The Unexpected Life

By raz577_

3.7M 140K 5.3K

[COMPLETED] Luth Zariel dan Arluna Aisyah. Permulaan hidup Arluna membawa dia ke sebuah dunia yang penuh... More

Part 1. Perubahan
Part 2. Hipokrit
Part 3. Lelaki Itu...
Part 4. Permulaan
Part 5. Kawan Sebenar
Part 6. Arman dan Dato' Anas
Part 7. Way To Go... Still Far Away
Part 8. Kahwin?
Part 9. Fasa Baru
Part 10. Life Is Getting Better
Part 11. Sara Si Syaitan
Part 12. My Hero... Thanks!
Part 13. My Sweet Hero
Part 14. Fyuhh
Part 15. Rindu ke?
Part 16. Cemburu? Seriously!
Part 17. Slow Settle Down
Part 18. Siapa?
Part 19. Puan Sri Arisah
Part 20. Come Back Malaysia
Part 21. Nayla
Part 22. Sweet
Part 23. Kerja Baru
Part 24. Dugaan 1.0
Part 25. Dugaan 2.0
Part 26. Dugaan 3.0
Part 27. Que
Part 28. Dugaan 4.0
Part 30. Dugaan Masih Ada
Part 31. Bye
Part 32. Hi Que, Bye Zariel
Part 33. Move On
Part 34. Savage
Part 35. Cari
Part 36. Kerjaya Baru
Part 37. Segi Tiga Perjumpaan
Part 38. Tak kenal
Part 39. Luthfia Amisya Binti Luth Zariel
Part 40. Isya Dan Zariel
Part 41. Cuitan
Part 42. Vanilla
Part 43. Kerjaya
Part 44. Come Back
Part 45. Iklan SLR
Part 46. Panas
Part 47. PDA
Part 48. Kisah Luna Dibuka
Part 49. Get Back
Part 50. Get Back Together
Part 51. Home Coming
Part 52. My Flower Boy
Part 53. Sweet Happy Family
Part 54. Sweet 1.0
Part 55. Happy Family 2.0
Part 56. Merajuk
Part 57. New Movie
Part 58. Terlerai
Part 59. Pelik
Part 60. Saya
Part 61. Balasan
Part 62. Dato' Qair
Part 63. Rumah Kayu
Part 64. Pangkin
Part 65. Airis
Part 66. Maaf
Part 67. Surprise!
Part 68. Kelu
Part 69. Drama
Part 70. Cuak
EPILOG
Cicak
Luthfi Zakwan bin Luth Zariel
20 Tahun Kemudian

Part 29. Bad Things Happen

42.8K 1.7K 42
By raz577_

Nayla yang tadi menolak Luna sekuat hati terus melulu ke arah bangkai Fluffy. Nayla kelihatan terkelu. Tak lama kemudian, Nayla mula menangis teresak-esak.

Segala kesalahan dia letakkan pada Luna.

Luna yang ditolak tadi tergamam seketika sebelum dia mula tersedar yang... Dia tak reti berenang! Kolam ini pula dalam!

Luna tergapai-gapai apabila dia semakin tenggelam. Luna mula sesak nafas apabila air memasuki rongga hidung dan mulutnya.

Kedua-dua pembantu rumah yang menyaksikan itu panik apabila tahu yang puan mereka tidak tahu berenang. Habislah mereka kalau apa-apa jadi pada Luna. Pembantu lelaki yang masih basah itu terus terjun semula ke dalam kolam. Luna ditarik naik ke permukaan dan diheret ke tepi kolam. Luna terduduk lemah sebaik sahaja dia naik ke atas darat.

Nafasnya turun naik dengan deras. Panik dia belum reda. Rasa terkejut masih bersisa. Luna tersedak apabila air yang memasuki tekaknya terkeluar. Terbatuk-batuk Luna. Perit tekak. Pedih hidung. Mata berpinar-pinar kabur. Ah! Luna tak suka rasa ini.

"Puan okay?," tanya pembantu perempuan pula dengan bimbang.

Luna hanya mampu mengangguk dalam keadaan dirinya yang masih belum pulih dari kejadian tadi. Dalam kekecohan tadi, seorang pembantu rumah yang lain datang ke luar rumah membawa tuala kering untuk Luna. Luna menerimanya dan membalut tubuhnya yang kesejuikan. Dah lah cuaca memang nyaman jadi air sejuk. Ramai pembantu rumah keluar kerana risaukan keadaan Luna.

