√3 [C] Haunt You | Kim Taehy...

By crabyjoon

52.2K 5.6K 997

Park Chan Mi. Anak gadis kumpulan mafia terbesar. Kehidupannya yang gelap mula berubah setelah bertemu dengan... More

Hey! Welcome to Dark Love Story! πŸ’•
HY : 1
HY : 2
HY : 3
HY : 4
HY : 5
HY : 6
HY : 7
HY : 8
HY : 9
HY : 10
HY : 11
HY : 12
HY : 13
HY : 14
HY : 15
HY : 16
HY : 17
HY : 18
HY : 19
HY : 20
HY : 21
HY : 22
HY : 23
HY : 24
HY : 25
HY : 26
HY : 27
HY : 29
HY : 30
HY : 31
HY : 32
HY : 33
HY : 34
HY : 35
HY : 36
HY : 37
HY : 38
HY : 39
HY : 40
HY : 41
HY : 42
HY : 43
HY : 44
HY : 45
HY : 46
HY : 47
HY : 48
HY : 49
HY : 50
HY : 51 (ENDING)
❀️❀️Special Chapter❀️❀️

HY : 28

822 95 22
By crabyjoon

"Ughh...penat.." Chaerin mengeliat kecil. Pinggang yang terasa sengal dibetulkan.

"Letihnya bercamping. Tak sangka guna tenaga banyak macam ni. Tapi seronok!" ujar Chan Mi yang baru melabuhkan punggung di kerusi.

Mereka berdua baru selesai berkemas selepas makan malam. Masing masing kepenatan dengan aktiviti hari ini. Taehyung dan Jimin awal awal lagi dah masuk ke khemah mereka. Tinggallah dua orang gadis ini menguruskan apa yang patut.

"Chan Mi,  awak macam mana?  Okay ke tidur berasingan dengan Taehyung? " soal Chaerin memecah kesunyian antara mereka. Gadis ini tersengih penuh makna.

"A..apa awak cuba cakap ni Chae? Mengarut lah..Jangan cakap benda bukan bukan eh.  Saya tak faham. " berkerut dahi Chan Mi. Lain macam je si Chaerin ni.

"Manalah tahu, kalau orang tu rindu pulak kat kesayangan dia.  Yelah...tidur berenggang kan... " balas Chaerin dengan senyuman meleret.

Muka Chan Mi mula merah padam.  Dia dah faham maksud tersirat gadis itu.  Hish!  Mengarut! Tak ada masa dia nak rindukan si Taehyung.  Dahlah mamat tu kerja cari pasal je dari siang tadi.

Bukan rindu,  menyampah lagi adalah!

"Mana ada! Saya dengan Tae tak pernah tidur sama samalah. Lagipun kami bukan husband and wife untuk buat macam tu. Ish, apa awak ni Chae!  Malulah saya! " Chan Mi tekup muka dengan kedua tapak tangan.

Siot punya Chaerin.  Boleh pulak dia buat lawak hambar tengah malam buta ni.  Kang ada juga kena sekeh kang..

"Elelele, yelaa tu. Malu malu kucing konon,  padahal.. " Chaerin ketawa mengekek tanpa menghabiskan ayatnya.

"Eee! Stop it! Jangan merepek lah. Wah, dah berani cari pasal eh sekarang. Sini kau , meh aku sekeh kepala tu sekali! " Chan Mi bangkit dari kerusi. Lengan baju disinsing ke siku sambil mendekati Chaerin yang masih ketawa.

"Alamak!  Mamazola dah mengamuk! Lari selamatkan diri!! " ketawa Chaerin bergema kuat. Dia bingkas memboloskan diri ke dalam khemah.

"Oii!!!  Jangan cuba lari!  Yah!  Jangan zip khemah tu!!" Chan Mi mula hilang akal bila Chaerin berjaya masuk ke dalam khemah.  Bukan itu saja,  gadis itu malah zip pintu masuk.

Wahhh..geliga betul kepala otak si Chaerin . Pandai dia mempertahankan diri.

Chan Mi garu kepala yang tidak gatal. Kalau dah pintu masuk dikunci, mana dia nak tidur malam ni.

"Chaerin bukak sekarang!!!" jeritan Chan Mi bergema di luar khemah.

"Chae tidur dulu tau.  Mengantuk lah pulak. Byebye! Goodnite! " Chaerin membalas selamba dari dalam khemah.

"Yah!! Jangan main main la Chae! Dahlah luar ni gelap. Bukaklah zip ni sekarang!!!" Chan Mi rasa nak menangis.  Sudahlah tiba tiba terdengar bunyi lolongan anjing, habis meremang romanya.

