The Unexpected Life

By raz577_

3.6M 140K 5.3K

[COMPLETED] Luth Zariel dan Arluna Aisyah. Permulaan hidup Arluna membawa dia ke sebuah dunia yang penuh... More

Part 1. Perubahan
Part 2. Hipokrit
Part 3. Lelaki Itu...
Part 4. Permulaan
Part 5. Kawan Sebenar
Part 6. Arman dan Dato' Anas
Part 7. Way To Go... Still Far Away
Part 8. Kahwin?
Part 9. Fasa Baru
Part 10. Life Is Getting Better
Part 11. Sara Si Syaitan
Part 12. My Hero... Thanks!
Part 13. My Sweet Hero
Part 14. Fyuhh
Part 15. Rindu ke?
Part 16. Cemburu? Seriously!
Part 17. Slow Settle Down
Part 18. Siapa?
Part 19. Puan Sri Arisah
Part 20. Come Back Malaysia
Part 21. Nayla
Part 22. Sweet
Part 23. Kerja Baru
Part 24. Dugaan 1.0
Part 25. Dugaan 2.0
Part 26. Dugaan 3.0
Part 27. Que
Part 28. Dugaan 4.0
Part 29. Bad Things Happen
Part 30. Dugaan Masih Ada
Part 31. Bye
Part 32. Hi Que, Bye Zariel
Part 33. Move On
Part 34. Savage
Part 35. Cari
Part 36. Kerjaya Baru
Part 37. Segi Tiga Perjumpaan
Part 38. Tak kenal
Part 39. Luthfia Amisya Binti Luth Zariel
Part 40. Isya Dan Zariel
Part 41. Cuitan
Part 42. Vanilla
Part 43. Kerjaya
Part 44. Come Back
Part 45. Iklan SLR
Part 46. Panas
Part 47. PDA
Part 48. Kisah Luna Dibuka
Part 49. Get Back
Part 50. Get Back Together
Part 51. Home Coming
Part 52. My Flower Boy
Part 53. Sweet Happy Family
Part 54. Sweet 1.0
Part 55. Happy Family 2.0
Part 56. Merajuk
Part 57. New Movie
Part 58. Terlerai
Part 60. Saya
Part 61. Balasan
Part 62. Dato' Qair
Part 63. Rumah Kayu
Part 64. Pangkin
Part 65. Airis
Part 66. Maaf
Part 67. Surprise!
Part 68. Kelu
Part 69. Drama
Part 70. Cuak
EPILOG
Cicak
Luthfi Zakwan bin Luth Zariel
20 Tahun Kemudian

Part 59. Pelik

43.9K 1.6K 29
By raz577_


Habis semua taktik yang dia boleh fikirkan Luna telah guna. Tapi dia tetap tak dapat pujuk Zariel yang sepertinya merajuk itu.

Sumpah Luna cuak. Tak seronok lah hadap Zariel yang dingin. Seram!

Dua hari kemudian...

Luna rasa nak mencarut.

Bagus sangat! Dengan Zariel yang serius tambah dengan gosip terbaru yang menyatakan bukti dia bercinta dengan Darius pula. Luna tak tahu macam mana boleh jadi serabut macam ni. Gambar mesra dia dengan Darius di set pengambaran tersebar dan viral.

Yang penting... macam mana dengan Zariel?

Di set...

"Luna, saya tak tahu macam mana boleh jadi macam ni. Macam mana gosip ni timbul pun saya tak pasti. Tapi jujurnya...,"

Ayat Darius terhenti kerana Luna mula terhuyung-hayang tiba-tiba. Mujur Luna sempat berpaut pada kerusi di sebelahnya. Luna rasa macam persekitaran berpusing. Bagaikan bumi berpusing.

"Awak okay tak ni?," tanya Darius.

"Okay," balas Luna perlahan.

"Jom saya bawa awak ke klinik?," pelawa Darius. Dia rasa prihatin.

"Tak apa," tolak Luna.

"Betul ni? Awak kena pergi klinik ni. Takut apa--," Darius meminta kepastian kerana dia ikhlas risaukan Luna.

"Kan saya dah kata saya okay!,"

Terdiam.

