The Unexpected Life

By raz577_

3.7M 142K 5.3K

[COMPLETED] Luth Zariel dan Arluna Aisyah. Permulaan hidup Arluna membawa dia ke sebuah dunia yang penuh... More

Part 1. Perubahan
Part 2. Hipokrit
Part 3. Lelaki Itu...
Part 4. Permulaan
Part 5. Kawan Sebenar
Part 6. Arman dan Dato' Anas
Part 7. Way To Go... Still Far Away
Part 8. Kahwin?
Part 9. Fasa Baru
Part 10. Life Is Getting Better
Part 11. Sara Si Syaitan
Part 12. My Hero... Thanks!
Part 13. My Sweet Hero
Part 14. Fyuhh
Part 15. Rindu ke?
Part 16. Cemburu? Seriously!
Part 17. Slow Settle Down
Part 18. Siapa?
Part 19. Puan Sri Arisah
Part 20. Come Back Malaysia
Part 21. Nayla
Part 22. Sweet
Part 23. Kerja Baru
Part 24. Dugaan 1.0
Part 25. Dugaan 2.0
Part 26. Dugaan 3.0
Part 27. Que
Part 28. Dugaan 4.0
Part 29. Bad Things Happen
Part 30. Dugaan Masih Ada
Part 31. Bye
Part 32. Hi Que, Bye Zariel
Part 33. Move On
Part 34. Savage
Part 35. Cari
Part 37. Segi Tiga Perjumpaan
Part 38. Tak kenal
Part 39. Luthfia Amisya Binti Luth Zariel
Part 40. Isya Dan Zariel
Part 41. Cuitan
Part 42. Vanilla
Part 43. Kerjaya
Part 44. Come Back
Part 45. Iklan SLR
Part 46. Panas
Part 47. PDA
Part 48. Kisah Luna Dibuka
Part 49. Get Back
Part 50. Get Back Together
Part 51. Home Coming
Part 52. My Flower Boy
Part 53. Sweet Happy Family
Part 54. Sweet 1.0
Part 55. Happy Family 2.0
Part 56. Merajuk
Part 57. New Movie
Part 58. Terlerai
Part 59. Pelik
Part 60. Saya
Part 61. Balasan
Part 62. Dato' Qair
Part 63. Rumah Kayu
Part 64. Pangkin
Part 65. Airis
Part 66. Maaf
Part 67. Surprise!
Part 68. Kelu
Part 69. Drama
Part 70. Cuak
EPILOG
Cicak
Luthfi Zakwan bin Luth Zariel
20 Tahun Kemudian

Part 36. Kerjaya Baru

45.3K 1.7K 135
By raz577_

Sebulan kemudian...

Que tekan loceng rumah. Tersenyum Que melihat Luna dengan perut bulatnya buka pintu untuk dia. Terlalu comel pemandangan ini.

"Riana mana? Kenapa awak yang bukakan pintu? Awak tu dah sarat. Beberapa minggu je lagi nak due," tegur Que risau.

"Tak apa. Saya mana boleh duduk diam je. Kena bergerak juga. Kira exercise lah," balas Luna sambil tersengih.

Que hanya boleh mengalah bila degil Luna datang. Luna mengeleng kepala tengok barang yang dibeli Que. Pakaian Luna dan baby. Keperluan, mainan, dan pelbagai lagi. Susah kalau kaya sangat rupanya. Over betul bab membeli ni.

"Que... hari tu kan awak dah beli? Buat apa banyak-banyak? Awak ingat saya mengandung anak kembar empat ke?," bebel Luna sambil menggeleng perlahan.

Bilik khas untuk bayi dah penuh dengan barang-barang. Setiap kali datang mesti penuh tangan dengan beg shopping mall, macam perempuan. Kuat sangat membeli.

"Hadiah dari uncle Que dia. Biarlah," balas Que selamba. Ayat yang sama setiap kali kena bebel.

"Macamlah awak tahu perempuan ke lelaki baby nanti," kata Luna.

"Don't worry. Beli je dua-dua senang," jawab Que mudah.

