Mr Heartless (On Hold)

By nrfthl_

74.1K 4.1K 291

Memegang status sebagai anak yatim piatu langsung tidak memberi kesan kepada Nur Qistina Humairaa'. Namun, di... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Author's Note
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Pictures
Bab 23
Bab 24
Bab 26
Sorry
Bab 27
Author's note
Notice

Bab 25

2.3K 149 16
By nrfthl_

Handsock yang melurut aku tarik ke atas sedikit. Jam tangan dipakai semula di pergelangan tangan kanannya.

Banyak kali juga Fadz menegur aku supaya memakai jam belah kiri. Katanya senang jika ingin menulis.

Bukannya dia tidak mahu, cuma dia sudah selesa dengan begini. Walaupun kelihatan agak leceh kerana perlu membukanya sebelum menulis.

Bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa.

"Weyh Qis." Pergerakan tanganku yang sedang ligat memasukkan alat tulis di dalam pencil box terhenti apabila Fadz mencuit lembut bahuku.

"Kenapa?" Soalku perlahan. Takut Sir Mike yang masih berada di dalam kelas terdengar akan perbualan mereka.

"Lusa nanti kau jadi tak nak stay up untuk buat assignment?" Aku menggaru perlahan keningku.

"Er, esok in shaa Allah aku confirm- kan balik, boleh?" Kelihatan Fadz memgangguk kecil sqmbil menunjukkan ibu jarinya kepadaku.

Aku tersengih kecil. Ada-ada je kerenah sahabat dia ini.

"Fadzrin, do you have any problem? Dah habis jawab kuiz yang saya bagi?" Tersedak Fadz dibuatnya apabila disergah oleh Sir Mike.

"Hehehe. Nothing, Sir. Lagi sikit nak siap." Fadz hanya tersengih seperti kerang busuk.

Sir Mike hanya menggeleng perlahan. Dan tiba-tiba mataku bertembung dengan mata biru Sir Mike.

Terkelip-kelip mataku apabila Sir Mike masih tidak mengalihkan pandangan matanya dari terus merenungku.

Aku yang berasa tidak selesa terus mengalihkan wajahku dari Sir Mike.

Segera aku mengusap dadaku perlahan sambil bibir terkumat-kamit berzikir bagi menghilangkan rasa yang gundah-gulana ini.

'Tu mainan syaitan, Qistina.' Gumamku didalam hati.

***
"Okay, class. That's all for today. Nanti in shaa Allah, next week saya bagi korang punya marks okay?" Kami semua hanya mengangguk tanda setuju.

Selepas kami menjawab salam, aku dan Fadz terus membuka langkah ingin keluar dari kelas.

"Er, Qistina." Pergerakanku terhenti apabila Sir Mike menyeru namaku. Fadz yang berada disebelahku terus berbisik perlahan.

"Aku balik dulu eh? Ayah aku dah sampai. Sorry babe." Aku menahan geram di dalam hati. Suka tinggalkan dia sorang-sorang!

Kini, aku dan Sir Mike berada di luar bangunan Universiti ini. Disebabkan kelas kami sedikit lambat selesai menyebabkan ramai mahasiswa yang sudah pulang. Hanya dua atau tiga orang sahaja yang masih berlegar dikawasan ini.

Aku mengambil jarak dalam 2 meter dari Sir Mike. Kalau boleh, mahu saja dia membuat jarak dalam tiga atau lima meter.

Tapi takut dicop apa pula oleh Sir Mike nanti. Cukup sekadar boleh mengelakkan fitnah daripada berlaku.

"Sorry saya ambil masa awak sikit." Tutur Sir lembut sambil menghulurkanku sebuah paper bag.

Aku mengerutkan dahiku sedikit.

"Eh, jangan salah faham. Ni, mungkin umi tertinggal buku masa kenduri tahlil haritu. Dah lama saya nak bagi, cuma saya sibuk sedikit nak siapkan kertas soalan. Lagipun awak pun busy dengan exam bulan ni kan?"

Memang dalam bulan ini dia sibuk dalam persiapan menghadapi peperiksaan yang berlangsung. Dan alhamdulillah peperiksaannya sudah selesai kelmarin.

Selalunya selepas exam, kami akan bercuti cumanya di tahun akhir di universiti ini kami terpaksa mengorbankan cuti-cuti ini bagi menghabiskan silibus dan assignment yang menimbun.

