Her Greatest Secret [ Editing...

By GirlCrush_Yaya

849K 53.9K 7K

โ” ๐Š ๐€ ๐’ ๐‡ ๐„ ๐ ๐€ โHer greatest secret is what brought us togetherโž โ€ข โKau pun tahu aku tak akan sentuh... More

INTRO [Kudos Inspiration!]
PROLOGUE - HER GREATEST SECRET
HGS 1|Bab 1 - Ini kenyataan!
HGS 2|Bab 2 - Accident
HGS 3|Bab 3 - Pertemuan kembali
HGS 4|Bab 4 - Free show
HGS 5|Bab 5 - Cium lantai
HGS 6|Bab 6 - Senyuman Darlie
HGS 7|Bab 7 - Panic Attack
HGS 8|Bab 8 - Solace
HGS 9|Bab 9 - Afham Wickedhail
HGS 10|Bab 10 - Her greatest scar
HGS 11|Bab 11 - Tangkap basah
HGS 12|Bab 12 - Hero vs Ratu
HGS 13|Bab 13 - Najis mughallazah
HGS 14|Bab 14 - Sampai mati
HGS 15|Bab 15 - Go to hell
HGS 16|Bab 16 - Malapetaka
HGS 17|Bab 17 - Kau tak layak!
HGS 18|Bab 18 - Kasih bonda
HGS 19|Bab 19 - Aku masih waras
HGS 20|Bab 20 - Buktikan
HGS 21|Bab 21 - Too late
HGS 22|Bab 22 - What have you done?
HGS 23|Bab 23 - Meltdown
HGS 24|Bab 24 - Padan muka
HGS 25|Bab 25 - This Is Me
HGS 26|Bab 26 - Lapan tahun
HGS 27|Bab 27 - Buang tabiat
JOM MAIN DETEKTIF ๐Ÿง
HGS 29|Bab 29 - Enjoy the moment
HGS 30|Bab 30 - Bayi siapa ni?
HGS 31|Bab 31 - Antara kau atau Wina
HGS 32|Bab 32 - Aku janji, Mun
HGS 33|Bab 33 - I'm really sorry
HGS 34|Bab 34 - Sakitnya kehilangan
HIS BIGGEST SORROW - HER GREATEST SECRET PART 2
HBS 1|BAB 35 - Aku tak benarkan
HBS 2|Bab 36 - Bunuh aku!
HBS 3|Bab 37 - It's okay
HBS 4|Bab 38 - Belum masanya
HBS 5|Bab 39 - Aku gagal
HBS 6|Bab 40 - Bunga vs Godiva
HBS 7|Bab 41 - Belajar kenali dia
HBS 8|Bab 42 - Lamaran kedua
HBS 9|Bab 43 - I love you
HBS 10|Bab 44 - In this heart of mine
HBS 11|Bab 45 - Permata papa dan mama
HBS 12|Bab 46 - Team mama vs papa
HBS 13|Bab 47 - I love you too
HGS 14|Bab 48 - Thanks for everything

HGS 28|Bab 28 - Aku dah jumpa dia!

14.3K 1K 133
By GirlCrush_Yaya

Pencarianku sekian lama
ditentukan manis oleh Tuhan

 

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

 

Nadiya Kasheqa

Kuala Lumpur (2010)

Saat aku mencelikkan mata, kesakitan rasa begitu mencengkam. Umpama kawat duri yang meliliti tubuh, mencucuk-cucuk segenap inci kulit. Hakikatnya, tubuhku kini berselirat dek wayar dan tiub yang melekat di tulang empat kerat.

Aku mengerang.

Tanpa aku sedari, ada seorang jururawat turut berada di dalam bilik yang aku diami.

Berpinar-pinar pandanganku meneliti sekeliling. Bilik yang begitu asing.

Sejuk. Dingin.

Begitu menggigit, menusuk sehingga ke tulang hitam.

"Cik. Alhamdulillah cik dah bangun."

"Ibu... Ibu..." lirihku tiba-tiba. Entah kenapa, figura itu yang mahu aku tatap sebaik aku celikkan mata.

"Tenang, cik. Tenang dulu." Suara jururawat berkumandang sayu.

