√3 [C] Haunt You | Kim Taehy...

By crabyjoon

52.2K 5.6K 997

Park Chan Mi. Anak gadis kumpulan mafia terbesar. Kehidupannya yang gelap mula berubah setelah bertemu dengan... More

Hey! Welcome to Dark Love Story! πŸ’•
HY : 1
HY : 2
HY : 3
HY : 4
HY : 5
HY : 6
HY : 7
HY : 8
HY : 9
HY : 10
HY : 11
HY : 12
HY : 13
HY : 14
HY : 15
HY : 16
HY : 17
HY : 18
HY : 19
HY : 20
HY : 21
HY : 22
HY : 23
HY : 24
HY : 25
HY : 26
HY : 27
HY : 28
HY : 29
HY : 30
HY : 32
HY : 33
HY : 34
HY : 35
HY : 36
HY : 37
HY : 38
HY : 39
HY : 40
HY : 41
HY : 42
HY : 43
HY : 44
HY : 45
HY : 46
HY : 47
HY : 48
HY : 49
HY : 50
HY : 51 (ENDING)
❀️❀️Special Chapter❀️❀️

HY : 31

822 98 2
By crabyjoon

"Hati hati .." pesan Taehyung bila Chan Mi melangkah turun dari teksi.  Lengan gadis itu dipegang kemas, membantu Chan Mi bergerak.

"Gomawo Taehyung...tak sangka gentleman juga Tae ni." Chan Mi ketawa kecil seraya menyerabutkan rambut lebat lelaki itu.

"Mestilah. Tae kenalah jaga permaisuri hati Tae baik baik." balas Taehyung seraya memeluk kemas pinggang Chan Mi dari sisi.

"Eleh...permaisuri konon. Poyo je lebih. Sweet talker betul. Baru duduk dua minggu dengan Jimin,  entah apalah yang Tae belajar dari dia." balas Chan Mi sambil melangkah perlahan bersama Taehyung masuk ke laman rumah.

"Itu rahsia.  Mana boleh bagitau kakak." Taehyung jelir lidah.  Sengaja ingin menyakat.

Chan Mi mencebik.  Malas nak layan.  Nanti lagi merepek si Taehyung ni.  Otak dia dahlah tak berapa betul sangat.

"Okay dah sampai... Kakak tunggu kejap. Tae nak bukak pintu. " mereka tiba di pintu utama rumah. Lengan Chan Mi dilepas seketika,  Taehyung selongkar beg galasnya ingin mencari kunci.

Pon!  Pon!

Tersentak mereka berdua dengan hon kuat itu. Chan Mi pantas menoleh.  Berkerut dahinya sebaik melihat sebuah kereta hitam sedang masuk ke laman rumahnya.

"Siapa tu kakak? " soal Taehyung di sebelah.

"Entahlah.. Salah rumah kot.. " balas Chan Mi.

Matanya mengecil cuba melihat si pemandu. Namun cermin gelap itu menyukarkan penglihatannya.

Pintu kerete terbuka, kaki yang bersarung kasut hitam keluar memijak rumput.

Lagi bertambah kerutan di dahi Chan Mi sebaik melihat kasut itu.  Macam kenal tapi siapa eh...

Namun persoalan itu tidak kekal lama bila akhirnya si pemandu keluar menunjukkan diri.

"Jeon Jungkook?!! " terbeliak luas mata Chan Mi sebaik melihat figura itu.

"Park Chan Mi!!!" Jungkook terus berlari laju ke arah mereka lalu tubuh Chan Mi dipeluk kemas.

"Yah! Aku rindu gila dekat kau! Rasa nak mati je bila kau tak ada." kata Jungkook yang masih memeluknya erat. Langsung tidak perasan Taehyung yang sedang menonton.

"Erk... " Chab Mi hilang kata.  Dia mula tak sedap hati bila terpandang muka Taehyung yang sudah merah padam.  Reaction lelaki itu nampaknya tidak begitu bagus.

"Weh,  kenapa diam je?  Cakaplah sesuatu. Takkan bisu kot. Kau dah lupa aku ke? Sampai hati kau Chan Mi,  aku datang dari jauh semata nak jumpa kau.  Macam ni kau layan aku.. " dan bla bla blaa Jungkook membebel.

Chan Mi tak membalas.  Matanya masih merenung Taehyung. Dia ingin jelaskan semuanya tapi keadaan tak mengizinkan. Sudahlah Si Jungkook ni peluk tak reti lepas.

