The Unexpected Life

By raz577_

3.7M 140K 5.3K

[COMPLETED] Luth Zariel dan Arluna Aisyah. Permulaan hidup Arluna membawa dia ke sebuah dunia yang penuh... More

Part 1. Perubahan
Part 2. Hipokrit
Part 3. Lelaki Itu...
Part 4. Permulaan
Part 5. Kawan Sebenar
Part 6. Arman dan Dato' Anas
Part 7. Way To Go... Still Far Away
Part 8. Kahwin?
Part 9. Fasa Baru
Part 10. Life Is Getting Better
Part 11. Sara Si Syaitan
Part 12. My Hero... Thanks!
Part 13. My Sweet Hero
Part 14. Fyuhh
Part 15. Rindu ke?
Part 16. Cemburu? Seriously!
Part 17. Slow Settle Down
Part 18. Siapa?
Part 19. Puan Sri Arisah
Part 20. Come Back Malaysia
Part 21. Nayla
Part 22. Sweet
Part 23. Kerja Baru
Part 24. Dugaan 1.0
Part 25. Dugaan 2.0
Part 26. Dugaan 3.0
Part 27. Que
Part 28. Dugaan 4.0
Part 29. Bad Things Happen
Part 30. Dugaan Masih Ada
Part 31. Bye
Part 32. Hi Que, Bye Zariel
Part 33. Move On
Part 34. Savage
Part 35. Cari
Part 36. Kerjaya Baru
Part 37. Segi Tiga Perjumpaan
Part 38. Tak kenal
Part 39. Luthfia Amisya Binti Luth Zariel
Part 40. Isya Dan Zariel
Part 41. Cuitan
Part 42. Vanilla
Part 43. Kerjaya
Part 44. Come Back
Part 45. Iklan SLR
Part 46. Panas
Part 47. PDA
Part 48. Kisah Luna Dibuka
Part 49. Get Back
Part 50. Get Back Together
Part 51. Home Coming
Part 52. My Flower Boy
Part 53. Sweet Happy Family
Part 55. Happy Family 2.0
Part 56. Merajuk
Part 57. New Movie
Part 58. Terlerai
Part 59. Pelik
Part 60. Saya
Part 61. Balasan
Part 62. Dato' Qair
Part 63. Rumah Kayu
Part 64. Pangkin
Part 65. Airis
Part 66. Maaf
Part 67. Surprise!
Part 68. Kelu
Part 69. Drama
Part 70. Cuak
EPILOG
Cicak
Luthfi Zakwan bin Luth Zariel
20 Tahun Kemudian

Part 54. Sweet 1.0

50.4K 1.7K 38
By raz577_

Luna turun ke dapur.

Luna tahu Zariel ke bilik Isya jadi dia biarkan. Apa sebab Zariel ke bilik Isya, Luna tak tahu tapi Luna harap waktu mereka luangkan masa berdua Zariel boleh jatuh sayang pada Isya.

Mungkin Zariel cuma nak lihat keadaan Isya yang sedang tidur?

Luna nak masak untuk makan malam. Mujur dia ada beli bahan-bahan untuk buat spagetti. Itu pun sebab Isya minta nak makan semalam kalau tak mesti tak berisi peti sejuk dan kabinet dalam dapur tersebut. Ada lah bahan untuk dia masak malam ni.

Spagetti direndam dalam air panas sementara kuah spagetti sedang dimasak.

Tanpa diduga, dia dipeluk dari belakang. Kepala Zariel berlabuh di bahunya.

"Hai, handsome guy," sapa Luna.

Zariel tersenyum nipis.

"Well, dah cukup maklum," balas Zariel selamba.

Luna tergelak. Memang betul pun tapi balasan Zariel tu lawak bagi Luna. Perasaan! Walaupun kenyataan tu benar. Zariel memang menyerlah dalam apa-apa situasi atau pakaian sekali pun. Tetap nampak imej berwibawa dan berkeyakinan.

Drop-dead-gorgeous-guy.

Memang itu yang Luna rasa dan Luna akui.

"Amboi... tak beragak," komen Luna.

"Jom," ajak Zariel tiba-tiba.

"Aik? Jom pergi mana?," tanya Luna tak faham.

"Balik rumah aku. Bawa Luthfia sekali," kata Zariel lembut.

Kalau tak bawa Isya barulah dia kisah. Luna tersenyum. Luna rasa gembira walaupun Zariel tak cakap yang Zariel terima Isya. Luna tak sedar lagi.

"Masak apa, honey?," tanya Zariel.

"Spagetti. Semalam Isya request nak makan," jawab Luna.

Tiba-tiba Isya masuk ke dapur. Isya turun sendiri ke tingkat bawah. Lama sangat menunggu Zariel dan Luna naik ke atas.

