She's mine (C)

By aynarose-

750K 40.1K 5.4K

TENGKU AREENA ARISYA seorang gadis yang mempunyai rupa paras wanita arab. Hanya melihat rupa paras sahaja sud... More

C a s t
Bab 01
Bab 02
Bab 03
Bab 05
Bab 04
Bab 06
Bab 07
S p e c i a l
Bab 08
Bab 09
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Thank You!
Special Chapter : Honeymoon
Special Chapter : Honeymoon 2
Raya AidilFitri : Bertiga
COMING SOON : EBOOK
EBOOK TYK
EBOOK DEAR DALIA

Bab 22

9.9K 629 63
By aynarose-

Suasana pagi yang tenang kini berubah kepada pekikan suara Areena serta kuali yang dipukul olehnya menggunakan senduk. Manakala Areena memukul kuali itu berdekatan dengan telinga Rayyan. Rayyan yang lena terbuai mimpi kini mencelikkan matanya lalu memandang Areena yang bersebelahan dirinya.

Senduk yang dipegang oleh Areena dirampas lalu dipukul ke atas kepala Areena.

"Aduh, sakitlah." omel Areena sambil tangannya mengusap kepalanya.

"Yang kau pagi-pagi memekak ni kenapa?"

"Hari ni sekolah kan? Rayyan menjulingkan mata. Aku tak nyanyuk lagi la. Buat-buat lupa.

"Aku tahulah tapi tak perlu la pukul dengan kuali bingit tahu tak?"

"Tak tahu," Kaki Areena bergerak ke bilik pakaian sempat dia menyuruh Rayyan supaya mandi.

Selesai mereka memakai uniform sekolah. Areena mengambil lipbalm lalu dipakai ke bibirnya manakala bedak bayi di sapu ke muka.

"Pergi sekolah pun makeup ke?" Areena menjeling Rayyan. Lipbalm diletakkan ke dalam bekasnya.

"Ni cuma asas je lainlah aku pakai foundation 5 inci." Tangannya mencapai Iphone yang sedang dicas. Lalu diletakkan ke dalam poket uniform. Rayyan mengangguk kepala serta mulutnya berbentuk "O".

"Jom turun, sarapan." ujar Areena. Suis lampu ditutup apabila Rayyan sudah berada di hadapannya. Pintu bilik ditutup rapat lalu mereka berdua memasuki lif.

"Good morning Pa, Ma." serentak mereka berkata lalu menjeling antara satu sama lain.

"Good morning too." jawab Papa dan Mama serentak. Rayyan dan Areena duduk bersebelahan. Pinggan di ambil lalu Areena menyenduk nasi goreng untuk Rayyan. Air teh jugak dituang ke dalam gelas.

Suapan nasi dikunyah dengan perlahan manakala matanya mencari kelibat adik kembar mereka.

"Ashraf dan Ashrif mana?"

"Dia awal-awal dah pergi. Ada urusan katanya." Areena mengangguk kepalanya lalu tangan runcingnya mengambil air teh untuk dihirup.

"Reen dan Rayyan pergi sekali ke?" soal Papa manakala Areena dan Rayyan mengelengkan kepala. Tisu di ambil oleh Rayyan untuk mengelap mulutnya yang comot disebabkan sisa makanan.

"Kitaorang pergi asing-asing pa," senyuman diukir buat Papa. Papa menganggukkan kepalanya. Selepas selesai sarapan dan bersalaman dengan papa dan mama. Mereka keluar bersama-sama untuk ke garaj kereta. Enjin dibuka untuk memanaskan kereta. Sempat di melihat jam di tangannya sekilas.

"Jom lawan siapa sampai sekolah dulu dia belanja makan masa rehat," cadang Rayyan manakala Areena menjungkitkan kening sambil bibirnya tersenyum sinis.

"Okey," pintu kereta dibuka lalu Areena menekan pedal minyak dengan sedikit kuat.

