√3 [C] Haunt You | Kim Taehy...

De crabyjoon

52.2K 5.6K 997

Park Chan Mi. Anak gadis kumpulan mafia terbesar. Kehidupannya yang gelap mula berubah setelah bertemu dengan... Mais

Hey! Welcome to Dark Love Story! 💕
HY : 1
HY : 2
HY : 3
HY : 4
HY : 5
HY : 6
HY : 7
HY : 8
HY : 9
HY : 10
HY : 11
HY : 12
HY : 13
HY : 14
HY : 15
HY : 16
HY : 17
HY : 18
HY : 19
HY : 20
HY : 21
HY : 22
HY : 23
HY : 24
HY : 25
HY : 26
HY : 28
HY : 29
HY : 30
HY : 31
HY : 32
HY : 33
HY : 34
HY : 35
HY : 36
HY : 37
HY : 38
HY : 39
HY : 40
HY : 41
HY : 42
HY : 43
HY : 44
HY : 45
HY : 46
HY : 47
HY : 48
HY : 49
HY : 50
HY : 51 (ENDING)
❤️❤️Special Chapter❤️❤️

HY : 27

857 104 23
De crabyjoon

"Chimmy ah!!!!! "

"Taehyung ah!!! "

Turun saja dari kereta,  Taehyung terus berlari laju ke arah Jimin.

Jimin juga tak mahu kalah,  bukan main teruja bila nampak Taehyung sampai. Terus ditinggalkan Chaerin sorang sorang.

"Wahhhh Chim!!! Akhirnya dapat pun jumpa Chim!!" Taehyung peluk kemas tubuh lelaki itu.

"Eheheh kita rindu Tae!!! " balas Jimin yang berada dalam pelukan Taehyung. Bukan main gembira dua orang jejaka itu bila berjumpa.

Chan Mi menggeleng dengan telatah mereka.  Bukan main bahagia nampak.

"Anyeong Chae! " tangan diangkat  menyapa Chaerin dari jauh.  Kelihatan gadis itu sedang membersihkan kawasan tempat mereka akan dirikan khemah nanti.

"Hey Chan Mi! Wah,  tak sangka.  Sampai juga orang jauh ni." Chaerin tersenyum mesra. Gembira dia melihat pasangan itu tiba.

"Bawalah barang barang ke sini. Semuanya dah sedia..tinggal buka khemah je nanti. " kata Chaerin.

"Ouh okay okay.. " Chan Mi angguk faham.  Bonet kereta dibuka.

Di suatu sudut,  dua orang kanak-kanak ini masih tenggelam dalam dunia masing masing. Soal lain tidak dipedulikan lagi.

"Tae happy sangat dapat camping dengan Chim. Dapatlah kita main sama sama sampai lebam. Kan Chim kan?  Lagipun, duduk kat rumah tu bosan lah,  tak ada apa nak buat." kata Taehyung membuatkan Chan Mi menoleh laju ke arah lelaki itu.

Wah!  Tak agak agak nak mengutuk.  Cara bercakap macam dia kena kurung dalam penjara.  Bosan konon.

"Hehe... Chim setuju! Chim duduk kat rumah pun bosan.." balas Jimin semula dengan bibir dicebik.

Chan Mi julingkan mata dengan perbualan jejakas 'istimewa' itu. Wajah Taehyung dijeling.

Amboii bukan main tersengih lebar jejaka itu. Mentang mentang dah jumpa geng. Bukan main eh.

"Jimin, sini kejap.  Tolong Chae angkat barang barang ni. Kejap lagi kita nak pasang khemah dah. " panggil Chaerin yang sedang membuka bonet kereta.

"Okay cayang!  Chim on the way ni! " laung Jimin kuat.

"Tae, kita pergi dulu eh.  Chae dah panggil tu.  Tae pun pergi la tolong kakak Tae.  Cian dia kena angkat semua tu sorang sorang. " Jimin acukan bibirnya ke arah Chan Mi.

"Okay! Kita berpecah. Tapi nanti kita gabung balik tau,  Tae ada banyak story nak cerita kat Chim! " sempat Taehyung berpesan sebelum Jimim berlari ke arah Chaerin.

Tanpa buang masa,  Taehyung terus mendapatkan Chan Mi yang sedang bertungkus lumus mengangkat beg pakaian mereka keluar dari kereta.

"Tae nak tolong." beg dipegangan Chan Mi dirampas.

"Ha,  baru nak datang. Kakak ingat Tae dah lupa kakak kat sini.  Mentang mentang dah jumpa kawan baru. Senang senang macam tu je Tae lupakan kakak.. Yelaa kakak sedar,  siapa lah kakak ni kan.. Siapa lah diri ini.. " Chan Mi pura pura mengelap air mata dengan wajah yang sengaja disedihkan.

"Kakak ni gedik lah." balas Taehyung sakarstik lalu terus pergi ke tapak perkhemahan. Langsung tidak menoleh lagi.