Terus kekecohan kecil itu terhenti apabila satu sapaan serius kedengaran.

"What happened?," tanya seseorang dengan suara yang serius separuh marah.

Masing-masing mula menunduk cuak. Kecut perut bila kekecohan ini dilihat Zariel. Semua menunduk takut bila wajah Zariel tegang. Mereka berpusing menghadap Zariel yang muncul dari pintu belakang. Zariel menghampiri mereka semua. Tangisan Nayla semakin menjadi-jadi sewaktu melihat Zariel. Nayla bangun daripada melutut dan terus menerpa ke arah Zariel.

"Zariel! Fluf-fy... Fluffy dah tak-tak ada!," adu Nayla teresak-esak.

Zariel memandang bangkai kucing di atas lantai dengan rasa kasihan. Nayla menangis semula apabila melihat pandangan Zariel.

"Fluffy lemas dalam air. Ni semua salah perempuan tak guna ni! Dia tak suka I. Dia benci I. Jadi dia bunuh Fluffy sebab tak puas hati. Dia bunuh Fluffy! Pembunuh! Sampai hati you! Tak ada hati perut!," adu Nayla penuh benci dan marah.

Luna terkedu. Nayla yang menunding jari padanya dipandang dengan dahi berkerut. Genggaman Luna pada tuala yang membaluti badan terketarnya semakin erat. Luna menggeleng kepala.

"Saya tak buat apa-apa!," Luna cuba membela diri sendiri.

Nayla tak nak dengar apa yang Luna cakap. Dia terus menerus menuduh Luna. Luna mengalah untuk menjelaskan diri sendiri. Akhirnya dia memandang Zariel dengan pandangan sayu. Luna pandang Zariel penuh mengharap. Zariel kena percayakan dia. Mata Luna merayu untuk tidak dikecewakan.

"Riel..,"

Zariel mengangguk lemah.

Luna tersentak. Bahu dia jatuh. Luna rasa terluka. Luna tahu yang Zariel tak percayakan dia! Zariel lebih percayakan Nayla daripada dia? Luna terus jadi emotional.

"Suka hati awak nak percaya ke tak. Tapi kalau tak percaya, cakap je lah jujur," kata Luna dengan marah sebelum pergi dari situ dalam keadaan mengigil kesejukkan.

Zariel pandang langkah Luna yang menghilang masuk ke dalam. Dia agak terkesan dengan kematian Fluffy. Bukannya tanda dia cintakan Nayla ke apa cuma dia sayangkan Fluffy. Fluffy itu hanya seekor kucing. Makhluk yang bernyawa. Tak membawa maksud apa-apa.

Zariel tahu bukan Luna yang buat Fluffy jadi macam ni. Dia cuma tak ada tenaga untuk melawan tuduhan Luna. Luna cakap dia tak percaya... Dia boleh kata apa lagi?

Jujur hati Luna terguris. Dia semakin berjauh hati. Baginya Zariel lebih sayangkan dan percayakan Nayla.

Kalau Zariel tak cintakan dia...

Dia juga takkan berikan cinta dia pada Zariel.











Sebulan kemudian...

Sekarang dah hampir dua bulan hubungan Luna dan Zariel renggang teruk. Luna tak kisah. Zariel pun dah tak peduli.

Padahal dua-dua ego.

Rindu tapi tak mengaku.

Sayang tapi tak ungkap.

Sunyi betul hidup mereka bila jadi macam ni. Hari Zariel kembali macam dulu. Kosong dan sepi.

Di pejabat..

Hari Luna seperti biasa. Pergi kerja, duduk rumah, keluar kadang-kadang, dan tidur bila penat sangat.

Luna tengah berbual-bual dengan Siti kerana ada waktu terluang.

Kumpulan Mei Lin melalui kawasan rehat makmal itu. Luna dapat dengar perbualan mereka tentang projek besar itu. Nampak yang mereka gembira kerana projek itu berjalan lancar dan hampir siap.

'Projek yang Zariel harapkan sangat tu dah hampir siap. Mesti dia tengah gembira sekarang ni,' fikir Luna.

Sikit-sikit teringat ke Zariel. Luna cuba buang Zariel daripada fikiran.

Luna duduk di ruang rehat makmal.

Hari ni banyak sangat kerja. Pening Luna. Bila kerja hampir siap, makin banyak yang dia kena tolong dalam perkara-perkara kecil. Fotostat itu ini. Dengan print kertas bagai.

