The Unexpected Life

By raz577_

3.6M 140K 5.3K

[COMPLETED] Luth Zariel dan Arluna Aisyah. Permulaan hidup Arluna membawa dia ke sebuah dunia yang penuh... More

Part 1. Perubahan
Part 2. Hipokrit
Part 3. Lelaki Itu...
Part 4. Permulaan
Part 5. Kawan Sebenar
Part 6. Arman dan Dato' Anas
Part 7. Way To Go... Still Far Away
Part 8. Kahwin?
Part 9. Fasa Baru
Part 10. Life Is Getting Better
Part 11. Sara Si Syaitan
Part 12. My Hero... Thanks!
Part 13. My Sweet Hero
Part 14. Fyuhh
Part 15. Rindu ke?
Part 16. Cemburu? Seriously!
Part 17. Slow Settle Down
Part 18. Siapa?
Part 19. Puan Sri Arisah
Part 20. Come Back Malaysia
Part 21. Nayla
Part 22. Sweet
Part 23. Kerja Baru
Part 24. Dugaan 1.0
Part 25. Dugaan 2.0
Part 26. Dugaan 3.0
Part 27. Que
Part 28. Dugaan 4.0
Part 29. Bad Things Happen
Part 30. Dugaan Masih Ada
Part 31. Bye
Part 32. Hi Que, Bye Zariel
Part 33. Move On
Part 34. Savage
Part 35. Cari
Part 36. Kerjaya Baru
Part 37. Segi Tiga Perjumpaan
Part 38. Tak kenal
Part 39. Luthfia Amisya Binti Luth Zariel
Part 40. Isya Dan Zariel
Part 41. Cuitan
Part 42. Vanilla
Part 43. Kerjaya
Part 45. Iklan SLR
Part 46. Panas
Part 47. PDA
Part 48. Kisah Luna Dibuka
Part 49. Get Back
Part 50. Get Back Together
Part 51. Home Coming
Part 52. My Flower Boy
Part 53. Sweet Happy Family
Part 54. Sweet 1.0
Part 55. Happy Family 2.0
Part 56. Merajuk
Part 57. New Movie
Part 58. Terlerai
Part 59. Pelik
Part 60. Saya
Part 61. Balasan
Part 62. Dato' Qair
Part 63. Rumah Kayu
Part 64. Pangkin
Part 65. Airis
Part 66. Maaf
Part 67. Surprise!
Part 68. Kelu
Part 69. Drama
Part 70. Cuak
EPILOG
Cicak
Luthfi Zakwan bin Luth Zariel
20 Tahun Kemudian

Part 44. Come Back

45.2K 1.8K 41
By raz577_

"Ibu nak minta maaf,"

"Ke-kenapa?," kelu Luna nak membalas.

Dia tak sangka dia akan mendengar pemohonan maaf daripada seorang wanita yang hebat ni.

"Sebab... layanan ibu pada kamu dulu. Luna pun tahu yang dulu ibu... tak suka kamu," jawab Puan Sri Arisah dengan rasa bersalah.

"Kenapa sekarang? Maksud Luna, i-ibu dah terima Luna? Ke-kenapa?," soal Luna.

"Ya, Luna. Ibu dah tahu perangai sebenar Nayla. Luna tak macam yang Nayla ceritakan. Salah ibu sebab mudah percaya semua cerita dia. Dia hanya gunakan ibu untuk dapatkan Zariel walaupun ibu dah lama suka dan sayangkan dia betul-betul. Sebab tu juga, ibu dengan mudah percayakan dia. Ibu dipergunakan. Ibu rasa marah tapi tak sanggup nak buat apa-apa sebab kami dah lama kenal dia," kata Puan Sri Arisah kesal.

Luna tersenyum sayu. Sedih bila Nayla persiakan perasaan sayang Puan Sri Arisah. Bagi Luna, Nayla sangat rugi sebab pergunakan orang yang percayakan dia. Kalau Luna, dia akan bersyukur sangat dapat kasih sayang dari insan yang bergelar ibu.

