โˆš3 [C] Haunt You | Kim Taehy...

De crabyjoon

52.2K 5.6K 997

Park Chan Mi. Anak gadis kumpulan mafia terbesar. Kehidupannya yang gelap mula berubah setelah bertemu dengan... Mais

Hey! Welcome to Dark Love Story! ๐Ÿ’•
HY : 1
HY : 2
HY : 3
HY : 4
HY : 5
HY : 6
HY : 7
HY : 9
HY : 10
HY : 11
HY : 12
HY : 13
HY : 14
HY : 15
HY : 16
HY : 17
HY : 18
HY : 19
HY : 20
HY : 21
HY : 22
HY : 23
HY : 24
HY : 25
HY : 26
HY : 27
HY : 28
HY : 29
HY : 30
HY : 31
HY : 32
HY : 33
HY : 34
HY : 35
HY : 36
HY : 37
HY : 38
HY : 39
HY : 40
HY : 41
HY : 42
HY : 43
HY : 44
HY : 45
HY : 46
HY : 47
HY : 48
HY : 49
HY : 50
HY : 51 (ENDING)
โค๏ธโค๏ธSpecial Chapterโค๏ธโค๏ธ

HY : 8

947 114 5
De crabyjoon

Sinaran matahari menganggu lena jejaka ini.  Berkerut kerut dahinya menahan terik. 

Bibir mula mencebik geram bila tidurnya diganggu. Mimpi indahnya habis berkecai.

"Omma..janganlah buka langsir. Tae nak tido ni.. " rengekan manja mula kedengaran dengan mata yang masih terpejam.

"Eeee, omma!  Tutuplah langsir tu. Ish, Tae tak shuka la macam ni!."

Geram bila rengekannya tak dilayan,  Taehyung terus bangun. Matanya digosok untuk menghilangkan kabur.

"Omma...kenapa tak tutup langsir - " kata kata Taehyung terhenti.

Matanya jatuh pada keadaan sekeliling.  Berkerut dahinya bila dia sedang berada di dalam kereta.  Dan yang pasti ini bukan kereta keluarganya!

"Ugh...Tae kat mana ni?  Apa dah jadi? Namjoon hyung?  Seokjin hyung? " terkial kial dia membuka pintu.  Ingin keluar.

Otaknya masih blur. Lembab memproses kejadian semalam.

"Wow... Cantiknya.. " sebaik turun,  Taehyung terus terlopong dengan pemandangan di depan mata.

Di hadapannya kini penuh dengan gunung ganang yang menghijau.  Dan dari atas bukit ini,  setiap pelusuk tempat dapat dilihat dengan jelas.

Di sudut kanan,  bentangan lautan luas menyapa mata. Membiru indah. Sungguh cantik.  Angin bayu meniup lembut menghentam susuk Taehyung membuai perasaan jejaka ini.

"Dah bangun?"

Terkalih badan Taehyung dengan teguran itu. Dia berdehem perlahan.

"A.. Awak siapa? " tergagap menyoal bila Chan Mi mendekati.

Memori kejadian semalam kembali menerjah ingatan.  Dia sudah ingat apa yang terjadi. Dan perempuan di hadapannya ini...

"Nama aku Chan Mi. Aku yang tolong kau semalam.  Lupa ke? "

Taehyung diam menikus.  Dia bermain dengan jari jemarinya bila merasa gugup.

"Ta.. Tapi...a..awak b..bunuh orang.. "

Ya. Dia nampak dengan mata kepalanya sendiri.

Dia mengintai di sebalik pintu bilik ketika Chan Mi menembak anak buah The kims. Dia saksi tragedi kejam itu berlaku.

Ketawa kecil terlepas sebaik mendengar kata Taehyung. Chan Mi berdiri di sebelah lelaki itu.  Merenung pemandangan indah yang terbentang luas.

"Aku bunuh orang jahat je. Mereka layak terima semua tu. Itulah balasan pada kejahatan yang mereka dah buat. Mereka hancurkan kehidupan aku dan Jungkook.. " ujar Chan Mi perlahan.

Dahi Taehyung berkerut hebat. Perlahan kepala yang tidak gatal digaru.

"Tae tak faham apa awak cakap.. " perlahan Taehyung bersuara.

