The Unexpected Life

By raz577_

3.6M 140K 5.3K

[COMPLETED] Luth Zariel dan Arluna Aisyah. Permulaan hidup Arluna membawa dia ke sebuah dunia yang penuh... More

Part 1. Perubahan
Part 2. Hipokrit
Part 3. Lelaki Itu...
Part 4. Permulaan
Part 5. Kawan Sebenar
Part 6. Arman dan Dato' Anas
Part 7. Way To Go... Still Far Away
Part 8. Kahwin?
Part 9. Fasa Baru
Part 10. Life Is Getting Better
Part 11. Sara Si Syaitan
Part 12. My Hero... Thanks!
Part 13. My Sweet Hero
Part 14. Fyuhh
Part 15. Rindu ke?
Part 16. Cemburu? Seriously!
Part 17. Slow Settle Down
Part 18. Siapa?
Part 19. Puan Sri Arisah
Part 20. Come Back Malaysia
Part 21. Nayla
Part 22. Sweet
Part 23. Kerja Baru
Part 24. Dugaan 1.0
Part 25. Dugaan 2.0
Part 26. Dugaan 3.0
Part 27. Que
Part 28. Dugaan 4.0
Part 29. Bad Things Happen
Part 30. Dugaan Masih Ada
Part 31. Bye
Part 32. Hi Que, Bye Zariel
Part 33. Move On
Part 34. Savage
Part 35. Cari
Part 36. Kerjaya Baru
Part 37. Segi Tiga Perjumpaan
Part 38. Tak kenal
Part 39. Luthfia Amisya Binti Luth Zariel
Part 40. Isya Dan Zariel
Part 41. Cuitan
Part 42. Vanilla
Part 43. Kerjaya
Part 44. Come Back
Part 45. Iklan SLR
Part 46. Panas
Part 48. Kisah Luna Dibuka
Part 49. Get Back
Part 50. Get Back Together
Part 51. Home Coming
Part 52. My Flower Boy
Part 53. Sweet Happy Family
Part 54. Sweet 1.0
Part 55. Happy Family 2.0
Part 56. Merajuk
Part 57. New Movie
Part 58. Terlerai
Part 59. Pelik
Part 60. Saya
Part 61. Balasan
Part 62. Dato' Qair
Part 63. Rumah Kayu
Part 64. Pangkin
Part 65. Airis
Part 66. Maaf
Part 67. Surprise!
Part 68. Kelu
Part 69. Drama
Part 70. Cuak
EPILOG
Cicak
Luthfi Zakwan bin Luth Zariel
20 Tahun Kemudian

Part 47. PDA

49.1K 1.8K 126
By raz577_


"Kalau kau rasa kau terperangkap hidup dengan aku dulu, aku...,"

Luna berdebar.

Adakah Zariel akan lepaskan dia??

"Aku... kisah apa?," sambung Zariel lalu tersenyum senget.

Memang niat Zariel nak main-mainkan perasaan Luna. Zariel memang takkan lepaskan Luna. Zariel dapat kesan yang Luna juga tak nak dia buat macam tu. Jadi apa yang Luna nak? Zariel keliru. Bukan ke Luna bencikan dia?

Kenapa perempuan ni rumit?

Luna rasa nak hempuk kepala Zariel pakai kerusi. Buat dia cuak tadi lepas tu buat dia geram pula. Zariel suka buat hati dia hura-hara.

'Cuak? Kau cuak Luna? Maksudnya kau pun tak sanggup bercerai dengan Zariel kan? Hahahaha,' Luna rasa nak menyumpah otak dia yang membidas dia macam tu.

"No. Matter. What," tambah Zariel dengan nekad.

Luna rasa nak nangis sebab meroyan.

Dah sweet dah tu. Tapi tak kena dengan situasi sekarang. Kalau tak cair habis. Luna harap sekarang ni Zariel tengah cakap lembut-lembut dengan dia. Mesti habis dia jatuh... jatuh cinta! Kalau Zariel minta maaf elok-elok, sekarang juga Luna peluk Zariel dan kembali pada Zariel. Dia sanggup lupakan semuanya. Tapi tengoklah!