"Bukak sekarang!!!!! " jeritan Chan Mi bergema lagi.

"Uhuk! Uhuk! Apa benda yang bising bising tu? " Jimin tersedak, gelas minumannya diletak ke bawah. Bibirnya yang basah dilap dengan belakang tapak tangan.

"Ha? Itu?  Ouhh..kalau Chim nak tahu,  itulah suara perempuan bila tengah meroyan malam malam.. " tanpa rasa bersalah Taehyung membalas selamba.

Dia tahu itu suara Chan Mi. Biarlah perempuan tu nak buat apa pun asalkan tak kacau dia dan Jimin.Dia malas ambil kesah,  kad ditangan disusun semula. Permainan mereka akan bermula sebentar lagi.

"Tapi..itu macam suara kakak Tae je.. Dia dalam kesusahanlah,  wonderpets kena tolong.. Ada orang dalam kesusahan.. " Jimin bingkas berdiri menuju ke pintu khemah.  Dia lah wonderpets yang bertanggungjawab menyelamatkan orang dalam kesusahan.

"Yah yah..Chim nak gi mana ni? " baju Jimin ditarik dari belakang menghalang lelaki itu keluar.

"Chim nak pergi tolonglah. Ada haiwan dalam bahaya di sana... " balas Jimin. Sempat lagi dia menyanyikan rangkap lagu animasi cartoon itu.

Taehyung tepuk dahi dengan jawapan Jimin. Tak tahulah nak maki ke nak nangis sekarang ni. Sudahlah Jiman gelarkan Chan Mi 'haiwan'. Kurang asam betul.

Lama dia merenung Jimin yang kelihatan gelisah. Haih..nampaknya Jimin memang betul betul nak keluar selamatkan 'haiwan' dalam kesusahan.

"Chim,  itu suara kakak Tae lah. Chim jangan lah risau,  kakak Tae tu hebat macam ninja turtle. Alaa yang warna hijau tu.. Kakak Tae pandai lawan musuh, jadi takde apa nak dirisaukan." ujar Taehyung.

"Ta.tapi.."

"Dah dah!  Jom sambung main kad. Lepas ni kita nak main color color pulak.  Tae ada banyak buku mewarna, haritu kakak ada belikan. Dah jom jom! " tangan Jimin ditarik kuat memaksa lelak itu duduk semula.

"Okay!  Jom main! " Jimin mula teruja. Tak sabar dia nak mewarna.

"Okay kalau macam tu,  apa kata Chim mula dulu.. " kata Taehyung. Dia sudah bersedia.

Kotak kad "Happy Family" diletak ke tepi. Tak sabar dia nak kalahkan Jimin. Dia akan pastikan kemenangan berada di pihaknya.


___




Pohon pohon renek di tepi pantai bergoyang bila dirempuh. Bunyi ranting pokok patah akibat dipijak mengisi kesunyian malam.

"Pst! Kau yakin ini tempatnya.  Macam salah je.. " bisik Yoongeh kepada Jeman.  Lehernya yang terkena daun digaru. Rasa miang.

"Ya! Aku yakin.  Ujung tu khemah dorang.  Percayalah pada aku.  Dari siang tadi aku perhatikan." balas Jeman yang sedang meniarap atas tanah sambil memegang teropong ditangan.

"Banyak sembang lah korang. Bila boleh gerak? Aku dah tak sabar nak buat kerja ni!"  Jungguk yang meniarap di sebelah Jimin membetulkan rambutnya.

Jam tangannya dipandang sekilas,  jarum jam sudah menunjukkan angka 3 pagi. Sudah semestinya pada waktu ini semua orang sedang hanyut dibuai mimpi.

Daun daun pokok yang menghalang pandangannya ditolak ke tepi. Mudah dia nak perhatikan kedudukan target.

"Shushh! Perlahankan suara kau tu.  Kau nak orang sedar kita menyorok kat sini? " Yoongeh menjeling Jungguk dengan geram.

Jungguk tersengih kecil bila dimarahi Yoongeh. Pantas mulutnya dikatup. Kang tak pasal hancur pula rancangan mereka malam ni.

"Yah Jungguk, kau takpayah lah join kiteorang.   Kau kan baru keluar hospital minggu lepas. Kalau kaki kau cedera lagi macam mana.. " Jeman bersuara risau.

"Haishh..diamlah. Jangan cakap pasal tu lagi,  aku dah okay! Jangan risaukan aku.  Sekarang ni aku cuma nak balas dendam. Haa, cepatlah!  Bila boleh mula ni.  Aku dah tak sabarr nak beraksi."

