The Unexpected Life

By raz577_

3.6M 140K 5.3K

[COMPLETED] Luth Zariel dan Arluna Aisyah. Permulaan hidup Arluna membawa dia ke sebuah dunia yang penuh... More

Part 1. Perubahan
Part 2. Hipokrit
Part 3. Lelaki Itu...
Part 4. Permulaan
Part 5. Kawan Sebenar
Part 6. Arman dan Dato' Anas
Part 7. Way To Go... Still Far Away
Part 8. Kahwin?
Part 9. Fasa Baru
Part 10. Life Is Getting Better
Part 11. Sara Si Syaitan
Part 12. My Hero... Thanks!
Part 13. My Sweet Hero
Part 14. Fyuhh
Part 15. Rindu ke?
Part 16. Cemburu? Seriously!
Part 17. Slow Settle Down
Part 18. Siapa?
Part 19. Puan Sri Arisah
Part 20. Come Back Malaysia
Part 21. Nayla
Part 22. Sweet
Part 23. Kerja Baru
Part 24. Dugaan 1.0
Part 25. Dugaan 2.0
Part 26. Dugaan 3.0
Part 27. Que
Part 28. Dugaan 4.0
Part 29. Bad Things Happen
Part 30. Dugaan Masih Ada
Part 31. Bye
Part 32. Hi Que, Bye Zariel
Part 33. Move On
Part 34. Savage
Part 35. Cari
Part 36. Kerjaya Baru
Part 37. Segi Tiga Perjumpaan
Part 38. Tak kenal
Part 39. Luthfia Amisya Binti Luth Zariel
Part 40. Isya Dan Zariel
Part 41. Cuitan
Part 42. Vanilla
Part 43. Kerjaya
Part 44. Come Back
Part 45. Iklan SLR
Part 46. Panas
Part 47. PDA
Part 48. Kisah Luna Dibuka
Part 49. Get Back
Part 50. Get Back Together
Part 51. Home Coming
Part 52. My Flower Boy
Part 53. Sweet Happy Family
Part 54. Sweet 1.0
Part 55. Happy Family 2.0
Part 56. Merajuk
Part 57. New Movie
Part 58. Terlerai
Part 59. Pelik
Part 60. Saya
Part 62. Dato' Qair
Part 63. Rumah Kayu
Part 64. Pangkin
Part 65. Airis
Part 66. Maaf
Part 67. Surprise!
Part 68. Kelu
Part 69. Drama
Part 70. Cuak
EPILOG
Cicak
Luthfi Zakwan bin Luth Zariel
20 Tahun Kemudian

Part 61. Balasan

44.9K 1.6K 96
By raz577_

"Mana ada," nafi Luna.

Muka Luna nampak tak puas hati. Zariel terus fikirkan perkara yang boleh kembalikan mood gembira Luna.

Arluna Aisyah tak pernah tak happy kalau hal berkaitan dengan anak dia.

"Nak Luthfia datang sini? Kalau nak ak--sa-saya suruh Joey bawa Luthfia," kata Zariel.

Wajah tegang Luna bertukar kendur serta merta. Dia mengangguk laju. Rasa rindu dah membuak-buak terhadap anak kecilnya itu walaupun tak sampai sehari tak berjumpa.

"Kejap,"

Zariel berdiri dan menghadap tingkap besar bilik wad itu. Telefon dikeluarkan dan dia memberikan arahan ringkas.

"Bawa anak aku datang sini. Lepas tu suruh Zack hubungi Datuk Aiman untuk aturkan mesyuarat ganti esok,"

Terus talian diputuskan.

"Kejap lagi Luthfia sampai," maklum Zariel.

Luna tersenyum.

Bila teringat pasal satu perkara, senyuman Luna mati. Wajah serius terpamer.

"Riel, apa maksud Arman?," soal Luna.

"Maksud apa?," soal Zariel balik.

"Dia kata... 'suruh lelaki tu jangan ganggu keluarga dan syarikat aku'," Luna ulang ayat Arman tadi.

Zariel tersenyum nipis.

"Sa--argh serabutlah. Tak biasa," kata Zariel.