Ego seorang Luth Zariel.

Mati ke kalau minta maaf elok-elok?

"Just wait and see!," cabar Luna.

Sakit hati buat dia cakap merepek. Luna berdiri dari kerusinya.

"Saya bercinta dengan Que," kata Luna dengan nada serius.

Luna tak tahu motif dia cakap macam tu. Tapi dia rasa kecewa bila Zariel tak tunjuk apa-apa riak cemburu atau marah. Bagi Luna, terbukti yang Zariel tak sayangkan dia.

Mungkin Zariel hanya rasa tercabar sebab tu Zariel nak dapatkan dia kembali. Luna rasa pilu dengan kenyataan tu. Dia rasa macam dilayan bagai boneka tanpa perasaan.

Luna keluar dari studio itu dengan rasa geram.



Wajah Zariel tegang sebaik sahaja Luna melangkah keluar. Urat di pergelangannya timbul. Zariel terpaksa menahan perasaan.

Arghhh!

Zariel cukup terkesan dengan bicara akhir Luna. Tipu kalau dia tak rasa apa-apa.

Marah. Cemburu.

Mukanya diraup kasar cuba bertenang. Zariel tarik nafas dalam. Zariel bangun dari kerusi. Tanpa dapat ditahan, kerusi berdekatan disepak kuat. Melepaskan perasaan. Terbalik kerusi tersebut.

Zariel keluar dari studio bersederhana kecil itu dan menuju ke pantri. Zariel rasa macam dia perlu lakukan sesuatu.

Luna milik dia!

Zariel tak nak kehilangan Luna lagi. Dia tak sanggup nak rasa perasaan yang dia rasa selama tiga tahun lepas.

Rindu. Ya, rindu sangat. Rindu yang mampu buat dia tak fokus pada kerja dia. Kerja antara perkara paling penting dalam hidup dia. Dan Luna mampu mempengaharui perkara itu. Apa yang orang biasa tak mampu.

Luna seorang yang istimewa dalam hidup dia.

Zariel akan dapatkan Luna. Tapi kali ni Zariel sedar.

Dia dah jadi tamak.

Zariel bukan hanya mahukan Luna saja. Dia nak hati Luna sekali.

A whole of Luna.

Zariel rasa benci kalau orang lain memiliki hati Luna. Hanya dia yang layak! Sekarang dia kena lebih agresif dalam plan dia untuk kembalikan Luna dalam hidup dia.

Zariel tersenyum senget. 'Rindu pula nak peluk isteri aku tu,'


















Di pantri...

Tercengang.

Tergamam.

Terdiam.

Terkelu.

Terlopong.

Dan tak sangka.

Virus T is attacking SLR studio workers in a pantri.

It is cause by?



...

"Honey tak tunggu I?," bisik Zariel dengan nada romantik di telinga Luna. Di sebalik luar tudung shawl yang dipakai Luna.

Luna terkaku dalam rangkulan Zariel. Zariel memeluknya dari belakang. Ya. Di dalam pantri tersebut.

Di hadapan semua orang.

Tangan Zariel selamba menjalar di pinggang Luna dan bercantum di abdomen Luna. Ya... ianya dipanggil pelukan. Kepala Zariel berlabuh di bahu Luna. Pipi mereka hampir bersentuhan.

Luna juga diserang penyakit T. Terkaku. Namun Zariel hanya tersenyum nipis.

Faozan yang juga salah satu penonton PDA itu turut tercengang. Kalau perempuan lain mungkin reaksi dia tak seteruk ni. Tetapi ni Arluna Aisyah dengan Luth Zariel.

Akhirnya 'penyakit T' Luna sembuh. Rangkulan di pinganggnya dirungkai. Zariel hanya biarkan sambil tersenyum senget.

"Eh? Ingat tak nak I lepaskan tadi,"

Mereka yang lain cuba hadam perilaku Zariel. Masing-masing kaku. Zariel tarik bahu Luna untuk beriringan dengannya di kerusi yang ada dalam pantri tersebut. Luna yang bagai dipukau hanya mengikut. Mereka duduk bersebelahan. Rapat.

