The Unexpected Life

由 raz577_

3.7M 141K 5.3K

[COMPLETED] Luth Zariel dan Arluna Aisyah. Permulaan hidup Arluna membawa dia ke sebuah dunia yang penuh... 更多

Part 1. Perubahan
Part 2. Hipokrit
Part 3. Lelaki Itu...
Part 4. Permulaan
Part 5. Kawan Sebenar
Part 6. Arman dan Dato' Anas
Part 7. Way To Go... Still Far Away
Part 8. Kahwin?
Part 9. Fasa Baru
Part 10. Life Is Getting Better
Part 11. Sara Si Syaitan
Part 13. My Sweet Hero
Part 14. Fyuhh
Part 15. Rindu ke?
Part 16. Cemburu? Seriously!
Part 17. Slow Settle Down
Part 18. Siapa?
Part 19. Puan Sri Arisah
Part 20. Come Back Malaysia
Part 21. Nayla
Part 22. Sweet
Part 23. Kerja Baru
Part 24. Dugaan 1.0
Part 25. Dugaan 2.0
Part 26. Dugaan 3.0
Part 27. Que
Part 28. Dugaan 4.0
Part 29. Bad Things Happen
Part 30. Dugaan Masih Ada
Part 31. Bye
Part 32. Hi Que, Bye Zariel
Part 33. Move On
Part 34. Savage
Part 35. Cari
Part 36. Kerjaya Baru
Part 37. Segi Tiga Perjumpaan
Part 38. Tak kenal
Part 39. Luthfia Amisya Binti Luth Zariel
Part 40. Isya Dan Zariel
Part 41. Cuitan
Part 42. Vanilla
Part 43. Kerjaya
Part 44. Come Back
Part 45. Iklan SLR
Part 46. Panas
Part 47. PDA
Part 48. Kisah Luna Dibuka
Part 49. Get Back
Part 50. Get Back Together
Part 51. Home Coming
Part 52. My Flower Boy
Part 53. Sweet Happy Family
Part 54. Sweet 1.0
Part 55. Happy Family 2.0
Part 56. Merajuk
Part 57. New Movie
Part 58. Terlerai
Part 59. Pelik
Part 60. Saya
Part 61. Balasan
Part 62. Dato' Qair
Part 63. Rumah Kayu
Part 64. Pangkin
Part 65. Airis
Part 66. Maaf
Part 67. Surprise!
Part 68. Kelu
Part 69. Drama
Part 70. Cuak
EPILOG
Cicak
Luthfi Zakwan bin Luth Zariel
20 Tahun Kemudian

Part 12. My Hero... Thanks!

55.5K 2.5K 141
由 raz577_

'Erk? Bukan ke hal perkahwinan tu Zariel tak bagi orang lain tahu ke? Ah. Lantak lah,' fikir Luna.

"Kau dah kahwin, Luna?," tanya Sara dan Julia serentak.

Tak sangka. Takut salah dengar jadi mereka ingin meminta kepastian.

'Luna dah kahwin? Bila? Dengan siapa? Kenapa tak ada berita pasal ni?,' fikir Sara hairan.

"Hahaha! Tak dapat Arman, orang lain pun jadi. Kes pakai rembat lah ni? Terdesak sangat dah kau ni ya. Kau kahwin dengan orang tua kerepot eh? Yang botak, perut buncit, dan gigi rongak?," ejek Julia.

"Dia kahwin dengan lelaki yang entah apa-apa lah ni. Loser!," sokong Sara pula.

Macam budak-budak cara gaduh dia orang ni.

'Oh my god! Dia orang kutuk Zariel? Ni dah melampau,' komen Luna dalam hati.

Ada ke patut ciptaan tuhan yang cantik dan indah itu diperlekehkan macam ni oleh dua ekor mahkluk tak betul?

Luna memang mudah naik angin. Apa lagi? Mengamuklah dia. Tanpa fikir panjang, Luna hampiri Sara yang sedang duduk di sofa empuk itu dan dengan hati yang penuh rasa geram penamparnya melayang.

Pang!

Luna menampar Sara! Bila dia hilang sabar, apa-apa pun dia boleh buat. Jelas wajah tergamam Sara. Julia juga begitu. Bila otak Sara memberi bertindak balas tentang apa yang berlaku, Sara jadi berang.

"How dare you? Berani kau tampar aku!," tengking Sara kuat lalu membalas tamparan Luna.

Kisah apa dia orang dengan orang lain. Lagipun masa itu butik tengah lengang. Nasib baik kalau tak boleh jadi viral diorang gaduh.

Luna memegang pipinya yang terasa pijar akibat tamparan kuat Sara. Pipinya yang putih pasti berkesan dan bertukar merah.

'Dah tamat time buli kau. Sekarang ni masa untuk seksa kau secukupnya!,' fikir Sara geram.