"Tae.. Taehyung.. " Chan Mi mengeluh perlahan bila Taehyung menjeling tajam ke arahnya sebelum masuk ke dalam.

Haih.. Nampaknya Taehyung dah cemburu. Payahlah macam ni. Satu kerja pula nak pujuk.  Si Jungkook ni pun satu hal, peluk macam tak ada hari esok.

"Jungkook, lepaslah.  Aku lemas ni." badan sasa Jungkook ditolak.  Dia perlukan udara untuk bernafas.

"Akhirnya dapat pun dengar suara emas kau.  Ingat dah bisu tadi. " Jungkook tersengih suka. Excitednya Tuhan saja yang tahu.

Chan Mi tersenyum paksa. Matanya mengerling ke dalam rumah. Pintu bilik Taehyung sudah tertutup rapat. 

Haih..satu persatu masalah datang..

_________________________________________

"Jemputlah masuk.. " pintu bilik tetamu dibuka.

Jungkook menjenguk ke dalam.  Seluruh ruang bilik itu diperhati penuh minat.  Perlahan dia melangkah masuk. Beg galas diletak ke atas katil.

"Tak sangka rumah ni masih kukuh. Dah bertahun tinggal,  masih sama macam dulu. " kata Jungkook sambil memerhati syiling rumah.

Dia tersenyum sendiri bila terkenangkan memori mereka bersama di rumah ini.  Dulu sewaktu kecil,  selalu juga Jungkook datang bercuti setiap kali cuti sekolah.

"Berehatlah dulu. Kau mesti penat memandu. Kalau perlu apa apa, panggil je aku nanti. " ujar Chan Mi.

"Weh, kaki kau kenapa? " berkerut dahi Jungkook sebaik perasan betis gadis itu yang berbalut.

"Cedera sikit.  Tak ada apa sangatlah. Dah baik dah pun. "

"Macam teruk je.  Nak tengok. " Jungkook bangun dari duduk.

"Eh!  Tak payah!  Aku okay. Kau duduk jelah diam diam. Dahlah,  aku keluar dulu. " tanpa menunggu balasan dari Jungkook, Chan Mi terus keluar .  Malas dia nak berlama. Jungkook tu dahla kaki bebel,  bernanah telinga dia nanti.

Chan Mi lepaskan keluhan kecil.  Perlahan dia melangkah ke bilik Taehyung. Dengan teragak agak pintu itu diketuk.

"Tae.. Kakak nak masuk boleh? "

Senyap. Tiada balasan dari lelaki itu. Tombol pintu dipulas dan ianya tak berkunci. Chan Mi melangkah masuk ke dalam.

"Taehyung, kakak masuk ni.." pintu bilik ditutup semula dan dikunci.

Terhenti langkah Chan Mi sebaik melihat lelaki itu. Kelihatan Taehyung sedang mewarna di meja belajar. Khusyuk sekali, langsung tidak menyedari kehadirannya.

"Wah, cantiknya Tae color! " puji Chan Mi sebaik melihat lukisan itu. Dominasi warna yang sangat unik dan menarik perhatian.

Namun tiba tiba, Taehyung terus menutup kuat buku yang sedang diwarnakan. Pencil pencil warna turut dikemas laju.  Wajahnya masam.  Tiada sekelumit senyuman pun di bibir.

"Eh, awalnya kemas kan tak siap lagi lukisan tu. " Chan Mi pelik.

"Tae dah tak ada mood nak mewarna." bentak Taehyung keras. Buku disumbat kasar ke dalam laci meja.

"Tae,  kakak ada benda sikit nak cakap. " kata Chan Mi dengan lembut.  Tangan Taehyung dicapai lalu Chan Mi satukan jemari mereka.

Taehyung merengus kasar namun dia tidak menolak. Wajahnya dipalingkan ke tepi. Tak mahu tengok muka Chan Mi,  dia masih sakit hati.

"Kenapa kakak ada kat sini?  Pergila sana.  Pergi peluk lelaki tu. Tak payah pedulikan Tae lagi. " kata Taehyung dengan geram. Sesekali bibirnya dicebikkan.

"Cemburu eh? " dagu Taehyun dicuit.