"Don't mind us," kata Zariel bersahaja pada semua yang melihatnya.

Yang lain masih sama. Terdiam.

"Enjoy your lunch. We don't need this attention. Takkan nak bermanja pun kau orang nak perhatikan?," soal Zariel selamba.

Terus yang lain akur. Pura-pura sambung makan dan minum walaupun kekok. Dalam diam, kelakuan Zariel diperhatikan mereka semua. Masih terkejut dengan kenyataan bisu Zariel bahawa mereka betul-betul bercinta!

Semua gosip di mall tu adalah benar belaka. Zariel dan Luna memang bercinta tanpa mereka tahu sebelum ni. Sungguh mereka tak sangka dan susah nak hadam perkara itu.

"Apa yang awak cuba buat ni, Zariel?," soal Luna berbisik.

Nada suara nak menjerit cuba ditahan. Mulut terukir senyuman. Senyuman palsu yang pasti. Luna tak nak burukkan keadaan kalau dia marah Zariel. Nanti apa pula semua fikir. Mesti pekerja pelik kalau Luna nafi apa yang bos dia cakap. Mesti dia orang pening kepala kenapa Zariel yang serius tu bagi kenyataan palsu tentang hubungan mereka berdua.

Zariel buat tak dengar soalan Luna. Tangan Luna dicapai.

"Tolong faham situasi kita, Riel. Dia orang tak tahu kita dah kahwin. Jadi jangan sentuh saya. Nanti apa dia orang cakap pasal saya," pinta Luna terdesak. Merayu dalam bisikan halus.

Zariel mengalah. Dia faham. Alah reputasi dia pun boleh tercemar. Sama je cuma Zariel bukan artis walaupun taraf terkenal tu nak dekat sama. Tapi itulah, dia tak kisah apa orang nak fikir pasal dia.

Tangan Luna dilepaskan dengan berat hati. Zariel mengeluh halus.

"Balik pukul berapa?," tanya Zariel dengan nada perlahan.

"Takkan tak ambil tahu?," soal Luna selamba.

Saja nak perli. Mustahil Zariel tak ambil tahu masa kerja dia di SLR ini. Zariel tergelak rendah. Gembira Luna dia dah kembali. Luna yang dia rindukan selama ni.

Terpanar para pekerja yang memang tak pernah nampak CEO mereka tersenyum. Apatah lagi ketawa. Memang kacak tak boleh nafi. Dah
serius pun handsome. Kalau ketawa lagi lah.

"Tunggu aku nanti pukul tiga. Aku hantar balik," pesan Zariel. Nada dia lembut, tak mengarah dan tegas seperti biasa.

"Semestinya... tak perlu. Saya datang dengan Faozan," tolak Luna.

Panas. Panas. Zariel panas lah pula dengar nama Faozan yang tak bersalah tu.

"Faozan, pengurus kau?," soal Zariel dengan riak tenang. Sehabis baik dia pura-pura tak cemburu.

Luna mengangguk.

"Naik kereta siapa?,"

"Faozan," jawab Luna jujur.

Zariel tersenyum dalam hati.

"Bagus. Jadi tunggu aku. Aku hantar kau," kata Zariel tanpa kompromi.

Baru Luna tersedar daripada kepolosan. 'Patut tipu je kata naik kereta aku. Sekarang aku yakin kalau aku berkeras juga nak balik dengan Faozan, Faozan mesti tak bagi sebab ada orang tu suruh,' fikir Luna menyesal. Kalau Luna tipu pun Zariel suruh je Luna bagi Faozan bawa kereta Luna. Kesimpulannya, Zariel terpaksa dituruti.

"Please, honey," pujuk Zariel.

Luna kalah. Sebutan 'honey' tu jadi kemain romantik bila Zariel yang sebut. Lagipun Luna rindu dengan panggilan itu.

Senang kata lah Luna memang nak balik dengan Zariel.



Di dalam kereta...