"Julia, call main manager you! I nak saman perempuan ni. Ni ke cara layan pelanggan? Biar dia kena denda, buang kerja, dan dikenakan tindakan undang-undang," kata Sara penuh dengan kebencian.

Sebaik sahaja Julia mahu mengeluarkan telefon, perbalahan mereka terganggu. Kelibat pengurus besar Permata Blue Mall memasuki butik ini lalu menghampiri mereka.

Terus Sara tergelak.

'Ni ke orang yang Luna call tadi? 'In the name of' her husband? Tapi ya ke? Luna pun nampak terkejut. Takkan terlupa muka suami sendiri? Atau pun bukan suami dia? Tapi kalau bukan kenapa dia datang? Julia belum sempat nak call main manager. So... ni mesti suami Luna,' rumus Sara.

"Aik? MM? Tuan Sham?," tegur Julia.

'Oh god! Suami Luna ni ke MM Permata Blue Mall? Wow! Not bad lah walaupun dah berusia. Confirm Luna gunakan body dia. Hahaha. Aku jauh lagi hebat dari dia. Arman tu kaya, handsome, dan ternama. Okay lah juga tahap kewangan suami Luna ni. Tapi still loser dan tak guna!,' kutuk Sara.

Sara selalu bandingkan dirinya dengan Luna kerana ingin rasa lebih hebat. Selama ni kan dia ni hanya dikenali sebagai 'kawan baik Arluna Aisyah'. Jadi perasaan benci itu semakin lama semakin bertambah secara perlahan-lahan. Ya, dia cemburu dengan Luna selama ini.

"Apa hal ni?," tanya Encik Sham dengan garang. Serius.

Mana taknya? Bos besar call hanya untuk suruh dia settlekan hal ni. Mungkin orang rasa ni hal kecil, tapi kalau big boss dah bunyi... bagi orang macam dia, ini isu besar. Cuak juga first time dapat call dari bos. Khabar angin, bos serius dan dingin.

Scary!

"Hah. Ni ada pekerja butik yang tampar pelanggan," adu Julia.

"Siapa?," tanya Encik Sham serius.

Julia jeling Luna benci. Encik Sham pandang Luna.

"Kamu ya?," tanya Encik Sham dengan nada tegas.

Luna hanya diam tidak memberi jawapan. Sara dah mula gelak dalam hati.

'Hahaha. Suami sendiri pun tak nak mengaku Luna ni isteri dia. Apatah lagi bela Luna. Sedih! Hahaha,' komen Sara.

Tanpa dijangka... Satu suara menegur mereka. Satu figura yang tinggi dan tegap memasuki butik ini dengan langkah kemas.

"Apa hal ni?," tegur satu suara dengan dingin.

Encik Sham terkejut. Terpaku sekejap bila melihat Zariel di depan mata.

Buntang mata. Pucat muka. Ketar lutut.

'Big boss?,'

Encik Sham terus tertunduk sedikit sebagai tanda hormat.

Julia dan Sara mula musykil dengan kehadiran seorang jejaka kacak yang segak bersuit hitam dan diiringi oleh seorang lelaki yang berwajah tanpa perasaan.

'Bodyguard mungkin,' itu yang mereka teka.

Kalau orang kaya selalu diiring dengan bodyguard, bukan? Lelaki kacak dan berkarisma itu pastinya ahli korporat kalau dilihat daripada gayanya.

Lelaki itu membawa bersama aura kegagahan dan kemewahan di sekelilingnya.

'Wow! Drop-dead-gorgeous-guy! Boleh try ni nanti. Siapa dia ni? Aura mengancam betul!,' fikir Sara nakal.

Ada hati nak mengurat lelaki dingin yang kacak nak mampos tu. Manakala Encik Sham pula sudah berpeluh-peluh keresahan.

'Kenapa big boss ada kat sini? Aduh... masalah besar ni,' fikir Encik Sham takut.

Luna pula sudah berbunga-bunga hati melihat suaminya itu.

'Yeayy! Dia datang juga!,' Luna rasa senang hati dan terharu. Tapi Luna tayang muka selamba habis. Nampak cool itu wajib kalau depan Sara.

"Sorry, tuan! Maaf! Biar saya uruskan hal ni," kata Encik Sham teragak-agak.

Zariel hanya diam. Wajahnya masih serius. Perhatian Encik Sham beralih kepada Luna.

"Kamu di sana! Kamu punya kesalahan adalah berkasar dengan pelanggan. Itu salah besar! Kamu perlu meminta maaf kepada pelanggan ini. Dan kamu juga dipecat! Sekarang minta maaf!," kata Encik Sham tanpa kompromi. Tegas.

Joey sudah tepuk dahi. Joey di belakang Zariel memberi isyarat kepada Encik Sham supaya tutup mulut. Encik Sham pandang Joey hairan.

'Kenapa? Aku ada buat salah ke?,' fikirnya.