Jeman mencebik bibir dengan keangkuhan lelaki itu.  Heh,  dulu bukan main terjerit terlolong dalam wad. Konon trauma la apa lah. Ingatkan dah insaf,  rupanya menyetan balik.

"Guys, aku target Jimin je tau bukan Taehyung dengan kakak dia. " kata Jeman mengingatkan tujuan misi mereka malam ini.

Sebenarnya misi malam ini misi Jeman.  Yoongeh dan Jungguk tak ada kena mengena pun cuma datang untuk support.

"Argh, pape jelah. Soal si cacat tu, biar aku dan Yoongeh uruskan. Pasal Jimin pulak, pandai pandai kaulah nak buat apa.  Lagipun,  kau kan gila sangat kat Chaerin . Ha inilah masanya untuk kau pisahkan dorang.. " Jungguk memberi motivasi untuk membakar semangat sahabatnya.

Rasanya satu kampung tahu yang Jeman gilakan Chaerin. Walaupun gadis itu milik orang,  tapi Jeman langsung tak putus asa.  Lebih lagi bila suami Chaerin 'sakit', lagilah Jeman gembira.  Peluang untuk mendapatkan Chaerin semakin cerah.

"Eh dahlah,  tunggu kau sampai esok pun tak  gerak. Yoongeh, jom ikut aku.  Kita gerak sekarang." Jungguk perlahan keluar dari semak diikuti Yoongeh dari belakang.

Dengan langkah berjaga jaga,  mereka mendekati kawasan perkhemahan Chaerin dan Chan Mi. Tanpa sebarang bunyi mereka lancarkan misi,  bimbang akan mengejutkan sesiapa.

"Okay..line clear.  Boleh simbah sekarang! " Yoongeh memberi isyarat selepas memastikan keadaan stabil. Botol yang dibawa dia pass kepada Jungguk.

Jungguk tersenyum sinis lalu penutup botol itu dibuka. Dengan cepat,  minyak petrol didalamnya dicurahkan di sekeliling khemah.

"Settle.." Jungguk berbisik dari jauh.  Yoongeh mengangguk faham.

Kali ini giliran Jeman pula, di sudut kanan dia sudah bersedia memulakan misi. 

Sebaik team Yoongeh dan Jungguk selesai, kini giliran dia pula.  Botol yang mengandugi minyak petrol dibuka lalu minyak itu dituang dengan banyak pada permukaan pintu khemah Chaerin.  Tak lupa juga sekeliling khemah turut dicurah minyak.

"Bro, dah siap! Jom blah! " Jeman tutup kepalanya dengan hoodie yang dipakai. Dia sudah bersiap sedia untuk meninggalkan tempat itu.

"Bultoeronae..firee... " Jungguk menyanyi kecil sambil mengeluarkan mancis dari poket jeans.

Api terus menyala selepas mancis dicampak ke tanah. Tanpa menunggu lama,  ketiga bahalol itu terus melarikan diri.

Khemah Taehyung mula disambar api marak. Tiada jalan keluar, disekeliling khemah juga sudah dilingkari api hasil kerja jahat Jungguk.  Perlahan api mula bergerak ke arah khemah Chaerin dan Chan Mi.

"Umm..huk!  Huk!  Apasal ni... " Chan Mi terjaga dari tidur bila rasa tak selesa.  Dia terbatuk batuk dan sukar bernafas.

"Chae bangun.." bahu Chaerin ditepuk beberapa kali.  Chan Mi belum sedar sepenuhnya.  Dia masih mamai.

Namun tiba tiba,  entah dari mana pintu utama khemah mereka disambar api marak. Chan Mi terkejut.

"Yah!!! Chaerin!!  Bangun!!! Khemah kita terbakar!! " Chan Mi menjerit kuat lalu berdiri.

Chaerin yang enak tidur terus terjaga,  jantungnya berdegup kencang dengan jeritan kuat Chan Mi. Dia memandang keliling khemah,  cuma memproses situasi sebenar.

"Yah! Palli!!!  Kita kena keluar sekarang! " Chan Mi kelam kabut menyarung hoodienya.

Masa semakin suntuk. Khemah mereka sudah hampir separuh dijilat api. Jika dia dan Chaerin tak keluar sekarang ianya akan membahayakam nyawa mereka berdua.

"Omaigad!!!  Apa dah jadi ni?! Macam mana khemah kita boleh terbakar!" Chaerin mula panik bila dia sudah sedar sepenuhnya.

"Tak ada masa nak jelaskan! Kita kena keluar sekarang! We need to get out now!"