Luna sendiri terkejut dengan nadanya yang agak tinggi. Darius nampak tersentak sebelum mengukir senyuman tawar. Luna diterpa rasa bersalah.

"Darius, saya minta maaf," pohon Luna bersungguh.

Darius tersenyum.

"Tak apa. Saya faham emosi awak tak stabil sebab awak pening kepala sekarang. Awak rehat dulu ya di sini," balas Darius lembut.

Memang Darius agak terkesan dengan Luna tapi dia tak nak simpan dalam hati sebab dia faham situasi Luna yang tak sihat. Luna pula jadi serba tak kena sebab telah singungkan perasaan orang lain. Luna rasa macam dia pentingkan diri sendiri dan tak hiraukan perasaan orang lain.

"Haa. Apa yang awak nak cakap tadi?,"

Luna menyoal apa yang Darius tak dapat sambung pada waktu dia hampir terjatuh tadi. Selain tu, Luna cuba tukar topik supaya mereka tidak kekok dan dia tak terus diterpa rasa bersalah ni. Darius tersenyum nipis.

"Saya nak cakap sesuatu yang penting. Nanti lah saya bagitahu sebab sekarang ni saya tahu mood awak tengah tak berapa elok,"

"Okay" balas Luna.

Luna cuba hadiahkan senyuman ikhlas walaupun dia dalam keadaan pening kepala. Faozan yang perasaan akan keadaan Luna terus datang hampiri mereka.

"Kanapa, Luna? You okay tak ni? Nak balik? Atau you nak I telefon your hus-,"

"Ehm!," Luna menegur dengan deheman.

"Atau you nak I telefon Hasmalia, kawan baik you tu?," Faozan terus cover.

Luna hanya mengeleng. "I penat je ni," kata Luna.

"Itu lah pasal. Kerja tu tak payah kuat sangat. You kena tahu limit you. Ni tak! Tak henti-henti kerja," bebel Faozan.

Faozan mula membebel. Luna tak dapat tahan sakit kepala apabila Faozan mula membising. Kalau waktu dia okay, Luna okay je dengar Faozan membebel. Sebab tu tanda Faozan risaukan dia. Tapi sekarang dia tak boleh terima.

"I pening ni. I nak duduk rehat sorang-sorang jap. Please," pohon Luna rimas.

Darius yang menemani Luna tadi meminta diri. Faozan juga kembali berbincang dengan pengarah tentang movie. Tapi dalam fikiran Faozan penuh dengan rasa risau terhadap Luna. 'Perlu tak aku call Zariel?,' Faozan masih berkira-kira.

Faozan tak jadi nak hubungi Zariel sebab tak lama selepas itu, Luna dah mula pulih daripada rasa pening. Mungkin sebab cuaca sangat panas terik sampaikan menjejaskan kesihatan Luna hari ni.

Habis je sesi lakonan itu, Faozan paksa Luna balik.

Di rumah...

Telefon Luna bergetar tanda ada pesanan masuk. Waktu itu Luna sedang nyenyak tidur di atas katil. Zariel yang berbaring di sebelahnya mengambil telefon yang diletakkan di atas meja itu. Luna nampak macam nak demam jadi Zariel tak nak kacau Luna rehat. Baru Zariel nak senyapkan telefon Luna itu, mesej baru masuk lagi.

Nama Darius terpapar.

'Luna ada nombor mamat ni?,' Zariel buka kata laluan telefon Luna. Kata laluan Luna sangat senang untuk Zariel teka. Tarikh lahir Isya je. Aplikasi WhatsApp dibuka. Peti mesej tadi dibuka.

Darius Movie Lit Up
Asalam,
Luna

Automatik Darius dapat blue tick kerana Zariel baca. Bila Darius ingatkan Luna dah baca, Darius sambung menaip.

Darius Movie Lit Up
Jujur sye
cakap sye
sukakan
awk

Zariel tersenyum sinis. 'Suka hati nak Luna aku,' fikir Zariel cemburu.