Terkebil kebil Chan Mi jadinya. Mulutnya yang ternganga pantas dikatup semula.

"Wow, arrogant gila...." Chan Mi bagai tidak percaya Taehyung berkata begitu.

"Takpe takpe..jumpa kawan baru kau berlagak dengan aku eh.  Takpe, kau tunggu nasib kau.  Siap kau, aku kerjakan nanti. " Chan Mi menjeling Taehyung.

Dengan geram,  barang barang yang masih tersisa diambil lalu bonet kereta ditutup semula. Chan Mi mencebik bila melihat Taehyung sedang ketawa bersama Jimin.

"Chae,  ada apa apa lagi ke? " soal Chan Mi sebaik tiba di tapak perkhemahan.

"Tinggal buka khemah je. Ha,  yang beg biru ujung tu khemah awak berdua. Ermm awak tahu kan cara pasang? " soal Chaerin.

"Tahu. Dulu Jungkook pernah ajar."

"Jungkook?"

"Abang saya.. Jungkook abang saya.. " Chan Mi tersengih bila terlepas cakap.  Entah macam mana tadi dia boleh teringatkan sepupunya yang satu itu.

"Ouhh..saya ingatkan siapa lah tadi. Dahlah jom kita mula.  Matahari dah nak terbenam ni." Chaerin merenung ke arah pantai.

"Tae,  sini cepat!  Kita pasang khemah!" laung Chan Mi.

"Okay! " Taehyung tak membantah.  Laju dia membantu Chan Mi yang sudah mula mengeluarkan peralatan khemah.

"Satukan besi besi tu, nanti nak pakai untuk bahagian atas.. " arah Chan Mi serius.

Taehyung menganguk faham. Besi besi kecil itu disambung membentuk satu besi panjang. Hampir 15 minit berhempas pulas, akhirnya khemah mereka siap didirikan.

Chan Mi tersenyum puas.  Dia menoleh ke arah kanan di mana pasangan ChaeMin mendirikan khemah.  Nampaknya khemah pasangan itu juga sudah berjaya dipasang.

"Kakak! Sini! Masuk sini!" kata Taehyung yang sudah masuk ke dalam khemah.

Chan Mi menjenguk ke dalam. Wah,  belum apa apa lagi Taehyung dah merasmikan dulu.  Bukan main lelaki itu berguling guling.

"Taehyung, jangan lasak sangatlah.  Runtuh khemah ni nanti. " terhenti tingkah Taehyung.  Dia segera duduk.

"Besar jugak khemah ni,  selesa lah kita tidur nanti.." Chan Mi masuk ke dalam sambil memerhatikan stuktur khemah itu.

Saiz khemah itu boleh memuatkan 8 orang dewasa dalamnya.  Jadi, ruang khemah memang luas untuk mereka berdua. Tak ada segan sangat kalau nak tidur berhimpit nanti.

"Bwo? kita? Kita tidur sekali? " soal Taehyung dengan mata yang terbuka luas.

Terkalih Chan Mi. Berkerut dahinya dengan soalan Taehyung.

"Iyalah.  Kita berdua lah tidur dalam ni.  Habis tu siapa lagi.  Takkan Tae nak tidur dengan Chaerin pulak. Berani cubalah buat.. " nada Chan Mi mula berubah dibakar api cemburu.

Taehyung garu kepala yang tidak gatal. Aduh..ini bukan apa yang dia rancang..

"Tapi,  Tae taknak tidur dengan kakak." Taehyung berterus terang.

"Bwo?" Chan Mi terkejut.

"Tae dah janji ngan Chim nak tidur dengan dia malam ni.  Emm boleh tak kakak?"

"Haih...kenapa tiba tiba?  Kakak ada buat salah dengan Tae ke?  Sebab tu Tae taknak dengan kakak? " soal Chan Mi dengan lembut.  Dia perlu bertoleransi dengan Taehyung.

Melepaskan Taehyung bukan mudah. Chan Mi  risaukan keselamatan lelaki itu. Walaupun khemah mereka sebelah sebelah,  tapi semua itu tak menjamin apa apa.

"Erm...Tae cuma nak ajak Chim main color color kat buku latihan. Pastu Tae nak main teka teki,  pastu nak nyanyi sama sama, pastu nak main kad,  pastu nak main game,  pastu nak makan, pastu-"

"Okay okay!  Stop! Kakak faham. Takpayah jelaskan lagi. Cukup.. " Chan Mi pejam mata bila terasa pening.

"Kakak bagi?" Taehyung penuh berharap.

"Nae.. Arraseo.. " perlahan Chan Mi mengangguk.

"Yeay! Thankyou kakak!"

"Tapi! Ada syarat! Jangan keluar dari khemah waktu malam.  Nak pergi mana mana bagitau kakak.  Faham?"

"Faham!!" serentak itu,  Taehyung terburu keluar dari khemah, dia perlu bagitahu Jimin.