Semua orang sibuk ke hulur hilir berkejar masa jadi dia punya tugasan ialah tolong meringankan kerja mereka. Masing-masing tak menang tangan. Baru sekarang Luna dapat rehat. Yang lain pula keluar lunch.

Luna rehatkan minda dan fizikal yang lemah. Sambil-sambil tu Luna layan perasaan.

Memori sebulan yang lepas kembali...

Luna menggenggam erat tuala yang membaluti tubuhnya yang basah. Dia naik ke tingkat dengan rasa kecewa. Zariel terlalu mengecewakan dia hari ini. Luna menahan sebak.

Di tingkat atas...

Luna cuba memulas tombol pintu bilik. Tapi dia tak larat. Tenaga dia macam hilang. Kosong. Dia jadi tersangat lemah. Sampaikan Luna jatuh terduduk di depan pintu

Luna rasa...

Pening sangat.

Sakit perut.

Lembik.

Tangan Luna yang memegang tombol pintu terjatuh dan terkulai lemah di sisinya yang terduduk. Luna menggigil sejuk.

Nasib baik ada Mak Nab yang bergegas naik. Mak Nab menjerit memanggil nama Luna apabila melihat keadaan Luna. Mak Nab pimpin Luna dengan upaya tuanya bawa Luna ke dalam bilik. Luna dibaringkan di atas katil.

Bibir Luna kelihatan sangat pucat. Badannya pula jadi tersangat lemah.

"Mak Nab panggil Tuan Zariel ya?," Pujuk Mak Nab dengan nada sayu.

Luna mengeleng sambil tersenyum hambar. Mak Nab mengeluh kesal. Simpati. Dia tahu apa yang terjadi jadi. Dari awal Nayla pindah sini, Mak Nab dah jangka perkara macam ni akan berlaku.

"Sabar ya, Luna," pujuk Mak Nab.

Luna pegang tangan Mak Nab yang duduk di samping katil.

"Te-terima kasih, Mak Nab," luah Luna perlahan.

Luna tak larat nak cakap lebih-lebih. Dia rasa nak tidur. Tidur dan rehatkan minda dari realiti yang menyakitkan.

Luna rasa macam nak pengsan.

Mungkin... Ini semua sebab dia jatuh kolam dan hampir lemas?

Bahaya betul situasi tadi.

"Mak Nab telefon doktor peribadi tuan ya?,"

"Tak apalah," jawab Luna hampir tak kedengaran.

Tenaga untuk dia bersuara pun tak ada. Mak Nab nak membantah tapi pandangan merayu Luna buat dia mengalah. Akhirnya Mak Nab bangun.

"Mak Nab nak buat susu coklat panas untuk Luna sementara tu Luna rehat dulu. Nanti Mak Nab naik semula," kata Mak Nab dengan lembut.

Luna mengangguk lemah.

"Luna tak nak doktor," sempat lagi Luna pesan walaupun tak larat ketika Mak Nab buka pintu untuk keluar.

Mak Nab mengeluh kecil. Dia terpaksa mengangguk faham. Pintu ditutup semula. Sebaik sahaja itu... Pandangan Luna kabur.

Akhirnya dia tidak sedarkan diri.





"Eh?," Luna baru perasan yang Siti pandang dia dah lama.

Siti tergelak mengusik. Saja dia nak tengok Luna yang tengelam dalam dunia lamunan.

"Aku malas nak tegur kau. Nak tengok lama mana kau termenung. Kau tak perasan aku dah lama duduk sebelah kau ni," Siti mula nak membahan.

Luna buat tak tahu. Malas nak layan. Biarlah Siti nak usik dia ke.

"Termenung apa?," soal Siti.

Lamunan Luna jatuh pula pada dua minggu lepas.

Babak pergaduhan dia dengan CEO SLR Holdings yang dingin dan serius itu.

"Apa semua ni?," soal Luna mendatar. Luna mengharap getaran suara dia tidak dapat ditangkap Zariel.

Zariel pandang Luna dengan pandangan lembut.

"Tak ada apa-apa pun yang jadi," jawab Zariel.

Luna tetap tayang wajah tadi. Wajah kosong dan tak berperasaan. Dia tak percaya apa yang Zariel cakap. Sama seperti Zariel tak percayakan dia.

"Aku tak buat perkara macam tu," tegas Zariel.

Hati Luna meraung. Jiwa dia merintih. Air mata mula mengalir tanpa dia pinta. Ego jatuh pun jatuh lah. Ego perempuan susah nak tandingi ego lelaki. Jadi tak salah kan kalau dia nak menangis bila dia dah tak tahan sangat?