"Papa! Umpa pun papa ngan mama," kata Isya ceria.
(Papa! Jumpa pun papa dan mama)

Luna tayang wajah hairan. 'Bila masa Isya panggil Zariel papa?,' fikir Luna hairan. Baru Luna perasan... Isya panggil Zariel papa. 'Macam mana Isya tahu Zariel papa dia?.'

"Mama... yeay! Spagetti!!," sorak Isya seronok.

Perhatian Isya beralih pada Luna pula.

"Apar...," rengek Isya dengan sengihan kecil.

Luna tersenyum. Hal lain dia tak kira dah. Luna fikir pasal Isya je. Luna leraikan pelukan Zariel di pinggangnya.

"Tak malu ke peluk orang depan Isya?," soal Luna sinis. Mengusik.

Zariel buat muka biasa.

"Biarlah papa dia peluk mama dia," balas Zariel.

Luna blushing free. Zariel tak cakap apa-apa dah. Tak nak lah usik lebih-lebih. Luna angkat dan dudukkan Isya atas kerusi makan. Zariel capai tangan Luna apabila Luna mula nak layan Isya makan.

"Kenapa?," tanya Luna.

Zariel pun nak perhatian. Mana adil Luna layan Isya seorang?

"Hubby pun lapar," kata Zariel.

Nada Zariel macam minta Luna pengsan. Luna tercengang. Air liur bagaikan tersekat di kerongkong. 'Zariel aku ke ni?,' soal Luna dalam hati.

Luna tak percaya Zariel boleh jadi manja macam ni. Luna rasa mood Zariel tengah baik sebab tu Zariel tunjukkan sisi tersorok dia.

Luna rasa nak peluk Zariel ketat-ketat. Sweet sangat Zariel hari ni.

"Jap saya hidangkan spagetti untuk awak," kata Luna lembut.

Zariel menggeleng.

"Tak nak benda tu," kata Zariel serius.

Luna tayang muka hairan. Tak faham. Dah tu nak makan apa?

"Dah? Awak nak makan apa?," tanya Luna. Macam lah ada makanan lain. Jawabnya kena order takeout lah.

"Nak makan... Luna," jawab Zariel. Hujung ayatnya hanya perlahan. Gaya Zariel nampak cool dan selamba. Tapi...

Luna hanya mampu mengeluh. Zariel cuba goda dia. Itu je penjelasan yang ada. Luna segan bila Zariel cakap macam tu waktu Isya ada walaupun Isya tak faham apa-apa.

"Ishh, awak ni! Gatal," balas Luna. Cuba tutup segan sebenarnya sebab tu Luna pura-pura marah.

Zariel tersenyum halus. Penuh makna.

"Itu bukan namanya gatal. Kalau nak tahu maksud gatal sebenar, you should wait until we get back to my house. Then you will see the real definition of needs," kata Zariel dengan nada perlahan.

Terus Luna cubit lengan Zariel. Geram tambah malu. Bila masa Zariel berubah drastik sangat ni? Sejak bila nakal terlebih ni? Muka pun ceria semacam.

Zariel tergelak bila lengan kekarnya dicubit dengan jari runcing Luna. Tak sakit langsung. Pipi Luna dikucup sekilas.

Muka Luna bila diusik Zariel comel sangat. Rupa yang buat Zariel rasa nak tolak Luna ke dinding? And intense.

Mujur ada Isya.

Zariel sedar tak sesuai buat aksi macam tu bila ada budak kecil di sini. Lagipun dia perlu tunjuk contoh yang baik kepada anaknya.

Cukup-cukuplah PDA nya.

"Dah. Duduk dulu. Saya nak hidangkan makanan untuk awak. Duduk sebelah Isya tu," arah Luna dengan nada dan gaya garang.

Zariel tayang muka kecewa. Zariel ambil duduk di sebelah Isya di meja makan. "Aku boleh buat sendiri," ujar Zariel mengingatkan. Luna tak perlu sediakan apa-apa untuk dia. Zariel bukan suami yang tak boleh berdikari tanpa isteri.

Luna hanya menjeling suruh Zariel senyap. Zariel tutup mulut dengan patuh. Dia lupa. Ini bukan rumah dia. Dia kena ikut cakap tuan rumah yang garang dan duduk diam sahaja. Zariel tersenyum terhibur.

"Papa," panggil Isya.

Zariel cubit pipi Isya. Luna ternampak. Terus Luna sebak. Terharu. Gembira.

Bahagia.

Luna sambung mengisi makanan ke dalam pinggan. Melihat aksi dua orang itu buat Luna hanya mampu tersentak.

"Macam mana Isya tahu awak papa dia?," soal Luna. Luna cuba tahan suara bergetar.

"Aku lah yang cakap. Kenapa? Salah ke? Kalau tak ada aku... tak ada lah Isya, kan?," balas Zariel. Santai.

