She's mine (C)

By aynarose-

750K 40.1K 5.4K

TENGKU AREENA ARISYA seorang gadis yang mempunyai rupa paras wanita arab. Hanya melihat rupa paras sahaja sud... More

C a s t
Bab 01
Bab 02
Bab 03
Bab 05
Bab 04
Bab 06
Bab 07
S p e c i a l
Bab 08
Bab 09
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Thank You!
Special Chapter : Honeymoon
Special Chapter : Honeymoon 2
Raya AidilFitri : Bertiga
COMING SOON : EBOOK
EBOOK TYK
EBOOK DEAR DALIA

Bab 41

8K 485 28
By aynarose-

   Areena dan Ainna menuju ke perpustakaan tingkat atas. Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi. Wajah Areena yang murung di pandang oleh Ainna. Ada masalahkah dia?

  "Reen, kau ada masalah ke?" soal Ainna sambil menongkat dagu memandang Areena yang murung itu. Wajahnya pucat tanpa senyuman. Dah 5 hari dia lihat hubungan Rayyan dan Areena.

  "Reen,"

  "Ha ya?" soal Areena sambil memandang Ainna. Matanya terkebil-kebil. Tu la Areena asyik mengelamun aje.

  "Kau ada masalah ke?"

  "Tak adalah." ujar Areena sambil matanya memandang bunga ros yang berada di situ.

  Cantik.

  Ainna mengeluh perlahan.

  "Cuba bagitahu apa masalah kau dengan Rayyan? aku akan dengar dan bagi nasihat." Ainna membetulkan tempat duduknya supaya selesa. Matanya memandang mata Areena.

   Areena menyandar lalu mengeluh. Dia menutup matanya lama. Perasan sebak di dada semakin tebal.

  "Aku cuma rasa yang Rayyan tak sayangkan aku. Aku yang beria sayangkan dia." ujar Areena sekian dia mendiamkan diri.

   Ainna menarik nafas. Tangannya mengenggam tangan Areena.

   "Siapa kata?"

   "Aku."

   Ainna tersenyum nipis. Susah juga bila jadi doktor cinta untuk kawan sendiri.

   "Apa yang membuatkan kau rasa macam tu?"

  "Aku tengok dia tak beria pun. Aku harap dia beria tau pujuk aku ke apa ke atau bagitahu kalimah cinta."

   "Areena.."

   "Tak semua orang yang tunjuk sayang dia dengan menggunakan beria, pujuk atau kalimah cinta tau. Mungkin Rayyan tu lain cuma kau je tak nampak."

   "Dan.. aku nak nasihatkan kau walaupun Rayyan tu lelaki tak bermakna dia patut sayangkan kau lebih dan kau tak."

    Ainna menarik nafas lagi sebelum menyambung ayatnya.

   "Dan bukan ke lebih elok kalau kau dengan dia saling sayang menyayangi? bukan dia sahaja yang sayangkan kau."

   Areena diam membisu. Ainna berdehem.

   "Kau baca dekat twitter ke?"

   "Hm."

••
  "Jangan terlalu sayangkan lelaki. Biar dia sayangkan kita lebih dari kita sayangkan dia."
••

    "Zaman sekarang lelaki sayangkan perempuan lebih tau tapi ditinggalkan untuk orang ketiga. Reen kau kena tahu walau macam mana sekali pun Rayyan tak pernah tunjuk yang betapa dia sayangkan kau sangat. Kau tak boleh nak kata yang dia tak sayangkan kau. Mungkin dia lebih sayangkan kau sampai sanggup korban nyawa untuk kau. Mungkin dia ada alasan tersendiri."

   Ainna mengenggam tangan Areena kemas.

   "So kau dengar sini. Walau macam mana sekalipun kau gaduh dengan Rayyan ke apa. Janji dengan aku Reen. Jangan sesekali kau minta cerai. Jangan." tegas Ainna berkata manakala Areena hanya mendiamkan diri.

   Perkataan Ainna bagaikan pisau yang menusuk di jiwanya. Betapa tajamnya sampai jiwanya terasa sakit. Sakit yang tak boleh dikatakan.

   Sakit disebabkan cinta.

   Areena tersenyum nipis sambil menganggukkan kepalanya.

   "Jadi kau tak payah nak fikir lagi tentang ni okay? meh peluk." Ainna memeluk Areena erat.

   "Terima kasih Ainna."

   "Sama-sama."

    "Tapi aku pelik, kenapa kau tak bercinta tapi ayat kau, nasihat kau macam dah berpengalaman."

    Ainna tergelak kecil.

    "Reen biasanya yang single memang jadi doktor cinta. Aku pun tak tahu dari mana aku petik ayat tadi. Tak sangka gak aku ni power."

****

    Areena mengalas beg miliknya dan beg galas itu diletak di atas kerusi yang berhampiran televisyen. Dia menarik nafas sebelum matanya melilau mencari kelibat Rayyan. Dah 1 minggu dia tak bercakap dengan Rayyan. Walaupun hatinya ingin bercakap dengan Rayyan tapi disebabkan ego dan masih dalam mood merajuk. Dia tak bercakap dengan Rayyan.

   Dia pentingkan diri?

   Ya.

   Tapi Rayyan pun tak pernah cari dia atau bercakap dengan dia.