"Ibu saya mana..."

Jururawat tadi spontan tersenyap. Dia tunduk seolah-olah menyembunyikan sesuatu.

Mana ibu?

Terakhir kali, aku masih ingat yang ibu ada di sisi.

Ya, ibu marah. Terlampau marah.

Dia menghalang aku dari...

"Kawan saya? Mun! Mun mana, nurse?" Nadaku terangkat sebaik teringatkan sesuatu.

Bukan aku dan ibu sahaja, tapi ada Mun sekali. Jadi, mana dia? Mana semua orang pergi?

"Cik, cik bawa bersabar..."

Tiba-tiba pintu terbuka dan muncul seorang doktor wanita lengkap berkot putih masuk ke dalam bilik.

"Doktor!"

Tergesa-gesa, nurse menghampiri doktor lantas membisikkan sesuatu. Sukar aku dengari perbualan mereka lantaran jurang yang terlalu jauh.

Doktor mengangguk sedikit sebelum menghampiri.

"Cik, saya periksa cik dahulu ya..."

Lenganku dicapai.

"Doktor, mana ibu dan kawan saya? Kawan saya, Mun. Mana dia doktor? Mana ibu saya?" soalku, masih lemah.

Doktor cuma diam dan memandangku penuh simpati.

Bibit-bibit air mataku mula mahu menampakkan diri.

Aku hairan, kenapa semua orang seperti mahu mengelak dari menjawab soalanku.

Kenapa?!

Perlahan-lahan doktor menggeleng lemah.

"Maafkan saya. Ibu cik, Puan Noraini dan rakan cik, Munirah kami tak dapat selamatkan."

Dummm!

Bagai halilintar, guntur berdendum dalam pekung dada. Ranap hati mencerna bait-bait ujaran tadi.

Apa maksud doktor yang mereka tak dapat diselamatkan?

Tumpah jua air mataku. Parah.

Pedih mencengkam ulu hati.

Dalam hati aku masih mahu menafi apa yang aku dengari.

"Saya minta cik banyakkan bersabar. Mesti ada hikmah kenapa semua ni jadi. Sabar ya, cik."

Terhambur esakan. Pecah tanpa ada kawalan. Kesakitan fizikal yang aku rasai makin giat membantai tubuh. Namun semuanya tak tertara dengan keruntuhan emosi yang aku alami ketika itu.

Kenapa?

Kenapa Tuhan biarkan aku hidup sedangkan Dia ambil kedua-dua insan yang paling bermakna dalam hidupku?

Kenapa Tuhan biarkan aku terkontang-kanting merasai kesakitan ini sendiri?

Kenapa Dia tak ambil sahaja nyawaku sekali?

"Ibu... Kenapa ibu pergi? Sheqa janji Sheqa dengar cakap ibu. Ibu baliklah, ibu... Mun! Balik, Mun!"

Raunganku kian tak terkawal.

Pening kepalaku menanggung beban emosi yang sarat. Hanya raunganku yang kuat, namun sebaliknya tubuhku lemah longlai akibat kemalangan kelmarin.

Ya, kemalangan itulah yang meragut kejam nyawa dua insan yang aku sayang.

Doktor memelukku dengan kejap.

Dalam ratapan dan tangisan yang cuba ditenteramkan oleh jururawat dan doktor, ingatanku ditarik semula ke hari kejadian.

Dimulai dengan pertengkaran aku dan ibu, serta pertemuan aku dan Mun malam itulah yang menjadi asbab kemalangan. Bukan itu sahaja, malah ada...

Bayi!

Ya, memang ada bayi yang aku sempat kendong sebelum kejadian malang itu menimpa.

Aku ingat kini!

"Baby! Baby tu mana, doktor? Mana baby?"

Kebasahan di wajah aku hiraukan buat seketika. Walau hati masih terhiris dengan pemergian ibu dan Mun, aku tetap ingin tahu mana jasad kerdil itu?

"Baby?" Doktor mengangkat wajah. Pelik dia memandangku.