"Ibu dah salah anggap pada Luna. Ibu benci orang yang salah," ujar Puan Sri Arisah menyesal.

Puan Sri Arisah rasa bersalah sebab percayakan semua kata-kata Nayla yang menyatakan keburukan Luna. Dia tak patut nilai seseorang tanpa bukti yang sahih.

Luna tersenyum lembut. Dia senang kalau Puan Sri Arisah nak bina hubungan baru dengan dia dengan lebih baik kali ni. Lega hati Luna. Sekurang-kurang Isya dapat rapat kenal dengan neneknya. Kalau hubungan dia dengan Zariel tetap macam ni, dia rasa sedikit tenang kerana hubungannya dan Puan Sri Arisah baik.

"Ibu tak perlu minta maaf. Luna tak kisah. Luna tak salahkan ibu. Kalau Luna jadi ibu pun Luna akan rasa perkara sama," balas Luna.

Luna jujur maafkan Puan Sri Arisah. Benda lama tak perlu dikenang. Hidup perlu diteruskan untuk jadi lebih baik.

Ringan sikit hati Puan Sri Arisah dari rasa bersalah. Puan Sri Arisah dah mampu tersenyum lebar dengan hati lapang.

"Ibu harap Luna boleh selesa dan rapat dengan ibu. Lagipun ibu dah lama nak anak perempuan," kata Puan Sri Arisah dengan wajah bersinar.

Luna tergelak kecil. Patut lah ramai orang pernah cakap yang ibu mentua dia ni baik je. Betul apa mereka cakap. Tak pernah dia nampak sisi ceria Puan Sri Arisah selama perkenalan pendek dia dengan wanita anggun itu dulu.

"Luna pun dah lama nak rasa perasaan ada ibu," balas Luna.

Puan Sri Arisah tersenyum. Kedua-dua mereka rasa bahagia sangat ketika ini. Hubungan baru dah dibina. Kasih akan diikat.

Pesanan tiba tepat pada masanya. Luna hidangkan teh yang dipesan kepada Puan Sri Arisah. Strawberry Tea diberikan kepada Isya.

"Siapa nama si comel ni?," tanya Puan Sri Arisah dengan berminat.

"Luthfia Amisya," jawab Isya sendiri.

Puan Sri Arisah tersenyum.

"Comelnya," kata Puan Sri Arisah dengan senyuman lebar. Senang hati melihat si kecil.

Dapat cucu kan? Mestilah teruja. Cucu sulung pula tu. 'Kalau dapat dukung cucu mesti lagi seronok? Anak seorang... haih. Harap dapat cucu lagi lah jawabnya. Harap dia orang berbaik semula,' doa Puan Sri Arisah.

Luna tersenyum dengan pujian itu.

"Boleh ibu tanya? Apa yang jadi? Macam mana kamu dan Luth boleh jadi macam ni?," soal Puan Sri Arisah tertanya-tanya.

Air teh dihirup perlahan. Mata masih memandang Luna memohon jawapan jujur. Luna mengeluh kecil. Jelas dia mata Puan Sri Arisah yang Luna cuba sorokkan kekecewaan dan kesedihan.

"Ceritalah. Biar ibu tahu kebodohan anak lelaki ibu yang ego tu," gurau Puan Sri Arisah.

Luna tersenyum nipis. Tak tahu macam mana nak mulakan dulu.

"Ibu tahu tak projek besar SLR?," tanya Luna.

"Tahu. Projek tu gagal kan? Sebab maklumat bocor pada syarikat lain," jawab Puan Sri Arisah.

Luna mengangguk.

"Seorang lelaki menyamar dan tipu Luna. Waktu tu hanya Luna ada dalam pejabat sebab Luna pening and tak larat. Luna kerja sebagai pembantu makmal waktu tu. Bosan duduk rumah. Lelaki tu minta fail penting projek dan kata yang pihak atasan nak. Luna yang tak tahu apa-apa hanya menurut. Hanya itu kesalahan yang Luna tak patut buat. Zariel mengamuk dan kata yang Luna tak puas hati pada dia sebab kes dia kena tangkap basah dengan Nayla. Ibu tahu tak hal tu?," cerita Luna ringkas.