Darius Movie Lit Up
Ap kata
kalau kita jdkn
gosip psl kita
tu benda btl?
Sama ad awk
terima or tolak,
sye harap awk
tahu yg sye ikhlas
dn jujur

Lepas Zariel baca, Zariel niat nak padam tapi tak jadi. Bila fikir balik, Zariel akan nampak macam pengecut kalau padam mesej tersebut. Jadi Zariel biarkan saja dan terus letak semula telefon itu di atas meja. Luna yang lena di sebelahnya didakap.

Zariel tahu yang Luna tak ada hubungan pun dengan Darius tapi Zariel tetap susah nak kawal cemburu dia. Jadi Zariel acah macam merajuk. Baru dia tahu seronok juga kena pujuk.

Kenyataan sebenarnya... Zariel dah lama jatuh cinta dengan Luna.

Zariel dah reti cemburu. Dah lama dah Zariel mula rasa cemburu setiap kali ada lelaki yang rapat dengan Luna. Kadang-kadang cemburu Zariel tak munasabah langsung. Tapi itulah. Perasaan sukar dikawal.

Luth Zariel dah fall in deep dengan Luna.

Seorang Luth Zariel telah berjaya ditundukkan.

Zariel dah malas nak bagi layanan bahu sejuk. Kena pujuk memang best tapi nak maintain cool tu susah lah bila Luna yang pujuk. Yang terseksa... diri sendiri juga.

Oh. Baru Zariel teringat sesuatu. 'Arman and family,'


















Sesuatu yang mengemparkan terjadi di set pengambaran Luna.

Arman bin Dato' Anas memunculkan diri.

Waktu rehat krew-krew semua menjadi berita gempak apabila Arman datang dan berhadapan dengan Luna. Arman bertindak cuba untuk menarik Luna pergi ke tempat yang lebih sesuai untuk berbicara tetapi Luna berkeras tidak mahu. Arman tidak mengalah dan memaksa Luna. Mujur Darius dan Faozan ada sebagai pelindung Luna.

"Kau dah kenapa, Arman?," soal Luna terkejut dengan kehadiran Arman di situ.

Dah lama tak jumpa atau dengar cerita tentang Arman atau sesiapa yang ada kaitan dengan Arman. Memang Luna terkejut melihat Arman tiba-tiba muncul di sini.

"Aku nak cakap sesuatu dengan kau," kata Arman serius.

Dendam dan perasaan benci tetap ada dalam diri Luna terhadap Arman. Dah lama perasaan tu terkubur tapi hari ni semuanya muncul kembali. Mana Luna tak benci kalau Arman ialah salah satu sebab ayahnya hilang dan nendanya meninggal. Kisah yang terkubur dikenang semula. Luna jadi makin bengang sebab Arman ganggunya hari ni. Padahal Luna dah buat satu keputusan yang besar lama dahulu. Bila Zariel ingin menyelesaikan Arman dan Dato' Anas, Luna menghalang kerana dia mahu redha. Tapi sekarang perasaan dendam tu keluar semula.

Menyesal dia tak musnahkan je Arman dahulu. Sekarang ni, Arman akan merosakkan imej dia dan menimbulkan gosip yang dia tak mampu nak jawab tentang sejarah dia. Luna tak nak orang tahu kisah silam dia. Pasal siapa ayah dia, tentang syarikat AA semua tu. Luna dah lama move on daripada semua tu.

Tak best lah kalau orang ungkit hal lama dan
soal dia dengan macam-macam soalan pasal masa silam.

"Kau nak apa?," soal Luna.

"Aku tak nak cakap kat sini!,"

Luna tayang muka meluat. 'Ingat aku nak dengar cakap kau? Hello kau siapa?,'

"Kisah pulak aku?," soal Luna.

"Kenapa kau makin berlagak ni?," soal Arman bengang.

"Tak payahlah cakap dengan insan berlagak macam aku ni," perli Luna.

Arman jadi panas hati dan bertindak mengangkat tangan untuk menampar Luna. Mujur sempat Darius tahan tangan Arman. Tangan Arman dijatuhkan dengan kasar.

Luna sangat berterima kasih pada Darius sebab Luna yakin kalau tamparan tadi mengenai dia, pasti dia terjatuh kerana keadaan dia sekarang agak lemah kerana kurang sihat. Huh.Walaupun demam tapi tetap nak kerja. Arluna Aisyah memang degil.