Aku menyambut huluran Sir Mike. Terdapat sebuah buku nota dan didalam buku tersebut terdapat nama umi disitu.

"Sorry again, sebab saya bukak buku tu nak tengok siapa pemilik dia." Aku tersenyum kecil.

"Eh, tak apa. Nasib baik Sir Mike yang jumpa. Nanti saya pass dekat umi. Terima kasih Sir." Tuturku lembut.

Dia tergelak kecil.

"It's okay, kalau tak buku ni tertinggal kat rumah saya, tak ada lah peluang saya nak berbual dengan awak." Aku terdiam aambil mengukir senyuman kekok.

"Okay lah, awak pun nak balik rumah dah kan? Nanti kirim salam dekat umi ye?" Aku mengangguk kecil.

"In shaa Allah, Sir. Kirim salam dekat ibu Sir juga ye?" Terus berubah riak Sir Mike apabila mendengar kata-kataku.

"In shaa Allah" balas Sir Mike pendek sambil mengukir senyuman nipis.

"Saya balik dulu, Sir. Assalamualaikum" aku terus membuka langkah selepas Sir Mike menjawab salamku.

Entah bagaimana, aku tidak sengaja memijak kain jubahku yang sedikit labuh itu sehinggakan tubuhku menjadi tidak seimbang.

Aku terjerit kecil apabila Sir Mike  memaut erat lengaku supaya tidak jatuh.

Kedudukan yang sangat rapat sehinggakan telingaku mendengar degup jantung Sir Mike benar-benar memalukan.

Terus sahaja aku menjarakkan tubuhku dari Sir Mike.

"Awak okay? Ada sakit dekat mana-mana tak?" Soal Sir Mike sambil menundukkan kepalanya memandang wajahku.

Muka yang semakin berbahang ini tidak aku endahkan.

"Tt-tak apa. Sorry." Tuturku laju dan terus meninggalkan Sir Mike seorang diri.

Bibir digifit perlahan bagi menghilangkan rasa malu yang bersarang di hati ini. Jam tangan sempat ditilik sekilas.

6 p.m.

Sudah lambat sejam!

Dalam hati aku berdoa supaya Pak Mid tidak meninggalkannya.

Aku berlari anak menuju ke tempat biasa.

Pergerakanku menjadi sedikit perlahan apabila kereta yang selalu digunakan oleh Pak Mid untuk menjemputku lain dari sebelum ini.

'Mungkin Pak Mid pinjam kereta papa kut.' Bisikku dalam hati.

Entah mengapa dia berasa tidak enak. Lebih-lebih lagi kerana cermin kereta yang bertinted itu menyukarkannya untuk melihat gerangan tang duduk di kerusi pemandu.

Perlahan-lahan aku membuka pintu kereta sebelah penumpang tersebut.

Terasa keras tubuh badannya kini apabila matanya sudah menangkap tubuh yang berada di tempat pemandu ini.

Air liur ditelan kesat.

Terus saja aku memasuk perut kereta walaupun tubuh badan sudah  erasa seram sejuk. Paper bag yang diberikan oleh Sir Mike tadi diletakkan di tempat duduk belakang.

Setahunya, pagi tadi Redza memaklumkan bahawa hari ini dia tidak dapat menghantar dan menjemputku kerana terdapat mesyuarat penting yang tidak dapat dielakkan di pejabatnya.

Aku mengenggam erat kain jubahku bagi menghilangkan rasa debaran yang semakin menggila apabila kereta yang dipandu oleh Redza tidak bergerak sejak dari dia masuk sebentar tadi.

Belum sempat aku membuka mulut ingin memohon maaf, Redza sudah mendahuluinya.

"Apa alasan kau pulak kali ni?" Aku menarik nafas perlahan sebelum menjawab pertanyaan suaminya itu.

"A-ada kuiz tadi. Itu y-yang lambat si-sikit." Tergagap-gagap aku ingin berbicara.

Redza tertawa sinis.

"Ada kuiz ke, dating dengan Profesor sendiri, hm?" Kedengaran suara Redza yang begitu dingin ini benar-benar membuatkan dirinya tidak tenteram.

"Mana ad-" bicaraku terus dipotong oleh Redza.

"Kalau bukan, apa yang peluk-peluk tadi?! Ingat aku buta ke apa, Qistina!" Jerkahan Redza membuatkan dirinya diam seribu bahasa.

