The Unexpected Life

By raz577_

3.7M 140K 5.3K

[COMPLETED] Luth Zariel dan Arluna Aisyah. Permulaan hidup Arluna membawa dia ke sebuah dunia yang penuh... More

Part 1. Perubahan
Part 2. Hipokrit
Part 3. Lelaki Itu...
Part 4. Permulaan
Part 5. Kawan Sebenar
Part 6. Arman dan Dato' Anas
Part 7. Way To Go... Still Far Away
Part 8. Kahwin?
Part 9. Fasa Baru
Part 11. Sara Si Syaitan
Part 12. My Hero... Thanks!
Part 13. My Sweet Hero
Part 14. Fyuhh
Part 15. Rindu ke?
Part 16. Cemburu? Seriously!
Part 17. Slow Settle Down
Part 18. Siapa?
Part 19. Puan Sri Arisah
Part 20. Come Back Malaysia
Part 21. Nayla
Part 22. Sweet
Part 23. Kerja Baru
Part 24. Dugaan 1.0
Part 25. Dugaan 2.0
Part 26. Dugaan 3.0
Part 27. Que
Part 28. Dugaan 4.0
Part 29. Bad Things Happen
Part 30. Dugaan Masih Ada
Part 31. Bye
Part 32. Hi Que, Bye Zariel
Part 33. Move On
Part 34. Savage
Part 35. Cari
Part 36. Kerjaya Baru
Part 37. Segi Tiga Perjumpaan
Part 38. Tak kenal
Part 39. Luthfia Amisya Binti Luth Zariel
Part 40. Isya Dan Zariel
Part 41. Cuitan
Part 42. Vanilla
Part 43. Kerjaya
Part 44. Come Back
Part 45. Iklan SLR
Part 46. Panas
Part 47. PDA
Part 48. Kisah Luna Dibuka
Part 49. Get Back
Part 50. Get Back Together
Part 51. Home Coming
Part 52. My Flower Boy
Part 53. Sweet Happy Family
Part 54. Sweet 1.0
Part 55. Happy Family 2.0
Part 56. Merajuk
Part 57. New Movie
Part 58. Terlerai
Part 59. Pelik
Part 60. Saya
Part 61. Balasan
Part 62. Dato' Qair
Part 63. Rumah Kayu
Part 64. Pangkin
Part 65. Airis
Part 66. Maaf
Part 67. Surprise!
Part 68. Kelu
Part 69. Drama
Part 70. Cuak
EPILOG
Cicak
Luthfi Zakwan bin Luth Zariel
20 Tahun Kemudian

Part 10. Life Is Getting Better

58.4K 2.3K 15
By raz577_

Airis menghubungi Luna. Nasib baik Arif ada bagi nombor baru Luna kepada Airis.

"Luna! Dah lama kau tak contact aku kan?," soal Airis dengan tak berpuas hati.

Luna tergelak kecil dengan terjahan 'garang' Airis.

"Sorry," ucap Luna serba salah.

Memang salah dia sebab lupa nak telefon Airis dalam semua keributan yang terjadi.

"Kau kat mana tu?," tanya Luna dengan nada ceria.

"Tempat kerja," jawab Airis.

"Kau kerja di mana sekarang?," soal Luna tertanya-tanya.

"Alah... Di Permata Blue Mall. Ada satu butik pakaian dalam mall tu, aku kerja jadi pelayan pelanggan pilih baju," jawab Airis.

"Oo... best tak?," tanya Luna. Berminat.

"Best lah juga. Kenapa?," tanya Airis hairan.

Luna rasa dia kena buat sesuatu. Dia tak boleh duduk diam sekarang ni bila dia tengah jobless. "Aku nak kerja," kata Luna nekad.

Airis sedikit tercengang. Luna nak kerja kat tempat dia?

"Kau tahu kan family aku dah bankrup? So... sekarang ni aku dah tak ada apa-apa. Kalau nak survive kena lah kerja," terang Luna dengan sebak.