Kisah dia hampir keguguran sebab Zariel dia tak nak cerita. Kalau boleh tak payah orang tahu pun.

Puan Sri Arisah mengangguk perlahan sebagai jawapan pada soalan Luna.

"Hal ni lah yang buat ibu tahu perangai sebenar Nayla. Nayla mengadu pada ibu pasal kes tangkap basah tu dan dia suruh ibu paksa Luth bertanggungjawab. Ibu mengamuk pada Luth. Luth bukan jenis boleh ditindas. Dia bagi tahu semuanya pada ibu. Dan ibu pun tahu yang dia tak buat apa-apa pun pada Nayla. Sejak dari tu ibu tak ada apa-apa hubungan dengan Nayla lagi. Dia cuba rosakkan reputasi dan nama anak ibu kut," kata Puan Sri Arisah geram.

Luna tersenyum kelat. Jadi rasa hati dia yang Zariel tak bersalah rupanya betul. Luna rasa sedikit bersalah.

"Masa tu juga Zariel pecat Luna dan suruh Luna keluar dari hidup dia," sambung Luna.

Suara dia hampir tak kedengaran untuk ucap ayat tu. Puan Sri Arisah mengeleng perlahan dengan perangai anaknya yang panas baran. Kesal.

"Tapi, ibu kenal anak ibu. Luth tak sebaik tu kalau dia marah teruk. Jujur pada ibu, selain itu apa yang Luth buat?," soal Puan Sri Arisah tegas.

Luna hanya diam sambil menunduk.

"Ibu, lawaklah. Luna mengadu pada ibu pasal anak ibu sendiri," kata Luna. Cuba tukar topik.

"Luna pun anak ibu," balas Puan Sri Arisah laju.

Luna tersenyum bahagia apabila dengar ayat itu. Perasaan memiliki ibu tu dia dapat rasa.

Akhirnya.

Terima kasih, Ya Allah.

"Jadi, Luth tak tahu yang dia ada anak?," soal Puan Sri Arisah.

Luna tersenyap. Puan Sri Arisah tersenyum.

"Ibu tahu Luthfia Amisya ni anak Zariel. Cucu ibu. Jangan tipu ibu. Ibu dah lama hidup dari kamu,"

Luna hilang kata.

"Waktu kecil, Luth comel macam perempuan. Cuma makin besar rupa jambu dia berubah jadi lebih manly. Isya dan dia waktu kecil tak ada beza mana," tambah Puan Sri Arisah sebelum tersenyum lucu.

"Luna pun tahu yang Isya ikut rupa Zariel kan?,"

Luna mengangguk lemah. Tak boleh nafi perkara tu. Salah satu bukti kukuh yang Isya anak Zariel.

"Isya, ni nenek Isya tau," kata Luna lembut pada Isya yang sedang asyik dengan minumannya.

Isya menoleh pada Luna hairan. Muka keliru Isya buat Luna cubit geram pipi tembam Isya. Luna mengangguk. Isya mula mengukir senyuman lebar.

"Ibu mama?," soal Isya pandai.

Luna tersenyum dengan fikiran Isya.

"Ibu papa," jawab Luna.

"Nak umpa papa! Papa ana? Oleh Isya
umpa papa?," soal Isya teruja.
(Nak jumpa papa! Papa mana? Boleh Isya jumpa papa?)

Puan Arisah tersenyum sebak. Dia tahan diri dari menunjukkan riak sayu atau mengalirkan air mata. Luna pula hanya tersenyum hambar.

"Zariel tak tahu pasal Isya. Luna takut dia tak boleh terima Isya," luah Luna jujur. Perlahan nadanya agar Isya tak dengar.

Puan Sri Arisah mengeluh. Dia pun tak mampu komen. Anaknya memang sukar diramal.

"Ibu jangan bagitahu Zariel ya?," pinta Luna mengharap.

Dia tak nak Zariel tahu.