Luna hanya diam mengalah. Dia segan sebenarnya tapi Que acah tak faham. Akhirnya Luna redha je. Duit Que, bukan duit dia. Ikut Que lah nak buat apa.

Que angkut semua barang-barang tu masuk. Luna mengikut di belakang. Kemudian Riana muncul di ruang tamu. Tersengih lucu Riana. Gelagat yang sama je Luna dan Que ni tayang setiap hari.

Riana tolong Que bawa barang-barang bayi itu ke bilik bayi. Setelah selesai, mereka bertiga lepak di taman mini di luar. Rian ada di rumah sebelah. Riana baru je datang tadi.

"Luna, saya dah ada job untuk awak. Tarikh sesuai. Lepas awak habis pantang baru mula shooting," maklum Que.

"Cerita apa? Besar ke?," tanya Luna teruja dalam cuak.

"Drama. Slot Akasia. Watak utama," jawab Que tanpa rasa bersalah.

Terlopong Luna. Riana terjerit tak percaya dengan perangai gila Que. Muncul dah perangai gila dia. Ada ke patut pertama kali Luna dia suruh berlakon watak besar macam tu. Kalau tak jadi lakonan Luna malu je. Tapi Que dah fikir panjang. Dia takkan bertindak melulu sebab dia dah fikir habis-habis. Que tahu tahap mana potensi Luna.

"Jangan risaulah. Anggap je batu loncatan untuk awak cepat terkenal. Drama ni memang akan jadi big hit sebab pelakon lelaki utama drama ni terkenal. Ramai akan tonton drama ni. Jadi ramai orang akan terus kenal awak. Luna, you can do it!," pujuk Que.

"Pressure lah," keluh Luna.

"Awak boleh buat, Luna! Saya yakin," sokong Riana.

Luna tersenyum. 'Ya. Dengan sokongan kau orang aku boleh,' Luna cuba yakinkan diri sendiri.

"Kalau cerita ni berjalan lancar. Luna... awak boleh jadi viral dan sebutan ramai dalam sekelip mata. Mesti lepas ni awak akan dapat tawaran berlakon tanpa bantuan saya dah," kata Que lagi.

Luna hanya mengangguk perlahan.







....


































Tiga tahun kemudian...

Suasana petang di taman bunga ini sangat nyaman.

Luna beriringan dengan seorang jejaka kacak yang memakai t-shirt polo berwarna hitam dan seluar jeans biru gelap.

Luna pula memakai shawl berwarna ungu dan baju blous berwarna putih serta kain berwarna hitam. Stunning!

Taman bunga ini sangat cantik. Indah dengan pelbagai bunga yang menarik perhatian. Tulip. Bunga ros. Bunga matahari.

Luna memandang sekeliling dengan senyuman kecil. Dia nampak bahagia beriringan dengan lelaki itu. Meluangkan masa dengan buah hati sendiri... Siapa tak bahagia? Lainlah kalau tengah gaduh.

"Sayang, you nak aiskrim?," tanya sang jejaka.

Pandangan lelaki itu nampak sangat romantik. Lama wajah mempesonakan Luna yang dimekap nipis itu direnung dengan penuh kasih sayang. Luna umpama bidadari di mata dia. Mesti lah dia akan jatuh hati dengan mudah.

Luna mengangguk. "Nak vanilla flavour tau," balas Luna sambil tersenyum kecil.

"Okay. Of course, your favourite. Tunggu jap. I pergi beli kat aiskrim stall tu," pesannya.

"Cepat sikit, sayang," balas Luna.

Nada Luna yang sedikit manja buat jejaka itu tersenyum manis. Angau.

"CUT!," arah pengarah dengan lantang.

"Luna, you're amazing!," puji pengarah itu dengan senyuman puas.

Luna hanya tersenyum nipis. Jejaka di sebelah Luna tadi kembali menghampiri Luna untuk menghulurkan botol air mineral.

"Thank you, Daniel," ucap Luna sopan.

Faozan, pengurus Luna menghampiri mereka.