"Memang pengurus tak boleh cari yang perempuan?," soal Zariel dengan nada cemburu.

Mengaku je lah yang dia cemburu. Kalau dah sayang, sayang juga kan? Kalau dah suka, jangan pening-pening; buat lah cara dah suka. Kalau mengaku lagi bagus kan?

'Aik kenapa pula?,' fikir Luna. Tak dapat tangkap perasaan Zariel. Zariel kan susah nak zahirkan perasaan dia bagi orang faham. Sebab tu ramai yang kata Zariel susah diramal.

"Kenapa?," soal Luna hairan.

"Perlu ke manager honey tu Faozan? Perempuan tak ada ke?," soal Zariel lagi.

"Kenapa pula?," soal Luna. Sungguh datang mana perangai blur tak faham dia ni?

"Tak suka," jawab Zariel jujur dan ringkas.

Luna tergelak lucu. Terpujuk hati bila tangkap cemburu Zariel. Auch. Gedik.

"Dia manager saya bukan awak," balas Luna saja.

Zariel tayang wajah tak puas hati. Luna rasa suka pula.

"Sebab dia manager kau, aku tak suka. Kalau dia manager aku atau orang lain, kisah apa aku?," balas Zariel.

Luna tersengih lucu. Wajah acah selamba Zariel yang dipandang sekilas dari tepi buat dia berbunga-bunga tanpa sebab. Luna tengah meroyan. Rindunya dia pada Zariel. Kalau ikutkan hati, dah lama dia peluk Zariel erat-erat.

"Luna,"

"Mmm?," gumam Luna. Lembut.

"I am... so... so-rry," ujar Zariel perlahan.

Hampir tak terluah tapi Luna rasa terharu sebab kali ni keikhlasan Zariel jelas terasa. Jadi Luna hanya mampu tergamam. Terkelu pun ada sebab dia terkejut dengan kata maaf Zariel yang tiba-tiba dan tak disangka ini.

Tangan Luna digenggam dan diletakkan di pehanya. Genggaman Zariel pada tangan halus Luna lembut. Tangan kanan tetap tenang mengawal stereng.

Saja cakap takut orang cuak dia terbabas kereta ke apa.

"Tolong maafkan aku?," pinta Zariel lagi sekali bila Luna tak beriak.

"Awak tahu ke kenapa awak minta maaf?," soal Luna sedikit beremosi.

Alah perempuan biasa lah. Tak puas hati agaknya walaupun orang dah minta maaf. Nak juga ungkit bagi orang tu lagi rasa bersalah.

Silap. Bukan perempuan... manusia maksudku.

Zariel terdiam. Cuba kawal rasa bersalah dia.

"Aku hukum kau tanpa beri kau peluang untuk jelaskan hal sebenar dan buktikan yang kau tak bersalah,"

"Dan... awak hukum saya yang tak bersalah kan?," tambah Luna agak sinis.

Hati Zariel pedih. Pedih kerana Luna terluka. Dan terluka sebabnya!

"Aku tercederakan kau tanpa rasa bersalah dan biarkan je kau sakit tanpa rasa simpati," sambung Zariel. Nada makin perlahan dan makin kesal.

"Sampai saya pendarahan," tambah Luna lagi.

Zariel tersentak. Luna tak tahu yang Zariel dah tahu pasal Isya. Jadi Luna cuba maksudkan pendarahan biasa. Tapi Zariel tahu maksud sebenar ayat Luna.

Hati Zariel bagaikan ditikam. Isya. Anak dia.

Wajah Luna dipandang sekilas. Luna hanya tersenyum pahit. Zariel rasa nak nangis atas kebodohan sendiri.

"Kemudian, awak halau saya. Untuk maklumat awak, saya sempat pengsan kat luar syarikat awak tu. Tepi jalan. Dalam keadaan macam tu," cerita Luna sebak.

Hati Zariel tersiat. Pedih. Sakit. Baru sekarang dia tahu betapa teruk dan berdosa dia pada isteri sendiri. Betapa besar penderitaan Luna yang dia tak tahu. Rasa bersalah dan tertekan makin tebal. Zariel rasa dirinya patut dibelasah berkali-kali. Semua sumpah seranah dia layak terima.