"Tapi macam mana,  pintu khemah dah terbakar." Chaerin rasa nak menangis bila tiada jalan keluar.

Chan Mi mencarut geram. Dia lupa yang khemah mereka cuma berpintu satu.  Tanpa berlengah,  bagpacknya digeledah lalu sepisah pisau rambo dikeluarkan.  Kain khemah  dibahagian kanan ditoreh besar.

"Sini! Keluar dari sini! " arah Chan Mi selepas berjaya membuat jalan keluar. Tapi dia agak terkejut bila sekeliling khemah mereka turut disambar api. Nampaknya mereka terperangkap.

"Chan Mi,  macam mana ni. Kita mungkin tak dapat keluar.  Api marak sekeliling khemah. Jimin.. Jimin dan Taehyung mereka ada di khemah sebelah... Ya tuhan apa dah jadi ni.. " Chaerin mula menangis.  Hatinya bertambah risau bila teringatkan dua orang lelaki itu

Chan Mi pantas mencapai tualanya lalu dibalut ke seluruh tubuh Chaerin.

"Chan Mi, apa awak buat?"

"Ini saja cara untuk kita selamat." Chan Mi kemaskan kedudukan tualanya.

"Tapi.. Macam mana dengan awak?"

"Jangan risau. Saya okay." serentak itu,  Chan Mi terus melompat keluar dari khemah. Mereka terhumbam jatuh ke pasir.

Kini khemah mereka sudah terbakar sepenuhnya. Hanya tinggal rangka besi sahaja.

"Taehyung!!! " Chan Mi bingkas berlari ke arah khemah Taehyung dan Jimin.

"Taehyung!!! Tae kat mana?!! " Chan Mi menjerit memangil lelaki itu. Dia tidak dapat melihat dengan gelas kerana kepulan asap tebal.

Disebabkan kekecohan yang berlaku, orang ramai mula mengerumi kawasan khemah mereka. Masing maing sibuk membantu apa yang patut.  Ada yang berlari ke pantai umengambil air untuk padamkan api.

"Jiminn...andwae... " air mata Chaerin menitis laju.

"Taehyungg, tunggu kakak datang.." Chan Mi mula hilang akal,  dia maju ke api marak.

"Chan Mi jangan! Bahaya! " Chaerin terus memeluk kuat tubuh gadis itu.  Menghalangnya dari terus masuk ke dalam api yang sedang marak.

"Lepaskan aku Chae! Lepas! Aku kena selamatkan Tae! Dia sakit Chae!  Dia perlukan aku!" pelukan Chaerin cuba dirungkai. Chan Mi sudah hilang arah,  hanya Taehyung sahaja dalam kepala saat ini.

"Chan Mi, jangan macam ni.  Mereka dah tak ada..semuanya dah musnah. Mereka dah pergi.. Kita terlambat." Chaerin menahan sebak.

"Andwaee! Ini semua tak betul!  Tolonglah bagitau aku yang ini semua hanya mimpi! Tae tak mungkin tinggalkan aku!!! " Chan Mi menangis pilu.  Air matanya bercucuran jatuh. Dia terduduk lemah.

"Chan Mi sabar.. " Chaerin peluk gadis itu dengan kemas.  Tangisan pilu kedengaran kuat menangisi insan kesayangan mereka yang sudah pergi

"Taehyung..." pandangan Chan Mi kabur dengan air mata.  Dia hanya mampu melihat kebakaran itu dengan hati yang remuk.

Taehyuung... Jimin... Mereka dah tiada..

Continue Reading

You'll Also Like

1.2M 61.1K 132
Segalanya adalah sebuah kebetulan.Takdir mereka telah pun bermula dengan pertemuan pertama tanpa sengaja antara mereka. Sejak pertemuan tragis itu...
1.2M 55.7K 76
𝐂𝐨𝐦𝐩π₯𝐞𝐭𝐞𝐝 | π‡πŒ π’πžπ«π’πžπ¬ 𝐕𝐨π₯ 𝟏 "Kalau ini yang boleh bahagiakan ibu, Sara sanggup" - Sara Lyana Erlich "Dia adalah tanggungjawab ak...
2.4M 193K 79
(COMPLETED) "Siapakah MARIA? Pada satu sisi, Maria hanyalah seorang wanita biasa yang terpilih menjadi pelatih dalam kem latihan tentera Gavriel. Na...
28.4K 2.8K 15
Game bukan sahaja terkenal di kalangan remaja tetapi Game juga menjadi satu penarikan kepada dunia untuk bertanding antara satu sama lain bagi merebu...