"Wow! You're stunning! I mean your acting. Very perfect!," puji Faozan ikhlas.

"Terima kasih," balas Luna ringkas.

Dah tiga tahun berlalu tetapi pujian seperti ini masih dilemparkan kepadanya oleh ramai orang. Luna rasa dihargai. Daniel tarik kerusi berdekatan untuk Luna duduk. Luna ucapkan terima kasih.

"Daniel!," panggil pengurus Daniel.

"Got to go," ujar Daniel lalu berlalu dari situ dengan rasa berat hati.

Faozan mengambil kerusi dan duduk di hadapan Luna. Set pengambaran ini tengah berehat seketika.

"Luna, you ni panas sekarang ni! Ramai yang nak you dalam drama mereka. Ni ada tiga lagi tawaran berlakon untuk you. I tak tahu nak cakap apa. You punya jadual dah padat sangat," bebel Faozan.

Faozan senang jadi pengurus Luna berbanding Nayla dulu.

'Luna jenis cool dan relax. Tak over dan gedik macam Nayla. Rendah diri pula tu. Jauh beza seratus peratus daripada Nayla Si Diva Perasan Cantik tu,' komen Faozan dalam hati.

"Apa kata kalau I ambil hari Sabtu dan Ahad you?," soal Faozan teragak-agak.

"No. Jangan ganggu hari pribadi I," balas Luna sedikit tegas. Sabtu dan Ahad dia tak boleh sentuh. Tiada kompromi.

Faozan dah tahu dari dulu lagi. Luna tak nak ada shooting hari Sabtu dan Ahad. Kata Luna itu hari dia untuk hidup personal dia. Faozan pun tak tahu apa yang Luna buat hari tu.

Semua orang dalam dunia hiburan tak tahu kehidupan pribadi Luna. Latar belakang Luna pun mereka tak tahu. Pelik kan? Tak kalau Que yang tolong sekat maklumat Luna dari wartawan. Luna juga tak pernah cerita tentang hidup pribadi dia pada netizen. Yang dia orang tahu... nama dan umur Luna.

Luna terkenal sekarang. Dalam masa tiga tahun je nama dia dah kukuh dalam industri. Kecantikan dan bakat Luna amat menyerlah. Ramai pelakon lelaki yang pernah berlakon dengan Luna semua tertarik dan meminati Luna.

Tapi Luna tak pernah balas perasaan mereka. Banyak kontroversi pasal hubungan dia dengan artis lelaki tetapi Luna buat tak tahu. Tak betul pun jadi Luna malas ambil berat. Last-last mati juga gosip macam tu.

"Okay. Sorry, Luna," kata Faozan dengan rasa bersalah.

"No. It's okay," balas Luna sambil tersenyum.

Faozan turut tersenyum. Telefon Luna berdering membuatkan fokus dia beralih. Panggilan itu dijawab.

"Ya? Okay. Of course saya ingat. Nanti saya beli untuk Isya. Jumpa nanti. Assalamualaikum,"

Kemudian Luna tutup talian dengan senyuman manis. Faozan hanya mendengar dengan rasa hairan. Luna sentiasa dapat panggilan daripada seseorang yang identitinya tidak diketahui Faozan. Faozan tahu ianya orang sama.

'Mungkin kekasih Luna?,' teka Faozan. Hanya itu yang dia boleh fikirkan daripada cara percakapan dan topik perbualan mereka.

"Siapa?," tanya Faozan, sebagai seorang pengurus tak salah dia tanya. Padahal saja alasan nak korek maklumat.

Luna tersenyum tanpa menjawab. Faozan faham. Luna memang seorang artis yang sangat menjaga privasi.  Faozan cuba hormat pendirian Luna.

"Part two!," laung pengarah dengan lantang.

Faozan baru teringat sesuatu. Nasib baik dia ingat!

"Luna, ada satu tawaran dari sebuah syarikat yang nak you jadi model untuk produk dia orang," kata Faozan laju.

Nak kejar masa. Pelakon lain dah mula ke tempat masing-masing yang sepatutnya. Luna juga dah berdiri. Dia hanya berhenti untuk Faozan habiskan ayat.