Zariel hampiri Luna yang duduk di birai katil.

"Don't come closer," larang Luna dengan pandangan merayu. Dia betul-betul tak boleh dekat dengan Zariel sekarang ni.

"Baik kau dengar apa yang aku nak cakap," ujar Zariel tegas. Zariel nampak marah.

Arahan Luna tak beri kesan langsung. Zariel mengesot menghampiri Luna di birai katil. Luna memejamkan mata. Mengharapkan semua ini berakhir.

"Aku takkan buat perkara berdosa macam. Perkara terkutuk macam tu! Aku tak buat!," kata Zariel dengan nada dan wajah tegang.

Zariel kelihatan marah dengan tuduhan itu.

Tapi Luna masih beriak beku. Tak terkesan dengan kata-kata penafian Zariel.

"Aku tak 'sentuh' pun Nayla. Faham tak?!," bentak Zariel kasar.

Luna bukan tak percayakan Zariel tapi dia sakit. Sakit hati dengan berita panas tu!

Pagi tadi... tengah syok Luna layan Facebook dan Instagram. Tiba-tiba ada orang pos artikel pasal artis si Nayla tu. Luna pun bacalah.

'Pihak wartawan telah menangkap Nayla Heyna dengan seorang jejaka iaitu CEO SLR Holdings di sebuah hotel pada waktu malam. Pihak wartawan mengatakan ada laporan bahawa mereka berdua memasuki hotel mewah berdua-duaan pada waktu malam.

Gambar mereka berpelukan di lobi juga dapat ditangkap oleh pihak media dan wartawan,'

Luna buka gambar itu.

Hati Luna kecewa. Jelas menunjukkan yang mereka berdua berpelukan. Luna sambung baca kenyataan itu.

'Wartawan tidak tahu siapa yang buat laporan pada pencegah maksiat. Tapi malam itu, ahli pencegah maksiat juga ada. Bilik hotel mereka diterjah dan mereka ditahan kerana berdua-duaan di dalam bilik. Denda tiga ribu dikenakan dan denda itu dibayar. Tak ada apa-apa yang terjadi pada hubungan CEO SLR Holdings dengan artis Nayla. Selepas kejadian itu, berpusu-pusu wartawan yang sejak tadi turut ada terus menemu bual pasangan tersebut,'

Video pendek di tempat kejadian di mana sesi temu bual itu diadakan dibuka. Terpapar wajah Nayla. Muka Zariel hanya nampak sedikit. Tapi memang itu Zariel. Luna terlalu kenal. Walaupun hanya sisi tapi cukup untuk buat Luna rasa hati dia berkecai.

Wartawan cuba menemubual Nayla dan Zariel.

"Apa hubungan kamu berdua?,"

"No komen," balas Nayla.

"Apa yang kau orang buat kat sini sampai kena tangkap basah? Boleh jelaskan tak?," tanya para wartawan.

Nayla kelihatan rimas. Soalan tersebut tidak dijawab.

"Tak kisah ke kalau peminat you tahu hal ni? Dah la bayar denda je. Kenapa tak kahwin je terus?," komen wartawan lain pula sinis.

Nayla diam tak komen. Zariel sudah tiada di situ. Mereka tidak pula menyoal Zariel itu ini.

Video ringkas itu tamat. Luna menangis.

Tangisan Luna lebat sendiri dalam biliknya.

Malam itu...

Luna hanya duduk berkurung dalam bilik. Zariel membuka pintu bilik itu dengan kunci pendua. Wajah Luna merah padam melihat Zariel dan perbuatan Zariel yang masuk ke dalam biliknya. Luna pandang Zariel dengan riak marah.

"Nak apa?," soal Luna dengan nada kasar.

"Aku nak cakap dengan kau," balas Zariel.

'Dia nak cakap pasal berita tu ke? Dia nak cakap yang dia betul-betul cintakan Nayla? Dia nak sebut pasal hal dia kena tangkap basah kan? Dia dah mula aku teruskan je lah,' fikir Luna.

"Apa semua ni?," soal Luna mendatar.

...

"Aku tak sentuh pun dia. Faham tak!?," bentak Zariel kasar.

"Apa yang awak nak sampaikan sebenarnya? Saya tak kisah pun! Kan kau orang bercinta jadi perkara macam tu tak mustahil, bukan?," balas Luna geram.

Jujur Luna menipu kalau dia kata yang dia tak kisah. Dia sangat terkesan. Zariel tak tahu nak bagi reaksi apa. Akhirnya Zariel tergelak sinis.