Jalan raya yang hening bertukar kepada bingit akibat bunyi enjin dua buah kenderaan yang sedang berlumba. Kereta Lamborghini Aventador memintas kereta Audi R8 apabila sampai disekolah bunyi enjin dua kereta itu menjadi perhatian para pelajar Empire High School.

Vroom, Vroom

Kini kereta Audi R8 mendahului kereta Lamborghini Aventador. Areena keluar dari kereta lalu senyuman sinis terlakar di wajahnya manakala Rayyan yang lambat 2 minit menayangkan wajah cemberutnya.

"Loser." perli Areena sambil tangannya merosakkan rambut Rayyan yang kemas. Rayyan menepis tangan Areena.

"Aku bagi peluang je tu, kau kan isteri aku."

"Eh eleh, nanti kau belanja aku masa rehat okey." sinis Areena berkata lalu kakinya menuju ke arah kawannya yang tercengang melihat Areena berlumba kereta bersama Rayyan.

Irfan, Hairul dan Farhan yang turut disitu turut tercengang lalu mereka menuju ke Rayyan yang menayangkan wajah cemberut.

"Asal kau dengan Areena lumba kereta?" soal Irfan pelik. Rayyan yang mengelap dahinya yang sedikit berpeluh memandang Irfan.

"Saja,"

Areena tersenyum manis lalu memeluk Ainna, Batrisya dan Hanis. "Weh, asal kau berlumba dengan Rayyan tu." soal Ainna dibiarkan sepi oleh Areena itupun dia hanya menjungkit bahu sahaja.

"Masuk kelas la weh," ujar Batrisya lalu menarik tangan Areena. Manakala Ainna menayangkan wajah cemberut.

"Nanti tanya balik Reen, aku rasa dia ada rahsiakan kita something." pujuk Hanis sambil memeluk bahu Ainna. Ainna tersenyum nipis.

"Kita kena korek juga rahsia Reen," Hanis mengangguk kepala tanda setuju.

Kelas 5 Diamond dituju oleh mereka berempat manakala Rayyan dan 4K sudah awal-awal sampai disitu. Bella yang melihat Areena masuk terus berdiri lalu menolak Areena sehingga ke belakang.

"Kau ingat ni sekolah ayah kau ke nak berlumba bagai?" sinis sahaja soalan itu ditanya oleh Bella untuk Areena. Memang sekolah ayah aku. Sekolah Daddy.

Rayyan yang melihat menongkat dagu menyaksikan Areena dan Bella. Nantilah dia masuk campur sekarang nak tengok isteri dia jadi Ice Queen.

"Popcorn ada tak weh?" bisik Rayyan. Matanya tepat memandang Areena yang geram.

"Tak ada weh," balas Irfan berbisik.

"Ha, asal kau tak jawab? takut?" sinis Bella tangannya tak henti menolak bahu Areena. Ainna yang ingin menolong ditepis Ainna.

"Aku boleh buat," perlahan dan tegas suara Areena serta dengan mata tajam menikam Ainna. Ainna yang mendengar menganggukan kepala. Habis la kau Bella.

"Takut? siapa yang takut dengan kau?"

"Kau la,"

"Aku tak takut betina sundal macam kau..." sinis dan mendalam perkataan Areena. Bella mengigit bibirnya lalu tangannya diangkat untuk menampar Areena. Belum sempat ingin menampar, tangannya dipegang kemas oleh Rayyan.

"Kau tak berhak nak tampar dia." kuat cengkaman tangan Bella dipegang oleh Rayyan.

"Baby, sakitlah. You kenapa nak backup dia?" tubir matanya berair akibat cengkaman tangan Rayyan. Sempat dia melunakkan suaranya untuk mengoda Rayyan.

"Kau tu kenapa nak tampar Areena." Bella memandang tajam Areena apabila jejaka idamannya menolong Areena.

"Kau bagi apa dekat boyfriend aku betina?" tengking Bella manakala Areena suruh Rayyan melepaskan cengkaman Bella. Rayyan terus mengangguk lalu melepaskan cengkaman. Sempat dia berbisik di telinga Areena yang dilindungi oleh tudung.

