The Unexpected Life

By raz577_

3.6M 140K 5.3K

[COMPLETED] Luth Zariel dan Arluna Aisyah. Permulaan hidup Arluna membawa dia ke sebuah dunia yang penuh... More

Part 1. Perubahan
Part 2. Hipokrit
Part 3. Lelaki Itu...
Part 4. Permulaan
Part 5. Kawan Sebenar
Part 6. Arman dan Dato' Anas
Part 7. Way To Go... Still Far Away
Part 8. Kahwin?
Part 9. Fasa Baru
Part 10. Life Is Getting Better
Part 11. Sara Si Syaitan
Part 12. My Hero... Thanks!
Part 13. My Sweet Hero
Part 14. Fyuhh
Part 15. Rindu ke?
Part 16. Cemburu? Seriously!
Part 17. Slow Settle Down
Part 18. Siapa?
Part 19. Puan Sri Arisah
Part 20. Come Back Malaysia
Part 21. Nayla
Part 22. Sweet
Part 23. Kerja Baru
Part 24. Dugaan 1.0
Part 25. Dugaan 2.0
Part 26. Dugaan 3.0
Part 27. Que
Part 28. Dugaan 4.0
Part 29. Bad Things Happen
Part 30. Dugaan Masih Ada
Part 31. Bye
Part 32. Hi Que, Bye Zariel
Part 33. Move On
Part 34. Savage
Part 35. Cari
Part 36. Kerjaya Baru
Part 37. Segi Tiga Perjumpaan
Part 38. Tak kenal
Part 39. Luthfia Amisya Binti Luth Zariel
Part 40. Isya Dan Zariel
Part 41. Cuitan
Part 42. Vanilla
Part 43. Kerjaya
Part 44. Come Back
Part 45. Iklan SLR
Part 47. PDA
Part 48. Kisah Luna Dibuka
Part 49. Get Back
Part 50. Get Back Together
Part 51. Home Coming
Part 52. My Flower Boy
Part 53. Sweet Happy Family
Part 54. Sweet 1.0
Part 55. Happy Family 2.0
Part 56. Merajuk
Part 57. New Movie
Part 58. Terlerai
Part 59. Pelik
Part 60. Saya
Part 61. Balasan
Part 62. Dato' Qair
Part 63. Rumah Kayu
Part 64. Pangkin
Part 65. Airis
Part 66. Maaf
Part 67. Surprise!
Part 68. Kelu
Part 69. Drama
Part 70. Cuak
EPILOG
Cicak
Luthfi Zakwan bin Luth Zariel
20 Tahun Kemudian

Part 46. Panas

47.7K 1.7K 44
By raz577_

"You guys tengah rehat kan?," tanya Zariel dengan nada yang biasa digunakannya terhadap para pekerja.

Tidak terlalu serius tetapi tegas dalam tenang. Entah nak huraikan macam mana tetapi apabila mendengar, jelas yang Zariel seorang ketua yang profesional dan bagus.

"Er... y-ya, bos," jawab ketua krew dengan sedikit gugup. Kekok.

Zariel mengangguk kecil. Sofa di sebelah Luna diduduki. Semua di dalam studio itu masih setia memandang Zariel umpama nampak gajah terbang. Zariel yang bosan dengan perhatian semua pekerjanya mula bersuara serius.

"Kenapa? Teruskan rehat kau orang semua... Don't mind me," arah Zariel dengan bersahaja.

Walaupun agak kaku, mereka semua mula berlakon biasa. Tetapi suasana masih sunyi.

Krik... krik...

Zariel nampaknya tak terjejas dengan perkara ini. Dah biasa agaknya. Siapa je selesa kalau bos kurang ramah mereka ada dekat dengan mereka?

Perhatian Zariel beralih pada Luna. Luna memang buat tak peduli dengan kehadiran Zariel di sebelahnya.

Luna selamba berbincang tentang hal kerja dengan Faozan. Faozan duduk di sofa tunggal berhampiran mereka. Studio tak besar mana jadi apa-apa bunyi dapat didengari kalau berada dekat.

"Berapa lama projek ni?," tanya Luna.