"Ish! Kakak ni suka main main.  Fine! Tae mengaku.  Tae memang cemburu bila lelaki tu peluk kakak. Depan mata pula tu.  Ingat Tae ni patung ke? Tae tak suka kongsi kakak dengan orang lain. Kakak milik Tae,  selamanya milik Tae. " luah Taehyung bersungguh.

"Awww cuteeenya bila dia cemburu." Chan Mi tergelak halus. Kelakar pula dia rasa bila Taehyung pandai cemburu.

"Ish, ketawa pula.  Orang tengah sakit hati ni. " Taehyung rentap tangannya dari pegangan Chan Mi. Dia berpaling lalu berpeluk tubuh.  Menyampah dengan perangai gadis itu.

"Okay okay!  Kakak serius.  Tak main main dah. Haa,  apa kata kita duduk dulu baru kakak cerita perkara sebenar. Siapa lelaki tu dan apa hubungan dia dengan kakak.  Tae mesti nak tahu kan? "

Taehyung menurut. Dia mengikut langkah Chan Mi lalu duduk di birai katil.

"Okay,  kakak dah boleh cerita." Taehyung laju berbaring dan letakkan kepalanya di riba Chan Mi.

"Eh,  menyempat lagi. " bahu lelaki itu ditampar. Taehyung hanya tersengih. Peluang macam ni bukan selalu dapat.  Biarlah dia nak bermanja sikit.

"Lelaki tadi tu,  nama dia Jeon Jungkook.  Dia tu sepupu kakak.  Kiteorang membesar sama sama. Kalau Tae nak tahu,  nasib Jungkook sama macam kakak.  Kami membesar dalam kegelapan. Tae faham kan soal ni?  Kami berdua tak ada beza. Masing masing membesar dalam dunia gelap. Kami ada tugas yang perlu kami buat. Kadang kadang kena lawan orang jahat.. Kena bunuh orang jahat..dan..macam macam lagilah.. Tapi kami buat semua tu bersebab. " satu persatu Chan Mi menyusun kata supaya mudah difahami Taehyung.

"Tae faham.. Tapi Tae yakin,  orang macam Jungkook mesti hati dia baik.  Macam kakak juga."  hati Taehyung mula terbuka menerima kehadiran Jungkook setelah mendengar kisah itu.

"Tae jangan salah faham. Jungkook hanya sepupu sahaja tak lebih dari tu.  Kakak cuma anggap dia sebagai abang dan kawan rapat." sambung Chan Mi seraya mengelus perlahan  rambut Taehyung.

"Hmm.. Okay... "

"Kakak cuma sayang Tae sorang je. Tak ada orang lain boleh gantikan tempat Tae dalam hati ni. Jadi,  Tae tak perla risau,  kakak takkan sesekali berpaling.  Kakak akan setia pada Tae sorang." dahi Taehyung dikucup lembut.

"Ehee...terimakasih kakak.  Baru la tenang hati ni. Tae pun sayang kakak juga. " Taehyung tersenyum lebar.

"Tae cuba lah berkawan dengan Jungkook ye?  Jangan gaduh pulak."

"Nae.. Tae cuba.." demi Chan Mi apa pun sanggup dia lakukan.

Continue Reading

You'll Also Like

56.3K 2.6K 18
Ryu Haeun. Yeoja yg manja, innocent, baik, comel dan banyak lagi. Mama Papa? Sudah mati. Kini dia tinggal dengan kawanya di dorm. Dan kawanya pula sa...
208K 1.2K 5
Terbitan : Fajar Pakeer Penulis : Hyun Yunzz (Jalan cerita di dalam wattpad tidak sama seperti di dalam novel) Kepercayaan, ketidakadilan sudah hilan...
99.9K 9.1K 22
-"Noona , redha je lah dengan perangai kami yang kuat menyetan ni ye." - Hampir setiap hari aku layan karenah mereka semua. Tak pernah bosan , malah...
228K 8.7K 65
π‡πˆπ‹πŒπ€π πˆπ’π€π€π‚ ππˆπ‚πŠ & 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐍𝐔𝐑 π€πŒπˆπ‘π€π’π‡ 𝐗𝐀𝐍𝐃𝐄𝐑 "π•Žπ•šπ•π• 𝕒𝕝𝕨𝕒π•ͺ𝕀 𝕓𝕖 π•ͺ𝕠𝕦𝕣 𝕑𝕣𝕠π•₯𝕖𝕔π•₯π•šπ• π•Ÿ, 𝕄𝕣𝕀 β„•π•š...