Aku menggigit bibir kuat.

Redza terus menukar gear dan menurunkan handbrake dan memulakan perjalanan. Air mata yang mula bertakung aku tahan sebaik mungkin.

Tiba-tiba kereta yang dipandu Redza semakin laju dari yang biasa. Jantungnya bagaikan ingin pecah.

Redza makin menekal pedal minyak sekuat hati yang mungkin. Kelihatan urat-urat hijau mula timbul di tangannya.

Aku memejam mataku serapat yang mungkin apabila bayangan yang selalu menghantui dirinya sewaktu tidur kini mula bermain di kotak fikirannya tanpa henti.

Suara jeritan dan bunyi berdentum benar-benar menyesakkan dirinya.

Aku terus merapatkan lututku ke dada dan kedua belah tanganku menekup mukaku yang kini sudah dibanjiri dengan air mata.

"Aw-awak, s-stop. Ss-saya takut." terasa begitu berat ingin membuka mulut kerana esakan yang menggila.

Kelihatan tiada tanda Redza ingin memperlahankan kenderaanya, malah semakin laju.

Raunganku semakin kuat.

"Umi, umi. Qi-qis takut umi. Qi-qis tak n-nak. Sakit umi" aku mengogoi seperti budak kecil.

Redza tersentak. Terus sahaja dia memperlahankan kenderaanya yang lau bagaikan orang yang sudah puas hidup di dunia ini.

Dia memberhentikan keretanya di bahu jalan yang sedikit lengang.

Brek ditarik dan dia meraup mukanya kasar.

Terus sahaja dia beristighfar bagi menghilanhkan rasa amarah yang menguasai dirini ini.

Wajahnya dikalihkan menghadap isterinya yang masih menangis sambil mukanya disembam pada lututnya itu.

Rambutnya digenggam sekuatnya boleh.

'Bodoh Redza. Kau memang bodoh ikutkan nafsu syaitan kau tu"

Dia menyentuh perlahan bahu isterinya yang terhinjut-hinjut menahan sendu.

"Qis" seruku lembut.

Isterinya masih tidak memandang wajahnya.

Aku menghela nafas perlahan.

Tanpa membuang masa lagi, terus sahaja dia menarik tubuh isterinya ke dalam pelukannya.

Semakin kuat tangisan isterinya apabila dia berbuat sedemikian.

Aku menggosok belakang tubuhnya lembut.

"I'm sorry Qis, I'm sorry." Bisikku di tepi telinganya.

"S-saya takut awak." Terasa isterinya mengeratkan pelukan kami berdua.

"It's okay. My fault, Qis. I'm sorry." Balasku perlahan.

Salahnya kerana terlalu mengikut nafsu amarahnya.

Salahnya kerana berfikir sebelum bertindak.

Dan salahnya kerana membuat isterinya sebegini.

Setelah tangisan Qistina mula reda, aku melonggarkan pelukan kami cukup sekadar aku dapat melihat wajah isterinya.

Aku memaut dagu Qistina supaya memandangku.

Mata dan muka isterinya yang merah menyala itu benar-benar meruntunkan perasaan lelakinya itu.

Jari kasarku mengesat sisa-sisa air mata yang masih berjujuran di wajah isterinya itu.

"I'm sorry." Tuturku lembut sambil aku melabuhkan ciuman di dahi isterinya lama.

"I'm sorry." Kedua belah matanya menjadi mangsa kedua bibirku.

"I'm sorry." lalu, pipinya aku cium.

Aku merenung matanya lama sebelum bibirku memaut bibir mugil Qistina.

"I'm sorry, sayang."

***

#vote&comment#















Continue Reading

You'll Also Like

2.6M 87.9K 82
Hariz pelajar yang bermasalah di sekolah. Muncul saja mukanya di sekolah, pasti ada saja perkara yang menyusahkan pihak sekolah. Murid lain, balik s...
2.2M 76K 52
RE-EDIT SOON! Highest rank #8 in romance (26 june 2017) Start : 3 march 2017, end : 16 april 2017 ( combo book ) โšซBOOK ONE > JASMINN : bahagia dan de...
180K 12.3K 67
Book 3 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. - Mengejar Hadi Ehsan adalah hobi bagi Hana Hayla...
THE QUITTER By CikNaweeeee

Mystery / Thriller

140K 11.6K 50
"Don't be such a baby, Ariana. Big girls don't cry"