Aku mengangguk. Jika tubuh ini tidak terlantar di atas katil dengan tiub dan wayar yang berselirat di tubuh, mesti sudah aku gagahkan diri untuk bangun dan mencari sendiri. Kepalaku berdenyut sakit manakala separuh tubuh dari pinggang ke kaki terasa seperti dihempap batu.

Ya, bayi itulah maksudku.

Bayi kecil yang bersama kami semasa kemalangan itu. Bayi yang di dalam gendonganku.

Bayi itu.

Mana dia?

"Tak ada baby yang dijumpai dalam kemalangan tu. Hanya cik, Munirah dan ibu cik sahaja." Doktor itu kelihatan serius pula.

Badan yang tadi masih terasa lemah kini seperti direnjat arus elektrik.

Tak. Tak mungkin.

Aku memang ingat lagi. Memoriku masih jelas. Perasaan cuak mula menghempas sudut hati.

Dugaan apa lagi ni?

"A...ada, doktor! Memang ada. Tolong cari dia, doktor. Tolong!" rayuku, kalut. Lengan doktor itu aku capai dengan segera.

"Baby! Saya nak baby tu, Mana dia?!" Mataku mundar-mandir kiri dan kanan bilik.

Perasaan cemas, panik, sedih, sengsara semuanya diadun sebati ketika itu.

Aku menekan siku ke katil dan cuba bangun dari pembaringan, tanpa peduli dengan badan dan kepala yang masih terasa sakit.

Kenapa doktor dan jururawat itu tiada usaha langsung untuk mencari si bayi, sebaliknya memandangku dengan raut yang musykil?

Aku belum gila lagilah!

Dan aku yakin aku juga bukan berimaginasi!

"Cik, cik masih lemah. Bertenang. Cik tak boleh bangun. Tak ada bayi, cik. Saya tak faham apa yang cik cakapkan ni." Kelam-kabut doktor itu kembali menekan bahuku untuk terbaring semula ke katil.

Entah dari mana aku peroleh kekuatan untuk melawan. Aku cuba menolak tangannya di bahu dan ingin bangun kembali.

Jururawat yang tadi hanya berdiri di hujung katil, kini sudah menerpa dan turut membantu doktor memegang aku yang seperti sudah hilang kawalan.

Mahupun kewarasan.

"Baby! Saya nak pergi tengok baby. Mana dia, doktor? Mana?"

"Cik, bertenang! Cik tak boleh macam ni!" Doktor itu semakin mengeratkan pegangannya ke tubuhku.

"Lepaskan saya doktor! Saya nak baby! Mun, tolong aku! Ibu! Ibu!" Aku masih bergelut cuba melepaskan diri.

"Nurse!"

Doktor berkata sepatah dan menyampaikan isyarat ke arah jururawat. Jururawat itu menganguk dan lantas bergerak ke arah troley dan mencapai picagari.

"Tolong Sheqa, ibu! Baby! Aku nak baby..." Kian lama, suaraku kian lemah.

Sehinggakan akhirnya aku tak sedar apa yang berlaku seterusnya.

Segalanya gelap...

 
 

AKU menyeka air mata yang berlinangan gugur.

Jika menjejaki memori hari itu, memang tiada rasa lain yang aku rasai selain kepedihan.

Kehilangan bukan dua, tetapi sebenarnya tiga insan secara serentak dek kecelakaan.

Bahkan seorang hilang tanpa jejak yang aku boleh cari.

Tekanan dan rasa bersalah sahaja yang menghimpit aku hari demi hari selama lapan tahun lamanya, jadi apa yang kulihat baru sebentar tadi membuahkan waima sedikit harapan.

Nafas kuhela panjang.

Rasa terkejut aku usir jauh-jauh ke sudut hati.

Tak mungkinlah terjadi seperti apa yang aku fikirkan...

Setelah menstabilkan nafas, kepala aku tundukkan demi melihat gambar bayi itu semula. Terpapar gambar si kecil Wina yang sedang tersenyum ceria seolah-olah bersedia dan tahu yang momennya sedang diambil.

Walaupun pandanganku kabur dengan air mata, tanda lahir yang cukup aku kenali jelas kelihatan di kepala sebelah kanan berhampiran telinganya.