'Aduh. Masak! Aku yang lantik lelaki tak guna ni jadi MM. Mesti kena marah dengan bos nanti. Dah lah Encik Sham tak faham bahasa isyarat aku!,' fikir Joey risau. Joey menggeleng kesal.

"Siapa yang lantik dia jadi MM?," soal Zariel kepada Joey tanpa memandang Joey dibelakang.

"Sa... Saya, bos. Saya minta maaf," kata Joey. Kecut perut dia!

Zariel pandang Luna sekilas sebagai isyarat untuk menghampirinya. Dengan gembira Luna akur. Lengan Zariel dipeluk manja. Wajah Zariel dipandang dengan penuh kasih. Acting kena mantap.

'Thanks, Riel,' Itu yang Luna cuba sampaikan melalui pandangan.

"Pecat manager butik ni," arahan tanpa kompromi dikeluarkan.

Tercengang Julia.

Pecat?

Zariel pandang Joey. Joey faham isyarat itu. Maksudnya... 'uruskan segera'. Joey mengangguk kepala.

"Siapa dia ni?," bisik Julia kepada Encik Sham perlahan. Encik Sham dan Julia berdiri bersebelahan.

"Big boss Permata Blue Mall. Pemilik sepenuhnya," jawab Encik Sham tergagap.

Julia terus melopong. Sara yang mendengar juga turut terkejut.

'Bala kaya lelaki ni!,' fikir Julia dengan takjub.

Patutlah cara dia macam dia ialah raja di sini. Penuh keyakinan dan penuh kuasa.

'Then what in hell why Luna peluk lengan lelaki sehebat tu?,' fikir Sara tak puas hati. Bengang.

"And... for this main manager..,"

Jeda.

Terketar lutut Encik Sham untuk menerima apa yang bakal Zariel keluarkan.

"How dare you spoke like that to her?," soal Zariel perlahan namun serius.

Hampir tercabut skru di lutut Encik Sham. Takut! Dia tak nak dibuang kerja. Aduh... Big boss bukan jenis boleh dibuat main betul.

"Sepatutnya as a MM... First, you should ask about what the hell is going on. The customer is not always right. Mana etika you? Pekerja boleh adu hal ni pada pihak atasan kalau nak besarkan kes. Okay... let me ask you one thing, who is the first provoker? Apa salah pekerja? Pelanggan yang cari pasal jadi kenapa pekerja yang salah?," soal Zariel.

Bagi Zariel, Encik Sham tak sepatutnya bertindak melulu hanya sebab takut dengan orang besar macam dia. Julia dan Sara yang mendengar pun dah rasa kecut pankreas.

Apasal aura lelaki ni lain macam sangat? Buat orang yang tak kenal pun tunduk gentar.

"And the only thing that you can choose is to quit. If not...," ayat Zariel terhenti.

"Terima kasih, tuan. Terima kasih," jawab Encik Sham laju.

Hanya mampu bersyukur.

Rasanya bagi dia ni hukuman yang ringan atas kesalahan buat big boss tak puas hati.

Yalah... Lelaki berkuasa dan kaya macam ni mampu buat apa sahaja yang dia nak. Nak musnahkan hidup orang yang dia tak suka? Sekelip mata sahaja selesai hanya dengan beberapa arahan mudah.

Encik Sham hanya mampu redha. Lagipun memang dia mengaku dia salah. Apa yang Zariel cakap memang betul dan tak mampu dibidas.

'Kalau Encik Sham pun takut dengan lelaki ni maksudnya satu je... aku tak boleh cari pasal. Arghh! Rugi lima ribu duit aku yang aku guna sebagai rasuah untuk dapatkan kerja ni. Baru kerja je dah kena pecat. Nasib malang betul!,' rungut Julia dalam hati.

Menyesal betul Julia. Manakala Sara panas hati melihat Luna yang sedang tersenyum menyindir.

"Hubby, dia orang panggil hubby orang tua tadi. Lawak, kan?," Luna bersuara. Saja. Nada cuba diceriakan seperti menyatakan sesuatu yang lucu.

Pucat muka Julia dan Sara.


繼續閱讀

You'll Also Like

2M 96.9K 59
(cover by @shrlnadrn) [Cinta pertama yang paling bermakna] Tengku Adam hilang penglihatan selepas kemalangan semasa berumur 18 tahun. Dari seorang ya...
158K 21.7K 82
Semuanya bermula daripada DIA YANG TAK DIKETAHUI ASAL USULNYA. Wujudnya cerita pertama disebabkan makhluk ini. Apakah cara untuk kalahkan DIA? Siapak...
138K 8.1K 68
IRFAN DANIAL, jejaka tampan yang mempunyai rupa paras yang kacak dan tampan, Irfan sentiasa menjadi perhatian para gadis. Seorang juruterbang yang be...
580K 23.9K 78
[my first mafia malay story, hehe] Jasmine Nazia Caden Gilbert One of the purest love story I've ever written. Siapa sangka kan, yang seorang dokt...