"Ibu faham. Ibu takkan bagitahu Luth tapi Luth perlu tahu perkara ni satu hari nanti," nasihat Puan Sri Arisah memujuk.

"Dia terima atau tak itu kita kira belakang. Isya tanggungjawab Luth juga," tambah Puan Sri Arisah.

Luna teragak-agak nak cakap atau tak perkara ni. Dia dah anggap Puan Sri Arisah macam ibu dia walaupun tak sampai sehari mereka bertemu semula jadi dia rasa tak salah dia ceritakan apa yang orang lain tak tahu. Puan Sri Arisah dapat tangkap apa yang Luna fikir.

"Luahkan je apa yang Luna fikirkan. Jangan pendam. Ibu akan cuba faham Luna sebaik mungkin," pujuk Puan Sri Arisah.

Luna tarik nafas. Kumpul kekuatan untuk luahkan kejadian yang hanya dia tahu keseluruhannya.

"Ha-hari Luna dipecat... Waktu Zariel mengamuk...,"

Luna jeda. Luna tiba-tiba hilang kekuatan untuk luahkan semuanya bila dia ingat semula kejadian tu. Puan Sri Arisah mula rasa tak sedap hati. Dia takut apa yang Zariel buat dia tak mampu terima.

"Za-Zariel tertolak Luna dan Luna alami pendarahan. Luna hampir ke-keguguran waktu I-Isya dalam kandungan," sambung Luna dengan nada getar.

Sebak dan perit di hati cuba disorokkan. Dia kena nampak kuat depan Isya. Getaran kuat pada suara Luna jelaskan yang Luna dah lama pendam rasa kecewa, sedih, dan marah itu. Tergamam Puan Sri Arisah.

Mereka berdua hanya diam.

Luna nak menjerit yang dia benci Zariel.

Benci tapi rindu. Dia sendiri tak faham.

Luna pilih untuk tetap kuat. Luna tak kisah. Dia dah tak tahan. Luna nak lepaskan semuanya hari ni. Tak mampu dia pendam lagi.

"Zariel ignored me and ask me to leave his company. I fainted outside SLR. There's no texi. Thanks god someone help me and send me to hospital immediately. If not... maybe Isya wouldn't be here today. Maybe I won't have this little angel,"

"Mungkin Luna tak dapat permata yang Luna ada sekarang. Kekuatan Luna,"

Hampir sesak nafas Puan Sri Arisah. Dia hanya mampu terkedu. Tergamam. Terkelu. Terkaku.

"Lu-Luna... ibu--,"

Terjeda. Wajah lemah Luna membuatkan dia hilang kata. Luna sendiri tak boleh bayangkan kalau perkara tu berlaku. Bila dia ingat...

Kesakitan itu kembali semula.

Rasa takut kehilangan Isya.

"Ibu tak salah atas apa yang dah berlaku. Ibu tak buat apa-apa," kata Luna perlahan.

Luna cuba nak hilangkan topik ni. Dia beralih pada Isya di sebelah. Isya nampaknya ralit dan berhati-hati menghirup teh agar tak tumpah. Sangat pandai menjaga tingkah.

"Sedap ke teh strawberi ni?," tanya Luna dengan nada penuh kasih sayang.

"Oleh la. Isya uke," jawab Isya.
(Boleh la. Isya suka)

Puan Sri Arisah tersenyum. Dia tak nak bayangkan dia tak boleh lihat situasi ni. Kalau Luna keguguran sebab anak dia sendiri... Dia takkan boleh tayang muka dia depan Luna. Dia tak mampu. Yang penting dia bersyukur sebab semuanya baik-baik sahaja.

"Luna, ibu takkan benarkan sesiapa sakitkan Luna lagi walaupun anak ibu sendiri," kata Puan Sri Arisah serius. Jujur dari hati.

Mata Luna berkaca. Dia tak nak pandang Puan Sri Arisah. Dia takut air mata yang bertakung pecah.

Terharu.

Pembetulan... sangat terharu.

Telefon Luna berbunyi. Keadaan sebak tadi sedikit reda. Luna menarik nafas panjang agar perasaannya reda sebelum menjawab panggilan tersebut.