Sebelum kemalangan malam itu, memang aku sempat melihat tanda lahir di kepala kecil yang tidak berambut itu. Bagiku, tanda lahirnya sangat unik kerana berbentuk bulan sabit dan berwarna hitam.

Mungkin ini semua satu kebetulan.

Ya, mungkin.

Wina sememangnya anak Afham dan Sofia. Itu yang aku tahu selama ini. Mindaku masih cuba menafikan namun hatiku gelisah tak terhingga. Jantungku berdegup kancang.

Sheqa, this is just a coincidence!

Sekali lagi aku menarik nafas panjang dan menghembus perlahan, cuba membendung air mata yang mengalir.

Tarikh pada setiap gambar aku perhatikan lagi. Hati masih berdegil untuk mencari sebarang ralat atau petunjuk yang mungkin wujud.

27 Mac 2010.

Gambar yang diambil sebulan selepas kelahiran Wina. Nota puisi bersama gambar itu aku belek dengan penuh teliti. Jika benar seperti yang tertulis di nota, maknanya Wina lahir pada Februari.

Mataku pantas menjejak kembali gambar sebelumnya. Gambar Afham bersama Sofia.

Bukan kemesraan itu yang menjadi tumpuanku kini, namun tarikh yang terpapar...

...iaitu 24 Disember 2009.

Jika dicongak secara kasar, gambar ini diambil kira-kira dua bulan sebelum Wina lahir.

Tiba-tiba aku terpandangkan sesuatu yang menyentap hatiku. Pantas aku menekup mulut.

Anak mataku kaku.

Jantung persis mendap ke dasar perut. Itulah apa yang aku rasakan sekarang ini.

Ya Allah, apa makna semua ini? Apa yang cuba Kau tunjukkan?

Dari gambar itu, aku sudah cukup yakin yang Wina tidak lahir dari rahim Sofia! Tidak mungkin wanita yang hamil 7 bulan tidak menunjukkan bentuk tubuh seorang wanita mengandung.

Jadi...

Wina bukan anak Afham dan Sofia! Kali ini aku yakin.

Teramat yakin!

Firasatku awal tadi seolah-olah dijawab serta merta. Termakbul.

Pada masa yang sama, aku seakan-akan keliru. Mahu sedih atau gembira?

Sedih kerana Wina ternyata hanya anak angkat dan bukan anak kandung Afham. Atau gembira kerana aku sudah menemukan dia. Dia yang aku cari-cari selama ini. Bayi yang hilang selama ini, penyebab perasaan bersalah masih tebal didalam diri.

Aku yakin dia yang aku cari!

Mun, aku dah jumpa dia Mun. Aku dah jumpa! Rupanya selama ini dia memang ada di depan mata aku. Di samping aku selama lebih tiga bulan. Aku bodoh, aku tak perasan!

Wina...

Ya Allah, Wina...

Aku menangis tak berlagu. Sepenuh hati aku lepaskan beban yang ditanggung lapan tahun lamanya.

Lega?

Ya, aku lega.

Pencarianku sekian lama ditentukan manis oleh Tuhan.

Syukur, Ya Allah...

Syukur Kau bukakan pintu pertemuan ini...

Aku tutup album itu dalam keadaan yang masih diselubungi pilu.

Asbab sifat ingin tahuku membawa aku ke sini.

Sungguh tak disangka-sangka, perasaan ingin tahuku yang membuak-buak berakhir dengan penemuan luar jangkaan.

Air mata kian deras menuruni pipi. Seakan tiada penghujungnya.

Cuma aku punya satu persoalan lagi.

Macam mana Wina boleh ada di sini?

 
 

"AWAL Sheqa datang jemput Wina hari ni? Wina tak balik sekolah lagi." Bonda menyapa apabila melihat aku muncul tiba-tiba di rumahnya.

Memang sengaja aku datang awal kerana perasaan ingin tahuku yang mendesak aku datang bertemu bonda.

"Klinik tutup, bonda. Kontraktor dah start renovate klinik tu." Aku membalas, cuba berbasa-basi.

"Oh, hari tu Sheqa ada bagitahu bonda. Sheqa nak besarkan klinik tu ke?"