"Kalau muka kau ada kesan tampar dari tangan dia. Aku pukul dia. Take care." Areena tersenyum lalu mengangguk kepalanya.

"Eh Areena, kau dengar sini aku nak kata kau jangan ingat aku takut kalau Rayyan tu backup kau betina. Kau jangan buat sekolah ni milik ayah kau la."

"Memang sekolah ni milik ayah aku. Yang kau tak puas hati kenapa?"

"Ayah kau tu boleh pergi mampus..."

Pangg.

Terkejut semua pelajar 5 Diamond apabila Rayyan yang menampar Bella. Merah pipi kiri milik Bella akibat tamparan milik Rayyan.

"Mulut kau jaga sikit betina," tengking Rayyan lalu kakinya keluar dari kelas 5 Diamond.

"Kau dah kenapa? tak cukup kasih sayang sampai kau kata macam tu dekat Daddy aku?" tengking Areena. Sekolah ni milik Daddy. Milik ayah mentua dia dan milik ayah kepada Rayyan. Lalu tamparan belah kanan diberi oleh Areena. Kakinya berlari menuju ke Rayyan yang pergi ke Makmal lama iaitu tempat khas mereka berdua.

Irfan dan 4K tercengang melihat Rayyan. Dia sedar sekolah ni milik siapa. Milik Daddy Rayyan tapi kenapa Areena turut mengatakan sekolah ni milik Daddy dia? Pening otak Irfan memikirkan tentang itu.

Makmal lama dituju olehnya lalu punggungnya di duduk ke atas bangku bersebelahan Rayyan. Bahu Rayyan ditarik bagi menghadap Areena.

Areena mengigit bibir bawah lalu jarinya mengelap sisa air mata milik Rayyan. Dia nak gelak tengok Rayyan menangis tapi ada jugak kesian dekat Rayyan.

Sikit.

"Kau menangis ke?" saja Areena melontarkan soalan itu padahal dia sudah tahu Rayyan menangis.

"Mana ada, mata masuk habuk." jawab Rayyan lalu mengelap matanya yang berair. Areena menjulingkan mata.

"Aku tahu kau sakit hati sebab Bella tu. Aku pun turut sakit hati tapi..." mata kanan milik Rayyan yang berair dicium oleh Areena. Rayyan terkaku. Relaks je dia cium aku?

"Tak handsome la suami Tengku Areena Arisya yang cantik lagi menawan ni." sempat dia memuji diri sendiri. Rayyan tersenyum nipis lalu dia menjentik dahi Areena.

"Perasan,"

"Satu lagi..." mata belah kiri milik Rayyan dicium sekilas oleh Areena. Jantungnya bagai nak keluar akibat perangai dia. Tapi dia nak pujuk Rayyan kan? Hati mohon bersabar ya.

"Suami aku tak boleh nampak lemah macam ni sebab kelakar." ujar Areena sambil tergelak. Manakala, Rayyan menjeling Areena. Areena memeluk Rayyan lama lalu dia berdiri.

"Apa yang aku buat tadi kena bayar tau, petang nanti shopping." Areena tersenyum manis lalu kakinya menuju ke kelas dan meninggalkan Rayyan bersendirian.

"Comel,"

tbc

75 vote dan 75 comment.

Continue Reading

You'll Also Like

25.9K 1.2K 31
[cover drawn by me] "Kau nak aku buat apa?!" Aisy menjerit, suaranya menjadi nyaring sebab dia terkejut dengan permintaan kawannya. "Shh, eh kau ni...
92.8K 3.2K 45
Siapa kata musuh tak boleh bercinta? Siapa kata benci tak boleh jadi sayang? Siapa kata beku tak boleh dicairkan? Siapa kata pahit tak boleh jadi man...
11.4K 489 37
Aᴅᴀᴋᴀʜ ɪɴɪ ᴛᴀᴋᴅɪʀ? [ Story > 1 ] Cerita ini mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Anisha Emilda yang telah didera oleh ayah tirinya semasa d...
218K 14.3K 58
Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika orang tuanya bercerai. Bertambah tragik, d...