"Seminggu kalau semuanya lancar," jawab Faozan dalam kekok.

Faozan pun reti rasa kekok kalau dekat dengan Zariel. Hairan juga dia bila Luna nampak habis selamba. Faozan kekok nak bincang kerja sekarang tapi Luna buat tak faham dengan reaksi Faozan.

"Okay," jawab Luna.

Luna lega sebab tak lama sangat nak hadap datang ke syarikat Zariel ni.

"Jumaat ni kontrak habis kalau shooting dah siap. Selepas tu you ada movie plus drama pula," terang Faozan lagi.

"Lepas tu?," soal Luna.

"You kan nak stop jap. Nak rehat seminggu dua. You nak spend time dengan siapa entah. I lupa pula," Faozan mengingatkan.

'Spending time with? Huh!,' Zariel rasa panas dalam bilik berhawa dingin ni.

"Kenapa tanya?," soal Faozan pada Luna.

"Saja je," jawab Luna ringkas.

Jurusolek menghampiri mereka. Luna dipanggil ke meja solek untuk touch up. Sedang ralit jurusolek mengerjakan tugasnya... Zariel yang sepi di sofa mula bersuara semula.

"Attention please... saya ada adakan jamuan makan kecil untuk pekerja studio ni. Saya hanya nak beri penghargaan kecil atas usaha keras kamu semua untuk SLR," maklum Zariel tanpa reaksi berlebihan.

Para pekerja takkan tanya sebab apa tapi Zariel saja maklumkan. Siapa nak tanya motif Zariel? Kalau ada jamuan maksudnya ada jamuanlah. Tak ada means tak ada.

"You all may go to the pantry now," pelawa Zariel lebih berupa kepada arahan ringkas.

Pandangan Zariel beralih tepat pada Faozan. Faozan jadi berdebar.

"Encik Faozan juga dialu-alukan. Saya berbesar hati untuk Encik Faozan turut serta," kata Zariel dengan nada yang pura-pura mesra.

Nak mesra betul? Kirim salam.

Faozan tersenyum sopan. "Terima kasih," balas Faozan.

Masing-masing rasa macam mereka jadi robot bila datang perangai buang tabiat Zariel. Hanya menurut walaupun pelik.

Faozan dan krew-krew mula meninggalkan studio. Luna sedang dimekapkan jadi dia masih di dalam studio. Lagipun Zariel tak suruh dia sekali. Hanya Faozan yang dijemput. Jurusolek itu senasib. Dia perlu fokus dengan tugasnya sebab dia juga dikecualikan.

Sekarang yang tinggal hanyalah Zariel, Luna, dan jurusolek tersebut.

Zariel tersenyum nipis sesaat melihat wajah kurang senang Luna bila Zariel bangkit dari duduk. Kot diperkemaskan dan dengan langkah berkeyakinan yang bersahaja, tempat solekan itu dihampiri. Jurusolek mula berdebar.

Apa yang tak kena dengan hasil kerja dia?

Zariel berdiri di belakang Luna. Luna hanya pandang Zariel sekilas melalui cermin. Jurusolek menyapu eyelashes pada kelopak mata Luna. Luna memejamkan mata.

'Ish...,' hampir terlepas bunyi itu dari mulut Luna bila Luna rasa satu tangan menyentuh lembut bahunya. Luna dapat rasa bahang badan Zariel.

Luna kekal statik.

Terjatuh berus yang dipegang jurusolek apabila menyaksikan perbuatan CEO SLR Holdings itu.

Jurusolek tersebut memang betul-betul tergamam. Terkejut dengan tindakan Luth Zariel. Luna buka mata. Luna mengerling tangan Zariel di bahunya dengan ekor mata.

Luna hampir tergelak bila dengar bunyi halus batang berus itu jatuh ke lantai. Zariel alihkan tangannya. Luna dapat bernafas dengan tenang semula. Sesak nafas dia tadi.

Zariel tarik kerusi berdekatan dan duduk di sebelah Luna. Dia tak hiraukan aksi tergamam pekerjanya.

