Luna. Dia takut kalau rumah ni runtuh. Nampak macam tak kukuh.

Lepas satu satu bunyi krek krek krek.

Tak tercabut ke papan-papan ni semua? Macam mana nak hidup kat sini hari-hari? Tak bahaya ke? Luna mula rasa risau akan Mak Piah.

Rumah kayu kalau tak kukuh, tak ada sampai jadi usung macam tu. Dah buruk tanda lama. Kalau lama tak runtuh-runtuh tu tanda kukuh.

Apa lah Luna ni. Haih. Biasalah orang bandar.

Mereka berempat duduk bersila di lantai bertikar mengkuang di ruang tamu.

Luna cuba duduk bersimpuh bila Mak Piah duduk macam tu. Terasa macam gadis melayu terakhir pula. Zariel duduk bersila dengan Isya diriba.

"Kenapa Encik Zariel datang hari ni? Kalau Mak Piah tahu Mak Piah nak buatkan kuih untuk Encik Zariel dan Puan," kata Mak Piah.

"Susah-susah je. Terima kasih ya," kata Luna lembut.

Takkan tak kenal lagi dengan Zariel. Bukannya suka beramah mesra dengan orang. Takut je kalau wanita berusia depan mereka ni terasa hati. Zariel memang dingin dengan semua orang. Dah perangai dia macam tu.

"Tak susah langsung. Encik Zariel dah banyak tolong keluarga Mak Piah. Mak Piah tak tahu nak balas macam mana jasa Encik Zariel," kata Mak Piah terharu.

Luna hanya tersenyum kecil. Isya menarik lengan baju kemeja yang dilipat Zariel hingga ke siku. Zariel menunduk untuk melihat Isya di ribanya itu. Wajah Zariel menyoal 'Apa Luthfia?'.

"Papa, tak atuh ke?," soal Isya risau.
(Papa, tak jatuh ke?)

Wajah Isya nampak tak selesa dan takut. Zariel cuma betulkan kedudukan Isya di ribanya tanpa komen.

Mak Piah tergelak kecil melihat reaksi Isya.

"Comelnya anak," puji Mak Piah ikhlas.

Luna tersenyum tanda terima kasih.

Sekarang ni Luna musykil. Apa tujuan Zariel bawa mereka ke sini? Siapa Mak Piah ni? Apa kaitan wanita tua ini dengan hal mereka nak jumpa papa Luna?








Continue Reading

You'll Also Like

1.4M 53.4K 62
Status : Complete Noah Iskandar x Sufi Nur Humaira [Karya kedua dari snowdreamm] Impian Noah Iskandar untuk membina mahligai bersama tunang tersayan...
618K 21.9K 72
MEGAT HARITH ร— AULIA HUMAIRA Megat Harith dan Aulia Humaira disatukan tanpa dirancang semuanya bermula apabila kedua dua insan ini ditinggalkan oleh...
2.9M 93.7K 63
Airis Medina disatukan dengan Hayyan Mikael dengan kerelaannya dan keterpaksaan Hayyan. Hidup sebumbung dengan lelaki bernama Hayyan Mikael sangat me...
1.4K 114 4
PILIHAN HATIKU ยฉ๏ธ 2024 Status: On-going Muhammad Hezra | Najiha Asyikin Kerana patah hati, Najiha buat keputusan untuk bernikah dengan lelaki lain. H...