Kekok betul dia nak bahasakan diri dia 'saya'. Bicara Zariel buat mata Luna berkaca-kaca. Hati Luna pedih. Zariel yang perasan perubahan Luna terus risau.

"Luna...,"

"Jangan cakap dengan saya. Saya tak nak dengar!," marah Luna.

Luna terasa hati dan sedih dengan Zariel. Sampai hati Zariel cakap permintaan dia serabut. Seerti dia yang serabut.

Zariel mengeluh kecil.

"I prefer 'abang' than 'saya'. That's what I mean," kata Zariel dengan nada memujuk.

Luna buat-buat tak dengar.

"Luna sayang,"

Laju Luna menoleh ke arah Zariel. Apa yang Zariel sebut buat Luna terus hilang marah cuma perasaan tak sangka.

"Apa awak panggil saya? Cuba ulang," soal Luna pelik.

"Abang tak cakap apa-apa pun," kata Zariel sambil tersenyum senget.

Luna tayang wajah blur.

'Sejak bila aku ada abang? Kutuklah aku bodoh tapi serius Zariel dah kenapa? Dia nak gelarkan diri dia 'abang' ? Pasal apa sweet and romantic sangat lelaki ni?,' Luna tak tahan dengan aura Zariel. Luna rasa dia boleh mati dalam kemanisan.

"By the way, I'm three years older than you. What's wrong with 'abang', honey? Dah lah. Saya keluar dulu,"

Senyuman yang mampu buat wanita jadi angau terukir untuk Luna. Tanpa sempat Luna hadam apa-apa, Zariel keluar dari bilik itu. Wajah kacak Zariel yang tersenyum tadi terbayang semula.

Luna tersenyum sendiri macam orang bodoh.

'ARGHH Zariel!!,'

Luna tak kisah dia angau asalkan perempuan lain tak angaukan suami dia. Lagipun senyuman Zariel milik dia, bukan milik perempuan lain.

Luna juga harap hati Zariel milik dia. Bukan milik perempuan lain.

Luna rasa ya.

Biar perasan asalkan bahagia. Itu tagline baru Luna.



Di luar bilik wad itu...

Langkah dan senyuman Zariel terus mati bila susuk tubuh Que terpapar depan mata. Jambangan bunga di tangan Que buat pandangan Zariel berubah tajam.

Que hanya balas dengan senyuman mesranya.

"Luth Zariel," sapa Que ramah.

"Kau buat apa datang sini?," soal Zariel.

"Salah ke kalau aku nak melawat kawan aku yang aku dah lama kenal?," soal Que pura-pura innocent.

"Maksud kau isteri aku?," soal Zariel tanpa senyuman.

"Isteri yang tak sampai setahun kau kenal? Perempuan yang dah tiga tahun aku kenal? Jumpa setiap hari? Azankan anak dia? Jaga dia? Berikan dia perlindungan waktu dia kena halau dengan suami dia? Sebab suami dia panas baran dan suka bertindak melulu tanpa bukti?," balas Que sambil tersenyum nipis.

Ayat Que sangat menembak.

Urat di pergelangan Zariel timbul akibat dia mengengam penumbuk dengan kuat. Menahan perasaan yang bercampur aduk. Paling penting... rasa bengang.

"Kau nak apa daripada aku sebenarnya, Que Ameer?," soal Zariel cuba bertenang.

Pandai sungguh Que cari cara untuk serang hati Zariel. Zariel memang terkesan dengan ayat Que. Kelemahan Zariel semestinya Luna dan Isya. Dan semestinya kejadian tiga tahun lepas. Suara Zariel bergetar sedikit menahan perasaan bengang. Rahangnya bergerak-gerak. Wajah kekal tegang tapi tak nampak lagi perasaan marah.

"Aku nak satu je daripada kau,"

Zariel bagi Que sambung ayatnya dengan sabar.

"Aku nak kau lafaz dan mengaku yang kau cintakan dan akan bahagiakan Luna," kata Que serius.