"Now... look who is here? Arluna Aisyah is in the house," sorak Zariel pura-pura teruja.

Zariel silangkan kaki dan memandang cermin. Mereka hanya bertentangan mata melalui biasan cermin. Wajah Zariel tanpa senyuman. Zariel tak nak bertentangan mata directly dengan Luna. Nanti dia rasa nak peluk Luna sebab rindu. Padahal dalam cermin sama je. Nampak juga mata dan muka Luna.

"Apa yang awak nak, Encik Zariel?," soal Luna dingin.

Luna ingat lagi... Zariel tak suka Luna jadi formal dengan dia.

"Lena, sambung nanti ya touch up ni," kata Luna lembut.

Luna tak nak Lena saksikan dan dengar perbualan mereka dengan lebih lanjut. Zariel memanglah tak kisah, sebab nanti dia suruh je Lena senyap. Semua benda mudah bagi Zariel. Luna geram.

Cepat-cepat Lena mengangguk dan pergi dari situ. Lena kecut perut dengan situasi serius mereka berdua. Walaupun berminat nak tahu tapi dia takut. Jadi dia pilih untuk terus menuju ke pantri bagi bersama dengan rakan sekerja yang lain. Yang Lena tahu, mulutnya perlu ditutup daripada sebut apa-apa pasal tadi.

Luna pusing ke tepi. Menghadap Zariel.

"Kau tak sepatutnya gunakan lelaki lain untuk kesenangan kau. Atau lebih spesifik... kerjaya kau. Kau sendiri tahu yang aku tak suka artis. Apatah lagi kalau kau jadi artis, kan?," ujar Zariel serius.

Rolling eyes. Hanya itu reaksi yang Luna rasa logik dia tunjukkan. Luna rasa nak tergelak. Lepas buang dia dari hidup, Zariel ingat Luna kisah apa yang Zariel suka dia buat atau tak? Luna ukir senyuman sinis.

"Saya dah tak ada dalam 'hidup' awak. Jadi suka hati saya lah nak buat apa!," bentak Luna geram.

Zariel diam. Hati yang panas cuba disejukkan. Zariel tak suka Luna yang dia rindu bersikap macam ni. Badan turut dibawa ke arah Luna.

Pergelangan Luna dicapai. Luna sedikit tergamam sebelum tersedar supaya tidak lalai dengan sentuhan Zariel.

"Let me go!," arah Luna dengan bengang.

Tangannya cuba direntap dari pegangan Zariel namun pegangan itu makin kejap dan erat. Wajah Luna terbias rasa tidak puas hati. Zariel tersenyum kecil.

"Don't you miss me?," soal Zariel.

Luna mengeleng.

Zariel tergelak kecil. Zariel tak berniat nak menyindir dengan ketawanya tapi Luna rasa gelak kacak Zariel tu sinis. Huh. Menyempat lagi terpuji.

'Semua orang tolonglah masuk balik. Aku tak tahan dengan perangai cari pasal Zariel ni,' pinta Luna mengharap. Tapi Luna tak nak juga orang nampak keadaan mereka macam ni. Biar lah orang tahu hanya tinggal mereka berdua dalam bilik ni daripada nampak sendiri Zariel pegang tangan dia. Habislah nanti imej pelakon bertudung.

"Dah kenapa dengan awak ni? Dah lah! Awak yang tak nak tengok muka saya dah kan? Nak saya keluar dari hidup awak? Nak saya berambus. Yang awak kacau saya lagi ni kenapa?!," tanya Luna dengan suara tertahan. Terlalu dipenuhi dengan rasa geram.

Zariel mengeluh. Dia tahu dia salah sebab halau Luna. Dan cara dia sapa Luna pun sinis macam nak cari pasal je. Tapi Zariel tak dapat kawal cara dia sebab reaksi dingin dan keras Luna.

Zariel rasa terluka dan hati dia pedih.

Mungkin sebab dapat layanan dingin daripada orang yang dia... Ergh! Zariel tak tahu kenapa dia rasa terluka.

"Please...nboleh tak kalau kau tak payah sebut dah pasal hal tu? Tak ada benda lain ke yang kau boleh cakap?," cabar Zariel.