Aku mengekor bonda sehingga ke ruang tamu dan melabuhkan punggung di atas sofa. Aku tak pasti jika bonda perasan, tapi aku memang rasakan tingkahku agak janggal ketika itu.

"Errr, taklah. Cuma renovate bahagian dalam sikit je. Dua tiga hari lagi siaplah." Aku tersenyum kekok ke arah bonda yang turut duduk di sebelah.

"Oh..." Bonda membalas ringkas.

Aku bermain jari. Pandangan aku larikan.

Bagaimana untuk aku mulakan topik itu?

"Sheqa tak sihat ke? Lain macam je bonda tengok hari ni. Berpeluh dahi tu bonda tengok."

Aku lantas menggeleng.

"Taklah. Sheqa okey je, bonda. Mungkin hari ni panas sikit kut."

Bonda tergelak kecil.

"Tulah, orang dah biasa duduk dalam bilik aircond. Kena matahari sikit terus berpeluh padahal rumah bonda ni sejuk je bonda rasa. Sheqa pergilah rehat, pasang aircond dalam bilik dulu, bonda nak sambung masak kat dapur. Tak payah tolong sebab dah nak siap pun. Sekejap lagi Wina balik, kita makan sama-sama."

Bonda menepuk lembut kekura tanganku sebelum ingin bangkit.

"Bonda..."

Belum sempat bonda bangun, aku lebih cepat mencapai tangannya semula membuatkan dia kembali duduk.

Dia memandang aku, hairan. Ternanti-nanti aku bersuara.

"Kenapa, Sheqa?" Dia bertanya apabila aku masih diam menunduk tapi tetap enggan melepaskan tangannya.

Aku menelan air liur yang terasa pahit. Pandangan aku angkat ke arahnya. Lidahku keluar menjilat bahagian dalam bibir yang terasa kering secara tiba-tiba.

"Bonda... Kalau Sheqa nak tanya sesuatu, boleh?" Aku bertanya perlahan. Teragak-agak.

"Tanya je lah... Sheqa nak tanya apa?"

"Pasal Wina."

"Ha, kenapa pulak dengan Wina?" Bonda bertanya pelik. Bonda mula memberi perhatian dan menunjukkan minat.

Beberapa saat aku biarkan berlalu sepi bagi mengumpul kekentalan hati.

"Betul ke... Wina tu anak kandung Am, bonda?" Aku memberanikan diri bertanya.

Berubah terus air mukanya.

***
Korang, setting cerita memang dibuat untuk tahun 2018 sebab tu kalau korang perasan, flashback Sheqa yg tahun 2010 tu dikatakan 'lapan tahun lepas'. Ai terangkan ni in case kalau ada yg pelik. Ai cuma tak nak korang confussed je ✌🏻

Btw, siapa yang dapat teka tepat waktu main detektif hari tu cuba kumpul kat sini 🙋🏻‍♀️. Ramai tak perasan yang tarikh 2 bulan sebelum Wina lahir tu perut Sofia tak besar pun kan?

One more thing untuk reader yang pernah baca dan ingat, ai ada ubah sikit scene flashback kat hospital tu. Ada sebab kenapa ai ubah. Nanti korang taulah 😁

Korang mesti tak sabar nak tau apa yang jadi lepas ni, kan? Korang bagi cukup 1k vote dulu lepas tu baru ai bagi next chap ok.

Credit: Shinebinnie on YT

Love| Vote| Comment| Follow
GirlCrush_Yaya ❤️

Continue Reading

You'll Also Like

604K 24K 81
[COMPLETE] Kehilangan kedua ibu bapanya buatkan Razia rasa hidupnya sudah pun seperti di ambang neraka. Tapi siapa yang menyangka, tiga hari setelah...
261K 17.1K 42
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
273K 10.5K 80
1๐“ผ๐“ฝ ๐“ผ๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ๐“ซ๐”‚ ๐“ฏ๐“ต๐“ธ๐“ต๐“ฎ๐“ผ๐”‚๐“ช ๐€๐‹๐„๐„๐’๐€ ๐™๐”๐‹๐€๐ˆ๐Š๐‡๐€ Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
3.2M 288K 93
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...