'Aku tak nak harapkan Zariel sepenuhnya. Nanti kalau kita orang berpisah macam mana aku nak hidup kan? So... baik aku buat persediaan awal. Lagipun kita orang kahwin bukan atas dasar cinta. Hubungan macam ni bukan tahan lama. Aku kena ada back up plan,' fikir Luna.

"Jangan risau. Nanti aku tanya manager aku ada tak kerja kosong. Rasanya ada. Nanti aku dah sure aku inform kau. Tapi bukan apa, kau okay tak? Kerja macam ni tak sesuai dengan kau, Luna," tanya Airis risau.

Luna faham akan kerisauan Airis. Luna tak biasa kerja diarah. Luna hanya biasa mengarah. Dah lah Luna ni boleh kira baran juga. Kerja pula macam ni. Gaji tak banyak. Airis dah biasa tapi tidak bagi Luna. Dia tahu bukan senang Luna nak survive dengan perangai macam ni kalau kerja dengan dia sekali.

"Terpaksalah. Nak hidup," balas Luna mudah.

Kalau apa-apa jadi... nasib dia lah.











Petang...

Zariel pulang ke villa. Tak sempat nak buka pintu pakai fingerprint... pintu dah terbuka sendiri dari dalam.

Wajah Luna muncul. Beg kerja Zariel diambil. Mereka berdua masuk ke dalam.

Zariel terus duduk bersandar di sofa untuk melepaskan lelah. Tali lehernya dilonggarkan. Luna masih berdiri di sebelah sofa.

"Kau nak cakap apa?," tanya Zariel. Tahu yang Luna ada sesuatu nak cakap.

"Zariel, boleh tak kalau saya nak kerja?," tanya Luna.

"Kenapa?," ringkas soalan Zariel.

Takkan nak jawab persediaan awal sebelum berpisah, kan?

"Boring duduk rumah sepanjang hari," jawab Luna. Separuh menipu.

"Nak kerja di mana?," tanya Zariel.

Luna tersenyum lebar. 'Yes!,'

"Di Permata Blue Mall. Dengan kawan baik saya, Airis. Boleh tak? Boleh laa," rengek Luna manja. Memujuk.

Dengan Zariel yang beku, ni satu-satunya cara yang Luna boleh fikirkan. Bagi Luna, kadang-kadang Zariel ni baik je walaupun serius memanjang.

"Okay," balas Zariel ringkas.

Zariel ada sebab kenapa dia beri kebenaran. Dia takkan mudah-mudah bagi Luna kerja kalau dia tak yakin dengan keselamatan Luna.

Bila dah dapat izin, Luna happy tak terkata. Luna terus duduk di sofa dan peluk Zariel dari tepi dengan erat. Tanda seronok sangat dan terima kasih.

"Thanks. Thanks so much!," luah Luna ceria. Fikiran dia rasa lega sedikit bila dapat kerja.

Pipi Zariel dikucup pantas. Zariel sedikit tergamam. Dia berdehem perlahan.

"Just ingat. Jangan buat apa-apa masalah. Kalau tak... siap kau. Anything urgent call Joey," pesan Zariel serius.

Telefon baharu Luna hanya ada lima kenalan. Zariel, Joey, Arif, Airis, dan nombor pejabat Zariel.

"Okay," balas Luna senang.








Hari pertama Luna kerja...

Luna dan Airis memakai uniform seragam butik. Pagi ini, bermacam gelagat pelanggan yang perlu mereka hadap. Yang banyak kerenah memang memenatkan untuk dilayan tetapi kalau yang okay tu, okay lah.

Tapi... Alhamdulillah... Semuanya berjalan lancar buat Luna.

Sampailah manager butik ini muncul untuk pantau keadaan butik.

Ini betul-betul masalah. Ada syaitan menggangu.

Mata Luna membulat. Bau-bau masalah dah boleh dihidu dengan jelas oleh Luna.