"Kau ingat aku bodoh dan jahil macam tu?," tanya Zariel tak sangka.

Luna malas nak beri respon.

"Lagipun... aku tak cintakan Nayla," luah Zariel dengan nada penat. Berapa kali dia kena ulang benda yang sama baru Luna nak percaya?

Luna tersenyum sinis. Luna tak tahu dia patut percaya atau tak. Hati dia nak terima tapi otak dia menidakkan.

"Lelaki tak semestinya perlukan cinta untuk 'bersama' dengan perempuan kan?!," bentak Luna.

Zariel tersentak. Dia terkelu seketika.

"Sekarang ni apa yang kau nak sampaikan? Kau nak cakap yang aku ni bertuhankan nafsu ke apa? Do you mean that I touch you just because of lust all this time? You are too much, Arluna Aisyah!," tengking Zariel.

"Kalau bukan sebab tu, sebab apa?!," balas Luna geram.

Zariel tidak membalas. Dia tak boleh terus berhadapan dengan Luna. Amarah dia dah macam gunung berapi yang hampir meletus. Kesabaran dia terlalu nipis sekarang ni. Zariel terus keluar dari bilik ini.

Bam!!

Mujur pintu mahal kalau tak mungkin dah tercabut agaknya. Kuat gila Zariel hempas pintu tu tadi.

Zariel keluar sebab dia tak nak dia mengamuk. Dia tak nak hilang kawalan. Zariel tahu bila dia marah dia susah nak kawal diri. Zariel tak nak dia buat benda bodoh kalau berlama di situ.

Zariel tak sangka Luna anggap dia macam tu. Tipu lah kalau dia tak terluka. Rupanya teruk betul pandangan dan anggapan Luna pada dia. Baru Zariel tahu. Jadi sehina ini hubungan mereka pada Luna?

Luna menangis sebaik sahaja Zariel keluar. Bukan niat Luna nak cakap macam tu. Cuma Luna tak dapat tahan diri bila dia rasa kecewa... Marah sangat-sangat. Itu sebab Luna merepek macam-macam.

Apa yang Luna tahu... dia nak Zariel rasa sakit macam apa yang dia rasa.

Emosi Luna memang sangat tak stabil
sekarang ni.



"Hey! Kuat betul kau termenung," tegur Siti.

Luna tersengih kosong. Air mata yang nak mengalir keluar untuk entah kali ke berapa diseka kasar.

'Cengeng betul kau ni, Luna!,' kutuknya pada diri sendiri.

"Eh. Eh. Kau nangis ke apa? Maaflah aku tak marah kau pun!," pujuk Siti dengan panik.

Luna tergelak dalam tangis bila Siti pujuk dia macam budak kecil. Wajah cuak Siti melucukan. Siti seorang kawan yang baik. Air mata Luna makin lebat. Luna mengeleng sebak bila Siti beria pujuk dia.

"Luna... sorry!," kalut Siti jadinya.

Luna teresak-esak kecil. Siti jadi semakin tak senang duduk.

"Aku okay. Tak ada apa-apalah. Bukan kau buat aku nangis pun. Aku cuma teringat keluarga aku. Rindu pula tiba-tiba," bohong Luna.

Bila cakap macam tu dia dah tak menipu sebab dia jadi rindu sangat-sangat pada papa dan nenda dia.

"Dah. Sabar-sabar. Jangan nangis," pujuk Siti lembut.

Belakang badan Luna diusap-usap untuk menenangkan. Mengharap rasa keseorangan dan sunyi Luna semakin berkurang.











Continue Reading

You'll Also Like

2.8M 105K 64
@Choco_Lyn @Random @Romantic @2018 @Terkahwin dengan Sir! @Wattpads 'Hello, my name is Nurul Zafira Warda and you can call me, Warda! My erm.. 'somet...
64.1K 5.3K 68
IRFAN DANIAL, jejaka tampan yang mempunyai rupa paras yang kacak dan tampan, Irfan sentiasa menjadi perhatian para gadis. Seorang juruterbang yang be...
1.3K 114 4
PILIHAN HATIKU ©️ 2024 Status: On-going Muhammad Hezra | Najiha Asyikin Kerana patah hati, Najiha buat keputusan untuk bernikah dengan lelaki lain. H...
3.9M 158K 67
[Completed] Highest rank #1 in teen fiction (25 june 2018) Start~16 january 2018 , end~12 march 2018. TIARA DANEESYA seorang gadis cantik yang diperl...