   Kekadang Areena juga pelik apabila Rayyan selalu balik lewat. Dia bukan kerja pun nak balik lewat bagai. Pukul 12 malam mesti dia akan balik ke rumah walaupun petang tu sepatutnya dia patut berada di rumah.

   Dia sedih?

   Semestinya sedih. Penat lelah dia memasak makanan kegemaran Rayyan tapi akhirnya disimpan di dalam peti sejuk juga disebabkan Rayyan tidak pulang di rumah.

   Tak mungkin Rayyan melepak di rumah perempuan lain?

   Atau ya Rayyan ada perempuan lain?

   Husnudzon Areena. Tamatkan aje permainan ini. Kau yang mulakan, kau yang kena tamatkan. Areena mengenggam tangannya kemas dan dia menarik nafas sedalam-dalam yang mungkin.

   Bunyi loceng menyentakkan aktiviti Areena. Areena terus berlari menuju ke pintu untuk melihat siapa gerangan yang datang? takkan pencuri pula nak tekan loceng. Apabila dia sudah melihat gerangan tersebut Areena mengorekkan senyuman yang manis.

   Suami dah datang.

   Tangan Rayyan disalam lalu dikucup. Rayyan pula hanya membiarkan saja walaupun dia terasa pelik dengan kelakuan Areena. Selama ini dia menjauhkan diri dari Areena untuk memberi ruang kepada Areena sebab dia sendiri tidak tahu apa salahnya. Sehinggakan dia memberi beribu-ribu alasan kepada Mummy dan Daddy kerana tidak pulang ke rumah lagi ataupun dia melepak di rumah Irfan.

   Perempuan memang complicated.

   "Kau nak makan apa?" soal Areena. Matanya menilik wajah Rayyan. Seharian tak handsome tak boleh ke Encik Suami? Hari-hari boleh cair tau. Rayyan mengelus tangan Areena.

   "Kau demam ke hm? tak sihat? Jom pergi hospital." wajah Areena yang dihiasi dengan senyuman terus hilang diganti dengan wajah muram.

    "Eeei bencilah. Bye!" terus Areena menghentakkan kaki bagi memberitahu yang dia sedang marah.

   Rayyan tergelak kecil.

   Comel.

  
****

    Rayyan mengelap rambutnya yang basah itu dengan tuala. Lalu tuala itu disangkut di tempat yang sedia. Rambutnya yang lembap itu dibiarkan dijuntai di dahi bagi menambahkan kekacakkan. Dia mencari baju t-shirt putih dan dipakaikan di badan.

   Rayyan memandang wajahnya di cermin lalu mengelipkan mata. Kacaknya aku. Selesai sahaja berangan Rayyan membuka pintu dan jarinya pantas menutup suis lampu. Tangga dituruni perlahan-lahan. Hidungnya menghidu aroma masakan yang enak dan mampu membuatkan perutnya bergoncang dengan kuat.

   Bunyi kuali dengan sudip itu semakin kuat apabila Rayyan menghampiri dapur. Areena yang berusaha memasak makan malam itu dipandang oleh Rayyan dari belakang. Rayyan memerhati pakaian Areena, air liur diteguk apabila melihat baju putih nipis dan jarang yang boleh menampakkan bra milik Areena berwarna hitam manakala Areena memakai seluar hitam ketat sehingga terbentuk kakinya. Rambut pula disanggul gaya messy bun bagi mendedahkan tengkuk putih Areena.

    Rayyan meneguk air liur sekali lagi. Areena ni nak masak ke nak goda dia. Rayyan menghampiri Areena lalu dia memeluk Areena dari belakang sehingga menyentakkan Areena dari memasak.

   "Kau nak goda aku ke apa yang pakai baju macam ni?" bisik Rayyan dicuping telinga Areena lalu cuping telinga Areena digigit lembut. Manakala Areena tergeliat kerana geli. Air liur diteguk. Hatinya sudah berdegup dengan kencang apabila Rayyan mengemaskan pelukan.

   Nak aje Areena mengetuk kepalanya apabila dia lupa yang dia memakai baju putih nipis dan jarang manakala dia memakai bra berwarna hitam.

   Mesti nampak ni. Haih maluunyaaaa.

   Chill Areena, dia suami kau kot. Tak apa kot.

tbc

Ayna tahu benda ni sangat eei tapi kbye. Bagi comment dan vote yang banyak okay?

Continue Reading

You'll Also Like

30.7K 1.8K 39
Pertemuan kali pertama yang memberi ingatan yang sangat bermakna buat seorang lelaki bernama Karl Zafran. Satu pertemuan yang tidak mempunyai sebaran...
781K 46.7K 56
Seorang gila, seorang tiada perasaan. Yang sama cuma dua-dua tak fikir panjang. Menyesal? Dah tak berguna. "Taknak kahwin dengan aku? Aku akan past...
224K 14.4K 49
Highest #1 in action. Selama tujuh belas tahun dia hidup tanpa kasih sayang dari ibu bapa ditambah lagi hinaan, cacian dan pukulan dari abang sendiri...
29.7K 1.7K 23
"Kau kenapa terintai-intai macam kera dekat belakang blok ni? "-Dani Nama penuh Tengku Muhammmad Ashraf Daniel atau lebih dikenali sebagai Dani.Tingg...