'Julia? Sepupu Sara? Aduh... bala!,' rungut Luna cuak.

Apabila Julia melihat Luna... Julia tersenyum sinis. Apa lagi... terus lah Julia menghampiri Luna dengan lagak bongkak.

"Look who is here? Luna! The gorgeous Arluna Aisyah. Wow! Jadi pekerja butik ni? OMG... so unbelievable. Boleh ke you kerja kat sini? Princess boleh ke kerja di tempat macam ni? Tak ada pejabat mewah?," sapa Julia.

Luna tahan marah. Luna cuba sabar demi kerja ni. Lagipun Luna tak nak kerja Airis terjejas. Macam tak tahu style Julia, semua orang nak dilibatkan.

"Haih. Kesiannya. Itulah. Dulu dia fikir hidup dia ni ada semuanya. Haha... padan muka. Dah lah bankrup. Papa kau pula dah cabut lari sebab malas nak jaga kau. Semua orang tak nak kat kau. Macam Arman juga lah kan?," sambung Julia lagi.

Peluang untuk sakitkan Luna tidak akan disia-siakan. Julia antara manusia yang sangat cemburu dengan hidup sempurna Luna. Apatah lagi dengan kecantikkan Luna.

Sekarang ni dia seronok tengok Luna macam ni. Luna dalam keadaan macam ni buat dia senang hati walaupun dia tetap geram.

Luna dalam pakaian seragam butik pun mampu menarik perhatian lelaki-lelaki lain sebab Luna tetap cantik walaupun pakai apa sekali pun.

Luna terbakar dengan bicara Julia. Hal papanya pantang diungkit!

"Jangan cari pasal boleh? Please be profesional," tegur Luna dengan nada keras.

Julia puas hati Luna membalas. Namun dia jadi geram kerana bicara Luna masih dengan nada yang dia tak suka. Nada berkeyakinan. Nada tak takut.

'Aku perlu buat sesuatu untuk ajar Luna ni,' fikir Julia dalam hati.

"Profesional ye? Okay. Let's be professional!," balas Julia sinis.

Julia hanya tinggalkan Luna begitu saja. Luna dan Airis menarik nafas lega. Tetapi dalam hati; Luna tahu semuanya belum tamat.

Agak jauh dari situ, Julia menghubungi sepupu kesayangan dia, Sara. Baru puas hati Julia untuk kenakan Luna kalau ada Sara.

Lagipun dia tak cukup keberanian kalau nak berdepan dengan Luna seorang diri walaupun status dia sekarang lebih tinggi daripada Luna.

Sara menjerit suka di talian apabila mengetahui Luna bekerja di butik itu. Terus dia bersiap untuk keluar ke Permata Blue Mall.

Niat untuk mendera perasaan Luna berkobar.

Takkan nak sia-siakan peluang macam ni?











Pelanggan butik itu senang menerima cadangan Luna.

Cita rasa Luna memudahkan dia memberikan cadangan kepada para pelanggan VIP. Luna pernah hidup macam tu. Hidup gah dan kaya raya. Jadi dia faham fesyan apa yang mereka mahukan.

Ramai yang memuji dan berpuas hati dengan layanan Luna. Luna bersyukur urusan dia dipermudahkan.

"Baguslah you ni. Kalau macam ni, setiap kali I nak shopping I akan datang sini," puji seorang datin yang merupakan pelanggan terhormat.

Luna tersenyum sopan. Julia yang memerhati dari jauh mula bengang.

'Kenapa eh semua yang dia buat mesti jadi mudah?,' soal Julia.

Sebaik sahaja datin itu beransur pergi... Julia menghampiri Luna.

"Arluna! Sini jap!," panggil Julia kasar.

Luna sedikit tersentak. Luna hanya mendengar dengan tekun.

"Kau pergi kat luar mall. Ambil kertas ni untuk perkenalkan butik dan edarkan kat luar. Pastikan 500 keping ni habis hari ni!," arah Julia tegas.