Chan Mi tergelak. Wajah blur Taehyung dipandang lama.

"Kau tak payah fahamlah.  Benda ni complicated. Kang putus pulak wayar otak kau kalau paksa diri untuk faham."

Taehyung mencebik dengan balasan gadis itu. Ya. Dia tahu Chan Mi sedang memerli.

" Kita kat mana?  Tae.. Tae nak baliklah.  Namjoon hyung dan Seokjin hyung mesti risau kalau Tae tak balik." ujar Taehyung keresahan memikirkan dua abang kandungnya itu.

Chan Mi melepas keluhan berat. Dia tahu,  inilah situasi yang dia kena hadap sebaik keputusan dibuat.

"Kita kat jeju, kampung mendiang ayah aku. Buat masa sekarang,  kita kena duduk sini.  Sebab orang jahat tengah cari kita." balas Chan Mi sedikit kebudak budakan.

Terbeliak mata Taehyung. Hatinya mula resah.

"Orang jahat cari kita?"

"Haah. Dan kalau orang jahat tu dapat kau.  Dia akan potong badan kau,  dia hiris daging kau pastu bagi anjing makan! Eeee seramnyaa.. " Chan berpura pura takut.

Taeyung sudah gigit kuku.  Matanya meliar ke kiri kanan.  Dia termakan dengan cerita karut gadis itu.

"Alaa taknaklah! Kalau macam tu takpela, Tae duduk sini diam diam.  Baru orang jahat tak cari. Kan?"

"Haa betul tu. Pandai pun.. " Chan Mi tersenyum lebar seraya menyusap perlahan rambut lebat lelaki itu.

Dia sendiri hairan dengan Taehyung. Dari segi fizikal lelaki itu normal langsung tiada tanda yang menunjukkan dia cacat.

Dikurniakan paras rupa yang tampan, susah orang nak percaya jika Taehyung ni tak sempurna.

Cacat? Ianya bukan cacat.  Tapi mungkin Taehyung ada masalah yang lain menyebabkan dia jadi begini. 

Tidak matang dan kebudak budakan. Takapalah, Chan Mi sendiri akan menyiasat lebih soal kehidupan jejaka itu.

"Kakak..emm Tae nak mandi laut boleh? " pinta Taehyung mematikan lamunan Chan Mi.

"Bwo?  Kakak kau panggil aku? " melopong mulut gadis itu.

Kecik besar kecik besar dia pandang Taehyung. Jelas raut tidak puas hati di wajah Chan Mi.

Kakak?  Yuks!  Aku lagi muda daripada kau tau! Aku baru 21 tahun. Kau tu,  tengok muka pun tahu. Set set bapak orang!

Chan Mi merungut dalam hati.

"Boleh tak kakak? " desak Taehyung.

Dia perlukan jawapan! Dia sudah tidak sabar lagi. Air laut yang membiru tidak henti henti menyeru dia untuk bermain.

"Haih...fine. Tapi kita kena balik rumah dulu. Takkan kau nak mandi dengan baju pijama ni. Kau pun tak breakfast lagi kan?" putus Chan Mi.

Taehyung mengeluh perlahan. Matanya memandang sayu ke arah laut.

Dia nak main sekarang, bukan nanti! Tapi bila memikirkan perutnya yang lapar,  dia redha. Ikut saja cakap Chan Mi.  Asalkan dia dapat juga bermain di laut nanti.

"Dah, jum naik.  Kita balik rumah.. " arah Chan Mi yang sudah masuk ke perut kereta.

Rumah mereka terletak dibawah bukit itu.  Di perkampungan penduduk yang tidak terlalu ramai. Jadi lebih selamat dan privasi.

Taehyung tersenyum petak.  Dia berlari anak ke kereta. Perasaan teruja tidak dapat disembunyikan lagi.

Laut tunggu Taetae datang!!!

_________________________________________

"Jungkook.. "

"Ouh,  granpa...." kelam kabut Jungkook berusaha untuk bangun dari katil.

Berkerut dahi menahan sakit setiap kali pergerakan berlaku.

"Jangan banyak bergerak. Luka kau masih baru." segera tangan tua itu menahan bahu Jungkook.