"Suruh mamat tu jangan ganggu keluarga aku dengan aku. Jangan cuba sentuh bisnes syarikat AA," arah Arman serius.

Luna tak faham apa-apa.

"Haa?," soal Luna blur.

Arman makin bengang sebab pada pandangannya, Luna seperti mengejek dan berpura-pura tak faham. Luna yang dia kenal dulu memang seorang yang menyakitkan hati dan suka mencabar ego orang.

Tanpa sesiapa dapat halang, kali ni... Arman betul-betul tampar Luna dengan kuat! Luna yang lemah memang terus terduduk.

Tanpa dijangka, Luna terus pengsan bersaksikan semua krew-krew yang setia menonton tayangan ini dari awal. Arman pun terkejut dan tak sangka yang Luna akan pengsan hanya kena satu tamparan. Luna yang dia kenal bukan ke seorang yang kuat?

Faozan terus membulat mata terkejut. Cepat-cepat orang ramai membawa Luna ke hospital. Faozan sudah cuak memikirkan apa yang perlu dia jawab pada Zariel dan macam mana dia nak bagitahu hal ni pada Zariel.


Zariel bergegas ke Paradise Hospital.

Sewaktu terima pangilan daripada Faozan tadi, terus Zariel tinggalkan mesyuarat dengan kelam kabut dan menuju ke sini. Dengan baju kemeja yang bersinsing hingga siku dan tali leher yang dilonggarkan, Zariel memandu laju ke hospital.

Awal-awal dah Faozan suruh orang ramai pulang. Wartawan, krew dan juga Darius sebab Faozan nak clear kan tempat ni sebelum Zariel datang. Tak nak bagi mereka bertembung dengan Zariel.

Tapi malangnya, Darius berkeras nak tunggu Luna sedar di luar wad.

"Darius, Luna okay je. Kau tak payah tunggu dia. Buang masa kau. Baik kau sambung shooting," nasihat Faozan bersungguh dan serius.

Cuba sorok rasa terdesaknya agar tak kelihatan. Cuak juga kalau Zariel sampai cepat.

Dalam pada masa yang sama...

Zariel sedang menunggu lif.

Ting! Pintu lif itu terbuka.

Penumpang di dalam lif itu keluar dan lif itu terus kosong. Zariel masuk dan menekan butang ke tingkat yang dimaklumkan oleh Faozan.

Di depan wad Luna pada masa yang sama...

Faozan kering idea macam mana nak pujuk Darius supaya beredar. Habislah kalau Darius bertembung dengan Zariel. Mesti Darius pelik kenapa Zariel ada di situ. Masalah baru akan timbul pula.

"Err... Ehm. Darius, boleh tolong aku?," tanya Faozan.

"Tolong apa?,"

Faozan diam sekejap. Faozan makin cuak. Apa yang patut dia cakap?

Berdebar.

'Janganlah Zariel sampai sekarang,' doa Faozan.

Faozan jadi berdebar. Lup dup lup dup.








Continue Reading

You'll Also Like

504K 22.2K 44
Muhammad Qalish Arshad and Elmira Sofea Spin off Aku Suami Kau Isteri Cliche! Lots of grammatical error! Not for those who hate typos
601K 21.6K 41
( ๐“’๐“ธ๐“ถ๐“น๐“ต๐“ฎ๐“ฝ๐“ฎ ๐“ข๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ) ( ๐“‘๐“ธ๐“ธ๐“ด 5 ) RANKING NO 1 TULUS๐Ÿ… RANKING NO 1 DERITA ๐Ÿ… Nurul Adawiyyah atau nama singkatannya Nurul. Gadis lemah...
1.7M 61.4K 65
@Choco_Lyn @CintaKeranaDia @2018 @storyke-7@Romantic @Best Engku Adrian Faizur adalah lelaki yang amat aku cinta dan aku sayang. Setelah tiga tahun b...
1.3K 114 4
PILIHAN HATIKU ยฉ๏ธ 2024 Status: On-going Muhammad Hezra | Najiha Asyikin Kerana patah hati, Najiha buat keputusan untuk bernikah dengan lelaki lain. H...