Luna menelan air liur. Di luar mall ni panas. Matahari pula terik. Tengah hari buta kan? Dengan baju uniform ni... Haih... memang dua kali ganda panas. Dalam mall tak apa lah sebab ada air condition. Kalau di luar tu... Boleh pengsan!

Namun Luna terpaksa akur. Kertas yang Julia hulurkan diambil tanpa rela. Julia sudah mula tersenyum puas.

"Hah! Cepatlah. Tu pergi dengan kawan kau, Airis," kata Julia lagi.

Luna mengeluh. Kesian Airis terlibat. Kerana dia, Airis juga mendapat susah.

Ni yang Luna benci dan cuba elakkan!








Luna bengang.

Manusia sekarang ni makin tak berperikemanusiaan! Tak ada kesedaran sivik ke?

Tak kesian ke pada mereka berdua yang berpanas macam ni? Ramai yang tidak menghiraukan mereka. Ada juga yang hanya membuang kertas yang diberikan merata-rata. Di hadapan mereka pulak tu!

Berterabur kertas di situ. Mesti nanti mereka atau makcik sapu sampah yang kena bersihkan.

"Encik, ini butik kami. Datanglah," sapa Airis pada orang yang lalu di hadapan mereka.

Namun menonong lelaki berkot itu beredar dari situ tanpa menghiraukan Airis.

Kertas yang dihulurkan juga ditepis selamba.

Luna makin hilang sabar.

Panas matahari kian terik.

Wajah Luna sudah mula kemerah-merahan.

Berpeluh sudah dua orang sahabat itu di tepi jalan besar.













Seorang jejaka memerhatikan dua gadis beruniform comel yang berada di tepi jalan.

Tersenyum sopan sambil menghulurkan kertas kepada orang lalu lalang walaupun ada yang tidak menghiraukan mereka.

"Tuan?," tegur pemandu kereta mewah itu teragak-agak.

Jejaka itu tersenyum nipis lalu menghadap ke arah pemandunya.

Dia hanya tenang di kerusi penumpang di belakang.

"Apa?," soal jejaka itu lembut.

"Tuan okay tak? Err... tak ada apalah," balas pemandunya dengan nada hormat.

Traffic light bertukar hijau dan kereta mewah itu meneruskan perjalanan.

Pemandu kereta itu hairan apa yang bosnya tenung di tepi jalan tadi.

"Cantik. Semoga kita akan berjumpa," gumam Que perlahan.






















Continue Reading

You'll Also Like

158K 21.7K 82
Semuanya bermula daripada DIA YANG TAK DIKETAHUI ASAL USULNYA. Wujudnya cerita pertama disebabkan makhluk ini. Apakah cara untuk kalahkan DIA? Siapak...
407K 26.6K 53
(๐š๐™พ๐™ผ๐™ฐ๐™ฝ๐™ฒ๐™ด ๐™ท๐™พ๐š๐š๐™พ๐š) ~๐‘บ๐’†๐’‹๐’‚๐’–๐’‰ ๐’Ž๐’‚๐’๐’‚๐’Œ๐’‚๐’‰ ๐’Œ๐’‚๐’– ๐’”๐’‚๐’๐’ˆ๐’ˆ๐’–๐’‘ ๐’ƒ๐’†๐’“๐’Œ๐’๐’“๐’ƒ๐’‚๐’?~ Dia hanyalah manusia biasa. Dilahirkan dalam ke...
63.8K 5.3K 68
IRFAN DANIAL, jejaka tampan yang mempunyai rupa paras yang kacak dan tampan, Irfan sentiasa menjadi perhatian para gadis. Seorang juruterbang yang be...
57.5K 4.5K 10
Ebook Nerisa Hilman | Umayr Dzariff Apa perlu dilakukan jika kekasih tiba-tiba minta putus dan hantar kad jemputan kahwin? Jangan menangis, janga...