Malam menjelma, Chan Mi dan Chaerin sibuk menyediakan ayam yang diperap untuk mereka panggang nanti.  Beberapa makanan sampingan juga sudah siap .  Hanya menunggu giliran untuk menari di atas api.

"Selalu ke Chae camping kat sini?" soal Chan Mi sambil menyusun kepak ayam atas pemanggang.  Berdesir isi ayam bila dimasak.

"Ermm tak jugak. Dalam sebulan sekali. Kalau sibuk ,dua bulan sekali baru Chae bawa Jimin camping ke sini." balas Chaerin. Dia sangulkan rambut tinggi sebelum memotong kepingan kimchi yang bakal dimasak stew.

"Ouhhh macam tu. Tapi kan,  tempat ni famous jugak eh.  Saya ingatkan kita je kat sini,  rupanya ramai jugak orang.. "

Terdapat beberapa khemah yang terpasang menandakan ada manusia lain yang turut bercamping di tapak itu.  Jarak antara khemah juga agak berjauhan,  jadi ianya memberi privasi. Kebanyakkan mereka bercamping dengan keluarga dan ada juga kumpulan remaja.

"Haah. Kalau awak nak tahu.  Sinilah tempat camping paling best kat kampung ni. Angin pantai yang lembut,  pemandangan malam yang indah.. Semuanya sempurna. Kadang kadang saya buat juga aktiviti camping dengan anak murid saya. Tapi tak lama,  dalam dua hari satu malam ja.. "

"Anak murid?"

"Ouh saya lupa nak bagitau. Saya ni sebenarnya cikgu tadika kat kampung ni."

"Laaa yeke? Habis tu kalau awak kerja siapa jaga Jimin?" soal Chan Mi lagi.  Yelah kalau Chaerin kerja,  siapa pantau Jimin.

"Saya bawak sekali. Jimin tu lagi seronok duduk kat tadika.  Kawan kawan dia ramai kat sana. Ha,  kalau awak tak keberatan, hantarlah Taehyung ke tadika saya. Dapatlah dia belajar sekali. Golongan istimewa macam mereka ni,  suka aktiviti kanak kanak."  jelas Chaerin.

Chan Mi mengangguk.  Betul jugak apa yang Chaerin cakap. Taehyung tu bukan buat apa pun kat rumah. Baik dia hantar main kat tadika.  Lagipun, Jimin ada.  Jadi tak adalah Taehyung segan.

"Taehyung mesti gembira kalau dapat tahu benda ni.. " Chan Mi menoleh ke arah Taehyung.  Senyumannya mekar melihat Taehyung sedang membuka kerusi lipat untuk mereka duduk.

Manakala Jimin pula sibuk menyusun kayu api. Itu lah kerja yang Chaerin arahkan dia buat.

"Taehyung.." Jimin menghampiri Taehyung yang sedang menyusun kerusi.

"Ouh Chim, ada apa?  Kerja Chim dah siap ke? Kalau Chim nak main, kejap tau. Tae tak habis susun kerusi lagi ni. Nanti kalau tak siap kakak Tae marah. " Taehyung sibuk dengan tugasnya.  Wajah Jimin pun tak dipandang.

"Alaa Tae,  berhentilah kejap. Chim nak cakap something ni.. " pujuk Jimin.

"Nanti pun boleh cakap.. " balas Taehyung.

"Tak boleh.  Kena cakap sekarang.  Ni rahsia.  Sesiapa tak boleh tahu.. " ujung baju Taehyung ditarik tarik.

"Ha?  Rahsia?" terhenti pergerakan Taehyung. Wajah Jimin ditatap dengan penuh tanda tanya.

"Ehe... Tae sebenarnyakan, Chim ada rancangan best punya untuk malam ni! Kalau Tae join mesti seronok! " bisik Jimin dengan teruja.

"Apa dia? " Taehyung mula berminat.

"Malam ni, lepas je dorang tidur-" Jimin terus membisikkan rancangannya.

Taehyung sudah tersenyum lebar. Perlahan dia mengangguk setuju.  Mereka pandang sama sendiri dengan pandangan penuh makna. 


Continue lendo

Você também vai gostar

56.3K 2.6K 18
Ryu Haeun. Yeoja yg manja, innocent, baik, comel dan banyak lagi. Mama Papa? Sudah mati. Kini dia tinggal dengan kawanya di dorm. Dan kawanya pula sa...
24.7K 887 12
"Darah?? Slrrpp..." Enjoy...ILY!! MUAHH!!
2.4M 193K 79
(COMPLETED) "Siapakah MARIA? Pada satu sisi, Maria hanyalah seorang wanita biasa yang terpilih menjadi pelatih dalam kem latihan tentera Gavriel. Na...
1M 35.2K 34
Warning : kiss scene/ harsh words Warning 2 : cliche ****** "Aku sayang kau Najwa, tapi aku tak boleh cintakan kau lagi." - Adam ****** "Lepaskan say...