"Zariel, awak nak saya maafkan awak? Kalau saya maafkan awak... saya kena balik pada awak? Macam tu? Awak yakin yang saya takkan terluka lagi?," soal Luna lirih. Mengharapkan jawapan.

Zariel menghembus nafas tenang.

"Aku tak jamin yang kau takkan terluka... tapi aku janji yang aku akan pastikan kau bahagia dengan aku," jawab Zariel tulus. Ikhlas.

Mata Luna sudah berkaca-kaca. Hanya menanti air mata gugur.

"I will give you time, honey. When you're ready... remember this, the person who miss you will make you happy," kata Zariel.

Setitis.

Dua titis.

Air mata Luna gugur. Luna kesat air matanya. Luna tersenyum.

"Zariel, awak sanggup terima saya kalau bersyarat?," tanya Luna.

"Bukan aku yang perlu terima kau tapi kau. Kau sanggup terima aku semula?," balas Zariel.

"Jadi awak terima syarat saya, Riel?," soal Luna.

Zariel hanya diam.

"Tolonglah, Za--,"

"Jadi... apa syarat untuk aku kembalikan semula separuh daripada diri aku?," potong Zariel menyoal.

Luna rasa terharu. Luna gembira dengan jawapan itu walaupun dia tak tahu Zariel maksudkan atau tidak. Walaupun sekadar bicara, tapi Luna tetap terharu. Kalau Zariel maksudkan betul-betul, dia rasa dia adalah manusia paling bahagia di dunia ni pada saat ini.

"Tolong terima orang yang dah ada dalam hidup saya," pinta Luna.

'Tolong terima Isya walaupun saya tahu awak tak nak anak tapi... tolonglah, tolong terima Isya sebagai orang yang berharga dalam hidup saya,' Luna sangat mengharapkan Isya dapat kasih sayang papa dia.

"Jangan risau. Aku akan hormat juga kehidupan kau. Aku kan dah cakap yang aku akan buat kau bahagia," kata Zariel.

Luna tersenyum.

"Jadi bila kau dah sedia, kau tahu yang aku dah menunggu," kata Zariel lagi.

Aduh. Sejak bila Zariel cheesy?

"Terima kasih sebab bagi saya masa," balas Luna.

Zariel membelok kereta ke kawasan perumahan Luna. Dia tahu Luna tinggal di sini cuma dia keliru yang mana satu.

"Yang mana satu rumah kau?," tanya Zariel.

Luna menunjuk arah.
















Continue Reading

You'll Also Like

407K 26.6K 53
(๐š๐™พ๐™ผ๐™ฐ๐™ฝ๐™ฒ๐™ด ๐™ท๐™พ๐š๐š๐™พ๐š) ~๐‘บ๐’†๐’‹๐’‚๐’–๐’‰ ๐’Ž๐’‚๐’๐’‚๐’Œ๐’‚๐’‰ ๐’Œ๐’‚๐’– ๐’”๐’‚๐’๐’ˆ๐’ˆ๐’–๐’‘ ๐’ƒ๐’†๐’“๐’Œ๐’๐’“๐’ƒ๐’‚๐’?~ Dia hanyalah manusia biasa. Dilahirkan dalam ke...
92K 6.7K 59
- REVENGE HAUNTS , LOVE PREYS ON - "Zarith ! Aku dengan kau hanya sekadar kawan , tak lebih daripada tu" "Tapi aku sayang kau Del...lebih daripada...
335K 14.9K 62
Selepas kematian kekasih hatinya, dia sudah tidak seperti dulu lagi. Dia adalah Hafiki Arash. Dulu Hafiki Arash adalah seorang lelaki yang baik dan p...
1.3K 114 4
PILIHAN HATIKU ยฉ๏ธ 2024 Status: On-going Muhammad Hezra | Najiha Asyikin Kerana patah hati, Najiha buat keputusan untuk bernikah dengan lelaki lain. H...