Zariel tergelak sinis sebelum melangkah ke hadapan. Dia terus melangkah dan hanya menepuk perlahan bahu Que sewaktu melintasinya dan meninggalkan Que sendiri. Que genggam penumbuknya.

"Kau kena tahu yang ada orang sanggup rampas Luna daripada kau kalau kau sia-siakan dia!," suara Que diperkuatkan supaya dapat didengari Zariel yang sudah jauh.

Que pusing ke belakang untuk tengok reaksi Zariel. Tangan Zariel diangkat membuat tanda 'jumpa lagi' tetapi Zariel tetap melangkah dengan bersahaja.

Que hanya mampu mengetap bibir. 'Apa yang ada dalam fikiran Zariel? Aku tahu dia sayang dan cintakan Luna. Tapi kenapa dia macam tak jujur dengan perasaan sendiri? Apa masalah dia? Tapi aku akan pastikan dia jujur dan tak siakan Luna. Kalau tak aku akan dapatkan Luna,' fikir Que geram.

'Tak perlu risau, Que Ameer. Kau takkan dapat rampas Luna daripada aku. Lagipun aku takkan sia-siakan perempuan yang aku cinta,' fikir Zariel sinis.

Dia meneruskan langkah.

Ada kerja yang perlu dia uruskan tentang Arman.

Dan tak lama lagi semuanya akan berakhir bagi Dato' Anas dan Arman.







Pada hari esoknya, Luna dah dibenarkan keluar dari wad.

Que datang lagi. Sebenarnya Que rindukan Isya. Itu sebab utama dia menyibukkan diri di sini. Que nak jumpa bidadari kecil dia. Alang-alang tu boleh cucuk Zariel lagi. Macam tak sangka Zariel sangat lemah bab Luna. Que tak expect Zariel boleh jadi macam ni.

Kelemahan seseorang yang hebat macam Luth Zariel ialah isterinya, Arluna Aisyah.

Waktu Luna tengah nak berkemas sikit, Que buka mulut untuk tuturkan perkara merepek.

"Argh saya nak Isya jadi menantu saya jugak! Tak kira lah awak setuju ke tak," kata Que dengan bersungguh.

Cara cakap macam sebut hal dunia je. Luna tergelak. Zariel yang bersandar di pintu wad hanya diam malas layan.

Fungsi Zariel di situ hanya sebab tak nak bagi mereka berdua. Jangan harap dia bagi Que berdua-duaan dengan isteri dia.

"Cepat-cepatlah cari jodoh. Kahwin dan dapat anak pastu bolehlah kita berbesan," sokong Luna bersemangat.

Que mengangguk laju. Isyarat 'okay' diberi. Kemudian mereka tergelak kuat. Zariel berdehem. Mereka terus terdiam.

"Tak nak aku. Jangan harap,"

Zariel saja potong mood. Muka Luna dah mencuka. Que tergelak kuat tanpa henti. Entah kenapa dia rasa lawak sangat. Memang macam bodoh je gelak macam orang gila. Hilang sikap cool dia dengan Zariel. Zariel hampiri katil dan ambil bantal. Lalu bantal tersebut dibaling ke arah Que yang tergelak kuat itu.

Kuat, padu dan tepat!

Que tersentak.

"Sh*t!,"

Que mencarut kecil. Bantal tadi dikutip lalu...

Bush! Tepat ke muka Zariel.

Mata Zariel terpejam bila bantal itu kena tepat ke mukanya. Penumbuk digenggam.

Baru Zariel nak meletup, Luna yang tergamam seketika tadi tergelak. Sungguh Luna terhibur bila bantal itu tepat pada wajah kacak Zariel.

Tak jadi Zariel nak mengamuk bila lihat tawa dan senyuman manis Luna. Que dipandang tajam sebelum keluar dari bilik itu dengan perasaan bengang.

Que dengan Luna tersenyum sambil berbalas pandang. Lalu mereka ketawa.

Luth Zariel kena baling dengan bantal?

Luna rasa nak viralkan je. Lucu gila muka Zariel tadi. Mesti tak sangka Que balas balik.

"Tulah suka sangat cari pasal dan kacau mood orang," komen Luna.

Que mengangguk setuju.