"Hello? Maaf sebab lupa nak bagitahu awak. Saya dan Isya terserempak dengan kenalan saya. Lama tak jumpa jadi saya pergi minum kejap. Maaf sebab buat awak tunggu lama," kata Luna bersalah.

Que senyap. Luna takut kalau Que marah. Dia rasa bersalah sangat sebab lupa pasal Que.

"I'm glad you're safe," ringkas ucapan Que namun mampu buat Luna kelu seribu bahasa.

Nada Que yang jelas kedengaran lega dan bersyukur itu buat Luna tergamam sebelum pura-pura selamba.

"Maaf tau," kata Luna lagi.

"Tak apa. Janji awak dan Isya okay. Lepas awak dah selesai, tunggu saya di parking lot," pesan Que ringkas.

Talian tertutup. Que mengumam geram. 'Apa tak kena dengan kau, Que?,'

"Luna," panggil Puan Sri Arisah.

Lamunan Luna hilang. Luna pandang Puan Sri Arisah dengan wajah blur.

"Apa?,"

"Boleh ibu tanya Luna sesuatu? Tapi janji jangan ambil hati tau,"

"Tanya je ibu," kata Luna lembut.

Tersenyum. Puan Sri Arisah turut tersenyum.

"Luna dah ada orang lain ke? Maksud ibu... Que Ameer?," tanya Puan Sri Arisah berhati-hati. Tak nak buat Luna rasa tak selesa.

Luna terpinga kecil.

"Macam mana ibu tahu pasal Que Ameer? Gosip hiburan pasal kamu dah heboh walaupun sekarang dah sunyi pasal Que tu. Kamu dan Que dengan kamu dan Luth," kata Puan Sri Arisah sambil tergelak lucu.

Luna tersengih kecil. Segan pula dia rasa.

"Haih. Susah dapat menantu artis ni. Dah lah cantik pula tu," puji Puan Sri Arisah sambil tergelak.

Luna malu dipuji. Merah sedikit pipinya.

"Que yang selamatkan Luna. Dia yang banyak tolong Luna untuk jadi macam sekarang,"

Luna hanya jujur semuanya pada 'ibu dia'.

Puan Sri Arisah hanya mampu tersenyum hambar. Kisah makin sulit. 'Nak ke Luth lepaskan Luna untuk Que? Huh. Macam mustahil je,' fikir Puan Sri Arisah runsing.

"Tapi... kita orang hanya kawan baik. Tak lebih daripada itu," jawab Luna jujur. Luna tak nak Puan Sri Arisah tersilap tafsir.

Puan Sri Arisah mengangguk lega. Lega untuk apa, dia pun tak tahu. Mungkin sebab dia nak Luna tetap jadi menantu dia?

"Tapi Que memang seorang yang baik," puji Puan Sri Arisah.

Luna tersenyum nipis dan mengangguk. Memang betul apa yang Puan Sri Arisah cakap tu.

"Luna tak cintakan Que. Jadi... Luna cintakan Luth?,"

Terdiam.

Luna terdiam.













Continue Reading

You'll Also Like

169K 10.1K 94
HIGHEST RANKING #NO.1 In Action #NO.1 In Malay Our love is a journey.Starting at forever,ending at never🌷 *** Walau apapun yang terjadi, Noah Luke p...
1.3K 114 4
PILIHAN HATIKU ©️ 2024 Status: On-going Muhammad Hezra | Najiha Asyikin Kerana patah hati, Najiha buat keputusan untuk bernikah dengan lelaki lain. H...
57.5K 4.5K 10
Ebook Nerisa Hilman | Umayr Dzariff Apa perlu dilakukan jika kekasih tiba-tiba minta putus dan hantar kad jemputan kahwin? Jangan menangis, janga...
30.4K 2.1K 60
"Aku sayang Eshal sehingga hujung nyawa. Tapi, aku sayang kau buat selamanya" FAREL GIBRAN "The mark of a true crush... is that you fall in love firs...