"Syarikat besar tau. Jarang dapat tawaran macam ni. Harga lumayan. Iklan barang perhiasan dan barang kemas. You hanya perlu pakai produk dia. Produk dia orang banyak daripada emas putih dan sangat cantik. You okay?," tanya Faozan untuk meminta pendapat Luna.

Dia tahu Luna akan setuju dan tak membantah. Luna tak banyak songeh. Tapi dia rasa dia perlu dapatkan pendapat Luna. Itu tanda dia hormat Luna sebagai artis di bawah jagaan dia.

"I ikut je. Kalau you rasa okay, you terima jelah. I percayakan you," balas Luna acuh tak acuh kerana nak segera ke tempat lakonan.

Faozan tersenyum lebar dan mengangguk. Dia bangga bila Luna kata Luna percayakan dia. Itu tanda dia seorang pengurus yang bagus dan profesional.

Selepas habis slot lakonan untuk hari ni, semua krew dan para-para pelakon mula berkemas untuk pulang. Suasana agak terburu-buru. Siapa je tak nak balik awal kan? Peralatan pengambaran seperti spotlight semua disimpan.

Lokasi lakonan hari ni di taman bunga. Tiba-tiba sebuah kereta berhenti berdekatan dengan lokasi pengambaran itu. Perhatian semua mula tertumpu pada kereta Ducatti Vegron berwarna gold itu. Siapa tak pandang kalau ada kereta mahal melampau depan mata. Semua nak tahu siapa gerangan pemilik kereta itu dan apa tujuan dia ke sini.

Luna mengeluh perlahan. Beg tangan digalas dan dia terus berjalan menuju kereta itu. Apa lagi... Semua mula lah membuat kesimpulan masing-masing. Sifat Luna yang misteri buat orang lebih tertanya-tanya. Mereka berminat nak tahu kaitan pemilik kereta ini dengan Luna.

'Entah-entah kekasih Luna?,'

'Abang dia ke?,'

'Ayah dia ke?,'

Semua lebih tertumpu pada lelaki. Pemilik kereta macam tu jelas yang dia lelaki. Man's style! Semua mula takjub. Betapa kayanya orang yang ada hubungan dengan Luna ni.

Luna segera masuk ke dalam kereta. Dalam hati dah penuh bebelan untuk Que. Luna tahu Que saja cari pasal. Luna dah mula takut ada kontronversi pasal dia dengan Que. Que saja main-main! Suka agaknya dengar Luna membebel? Sebaik sahaja Luna tutup pintu, kereta itu meluncur laju dari pandangan. Luna menjeling Que tajam. Que tetap dengan muka tenang dia.

"Kenapa datang ambil depan set? Ambillah jauh sikit macam biasa," soal Luna tak puas hati.

Que hanya tenang.

"Isya nak awak balik cepat untuk hari jadi dia. Lama dah saya tunggu. Kadang-kadang ada gosip tak apa," balas Que beri alasan terbaik.

Luna hanya mengeluh kecil. Kalau Isya disebut dia terus tidak dapat menjawab. Bab Isya... Luna memang kalah. Haih... Que suka guna kelemahan Luna.
















Continue Reading

You'll Also Like

406K 14.3K 80
1๐“ผ๐“ฝ ๐“ผ๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ๐“ซ๐”‚ ๐“ฏ๐“ต๐“ธ๐“ต๐“ฎ๐“ผ๐”‚๐“ช ๐€๐‹๐„๐„๐’๐€ ๐™๐”๐‹๐€๐ˆ๐Š๐‡๐€ Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
615K 21.8K 72
MEGAT HARITH ร— AULIA HUMAIRA Megat Harith dan Aulia Humaira disatukan tanpa dirancang semuanya bermula apabila kedua dua insan ini ditinggalkan oleh...
515K 22.3K 45
Muhammad Qalish Arshad and Elmira Sofea Spin off Aku Suami Kau Isteri Cliche! Lots of grammatical error! Not for those who hate typos