"Luthfia anak aku. Jadi dia boleh panggil aku papa, kan?," soal Zariel lagi.

Luna tersenyum lebar. Manis. Luna rasa bahagia walaupun Zariel hanya beriak biasa.

Luna sayang Zariel!

"Aku nak kita bertiga hidup sebagai satu keluarga. Aku nak isteri aku balik. Aku nak anak aku juga," pinta Zariel dengan nada lembut. Tak serius seperti biasa.

Luna tersentuh.

"Saya pun nak semua tu. Terima kasih sebab apa yang kita nak sama," balas Luna sebak.

"Balik pada aku, Luna," pinta Zariel dengan senyuman lembut.

Luna mengangguk sambil tersenyum. Zariel mengangguk pada diri sendiri. Lega.

Aura bahagia berlegar.

Isya di sebelah Zariel, Zariel peluk erat tanda bersyukur dengan keputusan Luna. Zariel rasa gembira. Akhirnya dia dapat keluarga dia balik. Hidup dia akan bernyawa semula.

"Papa, emas... emas... epasla," ronta kecil Isya.
(Papa, lemas... lemas... lepasla)

Luna tergelak dalam sebak. Zariel tersenyum lebar apabila Luna memandangnya dengan senyuman bahagia. Luna sekali lagi berada dalam awang-awangan melihat senyuman Zariel.

Senyuman manis Zariel.

Senyuman membunuh itu.






Que berhajat nak melawat Luna dan Isya. Que tekan loceng pintu rumah. Luna membuka pintu dengan senyuman mesra.

"Assalamualaikum, Que. Lama tak nampak?," sapa Luna seperti biasa.

Luna suka bagi ayat macam tu. Padahal lama manalah sangat mereka tak berjumpa? Que tergelak mendengar ayat Luna.

"Isya mana?," soal Que terus selepas menjawab salam.

"Alahai. Isya tak ada. Isya keluar dengan... nenek dia. Ibu Zariel," jawab Luna.

"Puan Sri Arisah? Oh. Tak dapat nak jumpa Isya pula. Rindu sangat dah ni. Jadi... awak dan Isya okay lah ni dengan ibu Zariel?," tanya Que prihatin.

Luna tersenyum dan mengangguk.

"Takkan nak berdiri je depan pintu ni. Jom duduk," ajak Luna.

Que dan Luna duduk di kerusi hadapan rumah. Tempat biasa mereka lepak kalau Riana tak ada. Sekarang ni Riana dan Rian tengah berbulan madu di Istanbul. Kali ke tiga. Entah berapa kali nak berbulan madu mereka itu.

"Hubungan awak dan Zariel dah makin baik kan?," tanya Que.

Luna mengangguk sebagai jawapan.

"Nanti... saya dan Isya akan pindah," maklum Luna.

Sedih sebenarnya nak tinggalkan rumah yang dah tiga tahun dia duduk. Banyak kenangan di sini. Dari Isya dalam kandungan sehingga bayi semua di sini. Bagaimana permulaan hubungannya dengan Riana. Semuanya terakam di sini...

Dan di memori.

"Baguslah. Semoga kau orang bahagia selalu. Tapi saya nak pesan awal-awal. Awak tetap kena bawa Isya jumpa saya selalu," pesan Que dengan nada pura-pura tegas.

Luna tersenyum.

"Mestilah! Kalau tak jumpa awak, mesti Isya sibuk merungut rindu... rindu... Nak jumpa uncle Que dia," sokong Luna.

"Tapi Zariel tak kisah ke hubungan rapat saya dengan awak dan Isya? Dah lah saya pernah cemarkan muka dia dengan penumbuk," kata Que cuba berlawak walaupun jujur Que agak risau.

Luna hanya tersenyum sebelum menggelang. Zariel okay dengan Que sebab Zariel dah janji yang dia akan terima sesiapa sahaja yang ada dalam hidup Luna.
















Continue Reading

You'll Also Like

1.7M 61.4K 65
@Choco_Lyn @CintaKeranaDia @2018 @storyke-7@Romantic @Best Engku Adrian Faizur adalah lelaki yang amat aku cinta dan aku sayang. Setelah tiga tahun b...
92.1K 6.7K 59
- REVENGE HAUNTS , LOVE PREYS ON - "Zarith ! Aku dengan kau hanya sekadar kawan , tak lebih daripada tu" "Tapi aku sayang kau Del...lebih daripada...
1.2M 60.3K 72
Kisah seorang gadis berumur 28 tahun yang ingin berkahwin. "Korang aku nak kahwin! Tapi takde calon lagi. Macam mana ni?" -Adara Sumayyah "Wow! Amazi...
289K 10.9K 46
Apakah perasaan anda apabila terpaksa memasak untuk enam orang jejaka yang mempunyai 1001 macam karenah dan selera. Begitulah kisah yang berlaku...