"Saya ingat habis dah saya tadi," kata Que lucu.

Selamat dia bila Zariel blah terus tanpa buat apa-apa. Mesti sebab Luna gelak marah Zariel hilang. Que tahu.

"Saya tak percaya tadi tu Luth Zariel," kata Que.

"Luth Zariel bengang baling bantal?," soal Que lucu dan tak percaya.

Luna cuba tahan tapi tak mampu. Dia melampiskan ketawa dia lagi.

Luna senyap bila teringat yang Isya sedang tidur di katil itu. Mujur ada dua bantal tadi. Luna rasa nak gelak lagi. Isya bergerak sedikit apabila keadaan agak bising.

"Luna,"

"Ya?,"

"Awak tahu tak yang suami awak tu dah musnahkan empayar Dato' Anas dan Arman semalam?,"

Wajah Que dipandang.

"Apa?!,"

"Dalam masa satu hari, syarikat AA bankrup dan diambil alih oleh syarikat SLR. Zariel beli AA lepas musnahkan empayar mereka," terang Que.

Wajah terkejut Luna jelas kelihatan.

"Apa yang jadi? Bagitahu saya dari mula, Que," pohon Luna.

Que duduk di sofa. Luna pula duduk di sebelah tempat Isya tidur.

"Hal Dato' Qair dah selesai sebab kebenaran telah terbongkar. Saya tak tahu kenapa Zariel bersihkan nama pemilik AA sebelum ni. Semua orang dah tahu muslihat Dato' Anas dari awal untuk jatuhkan dan dapatkan AA. Kes penyelewangan duit syarikat
sebenarnya dilakukan oleh Dato' Anas untuk fitnah kawan baik sendiri. Hak pemilikan AA jatuh kepada Zariel sebab lembaga pengarah AA jual AA kepada Zariel. Mungkin tahu Zariel nak AA jadi dia jual pada Zariel lagipun AA dalam masalah pengurusan sekarang sebab hal besar ni," cerita Que dengan tenang.

Luna diam tanpa komen. Dia terharu bila nama ayahnya dah bersih. Luna sangat gembira dalam sedih. Sedih kerana keluarga Arman dah hancur.

Bukan apa. Luna hanya tak sampai hati nak musnahkan mereka bila teringatkan ibu Arman. Ibu Arman seorang wanita mulia yang ikhlas sayangkan Luna. Hanya dia yang jujur dengan Luna. Dalam dua tahun lepas, Luna terjumpa Datin Ana. Datin Ana jujur tentang semuanya dan merayu minta maaf. Kasih sayang Datin Ana padanya sejak dari kecil masih terasa.

Ini sebab sebenar dia tak nak Zariel musnahkan mereka tiga tahun lepas. Demi Datin Ana, dia sanggup maafkan keluarga mereka.

"Luna, awak okay tak ni?," soal Que.

Luna hanya mengangguk lemah. Simpati dia mula mengunung. Sejak dua menjak ni emosi dia agak berlebihan.

"Dato' Qair sebenarnya ayah saya,"

Baru Que faham dan jelas tentang tindakan Zariel. Sebab Luna rupanya. Mestilah sebab Luna... jarang Zariel buat kerja macam tu kalau bukan sebab tertentu.

"Uhm... Boleh saya tanya sesuatu?,"

"Tanya lah," balas Luna.

"Dato' Qair menghilang ke mana selama ni? Ayah awak di mana sekarang?," soal Que dengan perlahan dan berhati-hati agar Luna tidak  berasa sedih dengan soalannya.

Luna terdiam.










Continue Reading

You'll Also Like

2.8M 256K 88
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
1.7M 61.4K 65
@Choco_Lyn @CintaKeranaDia @2018 @storyke-7@Romantic @Best Engku Adrian Faizur adalah lelaki yang amat aku cinta dan aku sayang. Setelah tiga tahun b...
169K 10.1K 94
HIGHEST RANKING #NO.1 In Action #NO.1 In Malay Our love is a journey.Starting at forever,ending at never🌷 *** Walau apapun yang terjadi, Noah Luke p...
204K 13.6K 38
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...