Menghalang si cucu  bangun. Keadaan Jungkook agak teruk namun mujurlah tiada kecederaan serius. 

"Dah lama ke granpa sampai? " soak Jungkook seraya memandang datuknya.

Baru pagi tadi dia sedar. Itu pun tahu tahu dia sudah ada dalam bilik ini.  Dan Jungkook tahu,  dia sedang berada di rumah rahsia Black Dragon.

Benda terakhir yang dia ingat adalah ketika dia melarikan diri ke dalam hutan.  Itupun musuh masih mengejar dari belakang.  Dia terpaksa berpisah dengan Chan Mi.

Tiada apa yang boleh dilakukan ketika itu. Keadaan mendesak.

"Granpa.. Chan Mi macam mana? " soal Jungkook penuh risau.

"Dia dah selamat sekarang. Jangan risau, tiada musuh yang boleh dekati."

"Syukurlah... " terpejam mata Jungkook. Lega mendengar khabar itu.

"Apa kita patut buat sekarang? Silver Snake dan The Kims dah bergabung. Bukan mudah nak tumpaskan mereka. " nafas berat di hela.

Serabut otak memikirkan hal itu.  Mereka langsung tidak menyangka Silver Snake dan The Kims akan berkerjasama.  Sedangkan dua puak itu ada musuk ketat sejak azali lagi.

"Kim Namjoon memang lelaki yang cerdik.  Kita tak boleh pandang rendah dengan kemampuan dia.  Dan ini baru separuh dari  rancangan dia untuk jatuhkan kita." granpa merenung ke luar jendela.

Nampaknya cuaca di luar tidak begitu baik.  Hujan turun dengan lebat berserta kilat sambar menyambar.  Ribut bakal terjadi.

"Sudahlah. Rehatkan diri.  Kamu masih lemah. Jangan fikir banyak sangat. Rehat cukup cukup.. " perlahan granpa bangun dari duduk.

Bahu cucu lelakinya yang berbalut ditepuk perlahan. Dia cuma mahu Jungkook berehat.

Mata redup Jungkook menghantar pemergian datuknya. Perlahan jendela kabur ditatap.

Keluhan kecil terlepas dari celahan bibirnya yang masih lebam.

"Omma,  omma marah ke Jungkook buat semua ni?"

Dan soalan itu tergantung sepi.  Tiada jawapan.  Cuma tinggal seorang jejaka yang terluka hatinya merenung sayu ke arah titisan hujan di luar.

Continue lendo

Vocรช tambรฉm vai gostar

56.3K 2.6K 18
Ryu Haeun. Yeoja yg manja, innocent, baik, comel dan banyak lagi. Mama Papa? Sudah mati. Kini dia tinggal dengan kawanya di dorm. Dan kawanya pula sa...
227K 8.6K 65
๐‡๐ˆ๐‹๐Œ๐€๐ ๐ˆ๐’๐€๐€๐‚ ๐๐ˆ๐‚๐Š & ๐“๐”๐€๐ ๐๐”๐‘ ๐€๐Œ๐ˆ๐‘๐€๐’๐‡ ๐—๐€๐๐ƒ๐„๐‘ "๐•Ž๐•š๐•๐• ๐•’๐•๐•จ๐•’๐•ช๐•ค ๐•“๐•– ๐•ช๐• ๐•ฆ๐•ฃ ๐•ก๐•ฃ๐• ๐•ฅ๐•–๐•”๐•ฅ๐•š๐• ๐•Ÿ, ๐•„๐•ฃ๐•ค โ„•๐•š...
414K 19.4K 60
( ๐“’๐“ธ๐“ถ๐“น๐“ต๐“ฎ๐“ฝ๐“ฎ ๐“ข๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ) ( ๐“‘๐“ธ๐“ธ๐“ด 2 ) RANKING NO 3 ACTION ๐Ÿ… RANKING NO 1 DINGIN๐Ÿ… Tengku Ikmal Hakimi anak kepada Tengku Irfansyah dan Putr...
27.5K 3.2K 106
Apabila Melissa membuka matanya, dia terus berfikir, 'Eh, tadi bukan aku kena langgar dengan kereta ke?' Tidak lama kemudian baru dia tersedar, dia b...