'Banyak!,' jawab Luna dalam hati. Pegangan Zariel pada pergelangan tangan Luna makin longgar.

"Boleh tak kau lupakan semuanya?," soal Zariel mengharap.

"Boleh. Memang sekarang saya cuba lupakan awak dan semua hal kita. Tak ada apa saya dapat kalau saya ingat sekali pun," balas Luna.

Zariel rasa hampa tapi tak apa. Dia dah agak itu jawapan Luna.

"Forget everything and forgive me?," pinta Zariel.

Luna rasa terluka. 'Zariel ingat perkara semudah itu? Dia tahu tak betapa lukanya aku dulu? Dan sekarang mudah saja Zariel kata macam tu. Nak aku maafkan dia dengan ucapan tak ikhlas dia yang bersahaja? Nada tanpa rasa bersalah dia buat aku makin benci adalah! Lupakan apa yang Zariel dah buat? Ingat aku mampu?,' fikir Luna sebak.

"Then what? Hidup macam dulu dan balik pada awak?," soal Luna sinis.

Zariel tak tahu macam mana nak tunjukkan yang dia ikhlas. Luna tersenyum senget.

"Saya takkan buat benda bodoh macam tu," ternaik sedikit suara Luna.

Geram sangat mungkin. Mujur tiada sesiapa di situ. Kalau orang di bilik sebelah dengar nasiblah. Pantri di sebelah.

"Kenapa? Sebab kau ada hubungan dengan Que Ameer? Kau bercinta dengan dia? Kau ingat senang aku nak lepaskan kau? Dream high, honey. Susah aku nak lepaskan apa yang dah jadi milik aku. Aku akan pastikan kau akan kembali pada aku. Lagipun kau masih isteri aku. Sedar tak?," soal Zariel.

"Just let m-me...,"

Luna tukar ayat. Perkataan 'go' tersebut Luna tak mampu sebut. Jadi apa yang Luna nak kalau Luna sebenarnya tak sanggup berpisah dengan Zariel?

"Apa? Awak nak perangkap saya dalam hidup awak pula?," soal Luna kecewa.

"Dah lah. Saya dah penat tahu tak... hidup macam ni," luah Luna sedih.

Zariel mengeleng kecil. Wajahnya keruh. 'Jadi selama ni Luna rasa terperangkap hidup dengan aku dulu?,' fikir Zariel agak kecewa tapi perasaannya tak ditunjukkan dalam reaksi.

"Kalau kau rasa kau diperangkap dalam hidup aku, aku...,"

Jeda. Luna jadi berdebar. Hatinya bagai dipalu kuat. Dia rasa takut nak dengar apa yang Zariel akan sambung.








Continue Reading

You'll Also Like

335K 14.9K 62
Selepas kematian kekasih hatinya, dia sudah tidak seperti dulu lagi. Dia adalah Hafiki Arash. Dulu Hafiki Arash adalah seorang lelaki yang baik dan p...
92K 6.7K 59
- REVENGE HAUNTS , LOVE PREYS ON - "Zarith ! Aku dengan kau hanya sekadar kawan , tak lebih daripada tu" "Tapi aku sayang kau Del...lebih daripada...
407K 26.6K 53
(๐š๐™พ๐™ผ๐™ฐ๐™ฝ๐™ฒ๐™ด ๐™ท๐™พ๐š๐š๐™พ๐š) ~๐‘บ๐’†๐’‹๐’‚๐’–๐’‰ ๐’Ž๐’‚๐’๐’‚๐’Œ๐’‚๐’‰ ๐’Œ๐’‚๐’– ๐’”๐’‚๐’๐’ˆ๐’ˆ๐’–๐’‘ ๐’ƒ๐’†๐’“๐’Œ๐’๐’“๐’ƒ๐’‚๐’?~ Dia hanyalah manusia biasa. Dilahirkan dalam ke...
30.4K 2.1K 60
"Aku sayang Eshal sehingga hujung nyawa. Tapi, aku sayang kau buat selamanya" FAREL GIBRAN "The mark of a true crush... is that you fall in love firs...